You are on page 1of 13

1.

0
1.1
1.2
1.3
1.4

1.5

1.6
1.7
1.8
1.9

1.10
1.11
1.12
1.13
1.14

1.15
1.16
1.17
1.18
1.19
1.20

ARAHAN AM KEPADA GURU

Guru hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan,


Etika Kementerian Pelajaran, Tonggak 12 dan PRIME
Guru hendaklan bersama-sama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi
Sekolah.
Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah.
Semua guru dikehendaki hadir lebih awal, sekurang-kurangnya 5 minit sebelum waktu
permulaan sekolah. Guru dikehendaki melakukan thumb print sebaik sahaja tiba ke
sekolah setiap hari persekolahan. Guru juga dikehendaki melakukan thumb print
sewaktu balik atau semasa meninggalkan kawasan sekolah bagi sesuatu urusan. Ia akan
disemak oleh Pihak Pengurusan sebaik sahaja loceng pertama dibunyikan.
Guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau sebagainya hendaklah
memberitahu pihak sekolah lebih awal dengan apa cara sekalipun atau sebelum
bermulanya waktu pertama untuk tujuan menempatkan Guru Ganti, bukan mendiamkan
diri dan menyerahkan `Cuti Sakit pada hari berikutnya.
Guru yang datang lewat ke sekolah atau tidak datang langsung bolehlah dianggap
sebagai telah mengabaikan tugas dan tanggungjawab serta telah melanggar Etika
Perkhidmatan Perguruan dan tindakan tatatertib boleh diambil ke atasnya.
Guru-guru dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dengan profesion perguruan.
(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001 - Garis Panduan Guru Ketika
Bertugas Di Sekolah).
Semua guru dikehendaki memberi kerjasama menjayakan aktiviti-aktiviti rasmi yang
dianjurkan oleh sekolah.
Guru-guru mesti berada di sekolah sepanjang hari persekolahan. Guru-guru yang
hendak keluar dari kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran Pengetua. Catatkan
butiran dalam Buku Keluar-Masuk dan dapatkan Slip Kebenaran Khas Pengetua sebelum
meninggalkan kawasan sekolah. Guru-guru perlu menyerahkan Slip Kebenaran tersebut
kepada pihak pengawal keselamatan dan catatkan didalam buku keluar masuk pengawal
keselamatan.
Merokok adalah dilarang di kawasan sekolah. Sila rujuk dan patuhi Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 5/1997
Guru-guru tidak dibenarkan membuat sebarang hubungan dengan pihak luar secara
lisan atau tulisan tanpa mendapat kelulusan Pengetua terlebih dahulu. Urusan dengan
pihak luar mestilah melalui Pengetua.
Guru-guru dilarang melayan atau membuat sebarang urusan dengan penjual / pembekal
/ kontraktor. Guru-guru juga tidak dibenarkan meminta tajaan dari pihak penjual /
pembekal / kontraktor tanpa kebenaran Pengetua.
Semua guru adalah Guru Disiplin dan perlu mengambil tindakan segera terhadap
pelajar-pelajar yang didapati melanggar peraturan di dalam dan di luar sekolah.
Pada akhir semester / cuti penggal, semua tugas dan tanggungjawab hendaklah
disempurnakan. Semua kunci bilik khas / kunci sekolah hendaklah dipulangkan ke
pejabat. Sebelum bercuti atau berpindah sekolah, semua urusan yang berkaitan
hendaklah diselesaikan terlebih dahulu.
Guru-guru yang bertanggungjawab dalam pengurusan stok dan inventori hendaklah
sentiasa mengemaskini stok di bawah jagaannya. Verifikasi stok hendaklah dijalankan
sepertimana yang dijadualkan.
Semua guru dikehendaki mematuhi Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 bila
melengkapkan Buku Persediaan Mengajar.
Guru-guru tidak dibenarkan mengadakan apa-apa upacara atau majlis tanpa mendapat
kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu.
Semua aktiviti sekolah yang melibatkan pelajar keluar dari kawasan sekolah, hendaklah
terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada ibubapa/penjaga.
Guru mestilah mempunyai sikap proaktif, daya kreativiti dan berinovasi secara
menyeluruh dalam semua aspek.
Semua guru kelas dikehendaki mengambil kehadiran/kedatangan pelajarnya pada
setiap hari persekolahan sebelum waktu kedua. Buku jadual kedatangan hendaklah
sentiasa berada di pejabat pentadbiran sekolah. Guru kelas hendaklah menghubungi
ibu/bapa pelajar yang tidak hadir secepat mungkin.

1.21
1.22
1.23

1.24

1.25
1.26

Guru kelas dikehendaki sentiasa mengemaskini segala butiran yang terdapat dalam
buku jadual kedatangan pelajar. Penyelaras Tingkatan akan membuat semakan dari
masa ke semasa.
Perhimpunan pagi harian dan perhimpunan mingguan adalah upacara rasmi sekolah.
Semua guru adalah diwajibkan hadir di tempat yang disediakan. Telefon bimbit
hendaklah dimatikan
Guru bertugas mingguan hendaklah mencatatkan segala aktiviti atau peristiwa yang
berlaku sepanjang minggu di dalam Buku Laporan Bertugas. Buku tersebut hendaklah
ditulis dan disimpan di pejabat sekolah setiap hari bagi tujuan pemantauan oleh pihak
pengurusan sekolah.
Semua guru diharapkan dapat mematuhi segala arahan / peraturan bagi mewujudkan
suasana yang harmoni dan selesa. Adalah diharapkan semua guru dapat melahirkan
budaya kerja cemerlang bagi meningkatkan prestasi diri, sekolah, masyarakat dan
negara.
Guru-guru perlu memastikan kebersihan kelas terlebih dahulu sebelum memulakan
pengajaran dan pembelajaran.
Guru-guru tidak dibenarkan berurusan dengan individu-individu, kumpulan atau syarikatsyarikat tertentu tanpa kebenaran daripada Pengetua
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.27

1.28

1.29
1.30

1.31

1.32

1.33

Guru-guru yang mengajar dikehendaki hadir tepat pada waktunya dan kalau boleh lebih
awal apabila pertukaran waktu berlaku. Keadaan ini membolehkan kelas berkenaan
terus terkawal. Guru-guru tidak dibenarkan mengarah pelajar-pelajar keluar untuk
sesuatu tujuan yang bukan berkaitan dengan pelajaran pada waktu pengajaran dan
pembelajaran
Kelas mesti berada dalam suasana yang tenteram, baik dan terkawal sebelum
pengajaran dan pembelajaran bermula dan terus berkeadaan demikian sehingga tamat.
Bertindak dengan segera ke atas pelajar-pelajar yang tidak memberi perhatian penuh,
membuat bising, mengganggu pelajar lain dan merosakkan harta benda sekolah. Sikap
membiarkan sahaja atau tidak ambil tahu adalah dianggap sebagai mengabaikan
tanggungjawab dan menjadi satu kesalahan tatatertib.
Guru-guru hendaklah bersikap adil kepada semua pelajar pada setiap masa dan ketika.
Sikap pilih kasih, membenci atau mendiskriminasi pelajar-pelajar adalah tidak diterima di
sekolah ini dan bertentangan pula dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Jangan sekali-kali meninggalkan kelas, makmal atau bengkel tanpa diawasi. sekiranya
tidak dapat dielakkan, minta kerjasama guru di kelas sebelah atau guru-guru lain. Guruguru bengkel hendaklah sentiasa berhati-hati mengawasi pelajar-pelajar yang sedang
bekerja. Pastikan semua pelajar memakai pakaian bengkel dan sentiasa mematuhi
langkah-langkah keselamatan semasa berada di bengkel dan makmal.
Apabila loceng waktu akhir dibunyikan, guru-guru yang berada dalam kelas, makmal dan
bengkel hendaklah mengarahkan pelajar-pelajar membersihkan kelas dan beratur
sebelum membenarkan mereka bergerak balik. Jangan tamatkan kelas lebih awal
daripada sepatutnya atau membenarkan pelajar keluar sebelum loceng akhir dibunyikan.
Memenuhi segala kehendak Dasar Pendidikan Negara dan menggunakan sepenuhnya
kemahiran dan pengalaman yang diperolehi semasa mengikuti latihan penguruan adalah
menjadi tugas dan tanggungjawab setiap guru. Ini bermakna setiap pengajaran
hendaklah dirancang supaya dapat memenuhi aspirasi pelajar-pelajar dan bukan dibuat
sambil lewa tanpa persediaan.
Semua latihan dan gerak kerja bertulis yang diberi mestilah diperiksa dan diulas. Buku
Latihan, Buku Nota dan Buku Amali hendaklah dihantar ke pejabat secara bergilir-gilir
mengikut jadual untuk semakan Pengetua.

PERATURAN KHUSUS DAN HURAIAN


1.0
PAKAIAN GURU-GURU DI SEKOLAH SPI Bil. 6/1985
Pakaian yang bersesuaian melambangkan budi bahasa yang baik. Untuk meneruskan
tradisi pakaian yang sopan dan memenuhi etika pakaian, sekurang-kurangnya perkara
yang berikut hendaklah diambil perhatian oleh semua guru di sekolah :

i)

v)
vii)

Mini skirt, pakaian yang terlampau mendedahkan bahagian tertentu, seluar pendek,
seluar jeans yang ketat dan pakaian yang bahagian hadapan terbuka jauh ke bawah
tidaklah diterima.
ii)
Perhiasan muka atau make-up yang melampau adalah tidak sesuai.
iii)
Baju-baju Hawai dan baju T yang beragam warna tidak sesuai.
iv)
Guru perlu memakai tanda nama setiap hari.
Guru lelaki dikehendaki memakai tali leher / blazer pada waktu perhimpunan setiap
minggu dan untuk upacara rasmi sekolah (digalakkan untuk setiap hari).
vi)
Pakaian bengkel tidak dibenarkan kecuali semasa amali.
Semua guru dikehendaki memakai baju batik buatan Malaysia pada setiap hari Khamis.
2.0

2.1
2.2

Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara / majlis rasmi sekolah dan juga
kursus dalaman.
Guru yang tidak hadir perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran
kepada Pengetua. Satu salinan akan di simpan dalam fail peribadi guru berkenaan.
3.0

3.1
a)
b)
c)

3.2

3.3
3.4

3.5

4.2

PERINTAH AM Bab D, 1993 Seksyen 19

Seorang pegawai tidak boleh, samada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa
cara lain .
membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memudaratkan berhubungan dengan
apa-apa dasar, program atau keputusan Kerajaan di atas apa-apa isu;
memberi apa-apa maklumat fakta berhubung dengan jabatannya ; atau
memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa insiden atau laporan
berhubung dengan jabatannya, dan dia juga boleh mengedar / menyebar apa-apa
pernyataan, maklumat atau penjelasan, sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana
orang lain, kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu, sama ada secara am atau
khusus daripada Menteri yang bertanggungjawab bagi Kementerian atau jabatan di
mana dia sedang berkhidmat.
Selain daripada kebenaran Ketua Jabatan, seorang pegawai tidak boleh, sama ada
secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain, membuat apa-apa pernyataan
awam yang memudharatkan mana-mana dasar, program atau keputusan Kerajaan atau
yang boleh memalukan Kerajaan, atau membuat apa-apa ulasan mengenai kebaikan
atau kelemahan mana-mana dasar, program atau keputusan Kerajaan atau
mengedar/menyebar apa-apa pernyataan sedemikian, sama ada yang dibuat olehnya
atau oleh mana-mana orang lain.
Peraturan 4.2 tidaklah terpakai bagi apa-apa pernyataan awam yang dibuat atau yang
diedarkan/sebarkan jika kandungan pernyataan itu telah diluluskan oleh Menteri.
Bagi maksud peraturan ini, Pernyataan Awam termasuklah apa-apa pernyataan atau
ulasan yang dibuat kepada akhbar atau kepada orang ramai atau semasa memberi
syarahan awam atau ucapan awam atau mana-mana penyiaran melalui bunyi atau
penglihatan atau kedua-duanya.
Melainkan kebenaran ketua Jabatan, seseorang pegawai tidak boleh membincang
dengan terbuka kepada awam apa-apa langkah rasmi yang diambil oleh pegawainya
dengan lisan atau bertulis.
4.0

4.1

ACARA / MAJLIS RASMI SEKOLAH / MESYUARAT / KURSUS DALAMAN

BUKU KEDATANGAN PELAJAR

( Attendance Registers

Buku ini adalah satu dokumen rasmi yang penting dan haruslah bebas daripada
sebarang kesalahan. Sebarang kesilapan catatan dalam buku ini hendaklah dipotong
dan ditandatangani oleh guru berkenaan. Guru dilarang menggunakan pemadam (liquid
paper) bagi membetulkan sebarang kesilapan..
Guru kelas bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kesahihan maklumat di Buku
Kedatangan. Butir-butir pelajar dan keterangan yang lain hendaklah dilengkapkan
seperti:
a)
nama pelajar yang lengkap
b)
no. pendaftaran pelajar

c)

4.3
4.4
4.5

4.6
4.7

nama penjaga. pekerjaan, alamat dan no. telefon penjaga yang


lengkap
d)
analisis dan statistik pada setiap bulan
e)
dan lain-lain yang diperlukan
Kedatangan pelajar hendaklah diambil pada pagi setiap hari. Pelajar tidak dibenarkan
mengambilnya bagi pihak guru.
Buku ini hendaklah diserahkan kepada pejabat setiap hari sebelum pukul 10.00 pagi.
Guru dilarang membawa buku balik ke rumah atau menyimpan di dalam bilik guru / bilik
khas tanpa kebenaran Pengetua.
Bagi mengawal kedatangan pelajar. Guru kelas hendaklah mencatatkan kenyataan
berikut di tempat yang sesuai di papan putih kelas.
a)
Tarikh
b)
Bilangan pelajar dalam kelas
c)
Bilangan pelajar yang hadir
Segala maklumat dalam buku ini hendaklah lengkap dan ditutup pada setiap bulan oleh
guru tingkatan dan guru juga perlu mengisi maklumat untuk bulan tersebut, bukannya
pelajar.
Menanda kedatangan dan mengisi butir-butir pelajar dalam buku ini adalah
tanggungjawab guru tingkatan dan bukannya ketua kelas atau pun pelajar. Ketua kelas
atau pelajar dilarang menanda kehadiran pelajar dalam buku kehadiran pelajar.
5.0

i)
iii)

5.3
5.5

5.6
5.7
5.8

5.1 Semua hari berikut dikira sebagai hari bertugas kepada guru-guru :
Semua hari persekolahan termasuk persekolahan ganti kecuali dengan cuti yang sah.
ii)
Hari acara dan aktiviti rasmi sekolah.
Bila diarahkan hadir oleh Pengetua termasuk dalam cuti penggal persekolahan dengan
syarat jumlah hari yang diminta hadir itu tidak melebihi sepertiga daripada jumlah hari
cuti persekolahan.
iv)
Bila diminta hadir ke majlis-majlis tertentu oleh PPD / JPN / BPTV
5.2
Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
Guru dikehendaki berada di sekolah 5 minit awal sebelum sesi persekolahan bermula.
5.4
Guru hendaklah thumb print semasa sampai dan sewaktu pulang.
Guru yang tidak hadir ke sekolah hendaklah memberitahu Pengetua secepat mungkin
dan sebaik-baiknya sebelum waktu pertama bermula supaya urusan untuk menggantikan
tugas guru itu dapat disediakan supaya kegiatan sekolah tidak terganggu. Surat doktor
hendaklah diserahkan ke pejabat dengan segera.
Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu persekolahan kecuali keskes kecemasan.
Guru-guru tidak dibenarkan menjalankan sebarang urusan perniagaan sewaktu
persekolahan.
Guru-guru tidak dibenarkan berurusan dengan individu-individu, kumpulan atau
syarikat-syarikat tertentu tanpa kebenaran daripada Pengetua.
6.0

6.1
i)
ii)

6.2

WAKTU BERTUGAS DAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH

TIDAK HADIR BERTUGAS/BERKURSUS/MENJALANKAN TUGAS RASMI DI LUAR

Guru yang tidak dapat hadir untuk bekerja dikehendaki memberitahu Pengetua dalam
kaedah berikut:ketidakhadiran pada tarikh atau tarikh-tarikh diketahui terlebih dahulu, samada sebabsebab persendirian atau pihak yang diluluskan, hendaklah dimaklumkan dengan segera
sebelum hari yang terlibat itu.
ketidakhadiran cara tergempar, sekalipun mendapat Cuti Sakit hendaklah diberitahu
seberapa segera pada hari itu juga dengan apa-apa cara yang sesuai.
Guru yang tidak hadir bekerja bukan disebabkan Cuti Sakit atau diarahkan menghadiri
sesuatu mesyuarat, kursus dan sebagainya oleh pihak yang diluluskan, diminta
memohon cuti dengan Borang Cuti yang disediakan.

6.3
6.4
6.5
6.6
6.7
6.8

Permohonan cuti hendaklah disempurnakan sebelum cuti diambil. Pengecualian boleh


dibenarkan atas sebab-sebab tergempar sahaja di mana Borang Cuti boleh diuruskan
kemudian pada hari pertama bertugas semula.
Guru yang tidak hadir bekerja kerana sakit dan mendapat Sijil Sakit hendaklah
dihabiskan cutinya di hospital atau di rumah, melainkan jika ditetapkan oleh Pegawai
Perubatan sebaliknya (Perintah Am Bab C).
Guru-guru yang akan menghadiri mesyuarat, kursus, taklimat, mengawas peperiksaan
dan tugas rasmi di luar sekolah pada waktu persekolahan dikehendaki mengisi borang
tugasan luar sekolah dan menyerahkannya kepada GPK 1.
Guru yang mengetahui ketidakhadiran ke sekolah lebih awal dikehendaki meninggalkan
kerja bertulis untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan.
Guru yang diberi cuti sakit kerana mendapat rawatan doktor perlu berehat. Oleh itu,
guru tidak patut berada di tempat-tempat lain kecuali di rumah.
Guru-guru yang memohon Cuti Rehat Khas perlu mengemukakan borang permohonan
sekurang-kurangnya lima hari sebelum bercuti untuk mendapatkan kelulusan. Cuti Rehat
Khas bukanlah mutlak tetapi keistimewaan.
7.0

7.1
7.2

7.3

7.4
7.5

Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam waktu persekolahan kecuali
jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Kementerian
Pendidikan, JPN / PPD dan meminta kebenaran terlebih dahulu daripada Pengetua.
Seseorang guru yang hendak meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu persekolahan
samada untuk sesuatu tempoh tertentu atau tidak akan kembali lagi ke sekolah pada
hari berkenaan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Pengetua sebelum
berbuat demikian. Kebenaran untuk maksud atau tujuan seperti itu hanya akan diberi
atas sebab-sebab yang amat mustahak dan tidak dapat dielakkan sahaja.
Seseorang guru yang hendak keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan
samada atas urusan persendirian mahupun rasmi, setelah menerima kebenaran dan
diluluskan oleh Pengetua dikehendaki menyempurnakan butir-butir di dalam BUKU KELUAR
DALAM WAKTU BEKERJA dan menyerahkan slip tersebut kepada pengawal keselamatan
bertugas sebelum meninggalkan sekolah.
Sebelum meninggalkan sekolah, guru dikehendaki meninggalkan kerja bertulis untuk
pelajar melalui Guru Penolong Kanan.
Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu persekolahan kecuali dalam
keadaan kecemasan.
8.0

8.1
8.2

8.3
8.4

8.5
8.6
8.7

KELUAR WAKTU BERTUGAS

UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN

Sila lihat jadual ujian / peperiksaan sebagai panduan. Ujian setara perlu diberi pada
tarikh yang ditetapkan dalam Takwim Sekolah.
Tujuan ujian diadakan adalah untuk mengetahui pencapaian pelajar dalam mata
pelajarannya dan keputusan ujian ini haruslah menjadi panduan kepada guru untuk
mengatur pelajaran selanjutnya kepada kelas / pelajar masing-masing. Analisa apa yang
telah diajar untuk menilai keberkesanan pengajaran guru.
Guru hendaklah membantu
dan mengatasi kelemahan pelajar dalam mata
pelajarannya dan sebarang usaha hendaklah diikhtiarkan bagi mengatasi kelemahan itu.
Kelas tambahan khas perlu diadakan.
Guru mata pelajaran dikehendaki menyediakan soalan ujian yang bermutu berdasarkan
JPU dan memeriksa kertas jawapan pelajar bagi kelas yang diajar. Panitia-panitia mata
pelajaran akan menentukan penyediaan soalan. Ketua Bidang / Ketua Panitia akan
menyemak dan mengesahkan soalan yang disediakan sebelum soalan-soalan
diperbanyakkan.
Guru mata pelajaran hendaklah berhati-hati apabila menyediakan soalan-soalan ujian
supaya soalan itu benar-benar menguji kebolehan pelajar.
Setiap kertas soalan ujian / peperiksaan hendaklah disemak dan ditandatangan oleh
Ketua Bidang / Ketua Panitia.
Keputusan ujian hendaklah dicatat dalam ruang tertentu di dalam buku rekod mengajar.

8.8
8.9
8.10

8.11

Setiap keputusan ujian hendaklah diserahkan satu salinan kepda Pengetua, Penolong
Kanan Akademik dan Unit Peperiksaan.
Guru mata pelajaran hendaklah membuat post-mortem setiap ujian/peperiksaan untuk
mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh pelajar dan guru.
Guru perlulah mahir dengan peraturan Peperiksaan SPM terutama perkara-perkara
bersabit dengan syarat pemberian sijil supaya pengetahuan ini dapat disampaikan
kepada pelajar. Jika ada keraguan, guru hendaklah bertanya kepada Guru Penyelia
Peperiksaan / Setiausaha Peperiksaan.
Pelajar yang tidak hadir untuk ujian / peperiksaan tanpa sebab yang dibenarkan oleh
pentadbir sekolah, ditanda TH dan diberi markah 0.
9.0

9.1
9.2
9.3

9.4
9.6
9.7

Setiap guru di sekolah mestilah mempunyai sukatan pelajaran yang sah yang
dikeluarkan oleh Pendaftar (atau sebarang pegawai yang diwakili oleh Pengarah
Pendidikan Negeri) bagi mata pelajaran yang mana yang beliau bertanggungjawab.
Sukatan pelajaran yang sah hendaklah diikuti dengan serapi-rapinya oleh semua guru.
Guru hendaklah mahir dengan syarat terkini mengenai peraturan peperiksaan, sukatan
pelajaran dan sebagainya bagi mencapai matlamat pengajaran yang maksimum. Guruguru yang mempunyai sebarang keraguan hendaklah mendapat nasihat daripada Guru
Kanan Mata Pelajaran masing-masing.
Rancangan kerja hendaklah dibahagikan dalam 2 penggal dan disediakan secara
mingguan untuk sepanjang tempoh sesi persekolahan.
9.5
Sukatan pelajaran perlu disertakan dalam Buku Rekod Mengajar.
Rancangan kerja bagi setiap mata pelajaran yang diajar hendaklah ditunjukkan di ruang
tertentu dalam Buku Rekod Mengajar.
Guru Kanan Mata Pelajaran dengan kerjasama guru-guru lain yang mengajar mata
pelajaran berkenaan akan menyusun rancangan pelajaran ini bagi semua
tingkatan/kursus.
10.0

10.1

SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN

BUKU REKOD DAN CATATAN PERSEDIAAN MENGAJAR

Setiap guru di sekolah diwajibkan mempunyai Buku Rancangan Kerja Harian (Buku Rekod
Mengajar) yang selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran dan buku ini dijaga
dengan baik serta diserahkan kepada Pengetua setiap minggu untuk pemeriksaan dan
ditandatangani oleh Pengetua atau wakilnya pada hari Jumaat.
10.2
Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan buku rekod mengajar. Semua
butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.
10.3
Buku Rekod Mengajar adalah hak milik sekolah dan hendaklah diserahkan ke pejabat
pada akhir tahun persekolahan atau apabila guru berkenaan berhenti bertugas di sekolah
ini.
10.4
Guru hendaklah membaca Pekeliling KP. 256 di muka hadapan Buku Rekod Mengajar
yang diberi keterangan dan panduan mengenai tujuan buku tersebut.
10.5
Guru diingatkan supaya membuat persediaan mengajar dengan lancar supaya pelajaran
dapat disampaikan kepada pelajar dengan berkesan.
10.6
Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke bilik Pengetua pada setiap hari Jumaat
sebelum pukul 12.20 tengah hari. Rancangan kerja hari Isnin minggu berikutnya
hendaklah ditulis pada hari Jumaat minggu sebelumnya.
10.7
Perkara-perkara dalam rancangan kerja mingguan yang tidak dapat disempurnakan
dalam minggu tersebut hendaklah dicatat dalam ruang harian.
10.8
Buku Rekod Mengajar hendaklah selalu dijaga dengan baik dan bersih. Semua kertas
kenyataan lain hendaklah dikepilkan dengan kemas atau disimpan berasingan.
10.9
Rancangan dan huraian kerja hendaklah ditulis selengkapnya supaya jelas pelajaran
yang hendak disampaikan kepada pelajar. Elakkan daripada menulis rancangan kerja
yang terlalu ringkas dan sukar difahami.
10.10 Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan
untuk urusan guru pengganti.
10.11 Setiap akhir tahun persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke
pejabat sekolah.

11.0
11.1
11.2
11.3
11.4

11.5
11.6

GERAK KERJA LUAR / KOKURIKULUM

Kokurikulum sekolah adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Ianya wajib bagi
semua guru dan pelajar. Guru dikehendaki mencatat kehadiran di dalam Buku Kehadiran
Kokurikulum apabila menghadiri GKK.
Sila rujuk tugas-tugas guru dalam Buku Panduan dan Tugas Guru 2007 dalam Gerak
Kerja Kokurikulum.
Guru hendaklah bersama-sama mengatur silibus/ rancangan bagi persatuan / kelab
permainan masing-masing dan rancangan ini hendaklah melibatkan semua pelajar.
Kokurikulum Gerak Kerja Luar ini memberi bimbingan dan latihan kepada pelajar-pelajar
dalam bidang kepimpinan, tatatertib memegang tanggungjawab, taat setia kepada
sekolah dan negara serta galakan dalam bidang pengajian tertentu seperti mengadakan
ceramah, bahas, lawatan, membuat projek tertentu dan sebagainya. Perkara ini
memerlukan kebijaksanaan dan inisiatif guru-guru berkaitan ( berhasrat untuk
mewujudkan School With Character ).
Semua aktiviti yang dijalankan pada setiap perjumpaan hendaklah direkodkan dan
dihantar kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk semakan.
Guru yang terlibat hendaklah hadir semasa GKK. Perkara-perkara yang tidak diingini
berlaku kepada pelajar semasa GKK apabila ketidakhadiran guru merupakan kes yang
berat.
12.0 TATATERTIB

12.1
12.2
12.3

Menjaga dan mengekalkan tatatertib yang tinggi di kalangan pelajar semasa di dalam
atau di luar kelas adalah tanggungjawab semua guru.
Guru janganlah takut memberi teguran, nasihat atau mengambil tindakan yang
sewajarnya ke atas pelajar yang melanggar peraturan sekolah.
Guru hendaklah melaporkan kepada Penolong Kanan HEM, pelajar-pelajar yang kerap
kali tidak mengikut arahan, tidak membuat kerja yang diberikan dan cuai dalam
pelajarannya.
13.0

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

13.1

Guru Kanan Mata Pelajaran bagi mata pelajaran Sains dan PJK serta Ketua Bengkel
dengan kerjasama guru-guru lain yang mengajar mata pelajaran berkenaan hendaklah
mempamerkan di bilik / tempat yang sesuai tentang langkah-langkah keselamatan yang
mesti dipatuhi oleh semua pelajar.
13.2
Guru hendaklah mengawasi pelajar semasa :
13.2.1 Mengambil peralatan sukan dan permainan
13.2.2 Melatih sukan dan permainan di padang
13.2.3 Menjalankan kerja-kerja amali / pratikal
13.2.4 Kerja-kerja lain yang mana pengawasan rapi diperlukan
13.2.5 Peraturan dan langkah-langkah keselamatan hendaklan dipamerkan di pintu masuk
bengkel, makmal dan seumpamanya.
13.2.6 Faktor keselamatan mesti diutamakan oleh setiap guru sepanjang berada di sekolah.
14.0
14.1

14.2
14.3
14.4

KEHADIRAN KE KELAS

Guru dikehendaki mematuhi Jadual Waktu Pengajaran yang ditetapkan dan hadir ke
kelas serta mengajar tanpa berlengah-lengah. Kelewatan hadir ke kelas lebih dari 5 minit
boleh dibenarkan untuk maksud perjalanan sekiranya sebelum ini seseorang guru
terlibat dengan pengajaran di kelas lain.
Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas lebih awal sebelum loceng berbunyi.
Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas untuk sesuatu tempoh tertentu dalam masa
pengajarannya walaupun pelajar-pelajarnya telah diarahkan membuat kerja bagi mata
pelajarannya.
Guru dikehendaki menggunakan waktu sepenuhnya sewaktu di dalam bilik darjah untuk
menyampaikan pengajaran dan mengendalikan gerak kerja pengajaran dan

pembelajaran. Setiap guru hendaklah melibatkan diri bersama-sama pelajar sehingga ke


akhir waktu pelajarannya.
15.0
15.1
15.2
15.3
15.6
15.8
15.9

JADUAL WAKTU DAN PENGAJARAN DI KELAS

Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan Jadual Waktu untuk dipamerkan
dalam kelas.
Semua guru dikehendaki menyerahkan satu salinan Jadual Waktu kepada Penolong
Kanan Akademik untuk fail sekolah dan rujukan.
Guru tidak dibenarkan mengubah Jadual Waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.
15.4
Memulakan pengajaran mengikut masa seperti di dalam Jadual Waktu.
15.5
Pengajaran hendaklah berdasarkan persediaan yang ditulis.
Bahan-bahan atau alatan bantuan mengajar (ABM) hendaklah sentiasa digunakan
semasa pengajaran.
15.7
Semasa berada di kelas fokus adalah kepada aktiviti P & P.
Pengajaran di dalam kelas hendaklah berfokus dan mengaplikasikan kemahiran KBKK
dengan berkesan.
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan sempurna adalah mengikut
peruntukan masa yang ditetapkan.
16.0

BUKU REKOD MENGAJAR

16.1

Ia adalah DOKUMEN RASMI dan hendaklah sentiasa lengkap, kemaskini dan dijaga
dengan baik.
16.2
Catatan di dalamnya hendaklah dibuat lebih awal dari waktu pengajaran.
16.3
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, guru-guru yang tidak menulis Buku Rekod Mengajar
boleh didenda hingga RM5000.00.
16.4
Setiap guru hendaklah menyempurnakan Buku Persediaan Mengajar dan buku tersebut
hendaklah ada bersama guru semasa mengajar.
16.5
Buku Persediaan Mengajar hendaklah diserahkan kepada Pengetua pada setiap hari
Jumaat atau hari sebelum sekiranya hari Jumaat diisytiharkan sebagai hari kelepasan am
pada waktu akhir persekolahan sebelum balik. Rancangan Pelajaran harian serta butirbutir pengajaran untuk hari pertama minggu berikutnya hendaklah disempurnakan
sebelum penyerahan itu.
16.6
Buku Persediaan Mengajar yang telah lengkap dengan Rancangan Pengajaran Tahunan
hendaklah dihantar buat pertama kalinya pada MINGGU PERTAMA BULAN JANUARI atau
mengikut arahan dari pihak pentadbir.
16.7
Jika seseorang guru bercuti/kursus, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada
Penolong Kanan Akademik.
16.8
Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun
persekolahan.
16.9
Semua maklumat hendaklah lengkap berdasarkan Pekeliling Ikhtisas Bil 3/99.
16.10 Maklumat markah pelajar hendaklah diisi dengan lengkap.
17.0
17.1

17.2

17.3

TUGAS GURU DALAM KELAS

Elakkan diri daripada duduk ketika mengajar. Waktu pelajar menjalankan urusan kerja
bertulis guru seharusnya berjalan di sekeliling kelas atau mengawasi dan memberi
bantuan secara individu kepada pelajar-pelajar yang lemah yang memerlukan bantuan
rapi. Guru Sains atau Guru Bengkel yang mengajar di makmal atau bengkel janganlah
meninggalkan makmal atau bengkel ketika pelajaran atau kelas sedang dijalankan.
Guru Masa Ganti ( Relief Period ) hendaklah memulakan pengajaran sebaik-baik sahaja
berada di dalam kelas. Apabila seseorang guru dijadualkan mengambil alih guru yang
tidak hadir ke sekolah atau sesuatu sebab lain, guru itu hendaklah melaporkan diri di
kelas yang dijadualkan dan menyampaikan pengajaran dan bukan waktu bebas.
Memeriksa Buku Latihan, Buku Nota, Kertas Jawapan Peperiksaan /
Ujian jangandilakukan di dalam kelas kecuali bertujuan untuk memberi pertolongan
kepada pelajar-pelajar. Pemeriksaan buku-buku itu hendaklah dilakukan di dalam bilik

guru / ketika waktu tiada kelas. Kertas jawapan peperiksaan SPM tidak dibenarkan
diperiksa dalam waktu masa sekolah.
17.4
Kerja Bertulis Guru hendaklah selalu memberi kerja-kerja bertulis kepada pelajarpelajar, sekurang-kurangnya sekali seminggu. Kerja bertulis yang secukupnya patut
diberi dalam mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Teknologi, Sejarah,
Agama Islam dan Sains. Soalan-soalan yang memerlukan jawapan yang lebih panjang
patut diberi bagi mata pelajaran ini.
17.5
Pemeriksaan - Merupakan tanggungjawab guru untuk memeriksa semua kerja bertulis
dan tugasan yang diberi kepada pelajar-pelajar. Guru juga hendaklah menandatangani
semua ringkasan atau nota yang diberi kepada pelajar-pelajar.
17.6
Mengulangkaji Aktiviti ulangkaji pelajaran sebelum bermulanya sesuatu peperiksaan
hendaklah dirancang dengan rapi dan dicatat dalam Buku Rekod Mengajar. Guru tidak
digalakkan untuk membenarkan pelajar mengadakan self study dalam kelas.
Mengulangkaji adalah satu aspek penting untuk menyediakan diri pelajar bagi
menghadapi peperiksaan. Dengan itu ia perlu untuk menyediakan diri pelajar bagi
menghadapi peperiksaan dan perlu dirancang serta disampaikan dengan bersistematik.
Komik dan majalah hiburan yang lain serta sebarang permainan seperti catur dan
sebagainya dilarang.
17.7
Membaca Buku Teks Membaca buku-buku teks bukanlah satu proses pengajaran yang
baik. Guru jangan membiasakan pelajar membaca daripada buku teks ketika mengajar
kecuali mata pelajaran bacaan. Pemberian nota hendaklah dikekalkan pada peringkat
minima sahaja. Gunakanlah kaedah lain seperti peta minda @ nota ringkas yang lebih
berkesan.
17.8
Langkah Keselamatan Kemasukan orang luar ke kawasan sekolah patutlah diawasi
dengan rapi oleh semua guru. Pelawat-pelawat dilarang masuk ke kelas kecuali pelawat
yang hadir bersama Pengetua atau Penolong Kanan. Minta pelawat pergi ke pejabat dan
berurusan di pejabat sekolah.
17.9
Kelas Bersurai Guru yang mengajar pada waktu akhir bertanggungjawab untuk
menyuraikan pelajar-pelajar dengan teratur dan tertib tepat pada waktunya. Jangan
lepaskan pelajar sebelum loceng berbunyi.
17.10 Denda Guru-guru dilarang mengenakan sebarang denda berat ( Corporal Punishment ) ke
atas pelajar-pelajar. Seseorang pelajar yang memerlukan tindakan tatatertib hendaklah
dibawa ke pengetahuan Pengetua / Guru Disiplin.
18.0
18.1
18.2

18.4

18.5
18.7

GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN


(Sila rujuk jadual tugas guru harian /mingguan)

Setiap hari sekolah ada sekumpulan guru yang bertugas. Senarai guru bertugas
terdapat dalam buku panduan dan tugas guru. Ketua kumpulan dikehendaki mencatat
nama guru bertugas di papan putih di hadapan pejabat Penolong Kanan HEM.
Ketua guru bertugas hendaklah mengadakan perbincangan bagi menentukan tugas ahli
kumpulannya.
18.3
Memastikan pelajar berada pada tapak perhimpunan tepat pada
masanya.
Membantu guru disiplin untuk memastikan wujudnya disiplin yang baik di kalangan
pelajar.
18.4.1 Memastikan peraturan sekolah dipatuhi
18.4.2 Pelajar-pelajar mematuhi peraturan di kantin
18.4.3 Pelajar-pelajar tiba di sekolah pada waktunya
18.4.4 Tiada pelajar yang merayau tanpa tujuan
Mengurus masalah pelajar yang sakit dan merekodkannya ke dalam buku Laporan
Bertugas.
18.6
Melakukan Spot Check sekurang-kurangnya dua kelas setiap minggu.
Berada di tempat perhimpunan pelajar bagi mengawasi dan memantau pelajar agar
tidak membuat bisang semasa perhimpuan berjalan.
19.0

PERHIMPUNAN RASMI DAN HARIAN


19.1

Perhimpunan Rasmi Mingguan

19.1.1 Perhimpunan Rasmi Mingguan akan diadakan pada setiap hari Isnin bermula jam 7.20
pagi.
19.1.2 Semua guru diwajibkan hadir dan berada di atas pentas kecuali beberapa orang guru
disiplin dan guru bertugas mingguan untuk mengawal pelajar. Kehadiran guru akan
diambil.
19.1.3 Semua guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlenggan
panjang ( pemakaian kot/blazer adalah digalakkan )
19.1.4 Sila padamkan telefon bimbit.
19.1.5 Sila beri tumpuan sepenuhnya semasa perhimpunan dan jangan berbual-bual.
20.0
20.1

20.1.2.3
20.2

Penjawat Awam dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab D
seperti berikut:
20.1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan
20.1.2 Dibenarkan dengan syarat :
20.1.2.1
Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat
20.1.2.2
Tidak menjejaskan tugas sebagai penjawat awam
Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan
Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa
tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79 (1)
dan subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebehi RM 50,000 (Ringgit
Malaysia : Lima Puluh Ribu) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun
atau kedua-duanya sekali.
21.0

21.2

22.2
22.3
22.4
22.5
22.6
22.7

KES PONTENG SEKOLAH

Guru Tingkatan dan Guru Mata Pelajaran hendaklah menentukan semua pelajar (kecuali
yang sakit dan yang mendapat kebenaran khas) berada dalam kelas pada waktu belajar.
Pelajar-pelajar yang ponteng sekolah hendaklah dilaporkan kepada Penolong Kanan
HEM / Guru Disiplin.
Semua guru hendaklah memberikan kerjasama kepada guru tingkatan dalam menangani
perkara di atas.
Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa surat doktor / surat daripada penjaga
hendaklah dimaklumkan kepada penjaga.
Jika pelajar-pelajar tidak hadir ke sekolah satu atau dua hari, guru tingkatan hendaklah
mengambil tahu sebab tidak hadir ke sekolah. Jika sebab yang diberi oleh pelajar itu
menimbulkan keraguan, laporkan perkara ini guru disiplin untuk direkodkan.
Apabila pelajar-pelajar mengikuti mata pelajaran Amali, Sains, Lukisan, PJ dan
Perpustakaan, guru berkenaan hendaklah memastikan pelajar-pelajar berjalan dengan
tertib semasa menuju ke tempat itu.
Setiap guru mata pelajaran yang masuk ke kelas hendaklah menentukan yang tiada
seorang pelajar pun yang meninggalkan kelas. Pelajar yang meninggalkan kelas / masuk
lewat hendaklah dilaporkan kepada Guru Disiplin.
Guru mata pelajaran yang masuk ke kelas boleh menghantar pelajar yang sakit ke
hospital / balik ke rumah jika perlu. Bagi pelajar perempuan, seorang teman harus ikut
bersama. Pengetua / PK HEM harus diberitahu tentang pelajar yang dihantar balik.
23.0

23.1

KEAHLIAN KELAB GURU DAN STAF

21.1
Semua guru dan staf secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan Staf.
Semua guru dan staf dikehendaki bersama-sama menyokong dan memberi kerjasama
yang padu kepada semua aktiviti kelab.
22.0

22.1

MELAKUKAN KERJA LUAR

ARAHAN DAN PEKELILING

Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca
dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.

23.2

Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di
dalam fail khas.
24.0

24.1
24.2

Semua kunci mesti disimpan di pejabat. Guru yang mengambil kunci hendaklah
merekodkannya ke dalam Buku Rekod Pergerakan Kunci di pejabat.
Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik khas mesti mendapat kebenaran
daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.
25.0

25.1
25.2

26.2

28.2
28.3
28.4
28.5

TUGAS GURU

Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga pentadbiran.
Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggunjawab.
Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di BPTV, JPN, PPD atau sekolah lain
hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain
melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua.
Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit
curai hendaklah dikemukakan kepada Pengetua dengan menggunakan borang khas
yang boleh diperolehi di pejabat sekolah.
Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seupamanya, apabila balik
ke sekolah, hendaklah menjalankan In House Training kepada guru dan memaklumkan
kepada Pengetua / GPK tarikh dan masa pelaksanaannya.
Guru yang melaksanakan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan
bertulis untuk pelajar dan memaklumkannya kepada Guru Kanan Mata Pelajaran masingmasing.
29.0

29.2

URUSAN DENGAN BPTV / JPN / PPD

Guru dan staf sokongan tidak digalakkan pergi ke Kementerian, Jabatan Pendidikan
Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk urusan peribadi kecuali jika diarahkan
berbuat demikian.
28.0

28.1

BUKU STOK / INVENTORI

Ketua Panitia, Ketua Bengkel dan Ketua Unit bertanggungjawab menguruskan buku
stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat,
lengkap dan sentiasa dikemaskini, (setiap pembelian dan keluar masuk barang
hendaklah direkodkan dengan serta merta).
Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Pembantu Tadbir dan Juruteknik akan menyemak buku
stok/inventori ini dari masa ke semasa dan dihantar ke pejabat pada hujung tahun
untuk disahkan oleh Pengetua.
27.0

27.1

TELEFON

Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf
sekolah tidak dibenarkan menggunakan telefon sekolah untuk urusan peribadi.
Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa P&P di dalam bililik darjah dan
semasa Mesyuarat.
26.0

26.1

KUNCI

JADUAL WAKTU MENGAJAR

29.1
Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.
Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran.

29.3

Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di
dalam kelas masing-masing.
30.0

30.1
30.2
30.3

Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas


pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk kelas masing-masing. Alat-alat
membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik.
Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dan mana-mana guru yang mempunyai bilik
khas / tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal sains dan lain-lain)
bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing.
Semua guru, staf sokongan dan pelajar bersama-sama bertanggungjawab terhadap
kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah.
31.0

31.1

31.2
31.3
31.4
31.5

KEBERSIHAN

BILIK GURU

Guru hendaklah berada di bilik guru / bilik guru bengkel semasa tidak mengajar di
kelas. Masa tersebut hendaklah dianggap non-teaching period dan bukannya free period .
Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan sekolah sahaja. Sebarang
aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru.
Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan
suasana yang harmoni dan tidak mengganggu ketenteraman guru lain.
Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.
Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru
termasuk keselamatan harta benda yang terdapat di dalam bilik guru.
Guru yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua komputer,
lampu dan air-cond telah ditutup.
32.0

CUTI

Mengikut Surat Pekeliling Kementerian KP (PP)


Disember 1993, guru berkelayakan mendapatkan
menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil
melebihi satu pertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun
selain daripada tugas mengajar biasa.
32.1
32.1.1

32.1.2
32.1.3
32.1.4
32.1.5

CUTI REHAT KHAS (CRK)

Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977
diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalender;
dan
Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya
tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi
pegawai yang layak.
Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak.
Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan
pengurusan pengajaran dan pembelajaran.
Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang
melayakkan dalam tahun berkenaan (Rujuk Perintah Am 1 (Bab C )
32.2

32.2.1

0046.SJ/a (30) bertarikh 24


cuti penggal sekolah untuk
bertugas oleh Pengetua tidak
untuk menjalankan tugas-tugas

CUTI SAKIT

Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta melebihi dua hari berturut-turut
hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

32.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam
setahun.
32.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan
dilaporkan ke JPN dan Kementerian Pelajaran
32.3

CUTI KELUAR NEGARA

32.3.1 Semua guru yang bercuti keluar negara mestilah mendapat kelulusan. Sila isikan borang
permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh
bercuti
32.4

CUTI KHAS ISTERI BERSALIN

32.4.1 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan
awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan
ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan
32.5

CUTI TANPA REKOD

32.5.1 Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti ganti kerana bekerja lebih masa, cuti
latihan
pasukan
sukarela,
menghadiri
latihan
atau
khemah
tahunan
pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan , mesyuarat
persatuan ikhtisas, mengambil bahagian dalam sukan atau tugas khas perubatan.
32.6
32.6.1

CUTI URUSAN KEMATIAN KELUARGA TERDEKAT

Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga hari
sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah: suami atau isteri, anakanak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am.
Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
- See more at: http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-am-untukguru.html#sthash.jB6Z29jy.dpuf

You might also like