You are on page 1of 15

SMK LAKSAMANA,

81900 KOTA TINGGI.

KERJA KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN 1

2011
TAJUK KAJIAN : KAJIAN TENTANG BENTUK MUKA BUMI
DAN POTENSINYA DI TAMAN SRI LALANG,BANDAR KOTA
TINGGI,NEGARA MALAYSIA DIBANDINGKAN DENGAN
SWITZERLAND
NAMA CALON :S.VIKNESH A/L SUPRAMANIAM
TINGKATAN :1 WUSM
NOMBOR KAD PENGENALAN :980525-01-6125
NAMA SEKOLAH :SMK LAKSAMANA KOTA TINGGI
JEB 3043
TARIKH HANTAR :20 APRIL 2011
GURU PENILAI :LOW SIEW LEE
TANDATANGAN :
TARIKH :

MARKAH/GRED :

GRED

PERKARA

MUKA SURAT

1. Penghargaan....1
2. Pendahuluan.. . 2
3. Objektif kajian... .3
4. Kawasan kajian :.....4
Peta Daerah Kota Tinggi
Peta negara Switzerland
Peta Lakar Taman Sri Lalang

5. Kaedah kajian.5
6. Dapatan kajian :
a) Bentuk muka bumi taman dan cirinya
b) Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia dan
pembangunan kawasan taman
c) Halangan bentuk muka bumi taman terhadap kegiatan manusia
d) Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
e) Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam
sekitar

7. Rumusan
8. Lampiran
9. Rujukan

PENGHARGAAN
Bersyukur saya kerana telah dapat menyiapkan Kerja
Kursus Geografi PMR sepertimana yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam masa yang ditetapkan.Saya
ingin mengambil kesempatan di ruangan ini untuk menyampaikan
rasa perhargaan yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat
sehingga terhasilnya hasil laporan kajian Kerja Kursus ini.
Mereka yang saya maksudkan ialah :
a) Ibu bapa saya iaitu Encik.Supramaniam yang sentiasa member
sokongan,semangat dan bantuan kewangan;
b)Tuan pengetua SMK Laksamana Encik Md Din bin Hussein dan
barisan pentadbiran yang selalu mengambil berat kepada kami
semua;Guru Geografi Tingkatan 1 WUSM
Iaitu Low Siew Lee yang telah memberi bimbingan dan
panduan kepada saya;

c) Rakan-rakan kumpulan saya iaitu Tai Rui Zie,Tan Aw Kang dan


Chong Jia Kang.
d)Responden-responden yang telah saya temui untuk
mendapatkan maklumat dan pandangan mereka sebagai
dapatan kajian

Terima Kasih!
1

Pendahuluan
Saya membuat kajian tentang bentuk muka bumi di Taman Sri Lalang dan
membandingkannya dengan negara Switzerland.
Saya memilih Taman Sri Lalang kerana taman ini berdekatan dengan rumah dan ia
merupakan tempat tinggal saya.Oleh itu,saya sangat senang untuk menjalankan kajian ini.Taman
ini juga sangat unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Manakala pemilihan negara
Switzerland kerana saya belajar mengenai Switzerland dalam sukatan pelajaran Geografi
tingkatan 1 dan maklumat tentang negara ini boleh saya perolehi dari buku teks dan atlas.Keduadua tempat ini agak unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Saya dan rakan-rakan sekelas menjalankan kajian selama sebulan bermula dari bulan March
hingga bulan April 2011.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian saya ialah:
1. Mengkaji bentuk muka bumi dan ciri-cirinya di Taman Sri Lalang dan negara
Switzerland.
2. Mengenalpasti potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia di Taman
Sri Lalang dan membandingkan dengan negara Switzerland.
3. Mengkaji halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia.
4. Membandingkan masalah dan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di
Taman Sri Lalang dan negara Switzerland.
5. Mencadangkan langkah bagi mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap
alam sekitar di Taman Sri Lalang dan negara Switzerland.
6. Membuat penerapan nilai semangat patriotisme iaitu setelah membuat kajian
dan membuat perbandingan dengan negara Switzerland dapat mewujudkan
semangat cintakan akan negara kita Malaysia.

T erima K asih
3

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Taman Sri Lalang,dalam Daerah Kota Tinggi,negeri
Johor Darul Takzim.Taman ini dimajukan oleh pemaju Taman Sri Lalang.Perumahan
telah dibangunkan kira-kira pada tahun 1983.
Bentuk muka buminya lebih luas dan rata dan sesuai untuk membina
perumahan.Oleh yang demikian,kawasan ini selamat daripada dilanda banjir.
Switzerland merupakan sebuah negara kecil di kawasan pedalaman Eropah
Barat, Banjaran Alps merentangi bahagian tengah dan selatan negara ini.
Kebanyakan puncak di sini mempunyai ketinggian melebihi 4000 meter. Gunung
Tertinggi di Switzerland ialah Gunung Matterhorn yang terletak di Banjaran Alps.
Switzerland sangat terkenal sebagai destinasi pelancongan kerana keadaan muka
buminya yang bergunung-ganang dan permandangan yang sangat indah. Aktiviti
sukan luncur ais dan terjun tebing tinggi menggunakan payung terjun merupakan
aktiviti terkemuka di sini. Bandar St Moritz dan Davos terkenal kerana mengalami
iklim kering mikro yang dapat menyembuhkan penyakit batuk kering secara semula
jadi. Berbanding dengan Switzerland kawasan tanah tinggi di Malaysia penting
untuk tujuan perlancongan dan pertanian. Namun begitu, kawasan di Malaysia tidak
di selaputi salji seperti di Switzerland.

4
KAEDAH KAJIAN

Pelbagai kaedah kajian yang telah saya gunakan sepanjang tempoh kajian
ini.Antaranya
1. Melalui pemerhatian.Saya membuat pemerhatian di Taman Sri Lalang bagi
mengenalpasti dan mengkaji perkara-perkara seperti cirri-ciri bentuk muka
bumi,potensi dan halangan bentuk muka bumi.
2. Melalui kaedah temu bual penduduk di Taman Sri Lalang bagi mendapatkan
maklumat iaitu masalah dan langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia
terhadap alam sekitar.

3. Rujukan atlas,buku rujukan dan buku teks bagi memastikan bentuk dan ciri
bentuk muka bumi,potensi,halangan dan kesan pembangunan Taman Sri Lalang
dan Switzerland.
4. Melayari internet bagi memperolehi maklumat terutamanyan tentang negara
Switzerland.

DAPATAN KAJIAN
(A).BENTUK MUKA BUMI DAN CIRINYA
Bentuk muka bumi Taman Sri Lalang mempunyai kedudukan strategik kerana
berdekatan dengan jalan laluan ke negeri Johor dan kawasannya bertanah pamah.
Kawasan perumahan di Taman ini pula sangat luas dan sesuai untuk
pembangunan.Taman Sri Lalang terletak di kawasan yang tinggi dan selamat daripada
dilanda banjir.
Manakala,Switzerland pula merupakan sebuah negara kecil di kawasan pedalaman
Eropah Barat dan kawasannya bergunung-ganang. Kebanyakan puncak di sini
mempunyai ketinggian melebihi 4000 meter dan bergunung salji.
Switzerland sangat terkenal sebagai destinasi pelancongan kerana keadaan muka
buminya yang bergunung-ganang dan permandangan yang sangat indah. Gunung
Tertinggi di Switzerland ialah Gunung Matterhorn yang terletak di Banjaran
Alps.Kawasan yang bergunung-ganang menjadi halangan untuk perumahan dan
pembangunan di Switzerland.
Saya sangat bersyukur kerana tinggal di Malaysia yang mempunyai kedudukan
yang istimewa dan jauh dari ancaman gempa bumi mahupun gunung berapi.

(B).POTENSI BENTUK MUKA BUMI KEPADA


KEGIATAN MANUSIA DAN PEMBANGUNAN
KAWASAN KAJIAN
Taman Sri Lalang bertanah pamah sangat berpotensi dalam banyak
pembangunan.Tanah di taman ini sangat sesuai dibangunkan untuk
petempatan.Selain rumah kedai yang memenuhi bangunan-bangunan di taman ini
juga menjadi tempat tinggal bagi pemilik kedai.
Selain itu,Taman Sri Lalang berada di jalan laluan ke Johor dan ini sangat senang
kepada penduduk di taman ini.Oleh itu,terdapat banyak kemudahan awam di taman
ini.Iaitu sebuah balai raya,lima buah kedai runcit,dua buah klinik,tadika dan tempat
beribadat.

S WITZERLAND
Switzerland ialah negara Eropah Barat yang tidak berpantai, luasnya 41,285
km dan diduduki 7.5 juta orang.
Pentadbiran Switzerland terbahagi kepada 26 kanton, enam daripadanya kadangkadang dianggap sebagai "separuh kanton" kerana berpunca daripada pemisahan tiga
kanton dan kesannya cuma berkongsi satu wakil dalam Majlis Negeri-Negeri.
Ibu negaranya Berne, manakala bandaraya terbesar ialah Zrich (yang dinobatkan
sebagai bandaraya yang kualiti hidupnya terbaik di dunia pada tahun 2006 dan
2007.)Kebanyakan kawasannya pergunungan Alps.

(C).HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP


KEGIATAN MANUSIA
Kenangan banjir besar yang dialami penduduk daerah Kota Tinggi pada tahun 2004 sangat
memberi bekas dan ingatan sehingga hari ini.Peristiwa banjir besar dua kali dalam tempoh
sebulan yang dialami seluruh bandar di sini menjadi ingatan yang sangat tragis bagi penduduk di

sini.Kawasan petempatan di sini yang rendah memudahkan air Sungai Johor dan Sungai Kemang
melimpah terutamanya di kasawan yang lebih rendah.Hujan yang sangat lebat dalam masa 3 hari
tanpa berhenti telah menenggelamkan Bandar Kota Tinggi dan sebahagian besar petempatan
disekitarnya.Tetapi,kawasan kajian saya iaitu Taman Sri Lalang tiada mengalaminya kerana
kawasan ini sangat tinggi.
Walaubagaimanapun,taman ini terlalu sempit dan kecil untuk membina kemudahankemudahan yang lain seperti pasaraya kerana terlalu banyak petempatan.
Bagi negara Switzerland pula,sebahagian kawasannya bergunung-ganang dan susah bagi
pembinaan jaringan pengangkutan.Aktiviti ekonomi di Switzerland juga terlalu terhad.Kawasan
yang bergunung-ganang susah bagi membina kawasan perumahan kerana kekurangan tanah
pamah.Aktiviti perkilangan dan perdagangan sukar dimajukan kerana tanah pamah terhad.

(D).KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM


SEKITAR

Pencemaran Udara
~ Membakar sampah di tempat
merata-rata.

Pencemaran Bunyi

Pencemaran Di ~ Kenderaan
~ MDKT lambat angkat
Taman Sri Lalang~ Pembinaan
Masalah Sampah

~ parit tersumbat

Ancaman nyamuk aedes

Jalan raya yang berlubang

~ Penyakit denggi
~ Keadaan yang kotor dan air bertakung

(E).LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN


MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR
Banyak usaha yang dilakukan bagi mengatasi masalah pencemaran di Taman Sri
Lalang.Untuk mengatasi pencemaran udara di taman ini penduduknya mesti tidak membakarkan
sampah-sarap di kawasan terbuka.
Bagi mengatasi masalah sampah,MDKT perlu mengangkat sampah di kawasan perumahan
dengan lebih cepat dan penduduk-penduduk di Taman Sri Lalang pula perlu mengelakkan
membuang sampah di dalam parit supaya air akan tersumbat.Untuk mengelakkan ancaman
nyamuk aedes, aktiviti bergotong-royong perlu dilakukan oleh setiap penduduk taman ini di
tempat yang kotor dan air bertakung bagi mengelakkan penyakit denggi.
Masalah jalan yang berlubang-lubang perlu diuruskan oleh kerajaan dan pencemaraan bunyi
yang berpunca daripada kenderaan dan pembinaan hendak dikurangkan.

Lampiran

Daripada Hasil Kajian Saya,Bentuk Muka Bumi Di Tamn Sri Lalang Adalah Tanah Pamah Yang Rata,Luas Dan
Tinggi.Bentuk Muka Bumi Ini Sangat Sesuai Dijadikan Kawasan Petempatan Dan Jaringan Jalan Raya.Namun
Terdapat Halangan Muka Bumi Di Kawasan Ini.Kesan Kegiatan Manusia Perlu Diatasi Bagi Menjaga Alam
Sekitar.Saya Berpendapat Kerjasama,Pengembelingan Tenaga Perlulah Dilakukan Bagi Menjaga Alam Sekitar.Saya
Bersyukur Kerana Dapat Hidup Di Tempat Yang Selesa,Aman Dan Bebas Dari Ancaman Bentuk Muka Bumi Yang
Tidak Stabil.

RUJUKAN
1.

www.google.com.my/map

2.
3.

www.wikipedia.en
Buku rujukan Geografi tingkatan 1

You might also like