You are on page 1of 11

SOALAN :Jelaskan sumbangan Dato Onn Jaafar dalam proses kemerdekaan negara kita.

Jawapan :Dato' Onn Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu dan salah seorang tokoh yang sangat
masyhur dalam sejarah perjuangan kemerdekaan tanah air kita. Jasanya meniupkan semangat
nasionalisme kepada orang Melayu tidak sesekali luput di ingatan dan masih segar terpahat di
sanubari rakyat Malaysia.
Mantan Menteri Besar Johor ini, merupakan pengasas dan Yang DiPertua pertama
UMNO, peneraju utama gerakan untuk menentang dan mengalahkan gagasan Malayan Union.
Beliau juga merupakan tokoh pelopor dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum di
Malaysia. Laungan perjuangan HIDUP MELAYU yang dicetuskan oleh Dato` Onn Jaafar tidak
sekadar slogan tetapi terhimpun dengan perjuangan bangsa Melayu, membela kedudukan RajaRaja, agama, bahasa, kebudayaan, pendidikan ekonomi dan hak-hak istimewa Orang Melayu.
Walaupun dalam sejarah politiknya beliau keluar dari UMNO, pernah menubuhkan dua parti
lain, menjadi pembangkang dalam dewan perwakilan tetapi jangan dilupa warisan perjuangannya
menjadi teras yang menentukan arah serta hala tuju perjuangan bangsa Melayu.
Sejarah hidup Dato Onn bermula apabila beliau dilahirkan di rumah bapanya di Bukit
Gambir, Johor Bahru pada tahun 1895. Bapanya, Dato Jaafar Muhamad ialah Menteri Besar
Johor pada ketika itu. Rumahnya yang terletak di belakang Kebun Istana di Jalan Gertak Merah
ialah rumah kediaman rasmi yang disediakan oleh sultan untuknya. Pada tahun 1902, ketika
Dato' Onn berusia lapan tahun, ibunya Cik Rogayah Hanim meninggal dunia. Ibunya adalah dari
keturunan bangsawan Turki yang terpelihara di Istana Harem, Scarcia, Turkey.
Dato Onn sejak kecil merupakan seorang anak yang sangat cerdas dan aktif. Beliau telah
menunjukkan sikap yang pendiam ketika ibunya meninggal dunia. Beliau sering merajuk dengan
membawa diri ke kebun istana. Beliau bebas melakukan aktiviti bersendiri atau bersama puteraputera raja di situ. Di kalangan rakan sebaya, beliau sentiasa menjadi ketua. Sejak kecil
ketokohan beliau telah terserlah.

TUGASAN 1 HNS 2013-PJJ KOHORT 3

2012

Sebelum beliau dihantar ke England, Dato Jaafar sendiri mengajar akhlak dan agama
serta adab budaya Melayu kepadanya. Tetapi pelajaran formalnya semenjak berusia 4 tahun
adalah mempelajari Bahasa Inggeris bersama-sama putera-putera sultan yang lain dengan dua
orang guru perempuan berbangsa Inggeris yang didatangkan khas untuk tujuan itu.
Pada tahun 1904, ketika Dato Onn berusia 9 tahun beliau telah dihantar ke sekolah khas
untuk anak bangsawan Inggeris di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England bersama-sama
putera-putera Sultan Johor. Beliau amat rapat dengan Tengku Mahkota dan dianggap pasangan
juga teman penjaga kepada baginda. Di sekolah, Dato Onn sangat petah berbahasa Inggeris dan
sering memenangi tempat pertama dalam pertandingan debat. Beliau cekap berhujah dan
mematahkan pihak lawan hingga pegawai Inggeris yang bertanggungjawab mengawasi
perjalanan sekolah tidak menyangka beliau adalah seorang pelajar Melayu dan bukan pelajar
yang berbangsa Inggeris. Beliau juga merupakan seorang pelajar yang hebat dalam sukan
terutamanya dalam permainan bola sepak. Dato' Onn adalah pelajar terbaik dalam Pengajian
Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis.
Beliau adalah seorang yang aktif di samping bertindak seolah-olah orang yang
bertanggungjawab terhadap Tengku Mahkota. Ini adalah berikutan dari nasihat dan pesanan bapa
dan juga para pembesar Johor. Mereka jarang berpisah. Di mana Tengku Mahkota, disitulah
Dato Onn dan situasi ini tidak disenangi oleh pihak Inggeris kerana mereka mempunyai agenda
tersendiri memberi keistimewaan kepada Tengku Mahkota tetapi tidak kepada Dato Onn.
Daripada pemerhatian mereka, Dato Onn adalah seorang kanak-kanak pintar yang perlu
dipisahkan daripada Tengku Mahkota kerana Dato Onn berupaya mempengaruhi Tengku
Mahkota dalam segala bidang.
Pada tahun 1909 Dato Onn telah dihantar pulang kerana pihak Inggeris takut beliau akan
dapat mempengaruhi Tengku Mahkota. Beliau kemudiannya telah dihantar oleh bapanya
melanjutkan pelajaran di Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Beliau sangat disenangi ramai.
Malah beliau sendiri telah mengajar bahasa Ianggeris kepada anak-anak bangsawan Melayu dan
kepada guru Jawi beliau. Di MCKK, Dato Onn tidak berseorangan. Beliau diikuti oleh Tengku
Mahkota Johor yang enggan melanjutkan pelajaran di England dengan ketiadaan Dato Onn.
Baginda sangat kasih kepada Dato Onn lebih dari seorang teman atau kawan. Bagaimanapun
pengajian beliau tidak lama di MCKK kerana pihak Inggeris tidak mahu beliau mendapat
2

TUGASAN 1 HNS 2013-PJJ KOHORT 3

2012

pengajian yang tertinggi lalu membuat helah dengan mengatakan Dato Onn telah bersedia untuk
berkhidmat. Dato Onn telah pulang ke Johor pada tahun 1912 dan sebaik saja sampai, beliau
telah dilantik menjadi kerani rendah sementara di Pejabat Perkhidmatan Pos. Beberapa bulan
kemudian beliau telah dinikahkan dengan keluarga angkat beliau, Cik Rafaeh bt Abdullah.
Ketika berusia 18 tahun beliau diwajibkan menyertai Askar Timbalan Setia.
Pada tahun 1919, ketika usia 25 tahun, Dato Onn Jaafar telah mendirikan rumah tangga
kali keempat bersama Datin Halimah Hussein, mendapat tiga orang anak dan salah seorang
daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Pada tahun yang sama
juga, ayahanda beliau, Dato Jaafar meninggal dunia dan ini telah memberi kesan psikologi yang
amat sangat kepada Dato Onn. Meskipun beliau tidak dimanjai oleh bapanya tetapi beliau tahu
bahawa bapanya ialah seorang bangsawan Melayu berjiwa rakyat yang sangat mengambil berat
tentang rakyat. Bapanya sangat menitikberatkan kebajikan orang Melayu. Bapanya memang
seorang tokoh pemimpin Melayu yang amat terkenal. Dato Jaafar adalah seorang pemimpin
Melayu yang bijak dan terkenal memodenkan pemikiran orang Melayu Johor sejak pemerintahan
Sultan Abu Bakar. Dato Onn telah mengkritik terang-terangan bapa angkat beliau iaitu Sultan
Johor apabila baginda bertindak merampas kediaman bapanya dan memilik negarakan semua
harta Dato Jaafar. Berikutan itu, beliau telah dipecat dari pangkatnya dan diberhentikan dari
menjadi Askar Timbalan Setia.
Setelah menganggur selama beberapa bulan pada tahun 1921, dengan rekomen Tengku
Mahkota beliau diterima menyambung kerja di Pejabat Tanah Muar sebagai penolong pegawai
rendah pemungut hasil. Di Muar, beliau aktif dalam permainan bola sepak. Pada tahun 1928,
beliau dipecat dan dibuang negeri ke Singapura akibat memakai kostum raja dalam wayang Cina
semasa sambutan Hari Keputeraan Sultan di Muar dan berlagak sebagai raja diktaktor menyindir
Sultan Johor. Abangnya Dato Abdullah Jaafar yang ketika itu sedang menjadi Menteri Besar
Johor juga telah diberhentikan daripada jawatannya. Mereka telah tinggal bersama di Singapura.
Oleh kerana ketika itu zaman kemelesetan sedang berlaku begitu teruk, mereka gagal mendapat
sebarang pekerjaan. Untuk menyara hidup, Dato Onn telah menyewa sebuah rumah setinggan
dan bekerja sebagai nelayan. Apabila beliau tidak dapat ke laut, beliau telah meluangkan
masanya menonton wayang Cina dan opera bangsawan Melayu. Beliau juga sering menumpang
membaca berita-berita yang di jual dan di cetak oleh syarikat cetak milik saudagar Arab

TUGASAN 1 HNS 2013-PJJ KOHORT 3

2012

berdekatan tempat beliau menghabiskan waktu. Kerana minat dan kebolehan beliau, DatoOnn
telah diberi kepercayaan menyumbangkan rencana dan akhirnya diterima menjadi penulis di
Syarikat Percetakan Akhbar Singapura. Kelancangan dan keberanian beliau mengkritik
pentadbiran Sultan Johor mendapat liputan meluas dari akhabar-akbar lain.
Sumbangan Dato Onn dalam perjuangan politik tempatan bermula dengan
menjadi seorang penulis akhbar. Dato Onn mula dikenali dan popular dengan cepat. Latar
belakang beliau juga diketahui dan banyak penulis dan masyarakat pembaca Melayu menyukai
tulisan yang berani seperti tulisan Dato Onn. Dato Onn kerap menulis mengenai persoalan
layanan, perbezaan gaji dan elaun hingga menular kepada perbicaraan dan perbincangan
mengenai keadaaan kesihatan, pelajaran, ekonomi, adat-resam dan kebudayaan. Kesedaran
kepada pelajaran dan minat pembacaan mula berkembang subur di awal tahun 1930-an. Fahaman
Angkatan Muda telah memperjuangkan kebebasan mentadbir dan memerintah sendiri. Ini
dilakukan terhasil daripada kesedaran dari keadaan negara Turki yang telah dikongkongki oleh
kuasa barat apabila Empayar Othmaniah ditamatkan di awal 1920-an.
Dato Onn yang mempunyai latar belakang pendidikan Inggeris dan berpengalaman
dengan sikap bias, prejudis dan hipokrit Inggeris berasa bertanggungjawab untuk berbuat
sesuatu. Beliau telah menulis dengan penuh minat dan bertanggungjawab tanpa memikirkan
penat lelah dan upah. Beliau telah berusaha menjadikan akhbar yang dipertanggungjawabkan
kepadanya iaitu akhbar Warta dan Warta Negara menjadi begitu laris dan terkenal. Jualan
akbarnya mendapat sambutan sehingga beliau mampu mengurus dan menerbitkan akhbarnya
sendiri. Beliau juga telah mendidik masyarakat dengan cara menulis banyak kepincangan
dan kelemahan orang Melayu serta cara-cara mengatasinya. Beliau juga mendedahkan
kelalaian institusi raja dan cendikiawan Melayu yang berpendidikan Inggeris. Mereka
dianggap telah lupa kepada tanggungjawab untuk menjaga maruah diri dan maruah bangsa.
Liputannya mendapat perhatian bukan sahaja di kalangan rakyat biasa tetapi juga di kalangan
istana, para bangsawan serta orang-orang Melayu berpendidikan Inggeris. Beliau gigih
memperjuangkan hak bangsa Melayu yang dianggapnya sebagai perjuangan sejagat. Beliau
berjuang melalui penulisan dan beliau berjaya meluahkan perasaannya selari dengan kenyataan
keadaan sosial ketika itu. Beliau telah berjaya mencuit hati para pembaca kerana beliau menilik
diri beliau sendiri dengan semangat Melayu yang tulen.

TUGASAN 1 HNS 2013-PJJ KOHORT 3

2012

Ramalan Inggeris memang menjadi kenyataan apabila Dato Onn mengetuai orangorang Melayu menentang Malayan Union. Dato Onn juga sedar kekurangan pada dirinya
yang tidak berpelajaran tinggi. Kekurangan itu tidak dibiarkan. Alam kewartawanan banyak
mengajar dan memberi input kepada beliau. Beliau sendiri mempunyai latar belakang keluarga
yang baik. Ini telah memberi keyakinan diri yang tinggi kepada jiwa dan semangat beliau. Beliau
dapat menghayati dan menganalisa keadaan semasa dan agenda Inggeris daripada
pengalamannya. Beliau berjaya membaca strategi Inggeris yang bersifat penjajah. Pengalaman
ketika berkhidmat sebagai pegawai awam negeri Johor, ketika menjadi Askar Timbalan
Setia dan ketika beliau menghadapi kesukaran hidup sebagai nelayan dan menyewa di
rumah setinggan di Singapaura telah menjadi modal tidak ternilai dalam penulisannya.
Pengalaman dan penghayatan beliau telah membuka bukan saja mata tetapi juga minda dan
fikiran beliau. Beliau berjaya meluahkannya dan mempengaruhi masyarakat sekeliling. Beliau
sungguh sensitif dengan kedaifan bangsa beliau. Bangsa Melayu, di negara Melayu yang
dianggap sebagai negara milik dan warisan datuk nenek moyang. Di satu pihak lain, beliau
melihat golongan bangsawan dan pembesar negeri terus leka dibuai oleh pengaruh kecerdikan
Inggeris. Inggeris terus mengaut hasil yang tidak terhitung banyaknya dari bumi Melayu.
Pada tahun 1935 Dato Onn telah menerbitkan Selamat Johor sempena Hari
Kemahkotaan Sultan Johor ke 40. Beliau telah memuatkan berita-berita istana yang positif.
Beliau yakin bahawa nilai yang baik perlu dicontohi dan diketengahkan. Terbitan Selamat Johor
yang diterbitkan oleh beliau sangat popular dan mendapat pesanan diluar jangkaan. Tengku
Mahkota Ismail telah menyarankan ayahanda baginda memberi pengampunan kepada Dato Onn
kerana jasanya mengangkat kebajikan yang dilakukan oleh Sultan Ibrahim. Sultan Johor berasa
sukacita dan menganggap Dato Onn telah berjasa kepada baginda dan negeri Johor. Sehubungan
itu, baginda Sultan Johor berkenan memberi keampunan kepada beliau. Baginda telah
mengundang beliau dan keluarga balik dan berkhidmat di Johor.
Pada tahun 1938 Dato Onn telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.
Persetujuan beliau untuk berkhidmat dengan Sultan Johor dengan bersyarat supaya pandangan
beliau tidak disekat kecuali pandangan yang merugikan rakyat. Beliau telah diberi jaminan
kerana beliau dianggap oleh para cendekiawan Johor sebagai seorang yang berani dan sangat
berguna kepada negeri Johor. Sultan dinasihati supaya menganugerahkan jawatan yang penting

TUGASAN 1 HNS 2013-PJJ KOHORT 3

2012

dan tinggi kepada Dato Onn sebelum beliau dilamar oleh Singapura, negeri Melayu lain atau
Inggeris. Sultan Johor telah memperkenan lebih-lebih lagi Tengku Mahkota yang sering
memangku sultan juga berkeras menginginkan teman setia juga rakan karibnya berkhidmat di
Johor.
Ketika Dato Onn menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor pada tahun 1936,
cadangan beliau telah diterima untuk mewujudkan biasiswa pelajaran yang dinamakan
"Sultan Ibrahim Scholarship" kepada pelajar-pelajar Melayu yang bekelayakan. Biasiswa
tersebut merupakan biasiswa yang pertama diwujudkan di negeri Johor dan Semenanjung Tanah
Melayu. Pelajaran dilihat sangat penting bagi menjamin dan membantu orang Melayu. Mereka
ini nanti akan berupaya mencapai dan memajukan bangsa apabila tamat belajar. Dato Onn juga
menggesa agar pendidikan kepada kaum wanita juga dipertingkatkan. Di samping itu pelajaran
agama juga tidak diabaikan. Beliau telah menyumbang dua idea dan jasa yang penting kepada
rakyat negeri Johor. Beliau juga telah memperkenalkan pemberian tambang penerbangan
percuma untuk menunaikan haji bagi kakitangan kerajaan beragama Islam yang berkhidmat
untuk Kerjaan Negeri Johor.
Ketika zaman Jepun pada tahun 1942, Dato Onn telah diberi kepercayaan oleh
Pentadbiran Tentera Jepun menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor dan
mengagihkan makanan. Beliau telah mengagihkan beras mengikut arahan dan kuasa yang telah
diberikan. Beliau tidak menggunakan kuasa dan pangkat beliau secara bias. Tetapi, di dalam
senyap dan rahsia, beliau juga membantu memberi bekalan makanan kepada pergerakan kiri
yang anti Jepun. Beliau mengetahui strategi yang dibuat oleh Ibrahim Yakob dan Ahmad
Boestaman . Beliau mempunyai hubungan baik dengan mereka dan juga dengan MPAJA.
Kepimpinan Dato Onn terserlah apabila dilantik khas menjadi pegawai daerah
Batu Pahat pada tahun 1945 bagi menghentikan persengketaan kaum antara orang
Melayu dengan orang Cina. Majoriti orang Cina Batu Pahat telah menyertai MPAJA ketika
zaman Jepun kerana penindasan tentera Jepun terhadap orang Cina. Setelah tentera Jepun
menyerah, mereka menjadi komunis dan telah menzalimi serta menganiaya orang Melayu. Orang
Melayu telah bersatu dan menubuhkan tentera Selimpang Merah yang diketuai oleh Kiai Salleh
dan membalas serangan-serangan dengan membunuh beribu-ribu orang Cina. Apabila sultan
menerima laporan dan bantuan perlindungan dari saudagar Cina dari Batu Pahat, Dato Onn telah
6

TUGASAN 1 HNS 2013-PJJ KOHORT 3

2012

dititah menyelesaikan persengketaan itu. Dato Onn telah berjaya memujuk angkatan
kumpulan Selimpang Merah yang diketui oleh Kiai Salleh agar menghentikan serangan
dan berdamai.
Ketika Inggeris kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1945, Dato' Onn pernah
bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian
berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan. Pentadbiran Inggeris yang datang dengan idea
pemerintahan Malayan Union yang melenyapkan keistimewaan dan hak-hak orang Melayu. Pada
Mac, 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union
yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultansultan Melayu. Antara persetujuan yang telah dicapai oleh Kongres tersebut ialah memulaukan
Malayan Union dan berkabung selama tujuh hari dengan memakai songkok yang mempunyai
jalur putih. Hasil daripada mesyuarat Kongres ketiga yang diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei
1946 ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu yang dinamakan Kesatuan Melayu
Semenanjung Johor ditubuhkan yang akhirnya berjaya menyatupadukan persatuan dan
kesatuan Melayu seluruh Tanah Melayu bagi menghalang pencabulan Inggeris dan
menentang Malayan Union. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme
Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama. Dato` Onn Jaafar yang telah
berjaya membakar semangat Orang Melayu supaya menentang Gagasan Malayan Union ciptaan
Penjajah Inggeris. Beliau menyedarkan orang Melayu betapa bahayanya Malayan Union sebagai
satu ancaman yang akan melenyapkan bangsa di tanah airnya sendiri. Beberapa persidangan dan
kongres telah diadakan dan di Kongres Melayu di Johor Bahru pada 11 Mei 1946, UMNO
dengan rasminya telah ditubuhkan. Dato Onn telah dilantik menjadi Yang DiPertua.
Pada 1 Oktober 1946, Dato Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun
kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah
kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union
dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Persekutuan Tanah Melayu
telah berjaya mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat
kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu. Selain daripada pengasas UMNO, Dato Onn
juga merupakan pencetus idea kepada penubuhan RIDA (Rural Industrial Development
7

TUGASAN 1 HNS 2013-PJJ KOHORT 3

2012

Authorit) untuk membantu sosio-ekonomi Melayu. Pada bulan Oktober 1949, Dato Onn
mula memperkatakan tentang kerjasama dengan kaum-kaum lain. Rentetan dari itu, beliau telah
mencadangkan satu rupa bangsa Tanah Melayu berasaskan pertuturan satu bahasa. Cadangan ini
ditentang oleh ahli ahli UMNO. Ekorannya, Dato Onn meletakkan jawatannya pada bulan Jun
1950. Tindakannya diikuti oleh Jawatankuasa UMNO yang lain kecuali Setiausaha Agung. Dato
Onn dipujuk semula memimpin UMNO dan kembali memegang jawatan pada Ogos 1950.
Dalam usaha pihak British memberi pengalaman pentadbiran kepada penduduk Tanah
Melayu, pendedahan awal telah dibuat ke arah itu. Mulai April 1951, sistem Ahli
diperkenalkan. Sistem Ahli merupakan peringkat separuh kementerian dan ahli Majlis yang
dilantik bertanggungjawab ke atas jabatan-jabatan dan kerajaan. Pada tahun 1952, semua
anggota Ahli dimasukkan ke dalam Majlis Mesyuarat. Ini membolehkan mereka mempunyai
pengalaman eksekutif perundangan. Antara tokoh-tokoh yang pernah dilantik dalam sistem
Ahli termasuklah Dato Onn Jaafar, Tunku Yaakob Ibn Sultan Abd. Hamid, E.E.C.
Thuraisingam, Dr. Lee Tiang Keng, Dato Mahmud Mat, Kolonel H.S Lee dan Datuk Nik Ahmad
Kamil. Jawatan-jawatan yang diberikan kepada mereka termasuklah hal-ehwal keselamatan
dalam negeri, pertanian dan perhutanan, pelajaran, kesihatan, tanah, perlombongan dan
perundangan.
Satu perkembangan baru berlaku dalam UMNO apabila slogan Hidup Melayu
digantikan dengan Merdeka. Ini dipersetujui dalam persidangan agung pada Mac 1951. Dato
Onn berpendapat kerajaan British tidak akan memberikan kemerdekaan jika tidak wujud
perpaduan kaum. Dengan itu beliau mencadangkan membuka pintu keahlian kepada kaum lain
dan nama UMNO ditukar daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu kepada Pertubuhan
Kebangsaan Malaya Bersatu. Perkataan Melayu digugurkan dan digantikan dengan perkataan
Malaya. Dengan cara ini Dato Onn berharap agar pintu UMNO akan terbuka untuk kaum lain.
Walau bagaimanapun cadangan beliau dibantah sekerasnya oleh ahli UMNO. Oleh sebab
cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila
persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada Ogos 1951.
Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26
Ogos, 1951 bersama rakan-rakannya lain. Kebanyakan pemimpin utama masyarakat bukan
8

TUGASAN 1 HNS 2013-PJJ KOHORT 3

2012

Melayu terutamanya Tan Cheng Lock, E.E.C. Thuraisingam dan yang lainnya telah memberikan
sokongan yang padu terhadap IMP. Tan Cheng Lock dalam ucapannya pada hari perasmian IMP
telah menyeru kepada semua kaum terutamanya MCA agar memberi kerjasama pada IMP dalam
mencapai matlamatnya iaitu mencapai taraf berkerajaan sendiri dalam tempoh 10 tahun.
Mengadakan pilihanraya berasaskan prinsip demokrasi diperkenalkan di peringkat kerajaan
tempatan pada tahun 1953 dan kemudiaannya ke peringkat perundangan pusat pada tahun 1955.
Selain itu, IMP bermatlamat ke arah memalayanisasikan perkhidmatan awam dan membentuk
sebuah perkhidmatan Tanah Melayu serta memberi pelajaran asas secara percuma kepada kanakkanak di antara 6 hingga 12 tahun. Antara matlamat yang lain pula ialah memberikan kebajikan
sosial terutamanya di kawasan luar bandar, memberi subsidi dan jaminan harga barangan petanipetani, dan akhir sekali mengadakan reformasi ke atas sistem feudal di negeri-negeri Melayu.
Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu kerana tidak
yakin dengan konsep berbilang kaum. Orang Cina juga tidak menyokong IMP kerana mereka
lebih berminat dengan MCA. Dato E.E.C. Thuraisingam juga tidak berjaya menarik sokongan
orang India. Dalam pilihan raya pada tahun 1952, IMP kalah dan kekuatannya tidak dapat
dipulihkan.
Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara
bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun 1955. Dasar perjuangan Parti Negara ialah memperjuangkan perpaduan
nasional dan raja berperlembagaan. Parti ini juga mahu taraf berkerajaan sendiri. Dari segi
bahasa, bahasa Melayu dan Inggeris diterima sebagai bahasa rasmi. Keahlian Parti Negara pula
terbuka kepada semua kaum warga Tanah Melayu dan British. Bagaimanapun, keahliannya
terdiri daripada orang Melayu. Sokongan yang diperolehi oleh Parti Negara lebih baik
berbanding IMP terutamanya di negeri Terengganu, Kelantan, Johor Kedah dan Selangor.
Sungguhpun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang
kerusi dalam pilihan raya pada tahun 1955. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk
mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya pada umur 62 tahun, beliau berjaya mendapat
satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum
1959 dengan bantuan parti PAS.

TUGASAN 1 HNS 2013-PJJ KOHORT 3

2012

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 18 Januari 1962 ketika berusia 67
tahun dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.
Sumbangan Dato Onn dalam perjuangan ke arah kemerdekaan negara pada hakikatnya
tidak boleh dinafikan. Meskipun ada suara-suara yang melabelkan beliau sebagai pemecahbelah
perpaduan UMNO dan pembunuh semangat kemerdekaan yang amat ghairah diperjuangkan oleh
orang-orang Melayu, beliau tetap merupakan seorang tokoh Melayu terulung yang mempunyai
wawasan yang begitu jauh. Jasa beliau tetap dikenang dalam sejarah tanah air kita. Beliau
merupakan pejuang kemerdekaan yang sangat besar jasanya, pengasas UMNO, dan tokoh yang
berjaya menggagalkan Malayan Union yang dirancang oleh Inggeris. Kemerderkaan hari ini
yang tercapai pada 31 Ogos 1957 meskipun tidak dianggap sebagai buah tangan darinya, tetapi
sebenarnya adalah merupakan hasil asas yang dibinanya. Asas dan rangka kemerdekaan yang
dilakar oleh Dato Onn tetap menjadi ikon perintis jalan kepada bangsa Melayu walaupun beliau
tidak dianggap sebagai pemimpin Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan.

RUJUKAN.

HNS 2013, Kenegaraan, Pendidikan Jarak Jauh ( PJJ ), Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris
PRA-U STPM Sejarah Kertas 2 Ong Loo Chen, Penerbitan Pelangi
http://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
http://melayubolehle.blogspot.com/2009/04/dato-onn-jaafar-pengasas-umno.html
http://www.johordt.gov.my/pmbj/v1/index.php?
option=com_content&view=article&id=131&Itemid=226
http://www.jasa.gov.my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/24-heritage/141-dato-onnjaafar-negarawan-terulung.html
10

TUGASAN 1 HNS 2013-PJJ KOHORT 3

2012

http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=332:datukonn&catid=39:reviu-buku&Itemid=71
http://www.onnjaafar.blogspot.com/

11

You might also like