You are on page 1of 15

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tajuk

DUNIA PANGKALAN DATA

Topik

1.0 Pengenalan Kepada Pangkalan Data

A. Objektif
Pada akhir sesi guru dapat:

1. Membanding beza data dan maklumat


2. Memberi pengertian dan kepentingan pangkalan data
3. Menstrukturkan kaedah penyimpanan data secara bermakna.
4. Menunjukkan secara grafik organisasi pangkalan data dan hirarki data.
5. Menyatakan ciri-ciri Pangkalan Data
B.

Kandungan Pengajaran
1. Pengertian Data dan Maklumat.
2. Pangkalan Data
3. Perkembangan Sistem Pengurusan Pangkalan Data Secara Elektronik
4. Rekabentuk dan Model Pangkalan Data
5. Organisasi Pangkalan Data
6. Ciri-ciri Pangkalan Data

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


1. PENGERTIAN DATA DAN MAKLUMAT
Definisi

Data

Maklumat

Contoh

Data merupakan himpunan


fakta mentah mengenai
sesuatu benda, kejadian,
orang atau entiti yang terdiri
daripada perkataan, angka
atau gambar
Data boleh menjadi sesuatu
fakta yang bermakna atau
tidak bermakna sehingga
fakta-fakta tersebut diproses.

Markah ujian bulanan bagi


mata pelajaran Matematik
untuk setiap murid di dalam
satu kelas.

Maklumat merupakan hasil


daripada pengumpulan,
pemprosesan dan
penganalisaan data yang
boleh digunakan untuk
membuat sesuatu
keputusan.
Maklumat yang dihasilkan ini
lebih bermakna dan mudah
untuk difahami.

Purata markah ujian bulanan


bagi mata pelajaran
Matematik untuk satu kelas.

Secara ringkasnya, hubungan di antara data dan maklumat boleh digambarkan seperti rajah
di bawah.

Simpan

Data

Data

Kutip
Proses
Sunting
Susun

Maklumat

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


Contoh Perkaitan Data Dan Maklumat
Muhammad Irfan bin Azmi

11
DATA

031024-14-4263

24 Oktober 2003

45, Lorong Jaya 6


Taman Jaya
Bandar Tun Razak
56000 Kuala Lumpur

MAKLUMAT MURID

Nama: Muhammad Irfan bin Azmi


Umur: 11 Tahun
Nombor Kad Pengenalan: 031024 14 4263
Tarikh Lahir: 24 Oktober 2003
Alamat: 45, Lorong Jaya 6, Taman Jaya
Bandar Tun Razak 56000 Kuala Lumpur

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


2. PANGKALAN DATA
i.
Pengenalan Pangkalan Data

Pangkalan data boleh diilustrasikan sebagai tempat pengumpulan dan penyimpanan data.
Pangkalan data ini boleh terbahagi kepada dua iaitu secara sistem fail atau secara
elektronik.
Pangkalan data ini memudahkan data atau maklumat ini dicapai, diuruskan atau
dikemaskini.

ii.

Sistem Fail

Sistem fail digunakan untuk menyimpan semua maklumat dalaman dan luaran yang

berkaitan dengan sesuatu projek, produk, tugas, pelanggan atau pekerja.


Penyimpanan fail bermula secara manual. Dalam sistem fail secara manual, data dan
maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas. Setiap fail dilabelkan dan disimpan bagi tujuan

mudah dicapai dan sebagai langkah keselamatan fail-fail tersebut


Kemudian diperkenalkan data dalam sistem berkomputer yang disimpan dengan

menggunakan sistem fail biasa.


Konsep pangkalan data timbul hasil daripada keperluan untuk membina sistem
pemprosesan data yang banyak bagi menyokong aplikasi-aplikasi di organisasi yang

memerlukannya.
Pangkalan data merupakan himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh
pelbagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah
organisasi.

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


iii.

Sistem Fail Biasa Secara Berkomputer

iv.

Sistem Fail Secara Sistem Pengurusan Pangkalan Data

5
Sistem Fail Sistem Pengurusan Pangkalan Data

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


Kelemahan Sistem Fail Secara Manual

Rekod sukar diubah

Memerlukan masa yang panjang untuk proses carian

Memerlukan lokasi penyimpanan fail yang besar

Kelemahan Sistem Fail Secara Berkomputer

Pengulangan Data

Tiada kawalan pusat boleh menyebabkan data


yang sama disimpan berulangkali

Data atau rekod yang sama disimpan dalam dua


atau lebih fail

Data Lewah

Ketidakselarasan Data

Kawalan Data Yang


Lemah

Pengasingan Data

Data dalam satu fail dikemaskini tanpa


mengemaskini fail lain yang disimpan oleh jabatan
lain.
Terdapat jabatan yang mempunyai data yang tidak
lengkap
Data disimpan berasingan menyukarkan proses
penggabungan maklumat

Kebersandaran Format
Data

Fail disimpan dalam format berlainan menyebabkan


ia sukar untuk dikemas kini dan diproses

Kebaikan Sistem Fail Secara Sistem Pengurusan Pangkalan Data

Mengelakkan pengulangan dan lewahan data

Memudahkan kawalan dan perkongsian data


ahan data
Capaian data lebih pantas dan tepat

Keselarasan data lebih terjamin

Keselamatan data lebih terjamin

Kebebasan format data yang disimpan

Mampu menampung lebih ramai pengguna melalui capaian serentak


ahan data

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

3. Perkembangan Sistem Pengurusan Pangkalan Data Secara Elektronik

Secara ringkasnya sejarah pembangunan sistem pengurusan pangkalan data secara


elektronik ini boleh dibahagikan kepada 3 generasi.

Generasi pertama ini bermula sekitar tahun 1968 yang dikenali sebagai Information
Management System (IMS) yang digunakan untuk projek pendaratan Apollo di bulan yang
berasaskan kepada hirarki.

Generasi kedua merupakan penanda aras atau panduan kepada perisian-perisian sistem
pangkalan data yang ada sekarang. Bahasa pertanyaan struktur (SQL) yang dibangunkan
oleh IBM awal 1970-an juga menjadi perkara penting dalam generasi ini.

Generasi terkini telah berkembang bersama-sama dengan peningkatan penggunaan


pengaturcaraan berorientasikan objek. Kemunculan sistem pangkalan data XML dan
NoSQL menjadi pemangkin kepada pembangunan sistem pangkalan data. Sistem
pangkalan data XML merupakan sistem pangkalan data yang berorientasikan struktur
dokumen. Sistem pangkalan data NoSQL pula merupakan sistem pangkalan data yang
yang menyediakan mekanisma penyimpanan dan capaian semula data dan maklumat.

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

4. REKABENTUK DAN MODEL PANGKALAN DATA


Rekabentuk pangkalan data merujuk kepada rekabentuk logikal struktur asas penyusunan
data untuk penyimpanan data.
Model pangkalan data merupakan model data yang menentukan struktur logikal bagaimana
data itu disimpan, disusun dan dikendalikan.
Terdapat beberapa model pangkalan data utama yang digunakan iaitu :

Model Hirarki (Hierarical Database Model)


Model Jaringan (Network Model)
Model Hubungan (Relational Model)
Model Hubungan Entiti (Entity-relational Model)

Pertimbangan dalam merekabentuk pangkalan data


Tujuan pangkalan data

Perlu mengetahui apakah maklumat yang akan diproses oleh pangkalan data
tersebut. Ini bagi menentukan apakah subjek (entiti) dan fakta apa mengenai
subjek tersebut (atribut) yang perlu disimpan.
Apakah Itu Entiti Dan Atribut?

Entiti

Atribut

Suatu objek unik dan boleh


dikenal pasti dalam sesuatu
persekitaran
tempat

atau

seperti
benda

orang,
yang

boleh dikutip dan disimpan


sebagai data.

Ciri-ciri yang menerangkan


sesuatu entiti
Contoh:
Entiti = Murid
Atribut untuk Murid adalah
seperti:
Nombor kad

pengenalan
Nama
Tarikh Lahir
Alamat
Kelas

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Entiti

Atribut

Nombor kad pengenalan

Nama

Murid

Tarikh lahir

Alamat

Kelas

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

JENIS DATA
Mengandungi teks dan angka yang tidak digunakan untuk membuat operasi matematik atau
Teks
Contoh
: Nama murid, nombor kad pengenalan dan umur

Mengandungi angka yang khusus digunakan untuk membuat operasi matematik atau logi
Nombor
Contoh : Markah Peperiksaan Penggal 1 Kelas 6A

Tarikh/Masa

.
Mengandungi data khusus untuk tarikh dan masa.
Contoh : 4/17/14, 05:34:00 PM, Thursday, April 17, 2014

Mengandungi data khusus yang meliputi gambar, suara dan data dari aplikasi lain.
OLE Object
Contoh : Gambar murid, gambar guru dan lagu
Organisasi Pangkalan Data

5. ORGANISASI PANGKALAN DATA


Di dalam pangkalan data, data-data akan disimpan dan direkod di dalam bentuk jadual
mengikut medan-medan yang telah ditentukan. Pangkalan data boleh terdiri daripada satu
atau lebih jadual. Gambar rajah di bawah adalah contoh jadual yang terdiri daripada gabungan
rekod dan medan.

Berikut adalah istilah dan penerangan berkenaan Jadual, Rekod dan Medan.

10

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Istilah
Jadual
Rekod

Keterangan
Koleksi rekod-rekod yang berkaitan
Koleksi medan yang berkaitan dan dalam
jadual

Medan

Selalunya medan berada pada kedudukan

baris dijadual.
Kombinasi satu atau lebih bait atau aksara

Setiap medan diwakili oleh lajur pada jadual

Medan merupakan unit terkecil dalam sistem


pangkalan data .

HIRARKI DATA
Hirarki data adalah sebuah piramid yang menunjukkan bagaimana data disusun dari unit
yang kecil kepada unit yang besar dan kemudian membentuk sebuah pangkalan data.

Gambar rajah di bawah menunjukkan perkaitan dan susunan data mengikut hirarki data.

11

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

6. CIRI-CIRI PANGKALAN DATA

12

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


Pangkalan data mempunyai ciri-ciri dan keupayaan yang tertentu seperti dapat
mengemaskini, menyusun dan menapis maklumat yang dikehendaki. Lihat jadual di bawah.

Operasi Asas
Update (kemaskini)

Kegunaan

Proses untuk mengubah isi kandungan bagi rekod di


dalam

fail/jadual.

Proses

ini

mungkin

menambah,

memadam atau mengubah isi kandungan rekod.

Insert (memasukkan)

Proses untuk menambah rekod baru ke dalam fail/jadual.

Delete (memadam)

Proses untuk mengeluarkan rekod daripada fail/jadual.

Sort (susun)

Untuk menyusun rekod di dalam fail/jadual berdasarkan


kepada kriteria tertentu seperti susunan rekod mengikut
tarikh. Menyusun rekod mengikut urutan ascending
( A ke Z) dan descending ( Z ke A)

Filter ( tapis)

Menapis satu atau lebih rekod dalam keadaan tertentu.

Sistem Pengurusan Pangkalan Data Database Management System (DBMS)


Sistem Pengurusan Pangkalan Data atau Database Management System (DBMS)
adalah satu sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta,
menyusun, mengemas kini, mengurus dan menyelenggara pangkalan data. DBMS turut
mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.
DBMS boleh dianggap sebagai antaramuka di antara pengguna dan pangkalan data di
mana ia membantu pengguna mencapai dan memanipulasikan data yang disimpan di
dalam pangkalan data.
Antara DBMS yang biasa digunakan ialah Microsoft Access, dBASE III Plus, FoxBASE
Plus, Oracle, MS SQL Server, SoftBASE, Clipper, Paradox

Contoh-contoh Perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data

13

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Contoh-contoh Sistem Pengurusan Pangkalan Data

14

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

15

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

You might also like