You are on page 1of 1

Pendahuluan.

Tugasan elektif bukan klinikal memerlukan kami pelatih untuk mencariu satu kes untuk
dijadikan bahan dalam menjalankan tugasan ini. Oleh itu, saya telah memilih molar kedua
kekal mandibel kiri sebagai kes saya untuk tugasan ini kerana saya mendapati gigi ini
terdapat karies pada permukaan oklusal di pit dan fisurnya.
Karies atau bahasa lazim yang dikenali oleh masyarakat sejagat adalah gigi berlubang
merupakan penyakit pergigian yang lazim di kalangan penduduk dunia. Karies membawa
maksud proses pendemineralan tisu keras gigi akibat tindakan asid yang dihasilkan oleh
bakteria di dalam plak ke atas susbtrat (karbohidrat) yang terdapat di dalam diet masyarakat.
Molar kedua kekal mandibel merupakan gigi yang ke 7 dari garis tengah. Ianya berada
anterior kepada molar ketiga dan posterior kepada molar pertama. Fungsinya adalah untuk
menghancur dan mengunyah makanan yang boleh membawa kepada kejadian karies jika
langkah-langkah pencegahan tidak diambil.
Objektif.
1. Untuk memberi pengetahuan yang lebih mendalam kepada pelatih dalam mengenali
sesesuatu kes penyakit pergigian.
2. Untuk memahami anatomi keseluruhan gigi molar kedua mandibel.
3. Untuk mengenalpasti jenis karies dan penyebab berlakunya karies.
4. Untuk mendalami proses dalam penyediaan kaviti dengan teliti.
5. Untuk menerangkan cara-cara pencegahan dalam menjaga kesihatan pergigian.

You might also like