You are on page 1of 3

SOALAN 4: Kerajaan Melayu bukan sahaja muncul menjadi antara kerajaan Melayu

yang hebat di sekitar Kepulauan Nusantara, malahan turut menjadi model dan
contoh bagi kebanyakan kerajaan Melayu semasa mahupun setelah kejatuhannya.
Sistem Politik Melayu Melaka telah menjadi model yang ideal untuk kerajaan
Melayu Semenanjung Tanah Melayu dan sehingga kini telah mendasari sistem
politik Malaysia (Khoo Kay Kim, Kerajaan dan Politik Pengalaman Tamadun Melayu).
Bincangkan.

PENGENALAN
Kerajaan Melaka merupakan antara salah satu kerajaan yang makmur pada abad
ke-14, sehingga kedatangan Portugis pada 1511 menyebabkan kerajaan tersebut
musnah

dan

memberi

peluang

kepada

kerajaan-kerajaan

seterusnya

untuk

membangun. Kerajaan-kerajaan seperti kerajaan Johor, Perak, Pahang dan Acheh


mula mengambil tempat kerajaan Melaka serta bersaing untuk meluaskan pengaruh
mereka di Nusantara. Kerajaan Johor, misalnya, mempunyai minat yang meluas
untuk mengkaji mengenai kerajaan Melayu Melaka disebabkan kerajaan Melayu
Melaka mempunyai reputasi sebagai sebuah kerajaan Melayu yang stabil dari segi
politik, ekonomi dan sosial. Sehingga hari ini, kerajaan Malaysia cuba menjadikan
kerajaan

Melayu

Melaka

sebagai

model

kerajaan

mereka

pada

hari

ini.

Persoalannya, apakah model kerajaan Melayu Melaka ketika itu dan adakah ianya
menyamai model kerajaan Malaysia pada hari ini? Apakah legasi yang ditinggalkan
oleh kerajaan Melayu Melaka sehingga kebanyak kerajaan Melayu ingin mengikut
jejak kerajaan awal tersebut?
APAKAH MODEL PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA?
- Model pemerintahan kesultanan Melayu Melaka adalah berasaskan pemerintahan
secara mutlak oleh seorang sultan yang dibantu oleh pembesar-pembesar di
bawahnya. Seorang Sultan perlu menunjukkan peranan yang baik bagi mereka yang
berada di bawah kekuasaannya untuk menjamin kestabilan dari segi ekonomi,
politik dan sosial. Seperti contoh, Sejarah Melayu mencatatkan peri pekerti Sultan
Muzaffar Shah sebagai seorang sultan yang mulia dan baik budi pekerti, serta

bijaksana sehingga disayangi oleh rakyat jelata. 1 Seorang Sultan harus mempunyai
nilai yang baik bagi mengekalkan kredibiliti rakyat terhadapnya. (pemerintahan
demokrasi hari ini raja berpelembagaan, ada YDPA dan perdana menteri.)
- Undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka
adalah berasaskan undang-undang Islam. Sebahagian besar kandungan undangundang

tersebut

berasaskan

undang-undang

Islam

dalam

semua

bidang

termasuklah soal jenayah, urus niaga, kekeluargaan, keterangan dan acara.2


Misalnya,Fasal 2 dalam undang-undang Laut Melaka mengenakan hukuman bunuh
dan rotan ke atas orang yang berzina dan terdapat fasal-fasal dalam Hukum Kanun
Melaka yang menyenaraikan hukuman potong tangan untuk mencuri, hukuman
qisas bagi kesalahan membunuh, hukuman rejam ke atas kesalahan zina dan lainlain.3 Bukti ini menunjukkan bahawa Kesultanan Melayu Melaka menerapkan unsurunsur Islam dalam menjalankan undang-undang bagi mengekalkan keamanan
setempat.(malaysia moden ada hukum islam dan undang-undang sivil, biasanya
terpisah, undang-undang sivil peninggalan penjajah bersifat sekular)
- Kesultanan Melayu Melaka juga merupakan salah satu kerajaan Melayu pertama
yang mengamalkan menjalinkan hubungan antarabangsa antara negara-negara
yang berbeza, biasanya melalui perdagangan. Pertembungan antara negara yang
berbeza melalui perdagangan antarabangsa ini menjadikan Kesultanan Melayu
Melaka kaya dengan

budaya dan bahasa. Tome Pires, seorang penulis Portugis,

menyatakan bahawa terdapat lapan puluh bahasa berbeza yang digunakan di


pelabuhan Melaka.4 Pendapat oleh Tome Pires ini menunjukkan bahawa terdapat
1 Sulalatus Salatin- Sejarah Melayu., halaman 86.

2 Musa Awang, Di Manakah Kita Dalam Pemantapan Pentadbiran Keadilan Jenayah


Syariah?, Jurnal Kanun 27(1), 2015, halaman 57.
3 http://studentsrepo.um.edu.my/346/7/LAMPIRAN.pdf, dalam lampiran ini
menyenaraikan undang-undang Islam berkaitan Undang-Undang Laut Melaka dan
Hukum Kanun Melaka.
4 Armando Coertasao, The Suma Oriental of Tome Pires, Volume 2, Hakluyt Society,
London, Second Series, No.XLIX, 1921. Halaman 175.

interaksi antara budaya yang berbeza di Melaka dan menunjukkan Melaka


merupakan antara sebuah kerajaan Melayu yang multikultural, atau berbilang
bangsa. (Malaysia juga negara multikultural tetapi jelaskan bahawa masyarakat
berbilang kaum hasil daripada British bawa buruh sini, dan penggabungan dengan
Sabahsarawak menyebabkan wujudnya masyarakat bilang kaum)
- Sistem masyarakat Melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka adalah
bercorakan sistem feudal dengan corak strata yang membezakan antara kumpulankumpulan tertentu. Selain itu, konsep seperti daulat dan derhaka digunakan untuk
mengukuhkan kuasa pemerintah pada ketika itu. Rakyat biasa secara amnya harus
taat kepada Sultan kerana berdasarkan kepada konsep tersebut (daulat dan
derhaka).

You might also like