You are on page 1of 2

Anjakan 5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

Beberapa kajian antarabangsa tentang kepimpinan sekolah menunjukkan bahawa


pengetua/guru besar yang cemerlang, iaitu yang memberi tumpuan kepada kepimpinan
instruksional dan bukannya kepimpinan pentadbiran, dapat meningkatkan keberhasilan murid
sebanyak 20%. Walau bagaimanapun, kriteria pemilihan yang diamalkan pada masa ini
sebahagian besarnya ditentukan berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukannya kecekapan
kepimpinan. Tambahan lagi, 55% daripada semua pengetua/guru besar yang ada pada masa
ini tidak pernah mengikuti latihan persediaan atau induksi sebelum atau semasa mereka berada
dalam tempoh tiga tahun pertama sebagai pengetua/guru besar. Hal ini bermakna mereka
mungkin menjalankan tugas sebagai pengetua/guru besar dalam keadaan kurang bersedia.
Pengetua/guru besar cemerlang akan diberikan insentif untuk berkhidmat di
sekolah berprestasi rendah, dan akan berperanan sebagai mentor dalam komuniti yang lebih
luas.
.
Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan
penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013.
Kementerian akan menukar kriteria pemilihan pengetua/guru besar daripada pemilihan
berasaskan tempoh perkhidmatan kepada pemilihan yang berfokuskan kecekapan kepimpinan.
Setiap pengetua/ guru besar juga dikehendaki mendapatkan sijil Kelayakan Profesional
Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL) daripada Institut Aminuddin Baki (IAB)
sebelum boleh dilantik sebagai pengetua/ guru besar. Penetapan syarat ini dijangka
menyebabkan purata umur pengetua/guru besar menurun, dan membolehkan mereka
berkhidmat bagi tempoh yang lebih lama di setiap sekolah dan dalam sistem pendidikan secara
keseluruhannya. Kementerian juga akan memperkenal proses perancangan penggantian yang
mengenal pasti dan melatih individu berpotensi tinggi bagi memastikan terdapat
kelompok calon yang bersedia untuk berkhidmat, apabila dipanggil sebaik sahaja terdapat
kekosongan jawatan.

Melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua/Guru Besar yang baharu secara berperingkat,


dengan lebih sokongan dan kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan
keberhasilan murid.

Pengetua/ Guru Besar yang bakal dilantik akan mendapat manfaat daripada satu program
induksi baharu, yang memerlukan mereka mengikuti program pementoran selama satu bulan di
bawah bimbingan pengetua/guru besar yang akan berpindah atau bersara. Mereka juga akan
mengikuti suatu tempoh bimbingan dan pementoran daripada pengetua/guru besar
berpengalaman atau Rakan Peningkatan Sekolah (SIPartner+) daerah sebaik sahaja mereka
memulakan tugas baharu sebagai pengetua/guru besar secara rasmi. Peluang mengikuti CPD
tidak terhenti pada tahun pertama perkhidmatan sebagai pengetua/ guru besar. Malah, CPD
akan membolehkan setiap pengetua/guru besar memperbaharui tahap profesionalisme masingmasing. Mereka akan dinilai setiap tahun menggunakan satu instrumen penilaian baharu yang
memberi penekanan kepada keupayaan kepimpinan dan peningkatan keberhasilan murid.
Sebagaimana guru, pengetua/guru besar berprestasi tinggi akan menikmati peluang kemajuan
kerjaya yang lebih pantas. Pemberian insentif akan disemak semula bagi
pengetua/guru besar berprestasi tinggi bertugas di kawasan luar bandar dan/atau di sekolah
berprestasi rendah. Pengetua/guru besar yang mengalami kesukaran dalam mencapai standard
minimum akan diberikan bimbingan tambahan, manakala
pengetua/guru besar yang masih gagal mencapai tahap kualiti minimum walaupun telah
diberikan bimbingan tambahan akan ditugaskan semula ke jawatan guru di sekolah lain. Seperti
mana guru, aspirasi bagi pemimpin sekolah adalah untuk membina budaya kecemerlangan
profesional pimpinan teladan rakan setugas. Pemimpin sekolah membimbing satu sama lain,
membangunkan dan menyebar luaskan amalan terbaik, dan bersama-sama bertanggungjawab
bagi mencapai standard profesional.

You might also like