You are on page 1of 9

konsep-konsep pengurusan strategik

ANALISIS SWOT

PENDAHULUAN

Analisis SWOT (KLAP) adalah teknik asas yang


selalu digunakan di dalam pengurusan strategik
(strategic
planning),
mempertingkatkan
kecemerlangan organisasi (improving company
success), program pembangunan organisasi
(organizational development) dan mengenalpasti
kelebihan persaingan (identifying competitive
advantage).

ANALISIS SWOT
Dalam pengurusan strategik, analisis SWOT
digunakan untuk memastikan strategi yang
digubal itu benar-benar berkemampuan untuk
merealisasikan objektif, misi dan visi organisasi.

Oleh:
KU AMIR KU DAUD

Analisis ini terdiri daripada empat kuadran iaitu


strength
(S)/kekuatan
(K),
weakness
(W)/kelemahan (L), opportunity (O)/peluang
(P) dan threads (T)/ancaman(A). Kuadran
kekuatan dan kelemahan merujuk kepada situasi
di persekitaran dalaman organisasi dan kuadran
peluang dan ancaman pula merujuk kepada
keadaan persekitaran luaran organisasi(Rujuk
Jadual 1)

_________________________________
Unit Pembangunan Korporat (UNIPEK)

UNIVERSITI

MALAYSIA

PERLIS

konsep-konsep pengurusan strategik

DEFINISI

SWOT (KLAP) didefinisi berdasarkan kepada kriteria berikut :

Strengths (Kekuatan) ialah factor dalaman di dalam organisasi yang membantu kepada pencapaian
objektif.
Weaknesses (Kelemahan) ialah faktor dalaman di dalam organisasi
kemudaratan/kekangan kepada pencapaian objektif.

yang memberikan

Opportunities (Peluang) ialah faktor luaran yang membantu dan memberikan kesan positif kepada
pencapaian objektif.
Threats (Ancaman) ialah faktor luaran yang membantutkan dan memberikan kesan negatif kepada
pencapaian objektif.
Kuadran kekuatan dan kelemahan merujuk kepada situasi di persekitaran dalaman organisasi dan kuadran
peluang dan ancaman pula merujuk kepada keadaan persekitaran luaran organisasi.

konsep-konsep pengurusan strategik

MEMBANTU
KEPADA KEKANGAN
KEPADA
PENCAPAIAN OBJEKTIF
PENCAPAIAN OBJEKTIF
DALAMAN
Strengths (Kekuatan)
(MELIBATKAN
SITUASI 1.
DIPERSEKITARAN
2.
DALAMAN ORGANISASI)
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
LUARAN
Opportunities (Peluang)
(MELIBATKAN
KEADAAN 1.
PERSEKITARAN LUARAN 2.
ORGANISASI)
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Weaknesses (Kelemahan)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Threats (Ancaman)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Jadual 1.Bentuk Kuadran Analisis SWOT (KLAP)

BAGAIMANA MENGGUNAKAN ANALISIS SWOT

Langkah 1 Menganalisis Faktor Dalaman - Kekuatan dan Kelemahan

1. Buat aktiviti sumbangsaran (brainstorming) ke atas kekuatan dan kelemahan organisasi.


2. Pecahkan elemen-eleman menggunakan Rangkakerja 7-S (McKinsey) dengan memberikan
penekanan kepada 7 faktor (Rajah 1) . 7 faktor itu adalah:
3

konsep-konsep pengurusan strategik

a) Perkongsian Nilai (Shared Values), bererti nilai teras


organisasi.Perkara-perkara yang perlu dipersoalkan adalah:
i)
ii)
iii)
iv)

yang

dipegang

oleh

Apakah nilai teras (Core value) organisasi?


Apakah budaya korporat/kerja organisasi)
Berapa kuat nilai yang kita ada?
Apakah nilai asas yang telah organisasi ada?

b) Strategi (Strategy), bererti pelan yang disediakan oleh organisasi untuk bertahan dan
mempunyai dayasaing dengan organisasi lain. Perkara-perkara yang perlu dipersoalkan
adalah:
i)
ii)
iii)
iv)
v)

Apakah strategi organisasi?


Bagaimana kita berusaha untuk mencapai objektif?
Bagaimana kita menangani tekanan persaingan?
Bagaimana perubahan dalam permintaan pelanggan?
Bagaimana strategi diselaraskan dengan isu persekitaran?

c) Sistem (System), bererti prosedur, proses dan kebiasaan yang dibuat semasa membuat
kerja. Perkara yang perlu dipersoalkan adalah :
i)

Apakah sistem utama yang digunapakai?(sistem kewangan, sistem sumber manusia,


sistem komunikasi dan juga pengawalan dokumen)
ii) Di mana sistem dikawal, dan adakah ia diselia dan dinilai?
iii) Apakah proses dan tatacara luaran yang digunakan dalam memastikan semua berjalan
dengan baik?
d) Struktur (Structure), bererti bagaimana pengstrukturan organisasi dijalankan dan siapa
melapor kepada siapa. Perkara yang perlu dipersoalkan adalah :
i)
ii)
iii)
iv)
v)

Bagaimana organisasi/unit dibahagikan?


Apakah ada hierarki?
Bagaimana jabatan mengendalikan aktiviti?
Bagaimana ahli kumpulan menyesuaikan diri?
Adakah kaedah pengurusan dan membuat keputusan
decentralised?

secara centralised atau

e) Kakitangan (Staff), bererti pekerja dan kebolehan mereka membuat kerja. Perkara yang perlu
dipersoalkan adalah :

konsep-konsep pengurusan strategik

i) Apakah jawatan atau pengkhususan yang ditunjukkan dalam kumpulan?


ii) Apakah jawatan yang perlu diisi?
iii) Adakah terdapat jurang dalam tahap kecekapan ?
f)

Kemahiran (Skill), bererti kemahiran pekerja atau organisasi yang tersendiri. Perkara yang
perlu dipersoalkan adalah :
i)
ii)
iii)
iv)
v)

Apakah kemahiran yang paling baik ada pada organisasi/pekerja


Ada terdapat jurang kemahiran (skills gaps )?
Apakah kemahiran organisasi/pekerja yang diketahui umum?
Adakah organisasi/pekerja mempunyai kemampuan untuk melakukan pekerjaan
tersebut?
Bagaimanakah penyeliaan dan kemahiran-kemahiran dilakukan?

g) Gaya (Style), bererti gaya kepimpinan yang digunapakai. Perkara yang perlu dipersoalkan
adalah :
i)
ii)
iii)
iv)

Sejauh mana gaya pengurusan/kepimpinan mengambil bahagian?


Setakat manakah keberkesanan kepimpinan tersebut?
Adakah pekerja-pekerja bersaing atau bekerjasama?
Adakah pekerja berfungsi sebagai kumpulan organisasi atau berfungsi secara individu?

3. Dapatkan sebanyak mungkin input-input tentang kekuatan dan kelemahan.


4. Buat analisis keutamaan (prioritise) kekuatan dan kelemahan mengikut kepentingan antara satu
sama lain. Keutamaan kekuatan dan kelemahan ditetapkan mengikut persetujuan semua ahli
kumpulan.

konsep-konsep pengurusan strategik

Struktur
(Structure)

Strategi

Sistem

(Strategy)

(System)

Perkongsian
Nilai
(Shared
Value)
Kemahiran

Gaya

(Skills)

(Style)

Kakitangan
(Staff)

Rajah 1- Model McKinsey 7-S

konsep-konsep pengurusan strategik

Langkah 2 Menganalisis Faktor Luaran - Peluang dan Ancaman

1. Buat suatu aktiviti sumbangsaran (brainstorming) ke atas peluang dan ancaman berpandukan
definisi yang diberikan dan senaraikan.
2. Pecahkan elemen-elemen menggunakan analisis PESTEL iaitu Politik, Ekonomi, Sosio Budaya,
Teknologi, Environmen dan Perundangan.

Faktor Politik adalah bagaimana dan setakat mana kerajaan mempengaruhi keadaan ekonomi
negara. Faktor-faktor yang terlibat adalah seperti polisi cukai, undang-undang pekerja, polisi alam
sekitar, halangan perdagangan, tarif, kestabilan politik, kesihatan, pendidikan dan infrastruktur
negara.

Faktor Ekonomi adalah termasuk pertumbuhan ekonomi, kesan krisis ekonomi, kadar faedah,
kadar pertukaran semasa dan kadar inflasi negara.

Faktor Sosial adalah termasuk aspek budaya,

keperihatianan terhadap kesihatan, kadar

pertumbuhan populasi, taburan umur, tahap kerjaya dan kepentingan keselamatan.

Faktor Teknologi adalah termasuk aspek ekologi dan environmen seperti akiviti penyelidikan dan
inovasi, automasi (automation), insentif teknologi dan kadar perubahan teknologi (technological
change). Pertukaran teknologi akan memberikan kesan kepada kos, kualiti dan membawa kepada
inovasi.

Faktor Environmen termasuk cuaca dan perubahan cuaca yang akan mempengaruhi industri
seperti perlancongan, pertanian, dan insuran.

Faktor Legal (undang-undang) termasuk undang-undang diskriminasi, undang-undang


pengguna, undang-undang pekerjaan , undang-undang antitrust dan undang-undang kesihatan dan
keselamatan .

3. Dapatkan sebanyak yang mungkin input-input dari peserta.


4. Buat analisis keutamaan (prioritise) peluang dan ancaman mengikut kepentingan antara satu
dengan yang lain.
5. Analisis ini adalah penting dalam memilih faktor yang betul-betul berkesan dalam membantu
proses pengubalan strategi.
7

konsep-konsep pengurusan strategik

Langkah 3 Pengubalan Strategi menggunakan MATRIKS TOWS (Threats (T)/ Ancaman (A),
Opportunity (O)/Peluang (P), Weaknesses (W)/Kelemahan (L), Strength (S)/Kekuatan (K)).

1. Bentukkan satu jadual Matrik TOWS seperti contoh Jadual 2 di bawah.


2. Senaraikan 10 faktor terpenting dari
kekuatan,kelemahan,peluang dan ancaman.

senarai

keutamaan

di

atas

untuk

3. Senarai-pendekkan faktor-faktor tadi kepada lima faktor terpenting sahaja untuk setiap kuadron
dan masukkan ke dalam kuadron yang disediakan.
4. Adalah tidak menjadi kesalahan jika faktor yang dipilih lebih dari lima.
5. Padankan faktor-faktor tersebut antara satu sama lain (Kekuatan dengan Peluang, Kekuatan
dengan Ancaman, Kelemahan dengan Peluang dan Kelemahan dengan Ancaman).
a)
b)
c)
d)

Gunakan kekuatan untuk mengeksploit peluang.


Atasi kelemahan dengan mengeksploit peluang.
Gunakan kekuatan untuk hindari ancaman.
Kurangkan kelemahan dan hindari ancaman.

6. Dari sini pengubalan strategi berteraskan kepada objektif, misi dan visi organisasi dapat dilakukan.

PELUANG/OPPORTUNITIES
1.
2.
3.
4.
5.

KEKUATAN/
STRENGTHS
1.
2.
3.
4.
5.
STRATEGI KP/SO
Gunakan kekuatan
mengeksploit peluang

KELEMAHAN/
WEAKNESSES
1.
2.
3.
4.
5.
STRATEGI LP/WO
untuk Atasi kelemahan dengan
mengeksploit peluang

konsep-konsep pengurusan strategik

ANCAMAN/THREATS
1.
2.
3.
4.
5.

STRATEGI KA/ST

STRATEGI LA/WT

Guna kekuatan untuk hindari Kurangkan kelemahan dan


ancaman
hindari ancaman

Jadual 2 matriks TOWS

Rujukan:
Haim Hilman Abdullah. (2005). Pengurusan Strategik. Malaysia: McGraw Hill Sdn Bhd.
Gillespie: Foundations of Economics. (2007). PESTEL analysis of the macro-environment, dicapai dari
http://www.oup.com/uk/orc/bin/9780199296378/01student/additional/page_12.htm pada
25hb
Februari 2009.
Paul N. Friga (2008), The McKinsey Engagement: A Powerful Toolkit for More Efficient and Effective Team
Problem Solving dicapai dari http://www.amazon.com/McKinsey-Engagement-Powerful-EfficientEffective/dp/0071497412 pada 25hb Februari 2009.
Stanley C. Abraham. (2006). Strategic Planning: A Practical Guide For Competitive Success: Thomson,
South Western.

You might also like