You are on page 1of 7

ISU-ISU SEMASA TENTANG BENCANA ALAM DI MALAYSIA (BAHAN

INTERNET)
Tanah runtuh Bukit Antarabangsa 2008 adalah sebuah peristiwa kejadian
tanah runtuh yang telah berlaku pada 6 Disember 2008 di kawasan Bukit
Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor, Malaysia. Empat orang terkorban dan
15 yang lain cedera di samping 14 buah rumah banglo ranap dalam
tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama,
yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi (waktu Malaysia). Tragedi itu berlaku
kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan tragedi Highland

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia atau SMART (Special


Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team) merupakan sebuah
pasukan khas mencari dan menyelamat yang ditubuhkan di bawah Majlis
Keselamatan Negara Malaysia yang berdasarkan kelulusan Jemaah
Menteri pada 18 Mei 1994.
Sejarah
Susulan daripada tragedi keruntuhan pangsapuri Highland Towers, Ulu
Kelang pada 11 Disember 1993, Jawatankuasa Kabinet yang bersidang 21
Disember 1993 telah meluluskan penubuhan Pasukan SMART di bawah
pengurusan Pejabat Majlis Keselamatan Negara; Pasukan SMART ini
dianggotai oleh pegawai dan anggota daripada jabatan kerajaan yang
berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Misi
Di antara misi-misi yang pernah disertai termasuklah:Misi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Tsunami di Aceh, Indonesia pada
Disember 2004
Misi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Gempa Bumi Di Muzafarabad,
Pakistan pada 2005
Misi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Tanah Runtuh Di Leyte, Filipina
pada 2006
Misi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Gua Tanah Runtuh Perak Cave
Templer, Perak Thong pada 12 Januari 2009
Misi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Bangunan Runtuh Jaya
Supermarket Seksyen 14, Petaling Jaya Pada 28 Mei 2009
TSUNAMI DI MALAYSIA
Kesan tsunami yang telah melanda beberapa negara di persekitaran
Lautan India pada 26 Disember 2004 tidak begitu teruk di Malaysia jika
dibandingkan dengan negara-negara lain. Kawasan pantai barat Malaysia
telah menerima kesan yang agak teruk lebih-lebih lagi di negeri Pulau

Pinang dan Kedah, manakala di negeri Perlis dan Perak pula tidak begitu
teruk. Di Malaysia, tsunami tersebut telah meragut 69 nyawa dan lebih
daripada 8,700 orang di Malaysia telah mengalami masalah tekanan
disebabkan oleh kemusnahan rumah-rumah dan juga sumber pendapatan
mereka.
kepercayaan dan sosio budaya penduduk orang asli di situ
TSUNAMI.
- Tsunami adalah siri beberapa ombak besar yang berpunca daripada
pergerakan dasar laut, gempa bumi, tanah runtuh atau ledakan gunung
berapi di bawah laut kawasan laut dalam. Dari pusat tsunami, ombak
mula melanda
kesemua arah pada kelajuan yang tinggi
tepi pantai. Menyebabkan ombak yang besar.
Petanda:
Air Laut Tiba-Tiba Surut.
Jika anda berada di pantai atau tepi laut dan merasa bumi bergegar,
terus lari ke kawasan tinggi. Jangan tunggu amaran tsunami untuk
diberi.
Air yang surut secara tiba-tiba menjadikan parasnya menurun hingga
sejauh satu kilometer atau lebih adalah tanda ombak tsunami akan
melanda. Jangan berlengah, bergerak ke kawasan tinggi dengan segera.
Jangan mendekati kawasan pantai untuk menyelidik apa yang berlaku.
Jika anda dinasihatkan untuk berpindah ke kawasan lain, lakukannya
dengan segera.
Apa Yang Harus Anda Lakukan Jika Dilanda Tsunami.
Berpindah Ke Kawasan Tinggi.
Bagi rumah-rumah dan bangunan yang terletak di kawasan rendah
seperti dipantai yang selamat.
Jangan terus berada di bangunan sedemikian jika terdapat amaran
tsunami.
Segera berpindah ke kawasan tinggi.
Dapatkan Perlindungan Di Bangunan Teguh.
Tingkat atas bangunan tinggi, bangunan berkonkrit teguh boleh memberi

perlindungan jika anda tiada masa untuk berpindah ke kawasan


pedalaman atau kawasan yang lebih tinggi.
Tuju Ke Kawasan Perairan Yang Lebih Dalam.
Sekiranya anda berada di dalam bot atau kapal dan jika masa tidak
mengizinkan, pandu bot anda ke kawasan perairan yang lebih dalam.
Jika cuaca buruk, mungkin lebih selamat untuk meninggalkannya di
jeti dan anda berpindah ke kawasan tinggi.
Tunggu Untuk Isyarat ALL CLEAR.
Jauhi dari kawasan yang terjejas sehingga ia benar-benar selamat.
Jangan menganggap bahawa tiada lagi bahaya setelah dilanda satu
ombak.
- Tsunami akan terjadi dalam beberapa siri ombak yang berbeza

BANJIR KILAT DI KUALA LUMPUR


Banjir Kilat melanda Kuala Lumpur sehingga sedalam 1.8 meter pada hari
Ahad, 10 Jun 2007 , jam 6.00 petang hingga 8.00 malam , selama 4 jam
akibat hujan lebat.
Kawasan utama yang tenggelam ialah Dataran Merdeka, Jalan Tun Perak,
Jalan Raja, Kelab Diraja Selangor, Jalan Ipoh, Jalan Masjid India , Masjid
Jamek , Stesen LRT Masjid Jamek , Kampung Baru, Kampung Chubadak
dan Sentul. Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Dang Wangi, Jalan
Kampung Pandan dan Jalan P Ramlee turut dilanda banjir.
Bangunan mahkamah iaitu bangunan Sultan Abdul Samad termasuk
Dataran Merdeka sedalam paras pinggang. Air memenuhi bawah Dataran
Merdeka dan terpaksa disedut keluar. Tahun 2003 , banyak kereta yang
ditempatkan di bawah Dataran Merdeka tengelam selama seminggu
kerana air tidak dapat keluar. Air melimpah hingga ke dewan sembahyang
Masjid Jamek. Langkah mengatasi yang meragukan
Kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan RM2 bilion
bagi projek Stormwater Management and Road Tunnel. Air Sungai Kelang
akan dialihkan dilencongkan
Tiga daripada 20 projek tebatan sungai telah siap. Tetapi tebatan di
Sungai Gombak/Sungai Batu dan projek tebatan banjir Sungai Kerayong
belum siap. 17 lagi belum siap. Sepatutnya projek tebatan banjir ini siap
pada 2005. Kos Projek Tebatan Banjir Kuala Lumpur RM2.2 bilion.
.

Memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) bagi memantau paras


air sungai di pusat bandar semasa hujan lebat. Soalnya di mana papan
tanda elektronik dan CCTV itu.
DBKL telah memasang 11 buah terminal amaran banjir di 11 buah
bangunan di pusat bandar raya yang sering dilanda banjir. Tetapi gagal
berfungsi kali ini.
Sistem Elektronik Amaran Banjir (SEAB) dan lima stesen memantau kadar
aliran air sungai dan dua stesen merakam paras air sungai telah dibina.
Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya ( Terowong SMART)
belum siap sepenuhnya . Lebuh raya dan laluan air Terowong SMART
bernilai RM 1.3 bilion hanya siap lebuh raya sepanjang 3 km dan akan
dikenakan tol RM 2.00 mulai hari Jumaat , 15 Jun 2007. Laluan air belum
siap dan hanya siap pada bulan Julai 2007. Timbalan Ketua Pengarah JPS
Ahmad Fuad Embi menjelaskan terowong pengaliran air sepanjang 10km
SMART memang bertujuan mencegah berlakunya limpahan air dari Sungai
Klang apabila alirannya dialihkan. Terowong jalan sepanjang 3km SMART
dibuka kepada lalu lintas pada 14 Mei 2007 .
Semua rumah setinggan di tepi Sungai Kerayong dan lain-lain kawasan
mestilah dipindahkan ke perumahan PPR dengan segera. Sampah sarap
banyak dibuang oleh penduduk setinggan kerana tidak ada sistem
pembuangan sampah di sana.
Setiap jambatan baru hendaklah dibina melengkung ke atas supaya
sampah tidak mudah tersangkut. Rekabentuk jambatan lurus dan banyak
tiang seperti sekarang tidak sesuai lagi.
Sungai Gombak dan Sungai Kelang yang melalui Kuala Lumpur mestilah
didalamkan dan dilebarkan tanpa berdolak dalih lagi. Seboleh mungkin
bangunan di tepi sungai tersebut hendaklah diruntuhkan bagi tujuan
tersebut. Pelan bangunan di tepi sungai adalah kesilapan total perancang
bandar masa lalu.
Kaedah kejuruteraan dan pemuliharaan ekosistem perlu digabungkan.
Meluruskan hulu-hulu sungai hanya akan mempercepatkan aliran air.
Sepatutnya sungai tidak diluruskan tetapi dibiarkan secara tabii. Pokokpokok akuatik dibiarkan tumbuh dan membesar di dalam sungainya dan
boleh membantu melambatkan pergerakan air ke hilir. Strategi ini akan
lebih berkesan jika digabungkan dengan tanah bencah (wetlands).
Pendekatan pengenyahan pantas (rapid disposal) air sungai ini diragui
oleh para teknokrat dan perancang bandar di Malaysia.
BANJIR LUMPUR DI POS DIPANG_
Tragedi Pos Dipang (1996) merupakan antara tragedi yang meninggalkan
sejarah hitam kepada negara, sepanjang sepuluh tahun kebelakangan ini,
malahan mendapat liputan meluas semua pihak.

Bencana alam datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada sesetengah
bencana ini boleh dijangkakan manakala sebahagian lainnya tidak. Inilah
yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak. Tragedi banjir lumpur yang
secara tiba tiba berlaku pada 29 Ogos 1996, kira-kira jam 6 petang
yang mengorbankan 44 mangsa .
Kerja kerja pembalakan yang telah berleluasa disitu, yang kemungkinan
besar menjadi punca utama tragedi lumpur ini.
Berbeza pula pendapat penduduk tempatan (orang asli) mengatakan
bahawa kejadian tersebut dipercayai adalah satu bala. Dokumentari ini
akan menyajikan kesan peristiwa hitam ini yang telah merubah
kepercayaan dan sosio budaya penduduk orang asli di situ
BAHAGIAN B
Karangan: soalan berbentuk ceramah:
Kesedaran masyarakat tentang langkah-langkah menghadapi kecemasan
bencana amat diperlukan. Oleh itu, anda telah dilantik oleh Pihak
Berkuasa Tempatan untuk memberi ceramah di kawasan tempat tinggal
anda. Sediakan teks ceramah tersebut.
Soalan contoh PELAJAR TERENGGANU
Sesetengah bencana alam yang berlaku disebabkan perbuatan manusia
yang tidak bertanggungjawab.
Jelaskan sebab-sebab bencana alam yang berlaku akibat perbuatan
manusia sendiri.
Rangka Karangan
Pendahuluan
- kita sering dikejutkan dengan kejadian bencana alam
Isi-isi Karangan
i. aktiviti pembalakan menjadi faktor berlakunya bencana alam
i. individu-individu yang tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran
terbuka
iii. anggota masyarakat membuang sampah ke dalam longkang dan
sungai
iv. aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng bukit
Penutup
- semua pihak harus bekerjasama dan berganding bahu
Karangan Contoh
Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang berlaku

di seluruh dunia. Berita yang menyedihkan hati kita ini terpampang di


dada-dada akhbar dan dikongsi bersama-sama oleh manusia sejagat.
Kesannya, bencana alam ini telah meragut nyawa yang tidak berdosa.
Fenomena ini dibuktikan melalui kejadian tanah runtuh, banjir kilat,
jerebu, tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi yang sering
melanda dunia. Malangnya, tiada jalan penyelesaian untuk menghalang
bencana alam ini daripada berlaku. Hal ini demikian kerana, sudah
menjadi lumrah alam iaitu apabila tiba saat dan ketikanya, bencana alam
ini pasti akan terjadi. Tiada satu kuasapun yang mampu menangani kuasa
alam, namun kejadian bencana alam yang berpunca daripada sikap
manusia itu sendiri perlu diberikan perhatian agar nyawa manusia tiddak
terancam.
Aktiviti pembalakan memang merupakan antara penyumbang ekonomi
negara, namun antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor
berlakunya bencana alam. Individu-individu yang terbabit dalam aktiviti
pembalakan seharusnya memikirkan kesannya sebelum menebang pokok
kerana, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Kawasan hutan yang telah ditebang dan jika tidak digantikan dengan anak
pokok yang baharu, biasanya akan terdedah kepada hujan dan
menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan menyebabkan
berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan
menyebabkan kerosakan harta benda. Oleh itu, langkah yang bijaksana
dan efektif perlulah dijalankan untuk menangani masalah ini daripada
berlaku.
Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab
yang suka melakukan pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya remeh,
kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang
menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia,
haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jerebu ini pula boleh menyebabkan
pesakit asma mengalami masalah dan menyebabkan penyakit mereka
semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan berhati-hati semasa
melakukan sesuatu perkara kerana pandang jauh dilayangkan, pandang
dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana. Hal ini secara
tidak langsung dapat membantu kita untuk mengurangkan pencemaran
alam sekitar dan membantu kita untuk menyelamatkan nyawa manusia
sejagat yang tidak berdosa.
Seterusnya, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak
bertanggungjawab, iaitu dengan membuang sampah ke dalam longkang
dan sungai dengan sesuka hati. Secara sedar atau tidak, golongan ini
sebenarnya menganiayai masyarakat seperti kata pepatah, kapak tak
boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya. Hal

ini demikian kerana, sistem perparitan akan tersumbat oleh sampah sarap
yang dibuang ke dalam sungai dan longkang. Masalah sistem perparitan
yang tersumbat ini pula akan menyebabkan banjir kilat berlaku. Kejadian
ini sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa.
Oleh itu, pihak berkuasa haruslah mengkaji masalah ini hingga ke akar
umbinya.
Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku adalah
disebabkan oleh aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lerenglereng bukit. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak
selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku. Sebagai
contohnya, sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa
musnah akibat tanah runtuh dan mengorbankan empat nyawa pada 6
Disember 2008 yang lalu. Hal ini disebabkan oleh pihak pemaju yang
membangunkan kawasan tersebut tidak mengambil langkah-langkah
keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh.
Mereka tidak membuat sistem perparitan yang sempurna untuk
menyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk mengelakkan
kejadian tanah runtuh. Perkara ini penting dilakukan kerana kebanyakan
kejadian tanah runtuh berlaku akibat pergerakan air di dalam tanah yang
menyebabkan tanah itu longgar dan mudah runtuh.
kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding
bahu dengan mengamalkan peribahasa seperti aur dengan tebing untuk
menangani masalah ini. Janganlah kita mengamalkan peribahasa seperti
enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Jika perkara
ini tidak dilakukan, sudah pastinya semua pihak terpaksa menanggung
akibat buruk daripada sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat
perlulah sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak
terletak di bahu kerajaan semata-mata. Kita harus sedar bahawa,
sebenarnya Allah menganugerahkan alam ini kepada kita sebagai amanah
untuk dijaga. Mahukah kita hidup di dalam kawasan tanah runtuh, jerebu,
banjir dan kemarau? Oleh hal yang demikian, tepuklah dada, tanyalah
selera, sebelum bertindak.

You might also like