Professional Documents
Culture Documents
Kimpalan Arka
Kimpalan Arka
Kimpalan arka merupakan satu proses menyambung kekal dua atau lebih logam (Rajah 4.50).
Proses penyambungan dijalankan dengan mengalirkan arus elektrik daripada elektrod ke logam
asas. Tenaga elektrik ini ditukarkan kepada tenaga haba yang tinggi. Haba yang tinggi mi akan
meleburkan hujung elektrod dan bahagian logam asas yang hendak disambung. Kedua-dua
logam mi menjadi sebati lalu menghasilkan satu sambungan yang kuat. Kimpalan arka
digunakan dalam kerja fabrikasi logam seperti pembinaan kapal, dandang, jambatan, dan
struktur bangunan.
Prinsip kimpalan arka
Arka elektrik terbentuk apabila terdapat perbezaan voltan antara elektrod dengan logam asas.
Kejadian mi menghasilkan haba yang tinggi untuk meleburkan hujung elektrod dan sebahagian
daripada logam asas. Satu kolam leburan terhasil daripada peleburan logam asas. Logam lebur
dan elektrod dipindah ke kolam leburan
melalui arka elektrik. Cairan logam mi akan dilindungi oleh satu lapisan jermang yang terhasil
daripada pembakaran salutan elektrod. Apabila logam lebur membeku, satu sebatian yang kuat
dihasilkan iaitu kumai.
d.
Alatan keselamatan
Mesin kimpal
Terdapat dua jenis mesin kimpal yang digunakan iaitu:
i.
Mesin kimpal anis terus
ii.
Pemegang elektyod (Rajah 4.52) digunakan untuk memegang elektrod sewaktu proses
pengimpalan. Pemegang elektrod adalah ringan, tidak cepat panas dan mestilah disaluti dengan
penebat yang baik untuk mengelakkan kejutan elektrik. Terdapat alur pada penyepit spring yang
digunakan untuk menetapkan kedudukan elektrod, Penyepit spring mi mestilah mempunyai
cengkaman yang cukup untuk memberikan sentuhan elektrik yang baik.
menstabilkan arka,
membentuk saW lapisan pepejal yang dinamakan jermang di permukaan logam kumai.
Lapisan jermang akan memberi perlindungan dan mengelakkan berlakunya pengoksidanan dan
mengawal kadar penyejukan kumai.
Saiz elektrod mestilah sesuai dengan ketebalan logam yang hendak dikimpal.
Terdapat dua jenis kabel dalam kimpalan arka iaitu kabel elektrod dan kabel bumi (Gambar foto
4.11). Kabel mi disalut dengan penebat getah. Kabel bumi disambungkan dan m~sin kimpal ke
benda kerja atau ke meja kimpalan. Kabel elektrod disambungkan dan mesin kimpal ke
elektrod.
Pergerakan elektrod
Rajah 4.60 menunjukkan enam kaedah pergerakan elektrod yang boleh dilakukan untuk
kimpalan arka. Anak panah menunjukkan arah pergerakan.
Kecacatan kimpalan
Kecacatan mungkin berlaku dalam proses mengimpal. Kecacatan mi mungkin disebabkan
kurangnya pengalaman atau kecuaian pengimpal. Kecacatan sambungan akan mengurangkan
kekuatan serta merugikan masa, tenaga, dan kos. Berikut ialah beberapa kecacatan yang sering
terjadi.
Kimpalan gas
Kimpalan gas merupakan kaedah sambungan kekal dua atau lebih kepingan logam dengan
proses pemanasan. Proses penyambung dilakukan dengan memanaskan logam asas ke takat
leburnya. Pemanasan dihasilkan dan pembakaran gas oksigen dan asetilena. Kadangkala rod
penambah digunakan untuk memperolehi sambungan yang lebih kuat.
Prinsip kimpalan gas
Satu sumpitan api digunakan untuk menghalakan api daripada pembakaran gas oksijen dan gas
asitelina ke bahagian logam yang hendak disambung. Pembakaran gas oksijen dan gas asitelina
menghasilkan haba yang banyak. Haba yang terhasil meleburkan tepi logam yang hendak
disambung. Pelakuran logam lebur berlaku dan menghasilkan satu sambungan yang kuat apabila
logam lebur jadi beku. Lazimnya logam tambahan daripada rod penambah yang bahannya sama
dengan logam induk digunakan untuk memperkukuhkan sambungan yang dibuat.
Sumpitan api
Fugsi sumpitan api ialah untuk mencampurkan gas oksigen dan asetilena, mengawal
pengaliran gas dan juga mengarahkan api ke tempat yang hendak dikimpal. (Rajah 4.61).
muncung sumpitan,
penyampur,
injap kawal,
badan sumpitan.
Muncung sumpitan
Muncung sumpitan dibuat daripada tembaga atau loyang. Terdapat berbagai-bagai saiz lubang
muncung. Lubang nfuncung kecil digunakan untuk mengimpal logam nipis dan yang terbesar
untuk mengimpal logam tebal. Saiz muncung sumpitan dikelaskan mengikut sistel nombor iaitu
dan angka 1 (kecil) hingga 7 (besar). Haba yang dihasilkan dengan menggunakan muncung
sumpitan yang kecil adalah sama dengan muncung sumpitan yang besar.
Lubang muncung sumpitan perlu dibersihkan dahulu sebelum digunakan untuk memperoleh
sumpitan api yang baik. Gambar foto 4.14 menggambarkan alat pembersih yang digunakan.
Gambar foto 4.14 A/at pembe rsih lubang muncung sumpitan api
Pen yam pur
Penyampur berfungsi untuk mencampur gas oksigen dan asetilena. Campuran gas mi kemudian
dihala keluar melalui muncung sumpitan.
Injap kawal
Injap kawal digunakan untuk melaraskan pengaliran gas oksigen dan asetilena. Injap berwarna
biru untuk oksigen dan merah untuk asetilena.
Badan sum pitan
Badan sumpitan ialah bahagian yang dipasangkan dengan hos gas. Badan sumpitan berfungsi
sebagai pemegang dalam proses mengimpal.
Pengatur tekanan
Pengatur tekanan merupakan alat yang digunakan untuk:
tolok pada pengatur tekanan menunjukkan nilai tekanan di dalam silinder dan tekanan
kerja.
Gambar foto 4.15 menunjukkan pengatur tekanan yang terdapat di bahagian atas silinder.
Peralatan keselamatan
Dalam mengendalikan kimpalan gas, keselamatan din dan persekitaran perlu diutamakan. Alat
keselamatan yang digunakan ialah gogal, sarung tangan, dan apron.
karat, loyang, besi tuangan dan aluminium. Biasanya fluks tidak digunakan untuk menimpal
keluli lembut.
Jenis !idah api
Terdapat tiga jenis lidah api hasil pembakaran gas oksi-asetilena iaitu lidah api kirburis, lidah
api nuetral dan lidah api pengoksidan.
3.
Buka skru pelaras pada pengatur tekanan mengikut arah pusingan jam sehingga
penunjuk pada tolok mengatur tekanan menunjukkan nilai tekanan yang sesuai.
4.
Buka injap kawal sumpitan api perlahanlahan. Gunakan pencucuh bunga api untuk
mendapatkan nyalaan (Gambar foto 4.20).
Laraskan injap kawalan secara perlahanlahan sehingganyalaantidakmengeluarkan asap hitam.
5.
Buka injap kawal gas oksigen secara perlahan-lahan sehingga memperoleh nyalaan yang
sesuai.
6.
Panaskan bahagian yang akan dikimpal sehingga kelihatan kemerah-merahan.
7.
Panaskan sedikit hujung rod penambah dan cecahkan ke dalam fluks.
8.
Leburkan logam asas dan rod penambah supaya menjadi sebati.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
i.
ii.
iii.
iv.
v.
17.