You are on page 1of 20

DNA DAN KESANYA KEPADA NASAB

MUKADIMAH
Sesungguhnya kebangkita ilmu sains amat mengagumkan selepas sahaja
daripada berlakunya revolusi industri pada kurun ke 18. Terutamanya di dalam bidang
perubatan. Banyak perkara yang tidak dibayangkan oleh orang-orang terdahulu
mengenai perubatan sekarang ini telah menjadi kenyataan.
Dahulunya orang menganggap perhentian jantung adalah tanda kematian. Tetapi
di zaman ini,jantung yang berhenti belum tentung tentu seseorang itu mati,masih boleh
digerakkan semala mana otak masih berfungsi. Ini satu penerokaan yang luar biasa
dengan izin Allah.
Yang di antara terbaru adalah penemuan DNA yang menjadi bahan perbincangan
para fuhaqa dan dunia mengenai kebaikan dan bahayanya kepada manusia.
Sesungguhnya penemuan DNA telah membuka ruang yang luas kepada ulama untuk
mengkaji semula pendapat-pendapat silam,adakah ia tepat dan dibahaskan lagi atau
tidak ada ruang lagi untuk dibahaskan.
Dengan iman saya yang tinggi terhadap keutuhan dan keajaiban Syariah bagi
menjawab segala permasalahan-permasalahan semasa, dengan rendah diri saya cuba
membincangkan isu yang besar iaitu DNA ,kesanya kepada nasab dengan
berpegang kepada manhaj ilmu yang tulen tanpa ada sebarang sifat tassub dan jumud,
mengabil faedah daripada semua pandangan ulama dan memilih pendapat yang paling
dengan maqasid Syarie yang selalu menjaga maslahah manusia di dunia dan di akhirat.
Maka sebutkan di sini rangka kertas kerja ini kepada berikut:
-Defini DNA dan istilah-istilah yang berkaitan dengan DNA.
-

Sekiranya pendapat yang dikemukakan adalah tepat maka ia dapat daripada


taufik Allah dan sekiranya berlaku kesalahan maka ia adalah daripada saya dana
daripada syaitan.
Mudah-mudahan Allah menerima amalan kecil ini dan memberi keampunan
kepada pembentang sekiranya terdapat kesalahan.

Al faqir ila Allah
Fauwaz Fadzil Noor

Bandar Baru Bangi

1.0Definisi Dna dan perkara-perkara yang berkaitan denganya.

Definisi DNA: DNA adalah asid deoksiribonukleik,merupakan kompenan kimia


utama kromosom dan bahan yang menghasilkan gen.
Peranan DNA: Mampu mewariskan sifat-sifat organisme induk.
Model DNA: Model struktur DNA yang dicadangkan oleh James Watson dan Francis
Crick. Asid nukleik terdiri daripada subunit-subunit kecil nukleotida.
1: Kumpulan fosfat
2:Nukleotida tanpa kumpulan fosfat dikenali sebagai nukleotida
3: Kumpulan gula pentosa,gula ribosa dan deoksiribosa
4:bes nitrogen purin dan primidina
Di dalam DNA terdapat 4 kompenan 4 bes nitrogen:
1: Adenina(A)
2:Timina ( T)
3:Sitosina( S)
4:Guanina( G)

DNA as the Genetic material


Di dalam organisme sell,pembawa warisan adalah dinamakan Dna.
Sifat material adalah ia mesti mampu untuk meriplakakikan(replicate). Dengan
itu,salinan tersebut mampu dipindahkan daripada sel ke sel dan daripada ibu bapa
kepada anak-anak(offspring).

Istilah-istilah yang mempunyai kaitan dengan DNA

1: Sel: Sel adalah kesatuan struktur fungsi makhluk hidup.

2: Kromosom: Kromosom adalah suatu struktur makromolekul yang berisi DNA di mana
informasi genetik dalam sel disimpan. Kata kromosom berasal dari kata khroma yang berarti
warna dan soma yang berarti badan Kromosom terdiri atas dua bagian, yaitu sentromer /
kinekthor yang merupakan pusat kromosom berbentuk bulat dan lengan kromosom yang
mengandung kromonema & gen berjumlah dua buah (sepasang).

3:Nukkleus: Adalah yang diselaputi membran yang mengandungi unit pewarisan sel
dan mengawal pembahagian dan penghasilan.

1.1 HUKUM KEWUJUDAN DNA


Sebagai permulaan perbincangan, perlu dahulu menerangkan hukum asal
kepada kewujudan baru mengikut pandangan fikh Islami kerana ia akan memberi kesan
kepada hukum-hukum yang berkaitan nasab,jenayah dan seumpamanya.
Maka di dalam penjelasan ini,kita merujuk kepada perbincangan mengenai
kaedah ,di mana di dalam perbahasan kaedah terbahagi kepada dua
pendapat:

Pendapat pertama: Mereka berpendapat bahawa kewujudan Dna adalah harus


berdasarkan kepada kaedah . Ini adalah pendapat jumhur fuqaha1
di antarannya
Dalil dalil yang dikemukakan:

1:


145. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku,
sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau
darah Yang mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu Yang
dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah". kemudian sesiapa
Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas,
maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Kefahaman: Ayat menunjukan bahawa perkara-perkara yang haram telah dibataskan oleh al Quran,maka
apa yang tidak dinaskan ia tidak diharamkan ,jadi DNA adalah harus.

Dalil Sunah:








Terjemahan: Sesungguhnya Allah Taala telah menfardukan kewajipan,maka jangan siasiakannya,membataskan sempadan-sempadan jangan melampauinya,mengharamkan
perkara-perkara tertentu, jangan cabulinya, dan Allah mendiamkan sesuatu perkara
sebagai rajmat kepada kamu kalian tanpa ada sebarang lupa jangan mengkajinya.
Kefahaman hadis: DNA termasuk di dalam hukum yang di maafkan maka ia adalah
harus kerana tidak ada dalil pengharamannya.
Dalil akal: DNA adalah benda baru yang tidak ada dalil khusus yang melarangnya. Dan
ia adalah benda yang memberi manfaat kepada orang ramai maka ia kekal di atas
hukum harus.
Pendapat kedua: Mereka berpendapat kewujudan ini adalah haram. Ini merupakan
pendapat yang dipegang oleh Imam Ibnu Hazam. Mereka berhujjah dengan dalil-dalil
berikut:
Pendapat ini secara hakikatnya dinamakan lazimul mazhab kerana ulama dahulu tidak pernah tahu
tentang kewujudan Dna,Cuma berdasarkan kaedah lazimul mazhaz kita menisbahkan pendapat kepada
mereka. Fauwaz Fadzil
1

1: Dalil al Quran



3. diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang
keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana
Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang
tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu
sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga)
kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.
pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu
(setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar
kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah
sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah
redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan
benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia
memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Kefahaman ayat: Ayat menunjukkan kesempurnaan hukum-hukum agama Islam yang tidak mempunyai
kekurangan dan dakwaan penemuan dam timdakan yang baru yang berhajat kepada penerangan hukum
syariat dengan mendakwa syariat ini kurang.
Maka berdasarkan konsep ini penggunaan DNA adalah terlarang.
2: Dalil Sunnah

""

Terjemahan: Sesiapa yang melakukan amalan yang tidak pengakuan daripada agama maka ia ditolak.
Hadis ini jelas menolak dan membatalkan perkara yang baru yang disandarkan kepada Islam yang jelas.
DNA adalah perkara baru maka ia tertolak kerana tidak ada daliol yang mengharuskannya.

Dalil akal: Menyatakan Syariat sahaja yang berkuasa mengadakan hukum,sesiapa yang
melakukan sebarang tindakan yang tidak ada dalil daripada nas maka ia adalah
tertolak.
Begitu juga DNA ia adalah benda yang melibatkan sel manusia, dan setiap anggota
tubuh manusia mempunyai kehormatan,maka tidak boleh kita menindak sesuatu ke
atas anggota manusia.
Pendapat yang terpilih: Adalah pendapat majoriti ulama yang menyatakan
pensyariatan DNA berdasarkan dalil-dalil yang kuat dan ia adalah bermanfaat kepada
manusia. Setiap perkara baru yang memberi menfaat kepada manusia adalah harus. Dan
sesuai dengan falsafah Islam yang datang untuk memudahkan urusan manusia.

2.0Nasab di dalam pandangan Islam

Definisi Nasab: Nasab dari segi bahasa mempunyai banyak makna , di


antaranya kaum kerabat dan perhubungkan.
Di kata dari sudut bahasa : Kalimah qarabah di dalam nasab tidak digunakan melainkan
hanya kepada bapa-bapa.
Para fuqaha tidak meletakkan nasab secara khusus ,cukup dengan defini bahasa.
Nasab terbatas kepada dua perkara ,nikah dan anak yang lahir secara hamba sahaya.
Firman Allah Taala






23. diharamkan kepada kamu berkahwin Dengan (perempuan-perempuan Yang berikut): ibu-ibu kamu,
dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara
ibu kamu dan anak-anak saudara kamu Yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu Yang perempuan, dan
ibu-ibu kamu Yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu,
dan anak-anak tiri Yang Dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri Yang kamu telah campuri; tetapi
kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka
tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri
anak-anak kamu sendiri Yang berasal dari benih kamu. dan diharamkan kamu menghimpunkan dua
beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali Yang telah berlaku pada masa Yang lalu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

2.1 Perkara-perkara yang mensabitkan nasab

Ahli fikh kita telah menetapkan perkara-perkara yang mensabitkan nasab,di


antaranya:
1: Ikatan perkahwinan
2: Penyaksian
3: Pengakuan.
4:Qiafah
Huraian
1: Perkahwinan()
Perkahwinan adalah salah satu dalil yang mengistibatkan nasab atau perbinkan .
dalil disepakati oleh semua fuqaha Islam tanpa terdapat khilaf.
Tetapi di dalam penentuan nasab dalam erti sebenar dalil firash terbahagi
kepada 3 pendapat:
1: Mereka berpendapat bahawa ikatan perkahwinan sudah cukup untuk mengisbatkan
nasab. Ini merupakan pendapat Mazhab Hanafi2.
2: Mereka berpendapat bahawa kahwin semata-mata tidak mengisbatkan nasab perlu
kepada kemungkinan berlaku persetubuhan dari aspek zaman dan tempat. Sekiranya
tidak mempunyai kemungkinan bersetubuh maka tidak sabit nasab. Contohnya seperti
seseorang itu berkahwin,kemudian dia menceraikan setelah sahaja tamat akad
nikah,maka nasab tidak sabit. Ini merupakan pendapat majoriti ulama seperti mazhab
Maliki,Syafie,Hambali dan Hadawiyah.
Dalil jumhur: Di sini saya letakkan andaian dalil jumhur di mana terdapat kaedah zan
menyamai yakin( ) . Dalam keadaan berdua-duaan di dalam bilik sudah
cukup untuk untuk menjadikan zan itu dalil kepada mengisbatkan nasab.
3: Mereka berpendapat bahawa untuk mensabitkan nasab perlu kepada persetubuhan
hakiki dengan berlaku hikayah atau ()

Ini merupakan pendapat Ibnu Taimiah,Ibnu Qayyim dan dipilih oleh As Sanani3.

Sila rujuk majmauulanhur j1 ms 478

Sila rujuk zadul maad j5 ma 415 dan subulussalam j4 1148

Mereka berhujjah dengan bahasa arab dan logik syariah di mana adakah dengan
semata-mata berlaku kemungkinan mengisbatkan nasab. Kemungkinan ini tidak
mencapai yakin sebaliknya ia hanya semata-mata syak dan hukum tidak terbina di atas
syak.

2: Penyaksian:
Penyaksian adalah satu dalil menisbahkan anak kepada seorang lelaki.
Pandangan fuqaha di dalam penyaksian:
1: Mazhab Pertama berpendapat bahawa di syaratkan di dalam memberi keterangan
saksi mempunyai 2 orang saksi lelaki. Tidak diterima penyaksian wanita di dalam
pensabitan nasab. Ini merupakan pendapat daripada mazhab Syafie,Maliki dan
Hambali.4
2: Mereka berpandangan bahawa penyaksian cukup dengan 2 orang lelaki yang adil
atau seorang lelaki dan 2 orang wanita. Ini merupakan pendapat Hanafi dan Zaidi5.
3: Mereka berpendapat penyaksian nasab sabit dengan 2 orang saksi lelaki yang adil
atau seorang lelaki dan 2 orang wanita yang adil atau 4 orang wanita atau 20 rang
wanita berserta perakuan sumpah. Ini merupakan pendapat Ibnu Hazam6

Di syaratkan juga di dalam penyaksian agar tidak bercanggah dengan akal. Sekiranya
akal menyanggahi penyaksian tersebut maka dakwaan tersebut tertolak. Misalnya
seseorang itu mendakwa seseorang lain sebagai anaknya dan beza umur mereka kurang
daripada 12 tahun.

4: Pengakuan

Lihat mugnilmuhtaj j6 ms 368, al mugni j 14 ms 11 dan al mudawwanah j3 ms 372


Lihat al badia j 9 ms 54 dan as sailul jarrar j 4 ms 187
6 Lihat al muhalla j 10 ms 266
4
5

Pengakuan bererti: Pemberitahuan yang mewajipkan mempercayainya yang dikenakan


ke atas orang yang mengucapnya sahaja atau wakilnya.7
Pengakuan adalah ibu bagi segala bukti tetapi ia hanya terbatas kepada pengaku sahaja
tidak memberi kesan kepada orang lain.
Para ulama bersepakat menyatakan bahawa pengakuan bukti kepada pensabitan nasab.

Di syaratkan di dalam pengakuan beberapa perkara:


1: Tidak diterima oleh akal dan his(adat). Contohnya seperti seseorang
yang mendakwa orang lain sebagai anaknya sedangkan budak itu hanya
beza umur dalam 10 tahun.
2: Bercanggah dengan etika syariat. Contohnya seperti seseorang itu sudah
sabit sebagai anak seseorang lelaki. Kemudian seseorang lain mengaku dia
sebagai bapa budak itu.

5:Qiafah dan Dna


Qiafah atauQaif adalah satu dalil yang mengsabitkan nasab. Tapi apakah pengertianya:
Defini Qaif(): Seseorang yang boleh menghubungkan nasab seseorang dengan
seseorang yang lain ketika berlaku kekeliruan dengan ilmu yang diberikan oleh Allah
kepadanya.8
Qiafah merupakah benda yang bersifat firasat atau renungan ia tidak berdiri di atas asas
ilmu. Oleh yang demikian kita melihat mazhab Hanafi menolaknya sebagai penolakan
nasab.
Di nukilkan daripada basmah wirasiah ms 318
Lihat mugnil muhtaj j6 ms 440 . Di dalam bahasa Arab
.
7

88

Penggunaan Qiafah sabit secara Sunnah dan ijma


Syarat-syarat penggunaan qiafah:
1: Orang yang melakukan qiafah ini adalah seorang Islam9.
2: Mestilah dilakukan oleh dua orang lelaki. Sebahagian ulama mencukup dengan
seorang sahaja.
3:Bersifat adil
4: Mestilah seorang lelaki.
5: Mempunyai pengalaman yang luas.

Kedudukan dan pengklasifikasi DNA di dalam Islam


Memandangkan DNA adalah benda yang baru yang wujud di zaman kini,maka secara
tabiatnya ia akan berlaku khilaf dikalangan fuqaha kerana tidak ada yang khusus yang
membincangkan kes ini. Maka di sini para Fuqaha semasa berselisih kepada 3 pendapat:
Pendapat pertama: Mereka menganggap DNA adalah qarinah penyokong bukti yang
qatie. Ini merupakan pendapat dr Saaduddin al Hilali.
Pendapat kedua: Mereka berpendapat bahawa DNA kerana ia tidak boleh mengatasi
dalil-dalil yang Syarie.
Pendapat ketiga: Terdapat pelbagai pendapat,di antaranya menyatakan ialah qarinah
yang mengatasi saksi. Ada yang menyatakan ia adalah dalil pelengkap kepada dalil-dalil
syarie yang digunakan oleh hakim ketika melihat kes nasab.
Sekiranya DNA sama dengan qiafah maka disyaratkan orang yang melakukan ujian DNA adalah Islam
juga.
9

Pandangan pembentang: Melihat kepada pandangan tiga mazhab, saya mendapati


bahawa Syariat Islam yang sentiasa sesuai dengan setiap zaman tidak dapat menolak
penggunaan DNA di dalam pensabitan nasab apatah lagi Syariat kita amat menyukai
pensabitan nasab yang membawa kepada hakikat, firman Allah Taala


5. panggilah anak-anak angkat itu Dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah Yang lebih
adil di sisi Allah.
Sesungguhnya penggunaan DNA ini membawa kepada keadilan di dalam kes nasab tanpa syak lagi.

PENDAPAT MAZHAB-MAZHAB FEKAH DALAM MASALAH NASAB


ANAK ZINA
TITIK PERSEPAKATAN
Tiada perselisihan dalam kalangan fuqahak bagi menyatakan bahawa air mani lelaki
adalah asas utama untuk disandarkan nasab insan yang lahir swt sekiranya proses itu berlaku
di bawah peraturan yang ditetapkan oleh syara. Proses ini disebut sebagai pernikahan.
Demikian juga tiada perselisihan antara para sarjana fiqh dalam menyetujui bahawa
tabiat si anak akan cenderung kepada si ibu yang melahirkannya sama ada anak itu hasil

hubungan yang halal atau sebaliknya. Hal ini adalah suatu kemestian bagi setiap kanak-kanak
seiring dengan firman Allah yang menyebut:


ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka
(almujadilah:2)
Setelah disepakati pada situasi di atas, lalu para sarjana berselisih dalam menyatakan
nasab bagi bayi atau anak yang dilahirkan hasil hubungan yang tidak berlandaskan syara
(zina) di mana jenayah ini wajib dijatuhi hukuman had ke atas pelakunya.
Perselihan ini adalah merujuk kepada perbezaan pendapat para fuqahak dalam
menyatakan penciptaan anak dari air mani itu sendiri kerana ia adalah perkara semulajadi
atau ia berasal dari air mani dan hubungan kelamin pada sesuatu waktu. Ini kerana ia adalah
suatu hubungan yang difitrahkan. Tanpanya tidak akan terhasil si anak.
Imam Ibnu Ar-Rushd menyatakan bahawa telah sepakat jumhur ulamak bahawa anak
zina tidak disandarkan kepada bapa kecuali hal ini berlaku pada zaman jahiliyyah
berdasarkan riwayat dari saiyidina Umar sekalipun berlaku perselihan dalam kalangan para
sahabat.10

Perselisihan fuqahak terbahagi kepada tiga mazhab:


Mazhab Pertama:
Mazhab ini menyatakan bahawa anak zina tidak boleh dinasabkan kepada bapanya
secara mutlak (pada apa jua keadaan). Bersama dengan mazhab ini adalah sebahagian besar
ahli ilmu, di antaranya Abu Yusuf dan sebahagian Hanafiyyah. Mazhab lain turut
menyatakan sedemikian seperti mazhab Malik, Shafiie, Hambali dan Zahiriy. Mereka
berhujah dengan pengambilan sunnah dan logik akal.
1. Dalil sunnah:

Pertama:
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abdullah bin Umar ra. bahawa nabi
saw telah menghukum kes lian (tuduhan zina oleh suami ke atas isteri). Nabi memisahkan
kedua pasangan itu dan menyerahkan si anak pada wanita tesebut.11
Mereka menyatakan bahawa situasi anak zina lebih teruk dari anak lian. Oleh itu hukum
anak zina mengambil hukum yang sama dengan situasi ini.
Kedua:
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah bahawa beliau
berkata, Suatu ketika dahulu Utbah pernah berpesan kepada saudara kandungnya Saad bin
Abin Waqqas bahawa seorang bayi yang dilahirkan oleh perempuan Zamah itu adalah
anaknya (Utbah). Lalu Saad membawa perkara ini kepada nabi saw. Maka anak kepada
Zamah yang bernama Abd menyatakan bahawa bayi itu adalah saudaranya. Kemudian nabi
saw melihat kepada wajah bayi itu dan baginda mendapati ada kesamaan rupa dengan Utbah.
Lalu baginda bersabda, Bayi ini buatmu yang Abd bin Zamah, anak disandarkan pada si
suami atau orang yang menyetubuhi dan penzina direjam . Nabi juga
mengarahkan agar Saudah(saudara kandung kepada Abd) supaya berhijab ketika berdepan
dengan bayi itu apabila dia sudah baligh nanti.12
Imam Ibnu Abdul Bar menyatakan bahawa hadis Anak disandarkan pada si suami atau
orang yang menyetubuhi adalah di antara hadis yang paling sahih diriwayatkan

Bidayatul Mujtahid 2/358.


Lihat Muhazzab: 2/121, Mughni: 4922.
12 Sahih BUkhari: 2/427.
10
11

daripada nabi Muhammad saw. Telah datang padanya periwatan daripada 20 orang sahabat
nabi saw.
Imam Ibnu Hajar ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa apa yang terlihat secara
jelas dalam kisah tersebut menunjukkan wanita itu benar-benar berzina dengan Utbah.
Beliau berkata lagi bahawa tidak mungkin untuk mengambil kefahaman daripada hadis
tersebut bagi setiap individu yang melakukan persetubuhan. Tetapi memadai untuk dikaitkan
hanya kepada suami atau tuan kepada hamba sahaya.13
Alasan tersebut dijawab:
Untuk membataskan bahawa persetubuhan yang dimaksudkan hanyalah kepada suami dan
tuan kepada hamba sahaya adalah bertentangan dengan hak suami ketika menafikan anak
yang dilahirkan dalam kes lian. Begitu juga bagi situasi anak yang dilahirkan hasil dari
perkongsian hidup dengan si suami kurang dari enam bulan perkahwinan atau suami yang
belum baligh. Ini jelas suatu yang bertentangan dengan pandangan yang disepakati oleh para
fuqahak.
Demikian telah dinukilkan pandangan dari Imam Shafie mengenai hadis di atas. Kata
Imam mempunyai dua makna:
Pertama: Apa yang tidak boleh dinafikan. Apabila dinafikan ia adalah suatu yang telah
disyariatkan seperti masalah lian.
Kedua: Apabila bertembung antara si anak sama ada disandarkan kepada si suami atau
penzina maka si anak disandarkan kepada si suami.
Imam Ibnu Hajar memberikan komentar bahawa yang pertama adalah umum dan yang kedua
dalam kondisi tertentu.

2. Dalil logik:

Pertama: Air mani penzina adalah sia-sia. Padanya tidak dimuliakan dan tidak memberi
kesan.
Kedua: Penzina telah melampaui batas agama dengan tidak mengikut jalan hubungan yang
telah disyariatkan. Sekiranya si anak dinasabkan kepada penzina sudah tentu menjadi benteng
alas an bagi setiap penzina yang tidak pernah ..
Ketiga: Sesungguhnya status bapa adalah suatu kedudukan yang mulia yang tidak mungkin
diperolehi melainkan bagi sesiapa yang telah mencurahkan serta menempuhinya dengan jalan
pernikahan semata-mata. Ini berdasarkan firman Allah yang menyatakan:


Dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan Yang lain daripada Yang tersebut itu, untuk
kamu mencari (isteri) Dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina (AnNisa:24)

Mazhab Kedua:
Mazhab ini berpendapat bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada penzina. Di antara
ulamak yang bersama dalam pendapat ini adalah as-Shabiy dan Ishaq. Beliau telah
menyebutkan daripada Urwah dan Sulaiman bin Yasar. Demikian pendapat sebahagian
Malikiyyah dan sebahagiannya menyandarkan pendapat ini kepada Imam Qurtubiy. Imam
Ibnu Taimiyyah turut menyatakan pandangan yang hampir dengan pendapat mazhab ini.
Al-Hassan dan Ibnu Sirin menyatakan bahawa anak itu boleh dinasabkan kepada si penzina
sekiranya dia telah menerima hukuman had.
13

Fathul Bari 12/40.

Ibnu Hajar dan Ibnu ar-Rushd meyifatkan bahawa pendapat ini adalah shaz (pelik).
Dalil sunnah:
Pertama: Imam al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Anas bahawa Nabi s.a.w. telah
bersabda dalam satu kes lian. Baginda bersabda, Perlihatkan dahulu bayi itu. Sekiranya dia
berkulit putih maka dia disandarkan kepada suaminya tetapi jika dia berwarna kelabu maka
dia adalah milik siapa yang menyetubuhinya (menzinainya). Ternyata anak yang
diperlihatkan itu berciri yang tidak baik. Lalu nabi saw bersabda, Jikalaulah tidak kerana
sumpah (tuduhan zina) tersebut sudah tentu ada jalan lain dalam menyelesaikan masalah
ini.
Pengambilan Hukum: Nabi s.a.w. telah membuat sandaran kepada individu yang diragui
dan dialah pemilik air mani.
Kedua: Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah ra.
mengenai kisah Utbah bin Abi Waqqas yang telah memesan kepada saudaranya Saad bin
Abi Waqqas tentang seorang kanak-kanak yang menjadi anak. (perincian kisah telah
disebutkan)
Pengambilan Hukum:
Berdasarkan kisah di atas, nabi s.a.w. menghukum berdasarkan dalil yang bersifat syubhah
yang merujuk kepada pemilik benih. Kerana itu nabi s.a.w. mengarahkan Saudah supaya
berhijab.
Imam Ibnu Hajar berkata: Para imam dari mazhab Hanafi menginstinbat hukum dari dalil di
atas bahawa nabi s.a.w. tidak menasabkan anak itu kepada Zamah. Ini kerana jika nabi
menasabkan kepadanya sudah tentu anak itu menjadi saudara kandung kepada Saudah dan
sudah tentu dia tidak perlu mengenakan hijab.
Dalil logik:
1. Menasabkan anak kepada pemilik benih asal adalah lebih baik dari tidak disandarkan
langsung anak itu.
2. Kias air mani penzina seperti air mani mereka yang berkahwin berdasarkan umum hadis yang
menyatakan, anak bagi orang menyetubuhi.

Mazhab Ketiga:
Mazhab ketiga ini melihat bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada penzina sekiranya dia
berkahwin dengan wanita tersebut ketika dia hamil. Antara fuqahak yang bersama
menyatakan ini adalah Imam Abu Hanifah dan Muhammad. Pendapat ini telah difatwakan
dalam mazhab. Ibnu Abbas juga menyatakan pendapat ini. Sekiranya dia (penzina) tidak
berkahwin dengan wanita itu sehingga telah lahir anak itu atau wanita itu hamil bukan dari
benih lelaki itu maka anak itu disandarkan kepada ibunya.
Dalil-dalil:
1. Firman Allah:



Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang
berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak
ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. dan
perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (an-Nur:3)
Pengambilan Hukum:

Allah swt telah mengkhususkan lelaki yang berzina berkahwin dengan wanita yang berzina
begitu juga sebaliknya. Wajib bagi wanita tersebut jika ingin berkahwin untuk menyucikan
rahimnya dari air mani lelaki yang lain. Imam Ahmad dan Tirmizi telah meriwayatkan
sebuah hadis daripada Ruwaifi bin Thabit al-Ansoriy bahawa nabi saw pernah berkata ketika
peperangan Hunain, Tidak halal bagi seorang yang beriman dengan Allah dan hari kiamat
menyiramkan air maninya ke tanaman orang lain (berzina).
Apabila bukit tidak dapat dipastikan secara jelas kepada penzina (pemilik air mani), maka
harus untuk dia mengahwini wanita itu dalam keadaan dia hamil hasil darinya. Apabila harus
berlaku demikian maka anak itu disandarkan atau dinasabkan kepada lelaki itu.
Imam Ibnu Kathir memberi komentar pada ayat al-Quran di atas:
Beliau menyatakan bahawa ayat di atas tidaklah bersifat arahan atau larangan tetapi ia adalah
suatu pengkhabaran bahawa penzina tidaklah akan memperoleh melainkan penzina juga atau
seorang musyrik yang tidak dimuliakan.
2. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau telah ditanya oleh seorang lelaki yang telah
berzina dan ingin mengahwini wanita tersebut, lalu Ibnu Abbas berkata Pertamanya adalah
zina dan pengakhirannya adalah pernikahan. Dalam riwayat yang lain beliau berkata
Sesungguhnya taubat buat seseorang itu sekiranya dia (penzina) kemudiannya menikahi
wanita tersebut.

Diriwayatkan juga daripada beliau bahawa pernah ditanya tentang lelaki yang berzina dengan
seorang wanita kemudian dia ingin mengahwininya. Lalu Ibnu Abbas membacakan ayat alQuran yang berbunyi:


Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta
memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan ia mengetahui akan apa yang
kamu semua kerjakan. (Syura:25)
Seorang lelaki pernah berkata kepada Ibnu Abbas Dahulu aku pernah menyakiti dan
melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah swt kepada seorang wanita. Lalu Allah swt
mengurniakan aku taubat. Maka aku ingin berkahwin dengan wanita tersebut. Namun
manusia sekeliling berkata, Sesungguhnya penzina tidak berkahwin melaikan dengan
penzina atau orang musyrik. Maka Ibnu Abbas menjawab, Tidaklah begitu, nikahanilah
dia, jika berlaku kesalahan maka aku akan menanggungnya.
Pendapat terpilih: ialah mazhab ketiga yang membolehkan nasab anak zina dibinkan
kepada penzina lelaki apatahlah setelah muncul DNA yang boleh mengenal pasti status ayah
seseorang bayi14. Di antara alasan kepada pemilihan pendapat ini adalah:
1: Menyelamatkan bayi-bayi yang terbuang di merata tempat hasil daripada penzinaan.
2: Mengenakan tanggungjawab ke atas orang yang menyebabkan wujudnya anak dengan
tanggungjawab mendidik dan nafkah.
3: Mengurangkan gejala penipuan nasab yang merupakan jenayah yang sangat besar dalam
Islam.

Imam Al Qaradawi menambahkan satu lagi syarat di dalam mengisbatkan anak zina kepada penzina
lelaki iaitu pengakuan lelaki tersebut disamping penggunaan DNA.
14

HUKUM KAITAN PENGHARAMAN DALAM PERGAULAN MERTUA DAN


PENYEBARAN DARAH DARI HASIL ZINA
Tidak menjadi permasalahan di sisi mereka yang melihat nasab anak zina disandarkan kepada
penzina dalam isu musoharah (hubungan antara penzina (lelaki) dan ibu wanita dan anakanaknya) begitu juga sebalik.
Namun yang diperselisihkan di pihak jumhur fuqahak apabila tidak dinasabkan anak zina
kepada penzina. Maka timbullah perbahasan mengenai isu ini dan kaitannya apabila berlaku
jangkitan darah sama ada dalam bentuk pendermaan atau pemindahan dan selainnya.
Punca perselisihan ini adalah daripada penelitian pada ayat al-Quran yang membawa kepada
perkongsian bagi makna pernikahan itu sendiri sama ada dari sudut bahasa atau syara.
Firman Allah:


Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) Yang telah diperisterikan
oleh bapa kamu (An-Nisa:22)
Bagi yang melihat dari sudut bahasa mereka menyatakan anak zina adalah mahram (yang
haram dinikahi) manakala bagi yang melihat dari sudut syara anak hasil zina tidak membawa
kepada hubungan mahram. Mereka menyatakan, Tidaklah berlaku mahram bagi pendapat
sebahagian besar ahli ilmu kerana tidak berlaku nasab antara penzina.
Di sini dinyatakan pendapat dua mazhab:
Pertama: Mereka melihat bahawa air mani penzina mempunyai kesan dan berperanan dalam
berlakunya hukum mahram dalam musoharah (pergaulan) dan proses yang berkaitan darah.
Sesiapa yang berzina dengan seorang wanita diharamkan ke atasnya anak-anak wanita
tersebut begitu juga sebaliknya seperti mana haramnya penzina menikahi anak hasil zinanya.
Di antara mazhab yang menyatakan pendapat ini adalah Hanafiyyah, Hanabilah dan satu
riwayat dalam mazhab Maliki. Begitu juga terdapat satu riwayat yang lemah dalam mazhab
Shafie berkaitan dengan pengharaman anak perempuan hasil zina dengan syarat mestilah
berlaku keyakinan.
Mazhab ini berhujah bersandarkan dalil al-Quran, Sunnah serta logik.
1. Dalil al-Quran:


Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) Yang telah diperisterikan
oleh bapa kamu (An-Nisa:22)
Pengambilan hukum: Pernikahan adalah persetubuhan secara hakikatnya. Oleh itu haram ke
atas anak bersetubuh dengan wanita yang telah disetubuhi oleh bapanya.
2. Dalil sunnah:

Direkodkan oleh Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang lemah daripada Ummu Hani
bahawasanya nabi saw pernah bersabda, Sesiapa yang pernah melihat kemaluan
seorang wanita maka haram baginya untuk mengahwini ibu dan anak perempuannya.15
Demikian juga mazhab ini mengambil hukum dari kisah Utbah yang telah disebutkan.
Mazhab Kedua:
15

Musannaf Ibnu Abi Shaibah 4/165. Kata Ibnu Hajar: Hadis ini adalah dhoif. Fathul Bari 9/156.

Mereka menyatakan bahawa air mani penzina adalah sia-sia dan tidak memberi sebarang
kesan dalam menentukan hubungan atau hukum pergaulan. Sesiapa yang berzina dengan
seorang wanita tidak haram baginya untuk mengahwini keturunan wanita itu begitu juga
sebaliknya.
Ini adalah pendapat Imam Malik di dalam Muwatto.
Begitu juga pendapat yang difatwakan di dalam Mazhab Shafie.16
Mereka yang berpegang dengan pendapat ini berhujah dengan menggunakan dalil sunnah
dan logik.
Dalil sunnah:
1. Ibnu Majah dan Daruqutniy telah meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa nabi saw
telah bersabada, Sesuatu yang haram tidak boleh mengharamkan yang halal. 17
Mereka berkata, Apabila zina itu adalah suatu yang haram maka ia tidak boleh
mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah kepada para wanita.
2. Tobraniy dan Daruqutniy meriwaytakan dengan sanad yang dhoif daripada Aisyah ra.
bahawasanya nabi saw pernah ditanya tentang seorang lelaki yang memperlakukan
sesuatu yang haram ke atas seorang wanita, lalu nabi menjawab, Tidaklah yang haram
itu mengharamkan sesuatu yang halal. Sesungguhnya haram itu berlaku dengan
pernikahan yang halal.18

Dalil logik:
1. Hubungan mertua dan menantu adalah suatu nikmat yang tidak boleh dicemari dengan
sesuatu yang haram.
2. Sekiranya zina memberi kesan kepada hukum pengharaman kahwin maka ia akan
memberi kesan kepada bolehnya menghalalkan proses rujuk bagi wanita yang telah
ditalakkan dengan talak tiga.

Perbincangan Dalil Mazhab Shafie Dan Ulamak Yang Menyetujuinya


1. Sheikh Shalby memberi komen dan menjawab berkaitan hadisSesuatu yang haram tidak
boleh mengharamkan yang halal.

Kata beliau: Hadis ini tidaklah difahami secara zahir. Apakah kamu tidak melihat
sekiranya dipercikkan arak ke dalam air yang sedikit ia tidak menjadikannya
haram sekalipun ia haram digunakan. Maka kita dapati bahawa sesuatu yang
haram tidaklah mengharamkan kerana zatnya yang haram. Oleh itu kita nyatakan
bahawa berlakunya mahram (pengharaman kahwin) bukanlah implikasi dari
perbuatan zina tetapi dari persetubuhan itu sendiri.
Sheikh Syalbi berkata lagi: Alasan itu diberikan jika hadis itu diterima. Tetapi
hadis Ibnu Umar itu telah disebutkan oleh Ibnu Ishaq bahawa sanadnya matruk
(ketagori hadis dhoif).19
2. Manakala pandangan yang menyatakan bahawa musoharah adalah suatu nikmat yang
tidak boleh dicemari dengan perkara yang haram adalah suatu pandangan yang tidak
tepat. Ini kerana nikmat tersebut tidaklah haram pada zatnya tetapi ia adalah kaitan
haramnya perkara lain yang berkaitan dengannya iaitu zina itu sendiri.

Muhazzab 2/43.
Sunan Ibnu Majah 1/649 (2015), Sunan Daruqutniy 3/268 (89).
18 Sunan Daruqutniy 3/268 (88), Majma Zawaid 4/268.u
19 Hasyiah Shalbiy ala Tabyinil Haqaiq, 2/106.
16
17

3. Alasan seterusnya yang menyatakan zina memberi kesan dalam menyelesaikan kes talak
tiga telah dijawab oleh az-Zailaiy. Beliau berkata, Persetubuhan yang dihalalkan adalah
hanya dari suami. Adapun penzina bukanlah suami. Maka hubungan penzina tidak
dibolehkan dalam menyelesaikan isu talak tiga. Oleh itu sabitlah bahawa berlakunya
hubungan mahram antara penzina dan ahli keluarga wanita tersebut.

Pendapat yang terpilih: Adalah pendapat mazhab pertama yang menyatakan sabit
pengharaman di antara penzina dengan ibu wanita yang disetubuhinya,ini kerana air
mani itu menjadikan hubungan mereka terjalin dan beramal dengan qaedah ihtiyah di
dalam kemaluan wanita

Hukum Penyusuan Ibu yang berzina


Gambaran masalah adalah seseorang wanita itu berzina kemudian melahirkan anak.
Sekiranya dia menyusukan bayi orang lain hasil daripada penzinaan adakah berlaku
pengharaman secara susuan ke atas penzina, di sini terdapat khilaf di antara fuhaqa.

Pendapat pertama: Mereka berpendapat bahawa berlaku penyebaran pengharaman


berlaku kepada pezina lelaki sama seperti suami kepada isteri yang menyusu. Ini
merupakan pendapat salah satu pendapat di dalam mazhab Hambali.
Mereka berhujjah dengan menyatakan dengan penyusuan tersebarnya pengharaman ke
atas wanita yang menyusu maka ia juga tersebar kepada lelaki yang bersetubuh samada
persetubuhan itu halal atau haram20.
Pendapat kedua: Mereka berpendapat bahawa tidak berlaku pengharaman bayi ke atas
penzina lelaki. Ini merupakan pendapat Al Khiraqi daripada mazhab Hambali dan
mazhab Syafie.
Kemungkinan mereka berhujjah dengan menyatakan bahawa sekiranya anak zinapun
boleh dikahwini oleh penzina lelaki maka anak susu hasil daripada penzinaan lebih
boleh dikahwini tidak sabit pengharaman.

20

Lihat al Syarhul Kabir j 10 ms 137

Pendapat terpilih: Adalah pendapat yang menyatakan berlaku penyebaran


pengharaman di antara bayi yang disusu dengan penzina lelaki kerana hujjah yang
diberikan lebih kukuh dengan beramal dengan qaedah ihtiyat .

Penggunaan DNA di dalam penafian nasab


Para fuqaha kita telah bersepakat bahawa DNA tidak boleh digunakan untuk
membuat penafian nasab kerana ia akan membawa kepada kekacauan sistem
kekeluargaan dan objektif Syariat suka kepada pensabitan nasab bukanya penafian
nasab21.
Sesungguhnya fikh Islam menolak konsep penafian nasab melalui penggunaan DNA
kerana mengagungkan nasab dan menjaga bayi daripada terbuang22.

Ketakutan berpindah kepada mazhab minoriti


Ssungguhnya apa yang berlaku daripada sebahagian ulama kita di dalam berfatwa
dengan pendapat yang kurang masyhur atau bercanggah dengan kefahaman ramai
adalah takut menimbulkan fitnah kepada masyarakat walaupun pendapat tersebut
dapat memberi manfaat.
Tetapi bagi pembentang yang lemah ini, mengharapkan para ulama kita melihat
semula kepada usul ijtihad dan fatwa bagi menilai perkara yang dibangkitkan dengan
pandangan yang menyeluruh dengan kerana perkara yang diutarakan ini amat kronik.
Laporan menunjukkan anak luar nikah telah mencecah 200 ribu ke atas. Gejala seperti
wajib diberi keutamaan serius oleh pihak ilmuan Islam dengan cuba bertindak lebih
berani kepada kes-kes yang yang besar sebegini dengan mengeluarkan fatwa yang adil
kepada semua orang. Apakah anak luar nikah tidak dipertanggungjawabkan ke atas
lelaki dan dibebankan ke atas wanita. Renungilah kata-kata Ibnu al Qayyim
Sesungguhnya Syariat adalah keadilan kesemuanya,kebijaksanaan kesemuanya dan
maslahah semuanya, mana-mana kezaliman yang wujud tidak ada kaitan dengan
Syariat walau dimaksudkan kepada Syariat sebarang pentakwilan.

21
22

Sila rujuk al Basmah al Wirathiyah oleh dr Saadudin ms 318


Rujukan sama ms 318

Maka dengan konsep ini, saya merasakan para ulama kita perlu merenung semula kes
ini agar kita menuju kepada keadilan. Sekiranya kita mendapati bahawa pensabitan
nasab zina tidak sabit melalui DNA kepada penzina paling kurang diwajibkan ke atas
penzina lelaki tanggungan nafkah ke atas bayi yang dilahirkan sebagai satu ijtihad baru
pada zaman ini. Wallah alam.

Penutup::
Setelah kita telah membincangkan isu DNA dengan huraian yang sederhana, kita
dapat simpulkan beberapa perkara yang penting:
1: DNA merupakan penemuan sains yang sangat bernilai yang dikurniakan oleh Allah
kepada kita.
2: DNA merupakan dalil yang boleh digunakan oleh untuk mengisbatkan nasab tetapi
tidak boleh digunakan untuk penafian nasab.
3: Anak zina boleh dibinkan kepada penzina lelaki melalui penggunaan DNA, berserta
pengakuan lelaki tersebut mengikut pendapat sebahagian ulama.
4: Susu ibu berzina juga memberi kesan di dalam pengharaman anak susu dan penzina
lelaki.
5: Perlu kepada tajdid fikh di dalam perkara yang menyentuh keutuhan masyarakat
Islam.
Setakat di sini sahaja perbincangan yang setidak berapa ini,mudah-mudahan dapat
memberi satu cahay kepada para ahli ilmu dan para peserta ,dalam masa yang sama kita
mengharapkan komentar yang positif untuk kita mencari jalan penyelesaian yang
seperti ini.

You might also like