You are on page 1of 2

POKOK GETAH DI MALAYSIA

Maklumat Ringkas Getah


Nama saintifik bagi getah ialah Hevea Brasiliensis. Ia merupakan sejenis tanaman yang boleh hidup
dikawasan 1000 km utara dengan 1000 km selatan khatulistiwa. Pokok getah memerlukan hujan
sebanyak 180 sm - 250 sm setahun. Ia juga memerlukan suhu diantara 25 - 30 darjah Celcius.
Ketinggian tanah dari paras muka laut yang boleh ditanam dengan getah ialah 500 meter. Semakin
tinggi getah ditanam semakin berkurangan perolehan hasil dan kecergasan pertumbuhannya.
Keperluan tanah yang sesuai untuk tanam getah ialah jenis lom yang mempunyai saliran yang
bebas (tidak menakung air), tidak masin, dan tidak masam.
Pokok getah menghasilkan lateks (getah asli) yang penting dalam industri tayar dan lain-lain industri
berasaskan getah. Selain daripada itu, kayunya adalah terdiri daripada jenis separuh keras dan
boleh dijadikan perabut.
Apabila pokok getah mencapai usia 5-6 tahun, penorehan boleh dilakukan: goresan-goresan dibuat
secara ortogon pada salur lateks, dengan kedalaman yang hanya mencukupi untuk mengambil
lateks tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Sap itu dikumpulkan di dalam baldi yang kecil.
Pokok-pokok yang lebih tua menghasilkan lebih banyak lateks.

Kegunaan Getah
Getah

digunakan

untuk

membuat tayar

kereta, tayar

kapal

terbang, hos

pengalih

haba, pegas, pengelap cermin kereta, sisip pengadang lumpur, alas lantai kereta dan alas bateri.
Landasan keretapi juga

menggunakan pelapik

getah untuk

mengurangkan gegaran dan

geseran. Jambatan di kebanyakan lebuh raya turut menggunakan lapik getah untuk mengurangkan
gegaran dan perubahan suhu.

Di pelabuhan, getah digunakan untuk pelapik dermaga agar

dermaga tidak bergegar.


Di Jepun yang selalu menghadapi masalah gempa bumi, getah diletakkan di bawah bangunan agar
gegaran dapat dikurangkan dan tidak mudah runtuh.
Lain-lain barangan ialah tilam, sarung tangan, hos, permaidani, tikar getah dan kasut. Jaket dan but
keselamatan juga diperbuat daripada getah.
Kini kayu getah amat menarik perhatian kerana berwarna putih cerah dan garisan halus yang timbul.
Banyak perkakas di rumah dan perabot menggunakan kayu getah. Tidak kurang 50,000 jenis
barangan dibuat daripada getah.

BENUA-BENUA DI DUNIA
a) Benua adalah daratan luas yang berada di permukaan Bumi. Benua memiliki
Luas daratan yang lebih besar dari Pulau.
b) Benua terbesar di Dunia ini adalah Benua Asia.
c) Satu-satunya benua yang belum memiliki penghuni tetap adalah Benua

Antartika yang berada di Kutub Selatan Bumi. Benua antartika memiliki suhu
yang terendah, benua tertandus dan benua yang memiliki angin kencang.
d) Di dunia, terdapat 7 buah benua utama iaitu ;
1) Benua Asia
2) Benua Eropa
3) Benua Afrika
4) Benua Amerika Utara
5) Benua Amerika Selatan
6) Benua Australia
7) Benua Antartika

e) Menurut http://www.worldatlas.com/, negara yang terbesar di dunia ialah Rusia


iaitu memiliki keluasan 17.1 juta kilometer persegi. Manakala
negara terkecil di dunia ialah Vatican. Negara Vatican ini terletak berhampiran
dengan ibu kota Itali Rom.

You might also like