You are on page 1of 9

SKRIP PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU


SEKOLAH KEBANGSAAN JIJAN
AGENDA

TEKS PENGACARA

Acara 1

Mengumumkan ketibaan

Ketibaan YAB
Menteri Besar
Negeri Sembilan
Dan Nyanyian
Lagu Negaraku

Yang Amat Berhormat


Dato Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan
Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus

Acara 2

Bismillah...
Assalamualaikum wbt

Alu-aluan
Pengacara Majlis

Semua hadirin diminta berdiri.

Adat kita menyambut tetamu


Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu
Yang Amat Berhormat
Dato Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan
Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Yang Berhormat
Dato Hasim b. Rusdi
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Labu merangkap
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
Yang Berbahagia
Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak
Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan

CATATAN

YAB
Menteri
Besar tidak
akan duduk
Dan
Nyanyian
lagu
Negaraku

Yang Berbahagia
Tuan Haji Musa bin Abdullah
Pegawai Pelajaran Daerah Seremban
Yang Berusaha
Encik Yahya b. Mohamad
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan
Yang Berusaha
Tuan Haji Roshizan bin Zakaria
Pengerusi Bersama Majlis Perasmian Bangunan Baharu
Sekolah Kebangsaan Jijan 2011 Merangkap Yang
Dipertua PIBG SK Jijan
Yang Berhormat
Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
Pengarah-Pengarah Bahagian
Para Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Para Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Seremban

Yang dihormati,
Ketua-ketua Jabatan
Ahli-ahli jawatankuasa pengelola Majlis Perasmian
Bangunan Baru Sekolah Kebangsaan Jijan 2011
Pengetua-pengetua, guru-guru besar
Guru-guru,ibu-bapa, murid-murid serta
Hadirin yang dimuliakan.
Salam bahagia, salam sejahtera
dan salam 1 Malaysia
Alu-aluan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri


2

Pengacara Majlis

Sembilan,
Terima kasih pemimpin-pemimpin terbilang
Terima kasih hadirin budiman
Terima kasih kepada semua kerana memenuhi Dewan
Terbuka Sekolah Kebangsaan Jijan untuk sama-sama
mewarnai Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah
Kebangsaan Jijan .

Acara 3

YAB Dato Seri Utama, Dato-Dato, Datin-Datin dan


hadirin sekalian.

Bacaan Doa
Tangan ditadah penuh inayah
Majlis dibuka penuh rahmat
Mohon keberkatan serta hidayah
Moga majlis mendapat berkat
Majlis mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Ali Bathur bin Abu
Bakar Imam Masjid kampung Jijan untuk memimpin
bacaan doa.
Dipersilakan
***********(Bacaan Doa)**********
*Amin-amin ya robbal alamin. Majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Ali
Bathur bin Abu Bakar atas pimpinan doa sebentar tadi.

Acara 4

YAB Dato Seri Utama, Dato-Dato, Datin-Datin dan


hadirin sekalian.
3

Ucapan Yang
Berbahagia
Pengerusi
Bersama
Merangkap YDP
PIBG

Adat berbahasa menyampaikan pesan


Adat majlis menyampaikan ucapan
Sebagai pembuka tirai ucapan Majlis Perasmian
Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan Jijan, majlis
dengan sukacitanya mempersilakan Yang
BerbahagiaTuan Haji Roshizan bin Zakaria Pengerusi
Bersama Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah
Kebangsaan Jijan Merangkap Yang Dipertua PIBG SK
Jijan untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
***********( Ucapan Yang Berbahagia Pengerusi
Bersama Merangkap YDP PIBG )**********

*Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


Yang BerbahagiaTuan Haji Roshizan bin Zakaria atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Acara 5
Ucapan Yang
Berbahagia
Pengarah
Pelajaran Negeri
Sembilan

Seterusnya, marilah sama-sama kita mendengar ucapan


yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan
Abdul Halim bin Abdul Razak Pengarah Pelajaran Negeri
Sembilan.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
******( Ucapan Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran
Negeri Sembilan)******
*Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak
Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Acara 6
Ucapan ADUN

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan


Yang Berhormat Dato Hasim b. Rusdi Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Labu merangkap Ahli Majlis
4

Labu

Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan untuk


menyampaikan ucapan.
Dengan penuh takzim, dipersilakan.

***( Ucapan Yang Berhormat Dato Hasim b. Rusdi)***


*Demikianlah kata, demikianlah ucapan,
Daripada Yang Berhormat Dato insan budiman,
Sekalung penghargaan kami hadiahkan,
Kata nasihat tidak dilupakan.

Acara 7
Ucapan YAB
Menteri Besar dan
menandatangan
Plak Perasmian
bangunan baharu

Yang Amat Berhormat Dato Seri Utama Menteri Besar


Negeri Sembilan,
Tuan ibarat pohon yang rendang
Tempat kami tumpang berteduh
Ibarat sekaki payung
Tempat kami berlindung
Ibarat rumah Gadang
Tempat kami bermalam
Ibarat lampu pelita
Tempat kami mencari cahaya
Ibarat bahtera di tengah samudera
Tempat kami berpadu tenaga
Mendokong wawasan 1 Malaysia
Mengangkat martabat negara tercinta

Meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia ini,


Majlis dengan takzimnya mempersilakan
Yang Amat Berhormat Dato Seri Utama Haji Mohamad b.
Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya
5

menyempurnakan Majlis Menandatangani Plak


Perasmian.
Dengan penuh takzim dipersilakan.
***********( Ucapan Yang Amat Berhormat Menteri
Besar Negeri Sembilan )**********
Dengan ini, dipersilakan Yang Berbahagia Tuan Abdul
Halim bin Abdul Razak Pengarah Pelajaran Negeri
Sembilan dan Yang Berbahagia En. Yahya b. Mohamad
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan serta tetamutetamu kehormat untuk mengiringi Yang Amat Berhormat
Dato Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan ke pentas
utama.
******( Upacara Menandatangan Plak Perasmian )******
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Yang Amat Berhormat Dato Seri Utama Haji Mohamad b.
Haji Hasan atas kesudian menyempurnakan Majlis
Perasmian Bangunan Baharu SK Jijan sebentar tadi.

Acara 8
Persembahan
Tarian

Acara 9

YAB Dato Seri Utama, Dato-Dato, Datin-Datin dan


hadirin sekalian.
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah
kita sama-sama berhibur dengan persembahan tarian
yang akan dipersembahkan oleh anak-anak dari Tadika
KEMAS Kampung Jijan.
***********( Persembahan tarian )********
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
persembahan sebentar tadi. Sebagai makluman hadirin,
persembahan hebat yang sama-sama kita saksikan tadi
merupakan hasil bimbingan kreativiti dan inovasi guruguru dari Tadika KEMAS Kampung Jijan.
1) Majlis diteruskan lagi dengan Upacara Penyampaian
Hadiah Kecemerlangan UPSR 2010, UPKK 2010,
6

Penyampaian
Hadiah
Kecemerlangan
UPSR 2010 /
UPKK 2010,
Cenderamata AJK
PIBG 2010 / 2011
dan Sumbangan
kepada
masyarakat
setempat

Cenderamata AJK PIBG bagi sesi 2010 / 2011 dan


sumbangan kepada masyarakat setempat.
Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan Yang
Berusaha En. Yahya b. Mohamad Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Jijan dan Yang Berusaha Tuan Haji Roshizan
bin Zakaria, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan
Jijan mengiringi Yang Amat Berhormat Dato Seri Utama
Haji Mohamad b. Haji Hasan, Menteri Besar Negeri
Sembilan Darul Khusus ke pentas utama bagi
menyempurnakan majlis penyampaian Hadiah
Kecemerlangan kepada penerima anugerah.
Untuk makluman Hadirin yang dimuliakan,
Pada tahun 2010, sekolah Kebangsaan Jijan telah berjaya
mencatat sejarah apabila seramai 10 orang murid
memperoleh 5A dan 7 orang murid memperoleh 4A1B
dalam UPSR. Kejayaan ini telah melonjakkan nama
Sekolah Kebangsaaan Jijan di mata masyarakat sekeliling.
Dengan ini, dijemput ________________
****( Rujuk lampiran ) ***
2) Seterusnya ialah Upacara Penyampaian Hadiah
Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas KAFA 2010.
Untuk makluman hadirin sekalian, bagi sesi 2010, seramai
2 orang murid berjaya memperoleh 8A dalam UPKK.
Keputusan ini juga antara yang terbaik yang pernah
dicapai oleh sekolah ini.
Dengan ini, dijemput ________________
****( Rujuk lampiran ) ***

3) Seterusnya ialah Upacara Penyampaian Cenderamata


AJK PIBG bagi sesi 2010 / 2011.
7

Dengan ini, dijemput ________________


****( Rujuk lampiran ) ***
4) Seterusnya ialah Upacara Penyampaian Sumbangan
kepda masyarakat setempat.
Dengan ini, dijemput ________________
****( Rujuk lampiran ) ***
Acara 10
Penyampaian
Cenderamata
kepada YAB
Menteri Besar

Sebagai tanda penghargaan , sekalung budi seuntai kasih,


majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Yahya bin
Mohamad Guru besar Sekolah kebangsaan Jijan untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang Amat
Berhormat Dato Seri Utama Haji Mohamad b. Haji
Hasan.

Acara 11

Hadirin yang dimuliakan,

Kata-kata Penutup
dan

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat


Berhormat Dato Seri Utama Haji Mohamad b. Haji
Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus atas
kesudian berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Jijan untuk
bersua pandang, beramah mesra dan mengungkap bicara
melancarkan Majlis Perasmian Bangunan Baru Sekolah
Kebangsaan Jijan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga
kerja Majlis Perasmian Bangunan Baru Sekolah
Kebangsaan Jijan.
Tersilap tersalah harap diampun
Terkasar bahasa maaf dipohon
Akhir kata
Assalamualaikum wbt dan
Salam 1 Malaysia
Sekian wbt

Acara 12

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Amat Berhormat


Dato Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan, Menteri
YAB Menteri Besar Besar Negeri Sembilan Darul Khusus ke ruang pameran
8

lawatan ke
pameran dan
Jamuan

dan seterusnya ke majlis jamuan tengah hari yang telah


disediakan.

Acara 13

Semua tetamu jemputan dan hadirin juga dipersilakan


untuk menikmati hidangan tengah hari di khemah yang
telah disediakan....
Selamat menjamu selera..

Jamuan makan
tengah hari

You might also like