You are on page 1of 8

Tun Dr Mahathir Mohamad

Perdana Menteri Malaysia Keempat (1981-2002)

Latar Belakang Tun. Dr. Mahathir


Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 oleh Wan Tempawan di sebuah
rumah di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Ibunya Wan Tempawan binti
Wan Hanafi adalah keturunan Wan Mat Saman, Menteri Besar Kedah yang membina terusan
Wan Mat Saman. Beliau adalah anak bongsu kepada Encik Mohamad bin Iskandar dan Wan
Tempawan binti Wan Hanafi dikurniakan sembilan orang anak. Dr. Mahathir anak mereka yang
bongsu

Pendidikan Awal Tun Dr. Mahathir


Dr. Mahathir mula bersekolah di Sekolah Melayu Laki-laki Seberang Perak, Kedah. Kemudian
disambung ke Sekolah Inggeris Alor Setar (kini Maktab Sultan Abdul Hamid) di mana
ayahandanya, Encik Mohamad bin Iskandar adalah gurubesar sekolah itu yang pertama. Encik
Mohamad Iskandar adalah anak Melayu pertama yang menjadi guru besar sebuah sekolah
Inggeris pada tahun 1908. Beliau adalah seorang yang tegas dan menitikberatkan prestasi
pendidikan yang tinggi di kalangan anak-anaknya. Sejak kecil Tun Dr Mahathir bin Mohamad
dikatakan sebagai seorang yang pasti akan jalan tujunya dan cara mencapai matlamatnya.
Secara semulajadi beliau merupakan seorang yang rajin dan mempunyai determinasi untuk
berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya. Tun Dr Mahathir bin Mohamad bersekolah di
Sekolah Melayu Seberang Perak sebelum memasuki
Sekolah Inggeris Kerajaan di Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Halim.
Semasa Jepun memerintah Malaya persekolahannya tergendala dan Tun Dr Mahathir bin
Mohamad berkecimpung dalam perniagaan gerai kopi serta menjual buah-buahan dan
barangan kraftangan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. Setelah tamat Perang Dunia Kedua,

Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun
1945 sehingga Senior Cambridge. Tun Dr Mahathir bin Mohamad kemudiannya pada tahun
1947, melanjutkan pengajian ke King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya,
Singapura . Pada tahun 1952, Tun Dr Mahathir bin Mohamad lulus dengan ijazah perubatan
MBBS.

Pengalaman Tun Dr. Mahathir


Dr. Pernah meletakkan jawatannya dengan kerajaan. Beliau pernah berniaga buah-buahan dan
cendol di Pekan Rabu, Kedah. Beliau telah dilantih duduk dalam jawatankuasa Pekan Rabu.
Beliau melihat sendiri betapa susahnya orang Melayu mendapatkan ruang niaga. Beliau
kemudianya membuka klinik sendiri. Pengalaman berniaga yang dilalui menyedarkan beliau
betapa perlunya kemahiran berniaga untuk meninggikan taraf hidup kaum Melayu. Inilah yang
mendorong Tun Dr Mahathir bin Mohamad menceburi bidang politik apabila beliau masih di
bangku sekolah.

Latar Belakang Politik Tun Dr. Mahathir

Dr. Mahathir semasa muda


Ketika zaman persekolahan lagi Tun Dr Mahathir bin Mohamad menentang Malayan Union
dengan lantang dan menubuhkan Kesatuan Melayu Kedah serta Kesatuan Pemuda Melayu
Kedah. Pada tahun 1946, Tun Dr Mahathir bin Mohamad merupakan salah seorang ahli UMNO
yang awal dengan kemasukan Kesatuan Melayu Kedah ke dalam UMNO. Dr. Mahathir sejak
mudanya adalah seorang yang rajin menulis. Dengan nama penanya 'Che Det' beliau banyak
menulis tentang kisah-kisah yang melanda masyarakat Melayu yang tersiar dalam akhbarakhbar tempatan. Kebanyakan rencana Tun Dr Mahathir bin Mohamad dihantar ke Strait Times
dan Sunday Times bertemakan kepahitan hidup masyarakat Melayu. Bakat kepimpinannya
terselah semasa menuntut lagi apabila beliau dilantik sebagai Presiden, Penrtubuhan Islam,
Kolej Kedoktoran. Tun Dr Mahathir bin Mohamad sering mengikuti perdebatan dan forum dan
tidak segan silu menyatakan pendapatnya yang sebenar.

Keistimewaan Tun Dr. Mahathir


Tun Dr Mahathir bin Mohamad dianggap seorang pemikir dan revolusiner.
Tun Dr Mahathir bin Mohamad ingin perubahan berlaku dalam minda dan fizikal rakyat. Dr.
Mahathir inginkan nama Malaysia dikenali dalam pentas dunia. Beliau mahukan rakyatnya
menepati masa dan bekerja keras. Perkara ini diilhamkan dalam 'Dasar Pandang Ke Timur'.
Beliau membawa Malaysia lebih rapat dan menjadi rakan karib bagi dua negara Korea Selatan
dan Jepun. Kedua dua negara ini dilihat telah menjadi peneraju dalam pelbagai sektor industri.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad memperkenalkan konsep Persyarikatan Malaysia di mana


Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyat adalah pekerja dan pemegang saham.
Hal ini diadaptasi daripada Jepun yang telah memberi peranan yang lebih besar kepada sektor
swasta untuk turut memacu negara ke arah kemajuan. Konsep ini telah meningkatkan lagi
prestasi pekerjaan, pendapatan serta imej negara. Di antara langkah-langkah ke arah mencapai
sistem ekonomi perindustrian ini adalah pembangunan sektor industri berat. Salah satu
kejayaan industri ini ialah pengeluaran kereta nasional yang kini merupakan kereta yang paling
laris di Malaysia (Kereta import dikenakan cukai 100%).
Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan
saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional
Berhad(PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera. Setelah meneliti
jangka masa tempoh perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Kerajaan Malaysia kepimpinan Dr.
Mahathir marasakan amat sukar untuk mencapai sasaran 30% pemilikan saham bumiputera
dalam ekonomi. Hal tersebut telah mendorong kerajaan menubuhkan pelbagai amanah saham
dan menubuhkan syarikat-syarikat kerajaan (GLC) untuk menambahkan jumlah angka
penglibatan Bumiputera dalam perniagaan.
Wawasan 2020
Harapan Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad adalah menjadikan Malaysia sebuah negara
maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Wawasan 2020 adalah satu penyataan cita-cita. Bagaikan seorang artis, Tun Dr Mahathir bin
Mohamad menampilkan satu falsafah yang murni yang kemudiannya disusuli dengan
perlaksanaan yang berterusan. Matlamatnya ialah pembangunan yang berwajahkan
kemanusiaan dengan persekitaran yang seimbang.
Memberkenalkan pelbagai Slogan, Dasar dan Konsep baru

Dasar Pandang Ketimur

Dasar Penerapan nilai-nilai Islam

Dasar Kependudukan 70 juta

Wawasan 2020

Slogan "Bersih, Cekap dan Amanah".

Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad tidak pernah letih
memperkenalkan perubahan. Langkah awalnya setelah menjadi Perdana Menteri ialah
memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen 'Bersih - Cekap - Amanah'
dan 'Kepimpinan melalui teladan' ke arah menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni

dikalangan kakitangan awam khususnya dan masyarakat amnya. Beliau juga memperkenalkan
penggunaan 'kad perakam waktu' dan pemakaian tanda nama kepada kakitangan kerajaan
Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga menampilkan 'Dasar Kependudukan 70 juta' ke arah
menjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam negara yang mampu menyokong
pengeluarannya.

Dasar pandang Ke Timur


Beliau tidak gentar dengan kontroversi dan pernah menggemparkan hubungan baik diplomatik
Malaysia British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts" sebagai satu tindak balas di
atas sikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia Beliau kemudiannya
memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan menjadikan budaya kerja masyarakat
Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani oleh rakyat demi meningkatkan
produktiviti serta menyemai etika kerja professional.
Dasar Penswastaan
Antara elemen penting dalam Dasar Pandang Ketimur ialah melihat bagaimana Negara Jepun
dan Korea boleh menjadi sebuah negara maju dan menjadi pemimpin dalam beberapa jenis
industri dunia. Program penswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu
usaha melihat penting peranan swasta. Beliau juga melihat beberapa sektor dalam kerajaan
perlu diswasta agar dapat diuruskan secara profesional dan menguntungkan serta dapat
mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan.
Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih
cekap. Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan
pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri
perkhidmatan juga diperkenalkan demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam
supaya lebih selesa. Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar
PengsyarikatanMalaysia yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta
agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan.
Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia
yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya
saing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran
produk Malaysia
Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah sesuatu yang wajib.
Sehubungan itu beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang bertujuan
mengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi
mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan

teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan
beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan.
Penggerak Industri Permotoran Malaysia
Dr. Mahathir mahu Malaysia terlibat dalam industri permotoran agar rakyat negara ini dapat
menguasai teknologi dan kekayaan yang ada dalam industri ini.
Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu Malaysia menjadi pemain
yang aktif dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal 'Kriss' dan
menjadi pengeksport kereta yang berdaya maju. Malaysia juga adalah hub pemasangan
beberapa jenama kereta terkenal bagi rantau Asia Tenggara
Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga menggerakkan projek litar Formula 1
yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia Negara juga menaja
pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran
pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'. Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan
raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains
Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium Negara yang
dilancarkan pada tahun 1994. Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia
mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan
pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996.
Perubahan dan pembaharuan dalam pentadbiran Dr. Mahathir
Membaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan dalam sektor awam

Mengubah masa kerja

Mengarahkan penggunaan kad perakam waktu

Mengarahkan penggunaan kad tanda nama

Melaraskan waktu antara semenajung Tanah Melayu dan Sabah, Sarawak


Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya, sehubungan itu beliau telah
menukar waktu negara dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung agar
selaras dengan Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha integrasi nasional. Dalam
proses itu Singapura telah diyakinkan untuk turut serta.

Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar biasa pesatnya di bawah
kepimpinan Dr. Mahathir. Projek lebuhraya menghubungkan utara - selatan dan timur - barat
semenanjung telah menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rangkaian lebuh raya antara
yang terbaik di dunia. Malaysia juga melangkah ke era pengangkutan berteknologi tinggi
apabila transit aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur.

Memperkenalkan bandar pentadbiran moden


Pada September 1996, kerajaan telah mengumumkan pembinaan bandaraya pentadbiran
persekutuan 'Putrajaya' yang bernilai RM2.6 bil. Putrajaya sebuah bandar pentadbiran
terancang mempunyai falsafah murni ke arah mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam
negara dan seterusnya mewujudkan 'kerajaan elektronik'.
Pencapaian bertaraf dunia
Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila struktur
tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat
transmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan
semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini
juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia Rekod Malaysia tidak bernoktah di
situ sahaja. Dr Mahathir juga mengilhamkan 'Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yakni projek
hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2bil. Bangunan ini merupakan bangunan
tertinggi di dunia hingga selesai pembinaannya dengan 88 tingkat menara berkembar di atas
lokasi seluas 40 hektar. Meskipun beberapa sudut dunia bakal menampilkan bangunan yang
lebih tinggi, namun rekod ini akan kekal sebagai menara 'berkembar' yang tertinggi di dunia
bagi abad ke dua puluh dan juga untuk buat beberapa tahun yang akan datang.
Malaysia pada tahun 2002 dijangkakan mempunyai sebuah empayar hidroelektrik baru iaitu
Empangan Bakun, sebuah projek mega yang bernilai RM20bil. di Sarawak. Tidak syak lagi,
projek ini yang telah diistiharkan sebagai 'projek negara' merupakan projek prasarana yang
terbesar di Malaysia dan bakal dipeta sebagai empangan yang terbesar di Asia. Menyedari
bahawa industri penerbangan awam bukan hanya memerlukan pesawat terbang canggih tetapi
juga lapangan terbang yang serba boleh, Dr. Mahathir telah menukar kawasan ladang di
Sepang kepada tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lapangan
terbang ini akan tampil sebagai yang tercanggih di rantau ini dengan nilai RM9 bil. Apabila siap
sepenuhnya, ia akan dapat menampung perjalanan 100 juta penumpang setahun dan pastinya
menjadikan Penerbangan Malaysia (MAS) antara yang paling kompetitif di dunia

Dr. Mahathir berpandangan jauh, beliau bukan saja mempelajari dan memiliki komputer di
pejabatnya, tetapi beliau juga mahu rakyat Malaysia menguasai teknologi komputer. Pada tahun
1997, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Koridor Raya Multimedia (MSC)' yang akan menjadikan
Malaysia pusat pelaburan dan eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul
di dunia. MSC akan menggabungkan semua ruanglinkup industri teknologi maklumat dalam
sebuah persekitaran yang khusus buatnya. Sehubungan itu sebuah bandar ultra-tekno
'Cyberjaya' akan dibina dengan harapan MSC bakal menjadi satu-satunya bandar siber dunia .
Gagasan MSC akan menempatkan kerajaan e-elektronik dan universiti multimedia serta
menjadi pemangkin kepada perlaksanaan sekolah bestari, tele-perubatan, kad pintar, pusat
pemasaran tanpa bersempadanan serta pusat pengeluar web sedunia

Dr. Mahathir berhasrat agar Malaysia menjadi teraju dan tumpuan dalam industri pendidikan.
Malaysia diharap menjadi tumpuan pelajar-pelajar dalam dan luar negara untuk mendapatkan
pendidikan tinggi. Kehadiran pensyarah-pensyarah dalam dan luar negeri bersaing
menwujudkan satu budaya ilmu yang baru. Aspek pembangunan akademik menjadi instrument
penting untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju. Malaysia kini menjadi tumpuan bukan
sahaja kepada pelajar luar yang datang menimba ilmu tetapi juga kepada universiti-universiti
luar yang datang untuk menyebarkan ilmu samada dengan membuka cawangan atau
mengadakan program berkembar di sini. Dasar liberalisasi pendidikan yang dilaksanakan ini
bakal mencorakkan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi di rantau Asia Tenggara. Tidak
setakat pendidikan tinggi, konsep kecermelangan pendidikan juga akan diterapkan ke peringkat
sekolah dengan memperkenalkan 'sekolah bestari' (smart school) yang bakal beroperasi penuh
menjelang tahun 2000.
Dr. Mahathir bukan hanya berusaha membangunkan Malaysia tetapi beliau juga berusaha
membangunkan negara-negara dunia ketiga yang lain. Beliau menggalakkan syarikat-syarikat
Malaysia melabur ke negara-negara yang memerlukan pelaburan serta menghulurkan bantuan
teknikal kepada negara-negara yang ketandusan kepakaran. Kini Malaysia merupakan pelabur
terbesar Kemboja dengan RM1bil. Yang kedua terbesar di Vietnam dengan nilai pelaburan
berjumlah RM559 disamping membuat kehadirannya sangat dirasai di Myanmar Afrika Selatan,
Zimbabwe dan Maldives.
Tidak kira apa gagasannya - negara membangun, negara dunia ketiga, negara kecil atau
negara miskin - beliau dengan berani menyuarakan masalah mereka dalam forum-forum
antarabangsa serta menyelar negara-negara maju yang tidak ikhlas membantu malah
menindas dengan prejudis. Pandangannya yang kritis tetapi nyata, telah menjadikan beliau
jurucakap kepada negara-negara dunia ketiga dan pembela agama Islam yang konsisten.
Malaysia mampu berbuat demikian kerana Malaysia "Merdeka' bukan sahaja dari segi politik
tetapi juga ekonomi dan yang lebih penting - dari segi spiritualnya.
Tun Dr. Mahathir di pentas dunia
Semasa kepimpinan Tun Dr. Mahathir Malaysia diberi penghormatan dan kepercayaan untuk
mengendalikan persidangan-persidangan bertaraf antarabangsa seperti PATA, CHOGM,
Kumpulan Selatan-Selatan dan kini Sukan Commonwealth 1996. Beliau juga adalah pencetus
idea program 'Dialog antara bangsa Langkawi' dengan membawa konsep menang menang.
Dr. Seri Mahathir Mohamad kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya
meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan
negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu
falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya. Bagi Dr. Mahathir
falsafah pembangunan haruslah dijana dari dalam, manakala sumbernya bolehlah didatangkan
dari luar dan bukan disebaliknya.

Beliau mengakui bahawa beliau tidak percaya lagi dengan penulisannya dalam 'Malay Dilemma'
tetapi hakikatnya Malay Dilemma sudah tidak relevan sejak Dr. Mahathir memegang pacuan
negara.
Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi seorang pemimpin yang disegani dan sering dirujuk untuk
memberikan pandangan di kalangan negara-negara sedang membangun. Tun Dr Mahathir
Mohamad dianggap sebagai jurucakap bagi negara-negara sedang membangun terhadap
polisi-polisi kuasa besar politik dari Barat. Beliau memikul harapan negara untuk merintis jalan
ke arah suatu peranan kepimpinan di dalam dunia ekonomi dan politik antarabangsa.

Keluarga Dr. Mahathir


Dr. Mahathir melangsungkan perkahwinan dengan Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 5 Ogos, 1956
dan dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau
ialah : Marina Mahathir Mirzan Mahathir Melinda Mahathir Mokhzani Mahathir Mukhriz Mahathir
Maizura Mazhar

Penghujung Jalan Tun Dr. Mahathir


Tun Dr. Mahathir telah mengumumkan pesaraannya dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan
Agung UMNO. Dr. Mahathir menamat penglibatan aktif dalam politik ketika umurnya 75 tahun
setelah berkhidmat kepada negara semala 22 tahun. Sepanjang beliau menjadi perdana
Menteri beliau telah melantik beberapa timbalan seperti Tengku Razaligh, Anwar Ibrahim dan
Ghafar Baba. Beliau telah mengumunkan Dato Sri Abdullah Badwi sebagai pengganti Beliau.Dr.
Mahathir juga pernah mengambil tindakan berani yang mengejutkan ramai pihak dengan
membubarkan UMNO untuk menyelamatkan politik beliau semasa krisis kepimpinan UMNO.
Beliau kemudiannya menubuhkan sebuah parti baru yang dinamanak UMNO Baru yang
dikenali kini sebagai UMNO juga. Dr. Mahathir telah mengambil masa yang agak lama untuk
menamakan penggantinya walaupun beliau sering dihujani oleh media tempatan dan luar
negara tengang siapakah bakal pengganti. Beliau dirasakan ingin memastikan pengganti beliau
dapat meneruskan agenda dan wawasan yang telah diasaskan oleh beliau.
Setelah bersara beliau masih terus menjadi penasihat Proton . Beliau juga lantang menegur
kepimpinan pengganti beliau iaitu Dato Sri Abbdullah Badawi seperti mana beliau pernah
mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman.Kini beliau masih aktif menulis blog dan berucap
dalam forum-forum dan persidangan.

You might also like