You are on page 1of 6

KUMPULAN 2

SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI


TOPIK: NUTRISI
Soalan 1
Susan berumur lima tahun, beliau menghadapi masalah
pertumbuhan terbantut, bengkak pada bahagian perut, kaki dan
badan. Antara contoh makanan di bawah yang manakah patut
diambil oleh Susan dalam kuantiti yang banyak?
A
B
C
D

buah-buahan dan sayur-sayuran


daging dan ikan
nasi dan makanan laut
kuning telur dan hati

Jawapan : B

Soalan 2
Lily berumur 25 tahun dan bekerja sebagai kerani, Rosmah
berumur 27 tahun dan bekerja sebagai pencuci. Perbezaan nilai
kalori yang diperlukan oleh kedua-dua wanita di atas bergantung
kepada
A
B
C
D

umur
berat
saiz badan
aktiviti fizikal

Jawapan : D

Soalan 3
Ahmad baru sahaja selesai menjalani pembedahan. Beliau
dinasihatkan oleh doktor untuk mengambil lebih banyak produk
tenusu dan kekacang.
Sekiranya beliau tidak mengikuti nasihat doktor, apakah
kemungkinan yang akan berlaku kepada beliau?
A
B
C
D

pertumbuhan sel-sel baru perlahan


kurang daya pertahanan badan
hilang selera makan
sering berpeluh

Jawapan : A

Soalan 4
Seorang petani moden menghadapi masalah dengan
tanamannya. Didapati bahawa tumbuhannya menghasilkan daun
tua berwarna hijau, pucat dan kuning. Bagaimanakah cara yang
boleh dilakukan oleh petani tersebut agar tumbuhannya dapat
hidup dengan lebih sihat?
A
B
C
D

menambahkan nitrogen ke dalam tanah


menanam tanaman di bawah cahaya matahari terik
menambahkan fosforus ke dalam tanah
menyiram air dalam kuantiti yang banyak

Jawapan : A

Soalan 5
Kitar nitrogen ialah kitaran semulajadi di Bumi dimana nitrogen di
atmosfera ditukarkan kepada sebatian nitrit di dalam tanah.
Semasa proses ini nitrogen ditukarkan kepada nitrit, seterusnya
kepada nitrat oleh sejenis mikroorganisma.
Rajah di bawah menunjukkan sebahagian dari kitar nitrogen?
mikroorganisma X
Nitrit
Mikroorganisma X yang terlibat ialah:
A
B
C
D

bacteria
bacteria
bacteria
bacteria

Jawapan : C

pendenitritan
pengikat nitrogen
penitritan
pengurai

nitrat

Soalan 6
Jadual di bawah menunjukkan nilai kalori bagi kelas makanan
yang berbeza.
Kelas Makanan
Nilai Kalori (kJ/g)
Karbohidrat
16.7
Protein
22.2
Lemak
38.5
Seorang remaja telah memakan sepotong pai epal mengandungi
3g protein, 12g karbohidrat dan 5g lemak. Berdasarkan jadual di
atas, hitung jumlah nilai kalori bagi sepotong pai itu.
A
B
C
D

192.5
267.0
459.5
919.0

kJ
kJ
kJ
kJ

Jawapan : C

Soalan 7
Julia tinggal dikawasan Kutub Utara. Setiap hari Julia mengambil
makanan seperti daging, marjerin dan keju. Bagaimanakah
pengambilan makanan tersebut membantu Julia untuk hidup di
sana?
A
B

membekalkan lebih banyak tenaga


menambahkan tisu lemak

C
D

membina lebih banyak sel-sel baru


meninggikan daya pertahanan badan

Jawapan : A

Soalan 8
Pak Hassan seorang peladang kelapa sawit. Beliau sering
menanam pokok kekacang diantara pokok-pokok kelapa sawitnya.
Apakah rasional tindakan Pak Hassan itu?
A
B
C
D

untuk
untuk
untuk
untuk

mengurai protein haiwan


menguatkan akar pokok kelapa sawit
menukar gas nitrogen kepada nitrat
menukar nitrat kepada gas nitrogen

Jawapan : C

Soalan 9
Amin dan Aminah adalah dua beradik kembar. Setiap hari mereka
mengambil makanan yang sama. Namun saiz badan mereka
berbeza. Aminah lebih besar daripada Amin walaupun kuantiti
makanan yang diambil adalah sama. Mengapakah keadaan ini
berlaku?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
______
[2 markah]

Jawapan : Kadar metabolism Amin lebih tinggi daripada Aminah


kerana mereka berbeza jantina

Soalan 10
Seorang pemilik dusun durian mendapati pokok duriannya
menghasilkan buah yang kecil walaupun telah diberikan baja
nitrogen. Mineral manakah antara yang berikutdapat membantu
pokok durian beliau menghasilkan buah yang normal?
A
B
C
D

zink
kuprum
mangan
boron

Jawapan : D

You might also like