You are on page 1of 2

HALIM BIN HAMDAN

89 JALAN ITIK
TAMAN MALURI
14400 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG
SEKOLAH KEBANGSAAN KMAPUNG WANGI
TELUK KETAPANG
11920 BAYAN LEPAS
PULAU PINANG
Tuan,
MENYATAKAN SEBAB
KERANA SAKIT PERUT

KETIDAKHADIRAN

KE

TEMPAT

KERJA

Merujuk kepada perkara di atas, saya Halim bin Hamdan telah tidak
hadir pada 28 Februari 2015 (sabtu) bagi menghadiri program rasmi
Mesyuarat Agong PIBG Ke-15. Oleh itu, saya telah diarahkan untuk
memberikan surat tunjuk sebab kepada pihak atasan mengenai
ketidakhadiran saya ke tempat kerja pada hari tersebut.
2.
Untuk makluman pihak tuan, pada pagi hari kejadian tersebut
saya mengalami diarrhoea. Saya mendapati kes cirit-birit yang berlaku
pada diri saya ini disebabkan oleh keracunan makanan. Oleh yang
demikian, ia menyebabkan saya kehilangan banyak tenaga dan tidak
berdaya menghadiri program berkenaan.
3.
Akhir kata, besarlah harapan saya agar pihak tuan tidak
mengambil tindakan tatatertib terhadap saya, hanya kerana saya sakit
perut pada hari kejadian. Kerjasama dan perhatian pihak tuan saya
ucapkan ribuan terima kasih. Saya berjanji akan memaklumkan kepada
pihak atasan terlebih dahulu sekiranya mempunyai hal kecemasan
yang tidak dapat dielakkan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
__________________
(HALIM B HAMDAN)
Guru

SK kampong wangi
11920 Bayan Lepas
Pulau Pinang

You might also like