You are on page 1of 1

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti

Universiti Malaysia Pahang


Kali Ke-90 Bilangan 1/2015

TARIKH

28 Januari 2015 (Selasa)

MASA

02:30 petang

TEMPAT

Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti


Aras 2, Bangunan Canseleri
Universiti Malaysia Pahang

4.0 PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN DAN PEMAKLUMAN


4.4 Cadangan Penganjuran Persidangan Antarabangsa Engineering
Technology International Conference (ETIC) 2015
Mesyuarat mengambil maklum bahawa ;
i.
ETIC merupakan persidangan tahunan yang akan dianjurkan
secara bergilir di kalangan Malaysian Technical University
Network (MTUN).
ii.
Mesyuarat Naib Canselor - Naib Canselor MTUN pada 06
November 2014 telah meluluskan penganjuran ETIC 2015.
Mesyuarat NC MTUN juga bersetuju agar setiap MTUN memberi
suntikan modal sebanyak RM20,000.00 bagi penganjuran kali
pertama ini dan pada persidangan seterusnya akan
menggunakan hasil pendapatan daripada penganjuran ETIC
sebelumnya. Persidangan tahun 2015 merupakan kali pertama
pengendalian dan UMP akan menjadi tuan rumah.
iii.
Jawatankuasa persidangan telah dilantik dalam Mesyuarat
Dekan-dekan MTUN yang telah bersidang pada 24 November
2014.
iv.
Tema persidangan pada tahun ini adalah Toward Outstanding
Engineering Technology for Global Industries.
v.
Persidangan akan berlangsung pada 10-11 Ogos 2015
bertempat di Holiday Villa, Kuta, Bali, Indonesia.
Mesyuarat bersetuju meluluskan cadangan pelaksanaan penganjuran
persidangan ETIC 2015.
Tindakan: Dekan FTeK

You might also like