You are on page 1of 17

2.

1 Pengenalan
Dalam beberapa dekad yang lalu, pengurusan projek merupakan satu perkara yang asing
dalam konsep pengurusan. Kini pengurusan projek telah membantu sesebuah organisasi
dengan satu sistem yang terbaik untuk meningkatkan keupayaan organisasi bagi merancang,
mengatur, melaksana dan mengawasi aktiviti-aktivitinya dalam mengoptimumkan sumbersumber yang ada seperti peralatan, loji, modal, sumber manusia dan sebagainya.
Di negara maju seperti Amerika, projek-projek yang sukar dan kompleks seperti NASA
Apollo SPace Program, Navy Polaris Program dan Star Wars telah berjaya dengan
menggunakan konsep pengurusan projek. Dengan itu konsep yang sama telah diperluaskan
untuk bidang pembinaan.
2.2 Pengurusan Pembinaan
Dennis Lock (1984) menyatakan bahawa pengurusan projek merupakan salah satu cabang
dalam bidang pengurusan. Bidang ini berkembang selari dengan peningkatan industri
pembinaan. Bagi kontraktor kecil, mereka perlu membuat persediaan yang sesuai dengan
perubahan teknologi pembinaan masa kini. Kegagalan mengikuti arus perubahan akan
menghalang kejayaan seseorang kontraktor.
Sementara Abdul Hakim (1990) pula menyatakan terdapat dua aspek penting yang perlu
diberikan perhatian oleh kontraktor yang ingin berjaya, pertamanya ialah modal dan kedua
adalah pengurusan kontraktor itu sendiri. Perkara ini amat penting bagi memastikan kontrak
dapat disiapkan dengan penggunaan sumber-sumber yang optimum. Sistem pengurusan
kontrak yang baik dan berkesan mestilah dapat menyelaraskan semua aktiviti dan semua
pihak yang terlibat supaya kemajuan kerja dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
2.2.1

Takrif Pengurusan Projek


Takrif pengurusan yang diberikan adalah banyak dan menjadikannya sukar untuk
mengambil satu takrifan yang tepat. Walau bagaimanapun apabila dikaji satu persatu
dengan mendalam, didapati kebanyakan definisi ini mempunyai matlamat yang hampir
sama. Sebahagian dari definisi pengurusan projek yang diambil dari beberapa buku
adalah seperti berikut : Barry Fryer (1985) menyatakan pengurusan projek merupakan satu cabang daripada
bidang pengurusan, di mana ia nya merupakan gabungan antara perancangan,
pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan. Takrif yang diberikan kepada pengurusan

projek ialah proses penyelarasan pengurusan dalam mencapai sesuatu objektif dengan
maksud menggunakan kepakaran teknikal untuk perancangan dan pengawalan kerja dan
kebolehan seseorang dalam membuat arahan dan penyelarasan. Rajah di bawah
menunjukkan komponen yang terdapat dalam pengurusan projek.

PROSES

Merancang, menyusun, mengarah,


mengawal, menyelaras dan menilai

SUMBER

Bahan binaan, buruh, modal, loji dan


jentera

MATLAMAT

Masa, kos dan kualiti

Rajah 2.1 Komponen Pengurusan Projek

2.2.2

Objektif Pengurusan Projek


Sesuatu projek merupakan yang mempunyai matlamat pencapaian sebagaimana yang
telah dirancangkan. Ia nya dibahagikan kepada beberapa bahagian ataupun sektor kerja
bagi memastikan supaya pelaksanaannya berjaya memperoleh matlamat. Oleh sebab itu
setiap sektor perlu ada penyusunan yang rapi dan pengawasan dari segi masa, aktiviti,
kos dan pencapaian.
Objektif utama pengurusan adalah : i.
ii.

2.2.3

Melaksanakan serta menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan


Meminimumkan kos kerja

Proses-proses Pengurusan
Proses pengurusan merupakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang pelaksanaan
sesuatu projek, di antaranya ialah : a.
b.
c.
d.
e.
f.

Perancang (Planning)
Organisasi (Organizing)
Mengarah (Directing)
Kawalan (Controlling)
Pengstafan (Staffing)
Menilai (Evaluation)

Dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang tersebut di atas, pengurus projek dapat mencapai
matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dengan sebaik mungkin.

2.2.3.1 Perancangan (Planning)


Perancangan merupakan aktiviti yang terpenting dalam tugas Pengurus Projek.
Aktiviti ini perlu dilakukan dengan terperinci dan secara profesional. Proses perancangan
ini hendaklah mudah dan praktikal serta hasilnya tidak diperolehi dengan segera.
Kejayaan pelan perancangan yang dilakukan adalah bergantung kepada sejauh mana
pemahaman dan pelaksanaan peranan seorang pengurus dan kumpulannya.
Pelan perancangan kebiasaannya tidak terlalu tegar (rigid) dan proses perubahan selalu
dilakukan bagi menjamin keberkesanannya dalam pencapaian matlamat asal. Projek asa
perancangan sentiasa berpandukan kepada perkara berikut : i.
Apa yang perlu dilakukan
ii.
Kenapa ia perlu dilakukan

iii.
iv.
2.2.3.1.1

Siapa yang akan melakukan


Bagaimana ia dilaksanakan

Ciri Perancangan Yang Baik


Perancangan yang berkesan dan sistematik akan memberikan pulangan yang baik
kepada kontraktor dan dapat meningkatkan kepercayaan terhadap keupayaan
kontraktor oleh pemilik projek. Jaafar Muhamad (1988) merumuskan beberapa ciri
perancangan yang berkesan, di antaranya adalah seperti berikut : i.

Kesesuaian
Ia nya amat penting terutama di dalam perancangan jangka panjang yang
objektif dan perancangan yang boleh diubah ubah untuk disesuaikan dengan
keadaan semasa dan peluang baru yang mungkin wujud dari semasa ke
semasa.

ii.

Keberkesanan Kos
Kos menyedia dan melaksanakan sesuatu perancangan itu seharusnya tidak
melebihi faedah yang boleh diperolehi dari penggunaan perancangan itu
sendiri.

iii.

Ketepatan
Tiap-tiap penyertaan di dalam perancangan harus jelas dan tepat tentang apa
yang hendak dibuat, bila ia akan dibuat, di mana dan bagaimana ia akan
dibuat dan siapa yang akan menbuatnya.

iv.

Kebiasaan
Suatu perancangan seharusnya disediakan dengan format yang tertentu dan
selaras supaya ia boleh diikuti dan difahami oleh semua orang yang
bertanggungjawab di dalam pelaksanaannya.

v.

Kerahsiaan
Suatu perancangan yang hanya perlu diketahui oleh orang yang patut tahu
tentangnya.
Jangka Waktu
Tiap-tiap perancangan haruslah berasaskan satu jangka masa. Pelaksanaan
aktiviti yang dirancang agar mengikut masa yang telah ditentukan adalah
penting, sekiranya tiada perancangan yang telah dibuat adalah suatu kerja
yang sia-sia.

vi.

vii.

Perhubungan

Perancangan harus mengandungi objektif yang ada hubungan kepada tujuan


utama organisasi itu ditubuhkan dan pembentukan perancangan itu hanya
berdasarkan kepada polisi yang telah ditetapkan oleh sesuatu organisasi.
viii.

Menyeluruh
Perancangan haruslah komprehensif, semua fungsi-fungsi dan peringkat di
dalam sesebuah organisasi.

2.2.3.2 Organisasi (Organizing)


Jaafar Muhamad (1988) mengaktifkan organisasi sebagai gabungan dua orang atau lebih
yang bekerja bersama-sama secara koordinasi bagi mencapai sesuatu hasil atau objektif
syarikat. Bagi mendapatkan pengurusan projek yang berkesan dalam sesebuah syarikat
pembinaan seorang pengurus haruslah dapat mengorganisasikan sumber-sumber manusia,
sumber fizikal serta fungsi-fungsi kewangan dengan cara yang sesuai.
2.2.3.3 Proses Pengorganisasian
Dalam sesebuah organisasi yang besar dan kompleks, pengurus projek tidak berupaya
menyelaras semua aktiviti para pekerja, maka proses pengorganisasian perlu dilakukan.
Terdapat empat (4) jenis kegiatan dalam proses pengorganisasian sesebuah syarikat
pembinaan : i.

Penentuan Kerja
Menentukan kerja perlu dilakukan dan diselaras bagi memastikan perjalanan kerja
berjalan dengan lancar bagi mencapai objektif seperti yang telah dicadangkan.

ii.

Pengumpulan Kerja
Mengumpul kerja-kerja atau tugas yang disenaraikan ke dalam kumpulan aktivitiaktiviti yang sesuai dan berpadanan. Bagi memudahkan turutan aktiviti
pembinaan dan pengawalan kerja.

iii.

Agihan Kerja
Membahagi dan mengagihkan keseluruhan beban kerja yang diperlukan kepada
pekerja-pekerja yang sesuai mengikut kebolehan masing-masing.

iv.

Penyelaras Kerja
Menyelaraskan aktiviti kesemua kakitangan dalam sesebuah projek pembinaan
perlu dilakukan bagi mengelakkan berlaku pertindihan tugas dan peranan.

2.2.3.4 Carta Organisasi

Secara umumnya carta organisasi dapat menunjukkan lima aspek pengurusan seperti
berikut : i.

Pembahagian kerja
Carta ditunjukkan melalui rajah kotak, kebiasaannya dalam bentuk segi empat.
Setiap kotak menunjukkan unit pembahagian kerja sebagaimana organisasi yang
dikehendaki.

ii.

Hubungan ketua
Pekerja bawahan ini digambarkan melalui garisan yang menggambarkan rantaian
ketua, siapa yang akan menjadi ketua dan kepada siapa yang diketuakan.

iii.

Jenis kerja yang dijalankan


Ini ditunjukkan melalui label atau catatan bagi tiap-tiap kotak yang ada. Tiap-tiap
satu rajah yang segiempat akan menerangkan tentang tugas atau bidang
tanggungjawab yang mesti dijalankan oleh unit atau individu berkaitan.

iv.

Pengumpulan bahagian kerja


Keseluruhan carta organisasi menunjukkan asas bagaimana aktiviti atau kerja
dalam organisasi tersebut dibahagikan mengikut fungsi.

v.

Tingkatkan pengurusan
Sebuah carta organisasi tidak sahaja menunjukkan hubungan ketua dan
kakitangan bawahan tetapi juga hierarki pengurusan keseluruhan organisasi.

2.2.3.5 Struktur Organisasi


Struktur organisasi dalam pengurusan projek ialah bahagian-bahagian yang diwujudkan
untuk menjalankan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan, struktur organisasi
terbahagi kepada tiga iaitu : a. Fungsian
b. Projek
c. Matriks

a. Organisasi Fungsian

Organisasi fungsian merupakan satu kaedah tradisi yang diamalkan oleh para kontraktor
di dalam industri pembinaan. Kedudukan individu dalam organisasi ini dapat
digambarkan dengan jelas, di samping tugas atau fungsi individu adalah mengikut
kedudukan atau posisi masing-masing. Ciri-ciri utama organisasi fungsian ialah seperti
berikut : a.
b.
c.
d.

Arahan tugas adalah dari atas ke bawah


Maklumat balas dari bawah ke atas
Struktur organisasi adalah rigid
Hierarki dalam syarikat adalah jelas

b. Organisasi Projek
Organisasi projek merupakan satu kaedah yang telah digunakan secara meluas dalam
industri pembinaan yang mana ia nya juga bertindak sebagai satu kaedah yang dapat
mengatasi kelemahan yang ada pada organisasi fungsian. Dalam kaedah ini pengurus
projek akan mengetuai kesemua unit dengan tujuan mengurangkan masalah
coordination dan interaction dalam satu-satu organisasi. Pengurus projek akan
ditugaskan untuk mengawal dan menyelaras satu projek supaya mencapai objektif yang
telah dirancang.
c. Organisasi Matriks
Organisasi matriks adalah satu kaedah yang menggabungkan ciri-ciri organisasi fungsian
dan organisasi projek. Sebuah syarikat yang mengendalikan banyak projek dalam satusatu masa dan melibatkan projek yang besar maka kaedah organisasi matrik adalah
kaedah yang sesuai diguna pakai dalam proses pengendalian syarikat. Dalam organisasi
matrik pengurus projek dipertanggungjawab ke atas projek masing-masing.

2.2.3.6 Mengarah (Directing)


Arahan biasanya diberikan oleh pengurus projek yang mengetuai pengendalian sebuah
projek pembinaan. Sebelum arahan dikeluarkan, kajian secara teliti perlu dilakukan oleh
pihak kontraktor bagi memastikan aktiviti yang akan dilakukan oleh para pekerja
mengikut kehendak seperti yang disyaratkan dan mengikuti spesifikasi yang ditetapkan.
Kegagalan pengurus projek memberi arahan yang tepat akan memberikan kesan kepada
imej syarikat dan hilang kepercayaan terhadap kemampuan pihak pengurusan dalam
menangani permasalahan di tapak.
Barry Fryer (1985) mengatakan untuk memberi arahan yang berkesan pengurus projek
mesti:-

a. Penurunan kuasa kepada orang bawahan.


b. Meningkat keupayaan pengurusan yang boleh oleh pekerja.
c. Memberi perhatian dan kerjasama

2.2.3.7 Pengawalan (Controlling)


Pengawalan merupakan tugas pengurus projek membandingkan prestasi kerja dengan
perancangan yang dibuat supaya objektif pembinaan tercapai. Jika pengawalan yang
lemah terhadap projek yang dijalankan, akan mengakibatkan kerugian kepada pihak
kontraktor. Oleh sebab itu perancangan dan pengawalan dalam sesebuah projek
pembinaan saling berhubung bagi memastikan kejayaan pembinaan.
Barry Fryer (1985) menyatakan perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam
mengawal projek pembinaan ialah:a. Tapak bina
Mengenai lokasi tapak bina dengan tepat akan dapat membantu pengurus projek
membuat persediaan sesuai dengan keadaan setempat.

b. Masa
Penyediaan sistem penjadualan kerja yang teratur dan licin dapat memastikan
projek disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
c. Kos
Memastikan perbelanjaan yang dilakukan tidak melebihi peruntukan yang
dijangkakan. Perbelanjaan yang berlebihan akan merugikan kontraktor.
d. Mutu kerja
Memastikan kerja yang dilakukan oleh pekerja memenuhi spesifikasi yang
ditetapkan.

2.2.3.8 Pengstafan (Staffing)

Jack R.Merdith (1989) telah menggariskan sifat-sifat, kemahiran dan kualiti yang perlu
ada pada seseorang Pengurus Projek, iaitu:i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang teknikal.


Tegas
Menunjukkan kematangan
Mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak pengurusan atasan.
Pernah bekerja dalam beberapa bahagian yang lain.
Berani menghadapi risiko.
Mempunyai keyakinan untuk menyiapkan projek degan sebaik mungkin.

Selepas pelantikan Pengurus Projek dibuat, beliau perlu melantik kakitangan bawahan yang
diperlukan unuk bersama-sama menguruskan projek tersebut seperti Jurutera Tapak, Pengurus
Bahan, Formen dan sebagainya. Kesemua kakitangan ini akan mengisi jawatan yang telah
ditentukan dalam struktur organisasi yang telah dirancangkan mengikut kemahiran masingmasing. Apabila keseluruhan kakitangan telah diperolehi, Pengurus Projek perlu memberi
taklimat dan penerangan kepada setiap kakitangan mengenai objektif dan matlamat projek.
Semua pekerja perlu dimaklumkan tentang apa yang diharapkan dari mereka dan betapa
pentingnya peranan mereka dalam menyiapkan projek tersebut.

2.2.3.9 Penilaian (Evaluation)


Penilaian kontrak dibuat bertujuan untuk menganalisa kejayaan dan kegagalan projek
supaya segala pengalaman yang diperolehi boleh dijadikan panduan untuk projek-projek
yang akan datang. Kebiasaannya dibuat dalam beberapa peringkat semasa kerja
pembinaan dijalankan. Cara yang terbaik untuk membuat penilaian adalah projek audit
yang menilai kemajuan sebenar dengan kemajuan yang dirancang dan juga perbandingan
dengan projek lain yang serupa. Cara penilaian projek juga perlu dirangka dengan baik
dan dikawal bagi mendapatkan data yang tepat.

2.3 Pengurusan loji


Jentera atau loji merupakan satu peralatan penting di dalam sesuatu projek pembinaan
dengan adanya peralatan jentera/loji pembinaan ia dapat menjimatkan penggunaan masa,
tenaga kerja, secara tidak langsung mengurangkan kos dan menghasilkan kualiti binaan yang
baik. Bagi menjamin keberkesanan penggunaan jentera di dalam sektor pembinaan maka satu
sistem pengurusan yang teratur diperlukan bagi menjamin peningkatan daya pengeluaran
yang maksimum.

Pertambahan saiz, keunikan serta kos projek menyebabkan permintaan terhadap penggunaan
jentera serta kelengkapan di dalam pembinaan. Penggunaan jentera dapat mempercepatkan
pembinaan serta dapat mengurangkan tenaga buruh di tapak bina. Pertambahan bilangan
buruh akan mengurangkan hasil pulangan faedah dari aktiviti pembinaan.
Bagi memastikan keberkesanan penggunaan jentera maka seorang jurutera atau pengurus loji
serta pengendali loji mestilah diberikan latihan yang mencukupi. Pemilihan jenis loji dengan
kesesuaian serta kebolehan kerja tapak bina sangat penting bagi menjamin hasil peningkatan
faedah keluaran yang tinggi.

2.3.1

Pemilihan Peralatan Jentera


Berbagai faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih peralatan projek. Kriteria
yang paling penting ialah keupayaan peralatan itu untuk melakukan kerja yang
dikehendaki. Kriteria utama yang perlu dipertimbangkan dalam memilih peralatan yang
paling sesuai ialah pulangan keuntungan yang maksimum ke atas pelaburan yang dibuat
ke atas peralatan tersebut. Selalunya keuntungan maksimum akan tercapai apabila kos
unit pengeluaran yang terendah dicapai.
Faktor-faktor lain yang harus dipertimbangkan semasa memilih peralatan ialah : a.
b.
c.
d.
e.

Daya pengeluaran sesebuah jentera


Peralatan tersebut boleh diperolehi pada masa yang diinginkan
Mempunyai kemudahan alat-alat ganti dan servis
Kemungkinan peralatan boleh digunakan lagi pada masa akan datang
Kesan masa henti (down time) peralatan itu ke atas operasi dan peralatan pembinaan
yang lain
f. Jangka hayat jentera dan harganya

2.3.2

Tujuan Penggunaan Jentera/Loji


Tujuan utama penggunaan loji dalam pembinaan adalah seperti berikut :a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

Mengurangkan penggunaan tenaga buruh


Mempercepatkan tempoh pembinaan
Menghasilkan mutu kerja yang lebih baik
Melaksanakan tugas-tugas yang tidak boleh dibuat dengan tangan
Memudahkan kerja-kerja yang sukar dibuat oleh buruh
Menghapuskan kerja-kerja tangan yang berat
Menggunakan teknologi yang terkini di pasaran

2.3.3

Kaedah Pemilihan Jentera


Memandangkan permintaan untuk penggunaan jentera yang meluas dalam industri
pembinaan, pembekal telah pun memberikan berbagai-bagai kemudahan untuk pemilikan
jentera berkenaan iaitu : a. Pembelian
b. Sewa
c. Pajakan

2.3.3.1 Pembelian
Pembelian sesuatu jentera memerlukan modal yang tinggi di peringkat awal. Pemilikan
secara pembeli merupakan cara yang terbaik kerana kontraktor boleh menggunakan
jentera berkenaan setiap masa yang diperlukan.
2.3.3.2 Sewa
Kebanyakan kontraktor kecil banyak menggunakan jentera dengan cara menyewa dari
pembekal dan pemiliknya. Kaedah sewa ini memerlukan modal yang sedikit dari kaedah
pembelian, sesuai dengan modal yang dimiliki oleh kontraktor kecil.

2.3.3.3 Pajakan
Jentera yang digunakan oleh kontraktor masih menjadi milik pemajak dengan hanya
kontraktor perlu membayar sewa sepanjang tempoh penggunaannya dan
bertanggungjawab ke atas segala kerosakan terhadap jentera tersebut.

2.4 Pengurusan Bahan Binaan


Pengurusan bahan binaan perlu dilaksanakan secara berkesan bagi mengelakkan kelewatan
pesanan dan penghantaran ke tapak bina yang mengakibatkan kekurangan bahan apabila
diperlukan. Pengurusan bahan binaan meliputi kerja-kerja penyeliaan, pengiriman dan
membuat pemeriksaan di kilang-kilang atau pembekal bagi menetukan bahan binaan yang
dibekalkan mengikut spesifikasi atau piawaian yang dikehendaki.
Pelbagai dokumen yang terlibat dalam pengurusan bahan binaan iaitu arahan jadual bahan,
catatan serah hantar, ringkasan bahan yang diterima, laporan bahan yang rosak, serah hantar

segera, perubahan harga, keperluan permintaan di tapak bina, bahan-bahan yang diterima
atau dipindahkan, invois pembayaran kepada pembekal atau pengilang.

2.4.1

Kawalan Bahan Di Tapak Bina


Kawalan bahan di tapak bina adalah sangat penting bagi memastikan keberkesanan dan
keupayaan projek berkenaan untuk dijalankan dengan licin. Kawalan yang cekap boleh
mengelakkan pembaziran ataupun kekurangan bahan apabila diperlukan. Pengurusan stok
yang cekap perlu menepati ciri-ciri berikut: a. Mengutamakan kaedah penurunan bahan binaan dari kenderaan dengan berkesan
mengikut tahap keselamatan yang dikenhendaki.
b. Mempunyai ruang simpan yang mencukupi dan kemas
c. Kekurangan bahan diisi dengan cepat
d. Mempunyai rekod keluar dan masuk setiap bahan
e. Mengelakkan kerja penyimpanan dilakukan berulang kali
f. Melantik seorang pengurus bahan yang bertanggungjawab sepenuhnya dengan setiap
keperluan bahan di tapak bina.

2.4.2

Cara Pembelian
Dalam proses membeli sesuatu bahan binaan ataupun loji, kontraktor perlu menentukan
perkara-perkara berikut terlebih dahulu : a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.

Sebut harga yang dipersetujui


Membuat perbandingan harga dari beberapa pembekal
Menyediakan tempahan (Purchase Order)
Memberi alamat penghantaran bahan dengan tepat
Menyediakan spesifikasi bahan yang jelas
Menyertakan kuantiti bahan yang dikehendaki
Memberikan program penghantaran untuk bahan yang diperlukan dengan banyak
Memberikan gambaran yang sebenar jalan masuk kepada pembekal serta halangan
kepada penghantar
i. Tarikh sebut harga yang dikehendaki serta tempohnya
j. Nama pekerja yang perlu dihubungi lengkap dengan nombor telefon

2.4.3

Pembaziran Bahan Binaan

Pembaziran bahan binaan adalah perbezaan kepenggunaan bahan binaan yang dibekalkan
dengan ukuran yang telah disiapkan. Ia nya boleh berlaku dalam berbagai situasi seperti
hilang, pecah atau pun rosak. Kadar pembaziran yang berlaku di tapak bina adalah di
antara 10% hingga 15% dari kos projek.

2.4.3.1 Punca-punca Pembaziran


a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

Pemotongan bahan binaan


Mutu kerja
Penyimpanan
Pengangkutan
Salah guna
Kecurian
Kemahiran

2.5 Pengurusan Buruh


Buruh merupakan salah satu sumber utama yang memainkan peranan yang penting
berbanding sumber-sumber lain seperti bahan binaan dan jentera. Tanpa buruh yang terlatih
dan mencukupi, sesuatu projek itu akan gagal dijalankan. Tenaga pekerja merupakan jentera
yang menjadikan penggerak kepada segala aktiviti.

2.5.1

Perancangan Sumber Buruh


Barry Fryer (1985) menyatakan bahawa perancangan sumber buruh adalah penting untuk
mengawal masalah kekurangan buruh mahir dalam sesebuah projek.
Tujuan perancangan sumber buruh adalah : a. Menganalisa dan mengenal pasti peluang-peluang pekerjaan
b. Penilaian tentang keperluan sumber buruh semasa dan masa hadapan
c. Meramal bekalan dan permintaan sumber buruh dan menyediakan kos yang
bersesuaian
d. Memudahkan pihak pengurusan untuk membuat pengambilan, pemilihan, kenaikan
pangkat, penukaran dan penamatan perkhidmatan
e. Menilai keperluan modal sebenar yang diperlukan dalam perancangan sumber buruh

2.5.2

Jenis-jenis Buruh
a. Buruh mahir
b. Buruh separuh mahir
c. Buruh am

2.5.2.1 Buruh Mahir


Merupakan buruh yang mahir dan terlatih dalam menjalankan sesuatu bidang pekerjaan
tertentu sahaja seperti memasang batu bata, melepa, mengecat, mengimpal, memasang
ubin, memasang paip, kerja kayu dan sebagainya. Kemahiran ini diperolehi daripada
pengalaman kerja yang lama atau mendapat latihan khusus.

2.5.2.2 Buruh Separuh Mahir


Merupakan kumpulan pekerja yang mendapat pendidikan kemahiran dalam bidang
tertentu tetapi kurang pengalaman. Dengan itu buruh separuh mahir ini sentiasa diberi
bimbingan dan pengawasan dari buruh mahir atau penyelia kerja yang dilakukan
menepati kehendak-kehendak projek. Kadar upah harian di antara RM 40.00 hingga RM
60.00
2.5.2.3 Buruh Am
Kumpulan pekerja ini terdiri daripada kumpulan yang tidak mempunyai sebarang
kemahiran khusus serta kurang pengalaman. Jenis kerja yang dilakukan tidak
memerlukan pengkhususan tertentu. Kadar upah adalah antara Rm 20.00 hingga RM
35.00 sehari dan berubah mengikut kemahiran dan masa bekerja.

2.6 Pengurusan Modal


Dalam sesuatu projek pembinaan, pengurusan modal yang berkesan memainkan peranan
yang paling penting dalam menentukan kejayaan sesebuah projek. Untuk menjadikan
seseorang kontraktor atau pengurus projek yang berjaya, beliau mestilah bijak menguruskan
dan menggunakan sumber kewangan yang ada.

Marin Betts dan John Gunner (1993) menyatakan bahawa masalah yang dihadapi oleh
kontraktor dalam pengurusan terbahagi kepada dua iaitu : -

a) Masalah Dalaman
Kakitangan atau pekerja pengurusan kewangan yang mempunyai pengalaman yang
cukup dalam mengurus sumber kewangan
b) Masalah Luaran
Masalah yang berpunca daripada pihak kedua atau ketiga seperti kelewatan atau
keengganan pihak bank untuk meluluskan pinjaman atau pembekal tidak mahu
membekal bahan binaan dengan cara hutang

Dalam melaksanakan sesuatu projek pembinaan, sumber kewangan amat penting sekali untuk
membiayai keperluan atau kegiatan seperti berikut :

2.6.1

Pembelian bahan binaan, mesin, loji dan sebagainya


Membayar gaji kakitangan, buruh dan sub-kontraktor
Membayar sewa pejabat, bil elektrik, air, telefon dan sebagainya
Membayar elaun lebih masa dan tuntutan kewangan kakitangan
Membiayai keperluan luar jangka

Kepentingan Pengurusan Kewangan


Pengurusan modal adalah bertujuan untuk menentukan penggunaan modal yang
sistematik dan teratur dalam sesebuah projek. Pemilik atau pengurus syarikat yang
memasuki tawaran kerja, perlu memastikan harga yang ditawarkan tidak merugikan
syarikat apabila pembinaan dijalankan. Setelah tawaran yang dimasuki diperolehi,
langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang pengurus projek ialah : a.
b.
c.
d.
e.

Pengurusan wang tunai


Pembayaran Pinjaman
Keperluan jangka pendek
Keperluan luar jangka
Penganalisaan di tapak bina

f. Perbandingan kos
g. Langkah pencegahan

2.6.2

Matlamat Analisa Kewangan


Pengalisaan kewangan sesuatu projek mempunyai beberapa tujuan, J. Prince Gittinger
(1982) : a. Menilai kesan kewangan projek terhadap semua golongan dalam kawasan projek
,iaitu firma-firma pemprosesan dan syarikat-syarikat pembinaan.
b. Memastikan penggunaan yang cekap bagi semua sumber terutama sekali wang
pinjaman dari punca-punca luar seperti bank dan institusi pinjaman
c. Menentukan sama ada terdapat atau tidak galakan (insentif) yang cukup bagi semua
pihak di kawasan projek
d. Penyelarasan semua sumbangan kewangan dapat dibuat dengan lebih cekap lagi
apabila analisis kewangan sudah dibuat dengan baik dan berkesan
e. Analisis kewangan membolehkan kita menilai kecekapan mengurus dan menentukan
jenis organisasi dan pengurusan yang diperlukan untuk melaksanakan projek

2.6.3

Kos Projek
Kos pembiayaan sesuatu projek boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu : a.
b.
c.
d.
e.

2.6.4

Bekalan barang fizikal


Penggunaan tenaga buruh
Pembelian atau sewaan tanah
Cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan
Kos luar jangka

Ramalan Aliran Wang Tunai


Ianya amat penting dalam apa jua perniagaan yang dijalankan. Didapati banyak syarikatsyarikat pembinaan mengalami masalah dan tidak kurang juga ada syarikat yang muflis.
Aliran wang tunai merupakan pemindahan aliran wang tunai keluar dan masuk dari
sesebuah syarikat. Masa aliran tunai juga adalah penting kerana ia menentukan bila wang
dikeluarkan dan bila wang bayaran kemajuan kerja akan diterima dari pemilik. Ada tujuh
faktor yang mempengaruhi aliran wang tunai : -

a. Margin
Merupakan suatu peratusan jumlah yang ditetapkan oleh kontraktor sebagai
keuntungan bersih dalam menjalankan sesuatu projek. Kadar margin yang ditentukan
oleh kontraktor berbeza-beza mengikut jenis projek yang dijalankan.
b. Wang Tahanan
Kebanyakan kerja-kerja pembinaan yang besar menetapkan suatu jumlah tertentu
sebagai wang tahanan. Ia merupakan suatu jumlah yang ditahan untuk tempoh
tanggungan kecacatan yang ditetapkan antaranya adalah 3 bulan, 6 bulan atau 12
bulan bergantung kepada jenis jaminan yang dikehendaki.
c. Wang Pendahuluan
Projek yang menyediakan wang pendahuluan akan mengurangkan keperluan modal
pada peringkat permulaan projek
d. Pendapatan Besar Di Permulaan Projek
Pendapatan besar di permulaan projek akan membantu kontraktor dalam penyediaan
aliran tunai pada peringkat permulaan
e. Pendapatan Besar Di Akhir Projek
Ianya akan dapat membantu kontraktor dalam merendahkan kadar hadapan bagi
memberi margin yang lebih tinggi kepada butiran kerja di bahagian belakang. Walau
bagaimanapun teknik ini akan meningkatkan keperluan aliran tunai kepada kontraktor
f. Kelewatan Menerima Bayaran
Jika berlaku kelewatan pembayaran ini akan meningkatkan keperluan modal. Oleh
yang demikian kelewatan pemilik membuat bayaran akan membebankan pihak
kontraktor
g. Melewatkan Pembayaran Kepada Pembekal dan Sub Kontraktor
Ia nya akan mengurangkan jumlah modal yang diperlukan tetapi mungkin
menjejaskan pembekalan dan prestasi kerja

You might also like