You are on page 1of 8

Maksud, Tujuan dan Kepentingan Ujian Penilaian Pengesanan, Penilaian

Diagnostik, Penilaian Perkembangan, Penilaian Pencapaian dan


Penilaian Psikologi
DEFINISI PENILAIAN
Penilaian membawa

definisi

tersendiri

mengikut

pandangan

masing-masing.

Menurut Jamila

K.A

Mohamedmendefinisikan penilaian sebagai menilai murid daripada segi perkembangan intelektual, emosi,
bahasa, kognitif bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan. Manakala menurut Atan Long, penilaian ialah
memberikan respons tentang proses pengajaran dan pembelajaran samaada telah mancapai objektif atau
tidak. D.Stuflebeam,dalam bukunya Educational Evaluation and Decision membuat takrifan bahawa
penilaian adalah satu proses menentukan, mendapatkan dan memberi makluamt yang berguna untuk membuat
pertimbangan mengenai tindakan yang akan diambil selanjutnya.
Kesimpulannya, Penilaian adalah satu kaedah dalam mendapatkan maklumat untuk membuat perancangan yang
lebih berkesan. Penilaian ini juga dilakukakan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar
PENILAIAN PENGESANAN
DEFINISI
Penilaian pengesanan didefinisikan sebagai satu penilaian secara informal yang dijalankan oleh ibubapa, guru,
pengasuh melalui cara pemerhatian atau senarai semak ke atas kanak-kanak di bawah umur 7 tahun. Dalam
menjalankan penilaian pengesanan ini tiada latihan khas yang dijalankan ke atas kanakkanak. Maklumat hasil
dari penilaian ini juga bertujuan membantu ibubapa menjalankan penilaian ke atas kanakkanak seterusnya bagi
merancang aktiviti yang boleh digunakan untuk merancang aktiviti yang boleh meningkatkan keupayaan kanak
kanak tersebut.
Menurut Jamila K.A Mohamed (2005) mendefinisikan penilaian pengesanan adalah satu proses yang kompleks
yang melibatkan banyak cara bagi mengumpul maklumat berkaitan murid supaya dapat mengenalpasti
masalah atau ketidakupayaan sebenar yang menyebabkan murid tidak dapat mencapai objektif pembelajaran.
TUJUAN PENILAIAN PENGESANAN
Tujuan penilaian pengesanan dilakukan adalah untuk mengumpul maklumat bagi proses penyimpanan
rekod. Hasil kajian penilaian pengesanan yang dilakukan akan digunakan untuk tujuan rujukan dalam
merancang aktiviti atau pengajaran yang sesuai kepada kanakkanak tersebut. Selain itu hasil penilaian ini juga
boleh diserahkan kepada pihak berkaitan dalam usaha meningkatkan keupayaan kanakkanak tersebut.
Selain itu, penilaian pengesanan ini juga dapat membantu pengesanan di peringkat yang lebih awal.Tahap
ketidakupayaan kanakkanak akan disedari lebih awal oleh ibubapa dan guru. Ini secara tidak langsung dapat
membantu dalam proses melakukan tindakan atau rawatan yang sesuai mengikut kebolehan kanak- kanak
tersebut. Contohnya bayi normal mengesan bunyi dan bertindakbalas menoleh ke arah bunyi, bagi bayi yang
menghadapi masalah pendengaran bayi ini tidak akan memberi ransangan terhadap bunyi,pengesanan awal ini
membantu bagi mendapatkan rawatan awal.
Penilaian pengesanan yang dilakukan boleh mengenalpasti kelebihan dan kekurangan yang dimiliki oleh
kanak-kanak. Setiap kanak-kanak terdiri daripada pelbagai kecenderungan atau kelebihan yang dimiliki.
Sebagai guru dan ibu bapa kita tidak sepatutnya memaksa kanak-kanak untuk maju di dalam pelajaran.
Pengajaran yang dilakukan oleh guru hendaklah fleksibel. Contoh, jika seseorang kanak-kanak mempunyai
kelebihan dalam bidang seni, ibu bapa dan guru hendaklah meningkatkan kelebihan itu dengan menghantar
kanak-kanak tersebut ke kelas seni.

KEGUNAAN PENILAIAN PENGESANAN


Melalui penilaian pengesanan ini,ibubapa dan guru dapat mengetahui kebolehan dan kekurangan kanakkanak. Perancangan yang lebih boleh dirancang bagi meningkatkan lagi kebolehan dan kreativiti yang ada pada
kanak-kanak tersebut. Di samping itu, penilaian ini akan dapat mengurangkan kekurangan yang ada pada kanakkanak tersebut. Contohnya kanak-kanak cenderung menonjol bakat dalam berinteraksi, ini secara tidak langsung
dapat mengurangkan rasa rendah diri untuk bergaul dengan orang lain.
Selain itu, penilaian pengesanan ini juga digunakan untuk membantu guru,ibubapa supaya dapat menilai dan
mengesan peringkat perkembangan kanak-kanak sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Kemahiran
yang sedia ada pada kanak-kanak harus digilap dan ditonjolkan supaya ketidakupayaan dapat diatasi segera.
Dengan ini kanak-kanak tersebut tidak akn terus mengalami perkembangan yang terbantut.
Hasil penilaian ini juga boleh digunakan untuk diberikan kepada yang berkaitan untuk membantu bagi
mengenali dan mengesan tahap perkembangan kanak kanak secara lebih terperinci dan betul. Hasil penilaian
ini juga boleh disimpan untuk tujuan rujukan pada masa akan datang. Dengan ini perkembangan kanak-kanak
akan terus dinilai dari masa ke semasa dan ketidakupayaan dapat diatasi dengan segera.
Kesimpulannya, penilaian pengesanan dilakukan bagi mengenalpasti ketidakupayaan kanak-kanak pada
peringkat awal.

PENILAIAN DIAGNOSTIK
DEFINISI
Penilaian diagnostik ialah satu proses penilaian terhadap kanak-kanak untuk melabel tahap ketidakupayaan
kanak-kanak.Penilaian ini biasanya dilakukan oleh psikiatris, guru. Proses ini juga dikenal sebagai proses
melabel. Proses melabel ini penting kerana ini akan menentukan masa depan kanak-kanak tersebut.
Disebabkan proses melabel ini penting penglibatan ramai pakar diperlukan untuk mendapat keputusan diagnosis
yang lebih tepat.
Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan penilaian diagnostik sebagai penilaian secara formatif bagi
mendapatkan data yang menunjukkan ketidakupayaan murid yang akan menyulitkan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Kesimpulannya, penilaian diagnostik ini adalah penilaian yang dilakukan kepada kanak-kanak mengikut tahap
ketidakupayaan mereka. Dengan ini langkah dan rawatan tertentu boleh diambil dengan lebih berkesan
TUJUAN PENILAIAN DIAGNOSTIK
Penilaian diagnostik ini bertujuan untuk membuat penilaian awal tentang ketidakupayaan kanak-kanak.
Penilaian awal diperlukan oleh kanak-kanak bekeperluan khas terhadap keupayaan mereka samaada secara
formal iaitu melalui pemerhatian dan analisis. Penilaian ini membantu guru menentukan samaada kanak-kanak
tersebut memerlukan perhatian yang lebih atau tidak. Guru-guru juga dapat maningkatkaan tumpuan dan
keupayaan pelajar yang memerlukan bantuan.
Selain itu, penilaian ini juga bertujuan mengumpul maklumat untuk tujuan penempatan kanak-kanak mengikut
kebolehan mereka. Bagi kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan yang terbatas dan berbeza kemampuan
dengan kanak-kanak lain perlu diasingkan mengikut keperluan pembelajaran. Penilaian ini juga bertujuan
membantu guru menyediakan atau menyelaras sistem pengajaran mengikut ketidakupayaan kanak-kanak.

Penilaian diagnostik juga bertujuan memberikan maklumat kepada ibu bapa, guru dan pakar kanak-kanak.
Hasil penilaian yang dibuat boleh digunakan sebagai bahan rujukan. Selain itu ibubapa juga boleh didedahkan
dengan masalah sebenar anak-anak mereka dan kaedah atau pendekatan yang sesuai ditekankan oleh ibubapa
sebagai langkah mengurangkan masalah kanak-kanak. Penilaian ini juga membantu pakar memantau keadaan
kanak-kanak dari masa ke semasa.
KEGUNAAN PENILAIAN DIAGNOSTIK
Penilaian diagnostik penting bagi menentukan jenis ketidakupayaan kanak-kanak. Dengan adanya penilaian
ini guru-guru dan ibubapa dapat menngenalpasti tahap perkembangan kanak-kanak. Oleh itu guru dan ibubapa
dapat menyediakan program intervensi yang sesuai mengikut kemampuan kanak-kanak supaya mereka
mendapat kehidupan yang selesa disamping pendidikan yang sesuai dengan tahap kemampuan kanak-kanak.
Selain itu, penilaian diagnostik juga penting kepada guru-guru untuk merancang kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian mengikut tahap murid. Apabila kanak-kanak ini telah didiagnosis, guru akan
mengetahui tahap kanak-kanak dan membolehkan guru menyediakan kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkesan. Contohnya kanak-kanak yang lemah ditekankan dengan pengajaran secara visual
manakala kanak-kanak normal lebih kepada pengajaran yang lebih kompleks dan abstrak
Penilaian ini juga penting bagi memberi maklumat yang lebih jelas tentang ketidakupayaan kanak-kanak.
Hal ini kerana pada tahap ini kanak-kanak akan dilabel mengikut ketidakupayaan mereka. Dengan ini ibubapa
akan mempunyai pengetahuan yang lebih tentang ketidakupayaan anak mereka. Ibubapa juga boleh mengambil
tindakan sewajarnya iaitu mencari pakar-pakar yang sesuai bagi melatih dan merawat anak-anak mereka.
Kesimpulannya ,penilaian diagnostik ini diperlukan bagi proses melabel kanak-kanak.Dengan adanya label ini
akan dapat membantu proses rawatan..
PENILAIAN PERKEMBANGAN
DEFINISI
Penilaian pekembangan ialah perubahan secara kualitatif yang belaku ke atas individu sejak dilahirkan lagi.
Walaubagaimanapun perubahan yang berlaku adalah tidak sama antara individu dan individu lain kerana
perkembangan ini dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka di sini membawa maksud menentukan potensi
seseorang dari segi mental, fizikal, sosial, emosi dan persekitaran pula membantu seseorang itu mencapai tahap
maksimumnya.
Menurut crow dan crow pula,perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah
yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral, dan social. Contohnya semasa di tingkatan 4, ani tidak dapat
menyelesaikan masalah persamaan matematik.tetapi dia mula dapat menyelesaikannya setelah berada di
tingkatan 5. Dengan ini jelaslah ani telah mengalami perkembangan.
Menurut Karl E Garrison, perkembangan adalah dihasilkan daripada tindakan yang saling berkait di antara
perkembangan jasmani dan pembelajaran. Secara ringkasnya beliau berpendapat perkembangan ditakrifkan
sebagai pengaliran yang saling berkait di antara perubahan kualitatif dan kuantitatif yang menuju kearah tertentu
dan dijangkakan.
Menurut Rozumah Baharuddin (1984) Perkembangan ialah perubahan yang yang berlaku yang berlaku dari
segi kualiti, perubahan yang berlaku tidak boleh diukur secara kuantiti tetapi boleh dilihat dengan
membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang sedang terbentuk. Proses ini adalah proses rumit yang
berlaku secara terus dari peringkat awal kanak-kanak hingga ke akhir hayat.

ASPEK PENILAIAN PERKEMBANGAN


Penilaian perkembangan kanak-kanak ini diukur dari 5 aspek iaitu penilaian aspek motor, bahasa, mental, sosial
dan pengurusan diri.
Penilaian dari aspek perkembangan fizikal dan motor kanak-kanak ialah dari segi kebolehan kanak-kanak
bergerak. Perkembangan motor mula berlaku apabila pergerakan tubuh dan kegiatan tubuh dapat dikawal oleh
system saraf dan otot. Semasadi peringkat janin perkembangan motor adalah sangat pesat. Motor terbahagi
kepada dua iaitu motor kasar dan motor halus. Selepas bayi dilahirkan bayi banyak menggunakan motor halus
kerana daya kawalan motor bayi yang sangat lemah. Contohnya mengenggam,menyentuh dan
sebagainya.Apabila berusia 5 tahun kanak-kanak mula mmenggunakan motor kasar untuk berjalan, berlari,
melompat dan sebagainya. Hal ini kerana otot motor kanak-kanak mula kuat.
Penilaian melalui aspek mental ialah proses bagaimana maklumat daripada persekitaran diterima dan disimpan
dalam ingatan dan bagaimana maklumat tersebut diingat apabila diperlukan. Menurut Jean Piaget (18961980). Pada tahap dunia motor iaitu dari (lahir hingga 2 tahun) bayi menggunakan aspek perkembangan mental
keranaa mula berfikir kerana dipengaruhi oleh kebolehan deria menyentuh, mendengar dan sebagainya.
Manakala pada peringkat pra operasi (2 hingga 7 tahun). Kanak-kanak mula berkomunikasi menggunakan
perkataan bagi mewakili objek dan pengalaman yang belaku di sekeliling mereka.
Penilaian dari aspek bahasa juga merupakan salah satu aspek perkembangan. Bahasa merupakan satu media
untuk berkomunikasi. Melalui bahasa manusia dapat bertutur untuk melahirkan apa yang dirasai. Bayi yang
baru dilahirkan tidak dapat berhubung dengan orang lain untuk menyatakan keperluan atau kehendaknya.
Apabila umur mula meningkatdari 0-2 tahun bayi mula berinteraksi dengan kadar yang minimum dengan
menggunakan pancaindera yang lain. Apabila umur bayi 6 bulan bayi kurang berkukur tetapi mula boleh
menyebut perkataan. Contohnya ma.ma, baba.. Perkembangan bahasa peringkat ini penting sebagai asas
latihan bercakap untuk perkembangan seterusnya.
Penilaian perkembangan juga dinilai melalui aspek sosial iaitu proses apabila kanak-kanak mula berhubung
dengan orang lain mengikut cara yang diterima masyarakat. Pada peringkat baru lahir hingga1 tahun.
Perkembangan sosial awal bayi ialah mula boleh tersenyum. Perkembangan sosialnya berlaku berdasarkan
pengalaman, pemerhatian dan sebagainya manakala apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan,
mereka akan mula bergaul dengan kawan-kawan. Dengan ini perkembangan sosial akan mula berkembang.
Aspek penilaian pengurusan diri kanak-kanak bermula pada usia 3 hingga 4 tahun. Pengurusan diri ini
merangkumi aspek menjaga dan memelihara diri sendiri dari pelbagai bentuk. Contohnya dalam melakukan
aktiviti harian, memakai baju , memberus gigi dan sebagainya. Ibu bapa perlu manjadi terbaik kepada anak-anak
dalam proses pengajaran pengurusan diri.
TUJUAN PENILAIAN PERKEMBANGAN
Tujuan utama penilaian perkembangan ialah menilai tahap perkembangan kanak-kanak dari aspek
perkembangan.Kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam mencapai tahap perkembangan atau tidak boleh
berkembang seperti kanak-kanak normal. Guru perlu memainkan peranan dengan menjalankan proses intervensi
awal untuk membantu perkembangan kanak-kanak selaras dengan tahap umur mereka.
Selain itu penilaian ini juga bertujuan mengesan kekurangan dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak.
Guru boleh melakukan perubahan dalam proses pengajaran supaya dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak.
Guru juga harus mencungkil bakat yang ada pada kanak-kanak supaya kelebihan yang ada pada mereka dapat
ditonjolkan disamping mengurangkan kelemahan yang ada pada kanak-kanak tersebut.

Penilaian ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap perkembangan kanak-kanak. Hal ini kerana apabila
guru telah mengetahui ketidakupayaan kanak-kanak langkaah bagi mangatasi ketidakupayaan ini akan diambil.
Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak tersebut. Selain itu kanak-kanak
ini juga akan lebih cenderung untuk menyerlahkan kemahiran mereka.
KEGUNAAN PENILAIAN PERKEMBANGAN
Penilaian perkembangan kanak-kanak penting kerana melalui penilaian ini tahap perkembangan kanakkanak dapat diketahui. Maklumat tentang perkembangan kanak-kanak akan digunakan untuk membuat
pengesanan awal. Pengesanan awal ini adalah untuk memastikan kanak-kanak tidak mengalami perkembangan
yang terbantut. Contohnya pada usia 2 tahun kanak-kanak yang mengalami pertumbuhan terbantut masih tidak
dapat berjalan seperti kanak-kanak normal.
Selain itu, penilaian ini juga penting bagi melakukan intervensi awal. Kanak-kanak akan mengalami
perkembangan bermula umur 6 tahun. Dalam tempoh ini kanak-kanak mula berkembang. Perkembangan yang
terbantut biasanyadisebabkan oleh adanya ketidakupayaan. Ibu bapa, pengasuh perlu melakukan intervensi bagi
membantu kanak-kanak. Program intervensi juga boleh dilakukan,melalui program ini kanak-kanak akan dilatih
supaya dapat meningkatkan ketidakupayaan kanak-kanak supaya selaras dengan umur mereka.
Penilaian perkembangan juga penting bagi mengenalpasti masalah dan perbezaan semasa perkembangan
kanak-kanak. Masalah ketidakupayaan kanak-kanak yang tidak sama antara satu sama lain memerlukan
penilaian bagi mengkelaskan ketidakupayaan kanak-kanak mengikut tahap. Kanak-kanak yang mempunyai
ketidakupayaan lebih mudah dikenalpasti dengan membandingkan mereka dengan kanak-kanak normal yang
lain. Hal ini kerana tahap perkembangan kanak-kanak yang berbeza antara satu sama lain,ada antara mereka
yang aktif dan ada juga yang pasif.
Kesimpulannya, penilaian perkembangan menyelaras kemahiran mengikut usia kanak-kanak disamping
membantu perkembangan kanak-kanak supaya tidak terbantut.
PENILAIAN PENCAPAIAN
DEFINISI
Penilaian pencapaian ialah ujian atau siri ujian yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang
pencapaian murid. Penilaian pencapaian ini biasanya dilakukan kepada kanak-kanak pada usia 7 tahun ke
atas oleh guru untuk menentukan pelajar memerlukan kelas inklusif atau tidak. Penilaian ini dijalankan untuk
menilai kecekapan dan kemahiran melalui pemerhatian dan ujian bertulis. Penilaian ini terbahagi kepada dua
iaitu penilaian sumantif dan penilaian formatif.
Menurut Mokhtar Ismail (1995) penilaian sumantif adalah yang dilakukan untuk mengukur pengetahuan pelajar
tentang sesuatu yang telah dipelajari . Contohnya dalam UPSR, PMR, SPM dll manakala penilaian formatif ialah
ujian mengesan kekuatan dan kelemahan dan kekuatan pelajar dalam penguasaan sesuatu kemahiran yang
diajar. Contohnya soaljawab lisan, kuiz matematik dll.
Menurut Kamus Dewan Bahasa, Penilaian pencapaian ialah proses pentaksiran yang dibuat keatas apa yang
telah dicapai atau dikenali sebagai prestasi.

TUJUAN PENILAIAN PENCAPAIAN

Tujuan penilaian pencapaian ini dijalankan adalah untuk menilai tahap pencapaian kanak-kanak. Kanak-kanak
yang lemah dalam penguasaan dan berkebolehan dapat dikesan lebih awal.Bagi kanak-kanak yang tidak dapat
menguasai konsep 3M juga dapat dikesan dan ini membolehkan guru membuat tindakan awal bagi mengatasi
masalah ini.
Selain itu, penilaian pencapaian ini juga bertujuan meningkatkan keupayaan pelajar. Dengan adanya penilaian
ini juga dapat mengubah atau merancang bilik darjah yang sesuai dengan menempatkan mereka mengikut
kebolehan pelajar. Dengan ini proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan lebih lancar.
Penilaian pencapaian ini juga bertujuan menganalisa kelemahan dan kekuatan murid. Hasil keputusan
penilaian ini boleh menjadi pendorong untuk pelajar mencapai kejayaan. Pelajar akan mengetahui kelemahan
masing-masing dan guru dapat merancang aktiviti yang lebih bersesuaian.

KEGUNAAN PENILAIAN PENCAPAIAN


Hasil penilaian yang dilakukan membolehkan guru mengetahui objektif pengajaran dan pembelajarandapat
dicapai oleh pelajar atau tidak. Ini akan membolehkan guru merancang pengajaran yang paling sesuai dan
terbaik mengikut kemampuan pelajar. Contohnya, guru menggunakan kaedah visual kepada pelajar yang lemah.
Penilaian pencapaian penting bagi mengenalpasti keperluan pembelajaran murid, penilaian yang dibuat
memberi gambaran kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian yang dicapai oleh
murid mengambarkan kepada guru tahap pemahaman murid. Guru boleh melakukan tindakan samaada ingin
meneruskan dengan subjek lain atau memberi lebih pemahaman terhadap tajuk tersebut.
Selain itu, penilaian pencapaian ini penting bagi membuat penempatan pelajar mengikut keperluan
pembelajaran mereka.Ujian ini juga menjadi titik permulaan untuk memisahkan pelajar kepada kumpulankumpulan kecil mengikut kemampuan pembelajaran mereka.Hal ini penting bagi mengelakkkan terdapat pelajar
yang tercicir dalam pembelajaran.
Kesimpulannya,penilaian pencapaian ini dapat membantu guru untuk membuat pengubahsuaian dalam strategi
pengajaran. Contohnya menggunakan alat bantu mengajar(ABM).
PENILAIAN PSIKOLOGI
DEFINISI
Psikologi berasal daripada dua perkataan iaitu `psyche` yang bererti jiwa dan `logos` yang membawa maksud
kajian tentang sesuatu. Penilaian yang dilakukan ini berkaitan secara langsung dengan tingkah laku, mental,
emosi, kanak-kanak berkeperluan khas. Penilaian ini adalah bertujuan untuk membantu penilai mengawal
tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas dari segi mental, emosi dan tingkah laku.
Menurut kamus dewan bahasa penilaian psikologi ialah pentaksiran terhadap ilmu yang mengkaji jiwa atau
fikiran manusia dan kelakuan manusia. Crow dan crow pula berpendapat penilaian psikologi ialah satu kajian
untuk mengkaji maklumat tentang cara individu atau sekelompok manusia di peringkat umur berlainan
bertindakbalas terhadap ransangan dari alam sekitar.
Davindoff ( 1976 ) dipetik dari buku psikologi dalam bilik darjah pula mentafsirkan psiko sebagai kajian saintifik
tentang tingkah laku manusia dan haiwan secara nyata atau terselindung. Kajian ini adalah berdasarkan tingkah
laku yang dapat diperhatikan. Contohnya bagaimana kanak-kanak berjalan dan kajian tentang emosi kanakkanak.

Kesimpulannya,definisi penilaian psikologi ialah berdasarkan penilaian terhadap mental dan tingkahlaku manusia
atau haiwan.
TUJUAN PENILAIAN PSIKOLOGI
Penilaian psikologi amat diperlukan terutama kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Golongan kanak-kanak
ini memerlukan satu kaedah penilaian yang sesuai dengan kaedah realiti mereka. Kaedah-kaedah yang sering
diguna pakai untuk kanak-kanak normal mungkin tidak mampu untuk membantu perkembangan tingkah laku,
emosi, dan mental mereka. Dari itu pengetahuan dan kemahiran amat penting dikuasai oleh penilai kerana
dengan mengenal pasti keperluan khas ini maka guru dan penilai akan dapat mengadakan rawatan dan
merancang intervensi awal yang sesuai.
Tujuan penilaian psikologi dibuat adalah untuk mengawal tingkah laku manusia yang tidak diingini. Secara
tidak langsung ini akan membantu penilai memberi bimbangan akan membentuk tingkah laku yang tidak baik
kepada tingkah laku baik.
Penilaian

psikologi

ini

juga

mampu membantu

membuat

penilaian,

menyelidik

dan

membuat

pemerhatiantentang tingkah laku kanak-kanak bekeperluan khas ini.Dengan adanya maklumat ini segala
rancangan rawaatan boleh dilakukan.
KEGUNAAN PENILAIAN PSIKOLOGI
Penilaian psikologi memberi kegunaan kepada guru ibubapa untuk memahami tingkahlaku dan mental kanakkanak bekeperluan khas. Guru juga harus mengenali kanak-kanak sebelum mendekati mereka supaya mereka
tidak bertindak agresif. Hal ini akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Proses bimbingan
kanak-kanak juga lebih mudah dijalankan.Pemahaman oleh guru-guru dan ibubapa terhadap masalah ini akan
membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab membimbing dengan lebih berkesan. Dengan itu kanakkanak berkeperluan khas akan merasa diri mereka dihargai dan merasakan selamat berada dibawah jagaan guru
mereka.
Selain itu penilaian psikologi juga digunakan sebagai satu kompenan untuk membantu guru-guru menyelaras
dan menyesuaikan kaedah mengajar agar bersesuaian dengan kanak-kanak ini. Penyelarasan dan kesesuaian
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah perlu kerana tahap perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak ini sangat jauh ketinggalan di belakang.
Selain itu penilaian psikologi ini amat berguna untuk pengesanan pada peringkat awal. Pengesanan yang
boleh dibuat melalui penilaian ini adalah seperti ketidakupayaan murid. Selain itu pengesanan juga akan dapat
diperolehi di kalangan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Akhir sekali penilaian pada
peringkat awal akan mampu untuk mengesan mereka yang mempunyai risiko ketidakupayaan.
PENUTUP
Kesimpulannnya, penilaian amat penting kerana ia dapat menilai perkembangan kognitif intelektual, emosi,
bahasa dan komunikasi dan tingkah laku sesseorang kanak-kanak. Penilaian ini mencakupi penilaian
pengesanan,pengesanan diagnostic, penilaian perkembangan,penilaian pencapaian dan penilaian psikologi.
Penilaian ini boleh dilakukan kepada seseorang kanak-kanak sejak mereka lahir hingga ke akhir hayat Penilaian
boleh dilakukan mengikut langkah demi langkah.
Langkah

pertama

ialah

menjalankan

penilaian

pengesanan. Penilaian

pengesanan

yang

dilakukan

membolehkan simpton-simpton awal dapat dikenalpasti. Hal ini membolehkan ibubapa dan guru membawa

kanak-kanak tersebut berjumpa pakar seperti dooktor, pakar psikologi, pakar terapi, pakar psikiatri dan lain-lain.
Ini bertujuan supaya penilaian diagnostik boleh dilakukan keatas kanak-kanak tersebut.
Penilaian diagnostik amat penting kerana ia dapat membantu ibubapa dan guru untuk mengenalpasti
ketidakupayaan kanak-kanak dengan tepat. Apabila penilaian diagnostik ini dilakukan kanak-kanak tersebut
akan dilabel mengikut ketidakupayaan. Hal ini membolehkan langkah yang lebih khusus boleh diambil untuk
membantu kanak-kanak tersebut.
Selepas melakukan penilaian diagnostik, penilaian perkembangan akan dilakukan bagi mengetahui tahap
perkembangan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak dilihat melalui perubahan yang berlaku
keatas kanak-kanak mengikut usia mereka. Selain itu tahap perkembangan yang berlaku pada seseorang
kanak-kanak juga diukur melalui pencapaian.
Oleh itu penilaian pencapaian akan dilakukan bagi mengukur tahap kebolehan seseorang kanak-kanak. Bagi
kanak-kanak yang mempunyai masalah terutama kanak-kanak berkeperluan khas penilaian psikologi akan
dilakukan. Penilaian psikologi bertujuan untuk membantu penilai mengawal tingkah laku kanak-kanak
berkeperluan khas dari segi emosi,tingkah laku dan mental mereka.

You might also like