You are on page 1of 12

KERTAS KERJA

MASJID SEBAGAI PEMANGKIN PERBANDARAN DAN PEMBANGUNAN UMMAH


Masjid adalah tempat ibadah umat Islam. Perkataan Masjid dan fungsinya telah
disebut dalam al-quran dan hadis. Firman Allah S.W.T dalam surah al-taubah ayat 18
yang bermaksud Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orangorang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap) melaksanakan
solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada apa pun)kecuali kepada Allah. Maka
mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk.
Masjid dalam islam adalah institusi yang amat penting dalam kehidupan orang islam.
Masjid telah memainkan peranan dan fungsinya yang amat besar sejak daripada
zaman Rasullulah S.A.W semasa kini. Walaupun hari ini kebanyakan masjid hanya
menjadi tempat ibadah khusus semata-mata.
Sejarah tidak membuktikan bahawa masjid adalah pemangkin kepasa proses
perbandaran dan pembangunan ummah.
MASJID DI ZAMAN RASULLAH SAW
Masjid Quba ialah masjid yang pertama dibina dan Rasullulah SAW dalam bentuk
yang mudah dan sederhana. Dindingnya dibina daripada batu bata, lantainya
daripada anak-anak batu, mimbarnya daripada batang pokok, sebahagian bangunan
masjid beratap dan sebahagian yang lain dibiarkan terdedah.
Demikian juga Masjid Nabawi di Madinah. Sebahagian dibina dengan batu blok,
manakala sebahagian lain dengan pelepah tamar yang diikat dan tanah liat.
Batangnya daripada pelepah tamar manakala mihrab daripada batu-batu kecil.
tentang adab-adab di Masjid. Pada zaman Rasullulah SAW Masjid-masjid telah
berkembang sehingga mencapai 18 buah, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu
Hisyam dan selepas ini bilangan itu semakin bertambah.
Galakan Rasulluah SAW tentang pembinaan Masjid ini dapat dilihat daripada hadis di
bawah ini.
Sabda Rasullulah SAW
Barangsiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana mengharapkan keredhaan
Allah, maka Allah akan membangunan untuknya sebuah mahligai di syurga.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim


Pada zaman Rasullulah SAW masjid mempunyai berbagai peranan. Diantara peranan
masjid di zaman Rasullulah SAW. Selain dapat tempat ibadah masjid adalah tempat
pendidikan.
Abu Hurairah berkata bahawa Rasullulah SAW bersabda berkumpullah kalian kerana
aku akan mengajar kepada kamu semua 1/3 daripada al-quran. Maka mereka
berkumpul di Masjid. Tidak lama kemudian Rasullulah pun keluar dan melafazkan
surau al-ikhlas.
Hadis riwayat Muslim
Masjid pada zaman Rasullullah juga menjadi pusat perayaan atau aktiviti sosial lain
seperti yang terpapar dalam hadis-hadis berikut:
Aisyah telah meriwayatkan bahawa pada beberapa orang pahlawan dari Abisinia
datang ke masjid pada suatu hari raya dan mereka mempamerkan seni
mempertahan diri. Rasullullah menjemput saya menyaksikan perlawanan tersebut.
Saya meletakkan kepala saya pada bahu baginda dan melihat pameran seni
mempertahankan diri itu sehingga saya puas lalu memalingkan pandangan saya
Masjid Rasullulah menjadi tempat utama masyarakat berkenal-kenalan melalui
interaksi sosial. Ia juga menjadikan tempat kunjungan kanak-kanak dan pastinya
kanak-kanak ini hidup dalam suasana kemeriahan masjid aktif dengan majlis ilmu,
suasana politik, perjumpaan ramai dan tempat ibadat khusus. Dengan cara ini,
kanak-kanak dapat merasai jiwa persaudaraan islam yang kukuh dan bersatu:
Simak bin Harb meriwayatkan bahawa Jabir bin Samura telah berkata: Rasullullah
Seringkali duduk di tempat baginda mengerjakan solat subuh sehingga matahari
naik, baginda akan berdiri di situ sambil para sahabat lain berbual menceritakan
keadaan masing-masing pada waktu jahiliah dahulu dan mereka akan tertawa
mendengar gelagat lucu. Rasullulah pun sama-sama mendengar tetapi baginda
hanya tersenyum sahaja.
Hadis riwayat Muslim
Masjid juga tempat yang digunakan untuk menyelesaikan transaksi perniagaan,
pinjaman dan sebagainya:
Riwayat Jabir bin Abdullah: Saya pergi bertemu Rasullulah semasa baginda berada

di masjid. Selepas baginda menyuruh saya mengerjakan solat dua rakaat, baginda
membayar hutangnya kepadaku dan memberi lebihan wang sedikit kepadaku
Riwayat Muslim
Kaab bin Malik pernah meriwayatkan ketika dia menuntut hutang daripada Ibnu Abi
Hadrad semasa di masjid. Suara pergaduhan kami semakin lantang sehinggakan
terdengar oleh Rasullulah SAW yang berada di dalam kamarnya. Rasullullah
TAN SRI SYAIKH HJ. ISMAIL B. HJ. MUHAMMAD
MASJID SEBAGAI PEMANGKIN PERBANDARAN DAN PEMBANGUNAN UMMAH
4
* kertas kerja ini dibentangkan dalam wacana ilmu 2010: Perbandaran Islam sebagai
pemangkin
perancangan dan pembangunan Ummah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
pada 5 Mei 2010
menyelak tabir kamarnya dan memanggil Kaab. Baginda mengisyaratkan kepada
kaab supaya menuntut separuh sahaja hutangnya. Kaab berkata,
Riwayat Abu Daud
Ada segelintir umat islam yang menggunakan hadis Kaab ini untuk menghalang
kewujudan aktiviti komersial di masjid. Sebenarnya jika kita meneliti hadis
sedemikian, Rasullullah tidak menghalang Kaab menuntut hutang tetapi baginda
berkemungkinan tidak suka pergaduhan berlaku di masjid kerana masjid menjadi
tempat umat islam mengukuhkan ukhwah. Apa yang penting adalah agar perniagaan
itu halal dan tidak Cuma menguntungkan seseorang individu sahaja tetapi
mendatangkan manfaat kepada masyarakat islam keseluruhannya.
Masjid juga di tempat berehat serta berteduh sejenak. Ada dikalangan umat islam
kini menegur masjid sebagai tempat tumpangan yang difikirkan tidak secocok
dengan status kesuciannya. Pada zaman Rasullulah, ia tidak sedemikian seperti
tercatat dalam hadis-hadis berikut:
Abbad bin Tamin meriwayatkan dari bapa saudaranya bahawa dia pernah melihat
Rasullulah baring di dalam masjid sambil meletakkan ke atas kaki yang lain.
Seorang lelaki dari Banu Amir melaporkan bahawa Abu Dharr pernah bercerita: Aku
pergi berjumpa Rasulullah pada waktu tengahari. Baginda sedang berteduh sambil

berehat-rehat di dalam masjid bersama sekumpulan para sahabat.


Riwayat muslim
Sahl bin Sad melaporkan: Rasulullah, pada suatu ketika, pergi kerumah anak
perempuannya, fatimah. Baginda tidak berjumpa dengan suami anaknya itu, ali,
seraya bertanya, ke mana perginya anak pakcik kamu? Anaknya menjawab,Terjadi
perselisihan faham antara kami berdua lalu dia beredar dari rumah entah ke
TAN SRI SYAIKH HJ. ISMAIL B. HJ. MUHAMMAD
MASJID SEBAGAI PEMANGKIN PERBANDARAN DAN PEMBANGUNAN UMMAH
5
* kertas kerja ini dibentangkan dalam wacana ilmu 2010: Perbandaran Islam sebagai
pemangkin
perancangan dan pembangunan Ummah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
pada 5 Mei 2010
mana.Rasullulah mencari Ali hingga baginda berjumpa ia sedang tidur atau
berbaring di masjid dan didapati badannya penuh dengan habuk.
Riwayat Abu Daud
Peranan masjid masa kini sebagai rumah kebajikan masyarakat telah luput kerana
masjid lebih diutamakan sebagai simbol kemegahan negara atau individu. Pada
zaman Rasullulah, masjid baginda menjadi pusat kebajikan masyarakat di mana umat
islam mudah menggunakannya sebagai tempat lindungan dan menerima sedekah.
Perlu dinyatakan di sini suffa di masjid Nabi bukan asyik menerima sedekah sahaja
tetapi mereka sibuk mempelajari ilmu-ilmu islam, bekerja mencari nafkah hidup dan
rezeki untuk bersedekah dan juga bersama-sama menjayakan program-program di
masjid serta menjadi wira apabila seruan jihad dilaungkan. Hadis-hadis berikut
mencerminkan suasana kebajikan pada zaman Rasullulah. Akhir sekali masjid sebagai
rumah kebajikan juga berfungsi sebagai hospital untuk memerlukannya:
Bapa Salim pernah menceritakan: Aku pernah tidur di masjid Nabi semasa aku
remaja dahulu
Riwayat Bukhari
Anas meriwayatkan ; beberapa orang dari kaum Ukl datang bertemu Nabi dan
mereka tinggal bersama Ahlu Suffa. Kata Abdul Rahman, ahli Suffa ialah orang-orang

yang miskin pada masa itu.


Riwayat Bukhari
Aisyah meriwayatkan : Seorang lelaki datang berjumpa Rasullulah pada bulan
ramadhan di masjid dan berkata, Ya Rasullulah!habislah aku! Aku telah bersama
dengan isteriku. Rasullulah mengarahkannya membayar fidyah kepada orang miskin
ke atas dosanya. Lelaki itu berkata, demi Allah, tiada orang yang lebih miskin dari
keluargaku. Rasullulah menyuruh ia duduk sebentar. Semasa menunggu, seorang
TAN SRI SYAIKH HJ. ISMAIL B. HJ. MUHAMMAD
MASJID SEBAGAI PEMANGKIN PERBANDARAN DAN PEMBANGUNAN UMMAH
6
* kertas kerja ini dibentangkan dalam wacana ilmu 2010: Perbandaran Islam sebagai
pemangkin
perancangan dan pembangunan Ummah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
pada 5 Mei 2010
yang mengheret keldai yang dibebani barang makanan tiba di masjid. Rasullulah
menyuruh lelaki tadi membahagikan makanan itu sebagai pembayaran fidyah.
Riwayat Bukhari
Abu Said Al-Khudri melaporkan: Seorang lelaki masuk ke masjid sewaktu Nabi
sedang menyeru para sahabat memberi pakaian sebagai sedekah.
Riwayat Muslim
Anas menceritakan: Pada suatu ketika, Rasullullah menerima barangan dari Bahrain.
Rasullulah mengarahkan para sahabat meletakkan barangan tersebut di masjid.
Barangan itu adalah antara yang terbanyak yang pernah diterima oleh Nabi. Baginda
kemudiannya pergi menunaikan solat tanpa memandang barangan yang terdampar
di ruang masjid. Selepas sembahyang, baginda duduk berhadapan barangan itu dan
membahagi-bahagikannya kepada sesiapa sahaja yang dia lihat di masjid.
Lah
Aisyah telah meriwayatkan suatu peristiwa tatkala Saad tercedera dalam perang
Khandak. Seorang dari suku Quraish yang bernama Ibn Al-Ariqah telah memanahnya
pada bahagian lengan. Rasullulah telah mendirikan khemah untuknya di masjid dan
sering melawat Saad selama dia terlantar di situ.

Riwayat Bukhari
Masjid Rasullulah juga berperanan sebagai tempat penghakiman dan menjalankan
hukuman. Sebagai tempat yang dikunjungi orang ramai, masjid memang layak
berperanan sedemikian kerana penghukuman di khalayak ramai dapat menjadi
pembenteras jenayah manakala penghakiman di depan masyarakat umum dapat
mempastikan keadilan tidak dipersenda-sendakan, malah ia memberi peluang luas
kepada penampilan saksi-saksi berkaitan kes-kes tertentu:
TAN SRI SYAIKH HJ. ISMAIL B. HJ. MUHAMMAD
MASJID SEBAGAI PEMANGKIN PERBANDARAN DAN PEMBANGUNAN UMMAH
7
* kertas kerja ini dibentangkan dalam wacana ilmu 2010: Perbandaran Islam sebagai
pemangkin
perancangan dan pembangunan Ummah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
pada 5 Mei 2010
Sahl bin Sad:Seorang lelaki mengesyaki isterinya berlaku curang terhadapnya,
bolehkah ia membunuh pasangan isterinya? Tidak lama selepas peristiwa itu, saya
melihat ia dan isterinya mengikrarkan Lian di dalam masjid.
Riwayat Bukhari
Riwayat daripada Abu Huraira: Seorang muslim datang berjumpa Nabi sewaktu
baginda berada di masjid. Lelaki itu memberi pengakuan yang dia berzina dengan
seorang wanita.Rasullulah berpaling sebanyak empat kali seraya berkata,adakah
abda tidak siuman? Lelaki itu menjawab tidak. Nabi bertanya lagi, sudahkah kamu
berumah tangga? Dia mengiyakan soalan nabi. Rasullullah mengarahkan para
sahabat merejamnya dengan batu. Mereka merejamkan di masjid.
Abu Huraira menceritakan: Orang-orang Islam telah menangkap seorang lelaki
daripada Bani Hanifa. Mereka mengikatnya pada salah satu daripada tiang masjid.
Nabi menyoalnya selama tiga hari tetapi banduan itu berdegil. Akhir sekali Nabi
membebaskannya. Lelaki itu kemudiannya memeluk islam.
Adi bin Hatim bercerita: Semasa aku tiada di kampungku, satu gerombolan askar
Rasullullah tiba di Madinah membawa bantuan tawanan dan antara banduan itu
ialah anak perempuan Hatim. Dia dibawa bersama-sama tawanan suku Tayyi. Nabi

telah mendengar tentang perpindahanku ke Syria. Anak perempuan Hatim diletak


bersama banduan lain di sebahagaian masjid yang dikepung. Semasa Nabi
melawatnya, anak perempuan Hatim datang berjumpa baginda seraya berkata, Ya
Rasullullah! Bapa saya sudah meninggal dunia dan orang yang sepatutnya
mengambil alih urusannya telah melarikan diri. Kalau kamu membebaskan aku, Allah
akan membebaskan kamu. anak perempuan Hatim pula menceritakan bahawa
Rasullulah telah membebaskannya dan menghadiahkannya seekor unta serta
memberi wang kepadanya. Anak perempuan Hatim pun pergi ke Syria bersama
orang-orang kepercayaannya.
TAN SRI SYAIKH HJ. ISMAIL B. HJ. MUHAMMAD
MASJID SEBAGAI PEMANGKIN PERBANDARAN DAN PEMBANGUNAN UMMAH
8
* kertas kerja ini dibentangkan dalam wacana ilmu 2010: Perbandaran Islam sebagai
pemangkin
perancangan dan pembangunan Ummah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
pada 5 Mei 2010
Masjid sebagai pusat pemerintahan Islam yang pertama berfungsi sebagai tempat
pertabalan pemerintahan dan penerimaan delegasi luar negara. Pelantikan Abu
Bakar sebagai Khalifah pertama berlangsung di masjid Rasullullah. Masjid juga
menjadi dewan perhimpunan perdebatan politik ala Arab dengan perang syair yang
sering kali diadakan di sana. Pada suatu ketika satu delegasi Kristian tiba dan
Rasullulah membenarkan mereka bersembahyang di dalam masjidnya. Masjid dalam
konteks ini juga memikul tanggungjawab sebagai pusat dakwah islam yang penting :
Anas bin Malik meriwayatkan yang dia mendengar ucapan Umar yang kedua semasa
beliau duduk di mimbar masjid selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, Umar
mengucapkan sahabat sementara Abu Bakar berdiam diri. Umar berkata, aku lebih
suka jika Nabi hidup lebih lama daripada kita. Tetapi jika Nabi telah meninggal dunia,
Allah masih lagi memberi cahaya dan petunjuk agama hampir sepertimana yang
terdapat pada Rasullulah. Abu bakarlah sahabat utama Rasullulah. Dia adalah salah
seorang daripada mereka berdua di gua. Beliau ialah orang yang paling berkebolehan
untuk mengurus hal ehwal orang Islam. Maka itu bangun dan berikan baiah

kepadanya. aku terdengar Umar menyuruh Abu Bakar naik ke mimbar dan orang
Islam memberi baiah kepadanya.
Riwayat Bukhari
Aisyah meriwayatkan: Rasullulah sering menyuruh Hassan berdiri di atas mimbarnya
sambil bersyair mempertahankan kesucian Islam dan penghinaan ke atas Nabi
Muhammad S.A.W. Nabi sering bersabda, Roh kemuliaan akan sentiasa bersama
Hassan selagi ia mempertahankan Rasullulah.
Riwayat Abu Daud
TAN SRI SYAIKH HJ. ISMAIL B. HJ. MUHAMMAD
MASJID SEBAGAI PEMANGKIN PERBANDARAN DAN PEMBANGUNAN UMMAH
9
* kertas kerja ini dibentangkan dalam wacana ilmu 2010: Perbandaran Islam sebagai
pemangkin
perancangan dan pembangunan Ummah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
pada 5 Mei 2010
Satu delegasi orang-orang Kristian dari Najran datang berjumpa Rasullulah. Mereka
terdiri daripada 60 penunggang. Empat belas daripada mereka ialah orang-orang
bangsawan dan tiga menjadi ketua....Muhammad bin Jaafar memberitahu saya
bahawa apabila mereka tiba di Madinah, mereka sampai di masjid sewaktu Nabi
selesai solat zuhor. Para sahabat yang nampak mereka berkata bahawa mereka tak
pernah melihat delegasi yang sedemikian. Apabila waktu sembahyang tiba delegasi
itu diberi kebenaran oleh Rasullulah untuk mengerjakan ibadat mereka. Mereka
berkiblat ke arah Timur.
Al-Ashath datang bersama suku Kinda berjumpa Rasullulah. Al-Zuhri
memberitahuku bahawa mereka berjumlah 80 penunggang. Apabila tiba di Madinah,
mereka terus masuk ke Masjid Nabi. Mereka berpakaian hebat dan kemas. Nabi
bertanya sama ada mereka telah memeluk Islam dan apabila mereka mengiyakan
soalannya, Rasullulah menegur mereka yang berhiaskan sutera. Mereka
mengoyakkan kain sutera dan membuangnya.

MASJID SEBAGAI PEMANGKIN PERBANDARAN


Rasullulah S.A.W sebagai pengasas kepada kerajaan Islam di Madinah sebenarnya
adalah pengasas bandar pertama dalam islam apabila baginda menukar nama
yathrib kepada madinah yang bermaksud kota atau bandar. Baginda memulakan
proses pembandarannya dengan membina masjid. Fungsi masjid telah dinyatakan
sebelum ini dan ini menunjukkan pentingnya masjid dalam satu-satu proses
pembandaran.
Pembinaan masjid ini juga telah mendapat perhatian daripada kalangan para
sahabat terutamanya khalifah Umar Al-Khattab apabila memerintahnya kepada
Gabenornya di Kufah ialah Saad bin Abi Waqas dan Amru Al-As di Mesir dan para
panglima tenteranya di Syam.
TAN SRI SYAIKH HJ. ISMAIL B. HJ. MUHAMMAD
MASJID SEBAGAI PEMANGKIN PERBANDARAN DAN PEMBANGUNAN UMMAH
10
* kertas kerja ini dibentangkan dalam wacana ilmu 2010: Perbandaran Islam sebagai
pemangkin
perancangan dan pembangunan Ummah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
pada 5 Mei 2010
Jika kita meninjau kepada sejarah pembinaan bandar-bandar Islam zaman dahulu
masjid adalah diantara ciri-ciri sebuah bandar. Misalnya imam Malik memutuskan
sesebuah penempatan itu bandar apabila ada masjid Jami. Begitu juga Al-Bakri
seorang ahli geografi Andalusi mendefinisikan bandar apabila akan menjadi Jami.
Pembinaan bandar-bandar awal dalam sejarah Islam seperti Barah Qairawan di
Afrika Utara, Kafah dan Baghdad di dirikan dengan pembinaan Masjid sebagai ciri
utamanya. Begitu juga dengan bandar yang dibina oleh orang Islam di Sepanyol
seperti Qordoba. Masjid memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan
kota.
Istanbul atau Qanstanlinople dahulu adalah ibu kota kerja Baizantin. Penaklukannya
oleh Sultan Muhamad Al-Fatih pada tahun 1435M telah menambah kota ini kepada
kota Islam dengan menjadikan gereja Aya Sofia menjadi Masjid. Seperti bandarbandar
Islam yang lainnya bandar yang dibina zaman Uthmaniah juga menjadikan

sebagai ciri-ciri utama.


Melihat kepada proses pembinaan bandar dalam sejarah Islam masa lalu yang
menekankan pembinaan masjid sebagai asas dalam pembandaran. Maka hari ini
proses ini juga perlu diteruskan. Pembinaan bandar-bandar baru mudah meletakkan
pembinaan masjid supaya ciri utama atau keutamaan dalam proses pembinaan
bandar baru.
Sebenarnya masjid mempunyai ciri pembandaran yang cukup besar. Masjid
menunjukkan sumber air bagi kegunaan bersama orang-orang yang hendak
beribadah. Masjid memerlukan rumah-rumah tumpangan yang boleh diambil kira
sebagai hotel bagi kegunaan musafir. Masjid sebagai pusat pendidikannya
memerlukan bangunan atau komplek pendidikannya yang tersendiri. Bagi masjid
yang ditadbir oleh jawatankuasakuasa peluang mencari sumber pendapatannya
TAN SRI SYAIKH HJ. ISMAIL B. HJ. MUHAMMAD
MASJID SEBAGAI PEMANGKIN PERBANDARAN DAN PEMBANGUNAN UMMAH
11
* kertas kerja ini dibentangkan dalam wacana ilmu 2010: Perbandaran Islam sebagai
pemangkin
perancangan dan pembangunan Ummah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
pada 5 Mei 2010
sendiri oleh itu ia boleh menyewakan sebahagian ruang atau kawasannya sebagai
tempat akhiri perniagaan.
Ciri kemudahan pendidikan, kemudahan-kemudahan asas dan ekonomi inilah
pemangkin kepada pembandaran dalam Islam.
MASJID SEBAGAI PEMANGKIN PEMBANGUNAN UMMAH
Melihat kepada fungsi masjid di zaman Rasullulah S.A.W kita merasakan perlunya
fungsi masjid mempunyai kepentingan dan peranan yang besar kepada masyarakat
islam.
Program-program baru perlu diadakan bagi menggalakkan umah ini terus
menjadikan masjid hidup dalam hati mereka bukannya hanya untuk sesetengah
golongan sahaja. Akhir-akhir ini masjid perlu memenuhi keperluan semua golongan
terdiri daripada kanak-kanak,remaja hinggakan orang dewasa lelaki dan wanita.

Pengurusan masjid perlu berusaha menjadikan masjid lebih mesra jemaah daripada
hanya menjadikan jawatan-jawatan di masjid sebagai simbol status dalam
masyarakat.
Salah satu cara bagi membangunkan ummah khususnya dalam bidang pendidikan
adalah melalui saluran khutbah. Khutbah mempunyai peranan yang besar yang
boleh merubah pemikiran masyarakat kerana jumlah jemaah yang ramai ketika solat
jumaat. Oleh itu berilah penekanan kepada khutbah ini iaitu melalui cara
penyampaian yang berkesan dan isi kandungannya yang menarik. Penggunaan
teknoligi moden seperti LCD dan power point adalah satu anjakan baru dalam
penyampaian khutbah.
TAN SRI SYAIKH HJ. ISMAIL B. HJ. MUHAMMAD
MASJID SEBAGAI PEMANGKIN PERBANDARAN DAN PEMBANGUNAN UMMAH
12
* kertas kerja ini dibentangkan dalam wacana ilmu 2010: Perbandaran Islam sebagai
pemangkin
perancangan dan pembangunan Ummah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
pada 5 Mei 2010
Kehidupan di bandar tenttulah tidak dapat lari daripada tekanan. Ini tentulah
memberikan kesan kepada emosi penduduk di bandar. Kadang kadang emosi yang
tidak terkawal ini boleh mendatangkan pelbagai masaalah dalam hidup. Kewujudan
pusat-pusat kaunseling di masjid-masjid juga adalah salah satu daripada keperluan
yang perlu ada di samping klinik-klinik perubatan yang biasa. Masjid negara misalnya
ada menyediakan pusat pembangunan sosial yang digerakkan oleh 12 orang tenaga
penggerak yang juga adalah fasilatator yang boleh memberi nasihat bimbingan
kepada sesiapa sahaja secara percuma. Pengurusan ini dirasakan perlu diperluaskan
lagi ke masjid-masjid lain bagi membantu melahirkan warga kita yang sihat jiwa dan
akhlaknya.
Melihat kepada kemiskinan di bandar yang masih tidak dapat ditangani sepenuhnya,
masjid perlu bergerak membantu memberikan bantuan kepada umat islam yang
amat memerlukan bantuan. Pengalaman di masjid negara yang tidak putus-putus
dikunjungi oleh orang-orang islam yang memerlukan. Maka peranan masjid sebagai

pusat kebajikan umat islam harus difikirkan.


KESIMPULAN
Tidak dapat dinafikan bahawa sejak zaman Rasullulah S.A.W lagi masjid telah
memainkan peranannya yang cukup besar dalam proses pembandaran dan
pembangunan ummah Cuma bagaimana kita masyarakat hari ini mahu mengabdikan
fungsi dan peranan masjid dalam konteks bandar agar pusat pembandaran tidak
menghakis kewujudan masjid dan agar warga muslim di bandar tidak lupa pada
masjid.

You might also like