You are on page 1of 20

Sekapur Sirih

Dengan Nama Allah Yang Mana Pemurah dan Maha Mengasihani.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia dan izin-Nya, Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UTeM buat kali ke-5 dapat
dianjurkan.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Pejabat Pendaftar


kerana berjaya menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat UTeM dan
berbangga dengan semangat juang enam (6) kumpulan KIK dari pelbagai Pusat Tanggungjawab
yang bertanding di peringkat ini.

KIK merupakan wadah utama yang disediakan oleh pihak Pengurusan untuk seluruh warga
Universiti berkongsi pengalaman dalam penghasilan projek-projek kreatif dan inovatif yang
wajar diberi pengiktirafan dan penghargaan kerana sumbangan terhadap proses penyelesaian
masalah atau penambahbaikan ke atas nilai sistem penyampaian perkhidmatan di UTeM.

Penganjuran Konvensyen KIK ini diharap dapat menjadi tanda aras dan landasan terbaik dalam
menyemarakkan lagi budaya berfikiran kreatif dan inovatif di kalangan warga UTeM. Justeru itu,
program ini mampu menjadi pemangkin kecemerlangan yang perlu diterapkan kepada semua
staf di pelbagai peringkat bermula daripada Pengurusan Tertinggi hinggalah kepada Kumpulan
Pelaksana.

Harapan saya, agar acara tahunan ini dapat diteruskan penganjurannya kerana program ini
merupakan inisiatif Universiti untuk meningkatkan lagi kompetensi, sikap cintakan ilmu dan
pembaharuan yang diyakini dapat memberi impak yang signifikan dalam merealisasikan agenda
dan aspirasi Universiti, Kementerian Pendidikan Malaysia dan negara.
Sekian.

Profesor Dr. Raha Abdul Rahim


Naib Canselor
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

2
Seulas Pinang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya usaha
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat UTeM berjaya diadakan seperti yang
dirancang.

Saya, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemandu KIK UTeM mengucapkan tahniah dan syabas
kepada Jawatankuasa Penganjur Konvensyen KIK UTeM kerana telah melaksanakan konvensyen
ini. KIK merupakan laluan terbaik kepada semua Pusat Tanggungjawab dalam usaha
mengetengahkan projek-projek inovasi dan menterjemahkan peningkatan kualiti di setiap Pusat
Tanggungjawab bagi perkongsian bersama.

Pada penganjuran konvensyen kali ini, sebanyak enam (6) kumpulan dari enam (6) Pusat
Tanggungjawab telah berjaya menghantar projek KIK untuk dipertandingkan. Syabas dan
tahniah di atas komitmen tinggi yang diberikan untuk menjayakan projek masing-masing.

Melalui konvensyen ini, anugerah diberikan berdasarkan kualiti projek yang dipertandingkan
dan kematangan persembahan. Pemenang di peringkat ini akan mewakili UTeM ke Konvensyen
KIK Peringkat Universiti Awam Kali Ke-15 yang akan diadakan pada 19-22 Ogos 2019 di mana
UTeM sendiri menjadi tuan rumah.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada Kumpulan KIK yang bertanding dalam
Konvensyen Peringkat UTeM Kali Ke-5. Saya berharap agar aktiviti KIK ini diberi perhatian
sewajarnya oleh warga UTeM demi kesinambungan budaya kerja berkualiti di UTeM.
Sekian.

Masdzarif bin Mahat


Ketua Pegawai Operasi
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

3
Pengenalan
Pengenalan Kumpulan Mengikut Mutu Kerja (KMK) mula diperkenalkan melalui Pekeliling
Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 7 Tahun 1991 (PKPA Bil.7/1991) sebagai salah satu
mekanisma penyelesaian masalah kerja di jabatan/pejabat. Inisiatif ini bertujuan untuk
menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan
Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri.

Konsep ini diperkenalkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2000 dan
telah diterima sebagai salah satu alat pengurusan yang mudah difahami dan dilaksanakan
oleh semua peringkat staf. Kemudian daripada itu, KMK telah ditukar nama kepada Kumpulan
Inovatif dan Kreatif (KIK).

Konsep KIK bertujuan menyemarak aktiviti penambahbaikan, penyampaian perkhidmatan serta


menyubur budaya kreatif dan inovatif dalam penciptaan nilai serta ke arah pemantapan sistem
pengurusan.

Pelaksanaan KIK di UTeM telah mula digerakkan pada tahun 2009 dengan penubuhan
Jawatankuasa Pemandu KIK dan Jawatankuasa Pelaksana KIK. Pemenang Konvensyen KIK
peringkat UTeM akan mewakili Universiti di peringkat Universiti Awam (UA) dan kebangsaan.

4
Objektif Konvensyen KIK
1. Memperkenalkan sistem dan cara kerja baru yang dapat meningkatkan mutu perkhidmatan
penyampaian Universiti melalui idea-idea inovatif dan kreatif kakitangan pelbagai peringkat.
2. Memupuk kerjasama di kalangan warga Universiti melalui persaingan melahirkan idea-idea
inovatif dalam penciptaan sesuatu sistem dan cara kerja baru.
3. Membantu pihak pengurusan dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja melalui inovasi
yang dihasilkan dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan.
4. Membuka minda warga UTeM bahawa kreativiti dan inovasi adalah teras kejayaan dalam
pekerjaan.
5. Menggalakkan warga UTeM agar berfikir di luar kotak iaitu cara berfikir dengan menggunakan
perspektif baharu yang merupakan teras utama dalam pembangunan modal insan minda
kelas pertama.

Kategori Pertandingan
Di dalam empat musim yang lalu, terdapat dua (2) kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori
Pengurusan dan Kategori Teknikal. Konvensyen Peringkat UTeM Kali Ke-5 ini hanya mempunyai
Kategori Terbuka di mana dua kategori digabungkan berikutan nisbah yang sangat jauh dan lebih
wajar dipertandingkan di dalam satu kategori sahaja.

Walaubagaimanapun, mana-mana kumpulan yang layak ke Konvensyen KIK Peringkat Universiti


Awam Kali Ke-15, akan diselaraskan semula mengikut kategori asal iaitu sama ada Kategori
Pengurusan atau Kategori Teknikal.

5
Kategori Anugerah Dan Hadiah
Di dalam empat musim yang lalu, terdapat dua (2) kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori
Pengurusan dan Kategori Teknikal. Konvensyen Peringkat UTeM Kali Ke-5 ini hanya mempunyai
Kategori Terbuka di mana dua kategori digabungkan berikutan nisbah yang sangat jauh dan lebih
wajar dipertandingkan di dalam satu kategori sahaja.

Walaubagaimanapun, mana-mana kumpulan yang layak ke Konvensyen KIK Peringkat Universiti


Awam Kali Ke-15, akan diselaraskan semula mengikut kategori asal iaitu sama ada Kategori
Pengurusan atau Kategori Teknikal.

JOHAN NAIB JOHAN TEMPAT KETIGA


Wang tunai RM3,000 Wang tunai RM2,000 Wang tunai RM1,000
Plak Plak Plak
Sijil Penarafan Sijil Penarafan Sijil Penarafan

Lain -Lain
ANUGERAH SAGUHATI
PERSEMBAHAN TERBAIK
Wang tunai RM500 Wang tunai RM500
Plak Sijil Penarafan
Sijil Penarafan

Panel Penilai
Ketua Panel
Encik Mohd Anuar bin Abdul Karim
Perunding Utama
TRC Consulting

Panel
Encik Muhammad Hafiz bin Sabarudin Cik Siti Sakinah binti Mohd Zaki
Penolong Pengurus Penolong Pengurus
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Pejabat Wilayah Selatan Pejabat Wilayah Selatan
Johor Johor

6
Atur Cara
TARIKH : 2 JULAI 2019 (SELASA)
MASA : 8.30 PAGI HINGGA 6.00 PETANG
TEMPAT : AUDITORIUM CANSELORI, KAMPUS INDUK

Tarikh: 1 Julai 2019 (Isnin) - Majlis Raptai

2.30 petang Pendaftaran peserta


3.00 petang Raptai

Tarikh: 2 Julai 2019 (Selasa) - Majlis Perasmian

8.30 pagi Ketibaan peserta


8.45 pagi Ketibaan Panel Hakim
8.50 pagi Ketibaan Jawatankuasa PEMANDU KIK UTeM
9.00 pagi Nyanyian lagu Negara Ku dan UTeM Terbilang
9.10 pagi Bacaan Doa
9. 15 pagi Ucapan Perasmian Konvensyen oleh :
Encik Masdzarif bin Mahat
Ketua Pegawai Operasi Merangkap Pengerusi Jawatankuasa PEMANDU KIK
UTeM
9.30 pagi Minum pagi

Persembahan Kumpulan KIK

10.00 pagi Persediaan Kumpulan untuk memulakan pertandingan


10.15 – 10.45 pagi Persembahan : TOP
10.50 – 11.20 pagi Persembahan : FAME
11.25 pagi - 11.55 tengah hari Persembahan : ACHIEVE
12.00 - 12.30 tengah hari Persembahan : MISSing
12.45 – 2:00 petang Makan Tengah Hari/Rehat/Solat
2:05 – 2:35 petang Persembahan : STeeKERS
2.40 - 3.10 petang Persembahan : digitalFKEKK
3.15 petang Perbincangan Panel Hakim

7
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

4.10 petang Ketibaan Jemputan VIP


4:15 petang Ketibaan Naib Canselor UTeM
(Y.Bhg. Prof. Dr. Raha Abdul Rahim)
4.20 petang Ucapan Aluan:
Encik Masdzarif bin Mahat
Ketua Pegawai Operasi Merangkap Pengerusi Jawatankuasa PEMANDU
KIK UTeM
4:30 petang Ucapan Penutup Konvensyen KIK UTeM oleh:
Y.Bhg. Prof. Dr. Raha Abdul Rahim
Naib Canselor UTeM
4:45 petang Majlis Penyampaian Hadiah oleh:
Y.Bhg. Prof. Dr. Raha Abdul Rahim
Naib Canselor UTeM
Ulasan Ketua Hakim
• Cenderahati kepada Panel Hakim
• Anugerah Persembahan Terbaik
• Pemenang Saguhati
• Pemenang - Tempat Ketiga
• Pemenang - Naib Johan
• Pemenang - Johan
5.15 petang Jamuan Makan/Bersurai

8
9
Nama Kumpulan :
TOP
PT j :
PEJABAT BENDAHARI

Tajuk Projek
Terimaan Bayaran Tidak Dapat Dikenalpasti Semakin Meningkat

Ringkasan Projek
Kesukaran mengenalpasti maklumat terimaan bayaran yang dikreditkan ke dalam akaun
semasa Universiti dan jumlah terimaan bayaran yang tidak dapat dikenalpasti meningkat
setiap tahun. Masalah ini memberi kesan ke atas hasil Universiti dan menjadi penemuan audit
setiap tahun.

Ahli
1. Encik Khairi Amri Bin Mohamad (Fasilitator) 5. Nor Izzati Binti Roslan
2. Nur Ezean Binti Mahat (Ketua) 6. Amira Binti Askat
3. Siti Massheila Binti Azman 7. Noralisa Binti Ramlee
4. Teh Fatimah Sham Binti Mohd Isa 8. Siti Nurjannah Binti Ahmad

10
Nama Kumpulan :
FAME (Family of Manufacturing
Engineering)
PT j :
FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN

Tajuk Projek
Kesukaran Membuat Tempahan Mesin Di Makmal Kejuruteraan Bahan Fkp

Ringkasan Projek
Makmal Kejuruteraan Bahan merupakan salah satu makmal yang terdapat di Fakulti
Kejuruteraan Pembuatan. Makmal ini mempunyai beberapa buah mesin yang sangat penting
dalam penyelidikan berkaitan kejuruteraan bahan dan mempunyai kadar penggunaan yang
tinggi dikalangan pelajar mahupun Pensyarah. Kaedah tempahan mesin yang digunapakai
pada masa ini masih melibatkan penggunaan borang yang perlu diisi oleh pengguna. Kaedah
ini adalah lebih ringkas namun mempunyai beberapa kekangan dalam perlaksanaannya
dan telah menyebabkan ketidakcekapan dalam pengurusan tempahan mesin. Disebabkan
permasalahan tersebut, satu aplikasi tempahan mesin untuk makmal tersebut telah
dibangunkan dalam membantu pengurusan penggunaan mesin yang lebih cekap.

Ahli
1. Mahasan Mat Ali (Fasilitator) 7. Hasnorizal Hairuddin
2. Dr. Ruzaidi Zamri (Ketua) 8. Siti Aisah Khadisah
3. Dr. Mohd Nazmin Maslan (Pen. Ketua) 9. Dr. Rahimah Abdul Hamid
4. Siti Suhailin Mohd Sidek (Setiusaha) 10. Dr. Mohd Nazrin Muhammad
5. Mohd Remy Ab. Karim 11. Dr. Mohd Shahadan Mohd Suan
6. Mohd Hanafiah

11
Nama Kumpulan :
ACHIEVE
PT j :
FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Tajuk Projek
Sistem Tempahan Makmal Yang Kurang Effisien

Ringkasan Projek
Terdapat masalah dalam sistem tempahan makmal yang sedia ada; iaitu mengambil masa
yang lama untuk sesuatu tempahan makmal, sukar mengesan tempahan yang sedia ada,
berlaku pertindihan tempahan, dibuat secara manual iaitu menggunakan kertas dan juga
melibatkan kos tambahan.

Dalam Projek KIK ini kaedah tempahan secara atas talian dapat menyelesaikan masalah
tersebut dan juga dapat mengurangkan masa tempahan menghampiri 50% penurunan.
Ini secara langsung dapat mengurangkan kos. Diharap sistem ini dapat digunapakai untuk
kepentingan Fakulti dan Universiti dalam membantu Universiti ke arah Kampus Pintar
menjelang tahun 2020.

Ahli
1. Dr. Mohd Basri bin Ali (Fasilitator) 6. En. Mazlan bin Tumin
2. En. Mahader bin Muhamaad (Ketua) 7. Dr. Nurfaizey bin Abdul Hamid
3. En. W. Zailimi bin W. Abdullah 8. En. Mohd Hanif bin Harun
4. En. Junaidi bin Salam 9. En. Adzni bin Md. Saad
5. En. Mohd Hairi bin Md Rahim 10. En. Febrian bin Idral

12
Nama Kumpulan :
MISSing
PT j :
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Tajuk Projek
Lambakan Barang Yang Ditinggalkan Dan Tidak Dituntut

Ringkasan Projek
Projek ini merangkumi proses penyimpanan barang yang tertinggal dan dijumpai untuk
tuntutan semula oleh pemilik yang sah. Sistem yang dibangunkan memboleh semua warga
Universiti mencari barang yang hilang (didaftarkan di dalam sistem sekiranya diserahkan
kepada unit LnF Universiti) dengan melayari website yang dibangunkan. Sistem ini
merekodkan semua transaksi yang berkaitan dan akan dipaparkan semula di web yang sama
untuk memastikan tiada tuntutan palsu dilakukan.

Ahli
1. Pn. Nor-Aliza Bt Ibrahim (Fasilitator) 5. Pn. Adawiyah Bt Md Jani
2. En. Zamani Bin Md Sani 6. En. Nor Azman Bin Mat Ariff
3. Dr. Nur Ilyana Bt Anwar Apandi 7. Dr. Siva Kumar A/L Subramaniam
4. Dr. Aimie Nazmin Bin Azmi 8. Dr. Zaheera Bt Zainal Abidin

13
Nama Kumpulan :
STeeKERS
PT j :
FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (FTKEE)

Tajuk Projek
Proses Pembelian Pelekat Kenderaan Yang Lama

Ringkasan Projek
Proses pembelian pelekat kenderaan UTeM dijalankan pada setiap awal semester ganjil pada
setiap tahun. Proses ini pada kebiasaannya mengambil masa yang lama terutama apabila staf/
pelajar/vendor perlu pergi ke Pejabat Polis Bantuan untuk mendapat pelekat kenderaan dan
membawa dokumen-dokumen sokongan dalam bentuk salinan. Di zaman IoT dan IR4.0 ini,
kaedah sebegitu boleh dikatakan sudah lapok dan ketinggalan zaman. Kumpulan kami akan
mendapatkan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut iaitu sistem pembelian melalui
atas talian. Kumpulan kami telah menyediakan laman sesawang yang mesra pengguna bagi
tujuan tersebut.

Ahli
1. Ahmad Faizal Bin Abdul Rahman (Fasilitator) 6. Kamilah Binti Jaffar
2. Muhammad Fareq Bin Ibrahim(Ketua) 7. Ts. Mohamed Azmi Bin Said
3. Arman Hadi Bin Azahar 8. Ts. Nadzrie Bin Mohamood
4. Mohamad Haniff Bin Harun 9. Nabilah Hanani Binti Abu Bakar
5. Ts. Shamsul Fakhar Bin Abd Gani

14
Nama Kumpulan :
digitalFKEKK
PT j :
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK
DAN KEJURUTERAAN KOMPUTER

Tajuk Projek
Tempoh Pengurusan Projek Akhir Pelajar Yang Lama

Ringkasan Projek
Terdapat pelbagai projek pelajar untuk setiap peringkat pengajian di FKEKK atau mana-mana
Fakulti lain di UTeM mahupun di IPT lain di Malaysia dan seluruh dunia. Di FKEKK, bagi peringkat
Ijazah, ianya dinamakan Projek Sarjana Muda (PSM). Di dalam pengurusan projek tersebut,
terdapat beberapa proses yang penting diantaranya termasuklah pemilihan dan pendaftaran
tajuk, penyeliaan, penilaian persembahan slaid proposal dan slaid keputusan akhir dan juga
penilaian proposal, laporan kemajuan dan tesis oleh penyelia dan pemeriksa. Setiap penilaian
yang dibuat memerlukan pengisian borang penilaian dalam kertas dan perlu dihantar kepada
AJK PSM dengan kadar segera. Hal ini menimbulkan pelbagai masalah termasuk pembaziran
sumber kertas, masa dan beban tugas Pensyarah selain masalah seperti kecuaian dan
kecekapan pengurusan, Semua itu kami cuba selesaikan dengan membangunkan satu sistem
perkomputeran yang efektif yang dinamakan digitalFKEKK.

Ahli
1. Profesor Madya Dr Soo Yew Guan (Fasilitator) 7. Profesor Madya Dr Abd Majid Bin
2. Dr. Wira Hidayat Bin Mohd Saad (Ketua) Darsono
3. Muhammad Raihaan Bin Kamarudin 8. Dr. Sharatul Izah Binti Samsudin
4. Dr. Masrullizam Bin Mat Ibrahim 9. Dr. Hanim Binti Abdul Razak
5. Dr. Hazura Binti Haroon 10. Dr. Anis Suhaila Binti Mohd Zain
6. Dr. Siti Khadijah Binti Idris @ Othman

15
Jawatankuasa Pemandu
KIK UTeM
Nama Jawatan PTj
Ketua Pegawai
Encik Masdzarif bin Mahat Pengerusi Pejabat Pendaftar
Operasi
Encik Khairul bin Taib Ahli Bendahari Pejabat Bendahari
Encik Mohd Isa bin Mohd
Ahli Pengarah Pusat Komputer
Dom
Prof. Madya Dr. Zamberi bin
Ahli Dekan FKP
Jamaludin
Prof. Madya Dr. Mohd Shakir
Ahli Dekan FKEKK
bin Md Saat
Dr. Ruztamreen bin Jenal Ahli Dekan FKM
Pejabat
LAr. Abdul Wahab bin Harun Ahli Pengarah
Pembangunan
Puan Marsita binti Mohd Taib Setiausaha Timbalan Pendaftar BDQ

16
Jawatankuasa Penganjur
Pengerusi
Puan Siti Norani binti Dolah

Timbalan Pengerusi
Puan Roszaimah binti Wahid

Pentadbiran
Puan Ratnasaerah binti Azis

Pengacara Majlis
Encik Anuarrudin bin Md Soom
Cik Siti Hafizah Nur binti Sabarudin

Sambutan
Encik Mohd Rady bin Ab Karim

Jamuan
Puan Azlina binti Amzah

Logistik
Encik Mohamad Yusof bin Mohamad Dan

Cetakan
Encik Nurhafidz bin Abdul Sahak

17
Urus Setia
KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
KALI KE-5

Bahagian Governan & Pengurusan Organisasi


Pejabat Pendaftar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya
76100 Durian Tunggal
Melaka
Tel: 06 – 270 1901

18
Catatan

19

You might also like