You are on page 1of 7

Apakah Program Transformasi Ekonomi (ETP)

Gambaran Keseluruhan
ETP Berbeza daripada Percubaan Lampau untuk
Mengembangkan Ekonomi
Satu pendekatan baru dan berani telah diambil
untuk membangunkan ETP. Ini adalah kali pertama
usaha sebegini diambil dalam sejarah Malaysia,
atau oleh mana-mana negara maju yang lain.

ETP dibangunkan melalui pendekatan baru dengan


memberikan fokus kepada jentera pertumbuhan iaitu 12
Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). NKEA berkenaan
akan memberikan sumbangan ketara terhadap prestasi
ekonomi negara dan akan mendapat keutamaan pelaburan
awam dan sokongan polisi. ETP akan diterajui sektor swasta
dengan kerajaan berfungsi sebagai fasilitator. Kebanyakan
dana pembiayaan datang dari sektor swasta (92 peratus)
dengan pelaburan sektor awam digunakan sebagai
pemangkin bagi mencetuskan pembabitan sektor swasta.
Keberkesanan
mana-mana
program
transformasi
bergantung kepada perinciannya
ETP adalah lain dari kebiasaan kerana ia memfokus kepada
tindakan bukan semata-mata kepada prinsip teori dan
idea-idea. Untuk itu sebanyak 131 projek penggerak ekonomi
(EPP) dikenal pasti yang menggariskan tindakan bagi
membangunkan ekonomi. EPP dan peluang perniagaan
dikenal pasti di bawah setiap NKEA dijuruskan kepada

berapa banyak ia menyumbang kepada GNI yang dipilih


berasaskan ekonomi berkesan dan analisa kewangan. Setiap
perbelanjaan
awam
diperuntukkan
berasaskan
memaksimumkan PNK setiap ringgit untuk perbelanjaan
awam. ETP direkabentuk untuk menjadi berkesan dan telus
dengan unit baru ETP di bawah PEMANDU ditugas
memantau dan melaporkan perkembangannya kepada
pemimpin negara, komuniti perniagaan dan rakyat.
Diwujudkan bersama oleh Sektor Swasta dan Awam
Semenjak permulaannya, sektor swasta dan
komuniti
perniagaan
telah
terlibat
dalam
pembentukan ETP.

Pada Mei 2010, Bengkel Seribu Orang telah dijalankan untuk


membantu mengenal pasti 12 NKEA. Sektor Swasta terus
memainkan peranan yang besar apabila makmal NKEA
bermula pada Jun 2010. Lima ratus minda terbaik daripda
sektor swasta (350 orang dari 200 syarikat berlainan) dan
Kerajaan (150 orang dari 60 institusi awam berlainan,
kementerian dan agensi) telah berkumpul untuk
membangunkan pelan bagi 12 NKEA tersebut.
Idea dan rancangan yang dikenalpasti dan dibangunkan di
makmal telah disindiketkan dengan meluas sepanjang
tempoh lapan minggu makmal tersebut. Lebih 600
mesyuarat
pensindiketan
telah
diadakan
dengan
kementerian, agensi, syarikat multinasional, syarikat
tempatan dan badan bukan kerajaan.
Pemegang berkepentingan utama seperti Perdana Menteri,
Menteri-menteri dan para pemimpin perniagaan telah

menyertai makmal pada peringkat awal dan memberi


maklum balas kepada para peserta
Berikutan dari makmal tersebut, Hari Terbuka telah
diadakan di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak di mana
5,500 pelawat (komuniti perniagaan, syarikat multinasional,
rakyat dan media) telah melawat makmal NKEA dan
memberi input yang lanjut. Hasil daripada proses ini adalah
satu hala tuju yang jelas untuk Malaysia menjadi sebuah
negara berpendapatan tinggi dalam masa sepuluh tahun
akan datang. Dalam melancarkan ETP, kami mengesahkan
bahawa EPP yang tersenarai dalam hala tuju ini hanyalah
satu permulaan, dan melalui pelaksanaannya, kami akan
mempelajari dan menyesuaikan program tersebut bagi
memastikan pencapaian aspirasi kami.

Langkah untuk Menyempurnakan ETP

Kejayaan ETP bergantung pada keberkesanan pelaksanaan


inisiatif dan penyampaian sebenar pencapaian yang
dijangka.
Ini akan memerlukan sektor swasta dan awam
bekerjasama sedaya upaya dalam perkongsian bagi
melaksanakan 131 EPP yang merentasi 12 NKEA.
Ikrar Kami Kepada Sektor Swasta
Untuk melaksanakan dengan jayanya satu program
berskala besar sebegini memerlukan pelbagai pihak
untuk bekerjasama dengan cara yang baharu ke
arah satu matlamat bersama yang jelas.
ETP memerlukan sektor swasta untuk memulakan serta
melaksanakan projek yang dikenalpasti manakala Kerajaan
bertanggungjawab untuk menyokong dan memudahkan
implementasinya. Sejajar dengan ini, Kerajaan komited pada
satu Ikrar Kepada Sektor Swasta yang khusus dan boleh
dilaksanakan.

Ikrar Kerajaan kepada Sektor Swasta


Memastikan sektor swasta memiliki EPP di mana
mungkin
sambil mengalih peranan sektor awam kepada penyediaan
sokongan dan bantuan;
Mempercepat dan memintaskan pindaan peraturan
Menyingkirkan halangan dan menubuhkan pemboleh lain yang
diperlukan khusus oleh EPP;

Mengelakkan penyingkiran pelaburan sektor


swasta
sambil menumpukan pelaburan daripada dana awam hanya
sebagai satu pemangkin;
Menganugerahkan kontrak awam
bagi pembiayaan EPP dengan menggunakan proses
berdasarkan merit, mesra pasaran, telus dan pantas;
Merombak dan menyusun semula Lembaga
Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA)
untuk menarik pelaburan asing dan domestik secara efektif
untuk EPP yang disasarkan;
Senantiasa mencari dan
bertindak secara responsif ke atas maklum balas daripada
sektor swasta;
Menyediakan laporan tahunan
untuk menilai impak ETP secara objektif; dan

Mengekalkan ETP sebagai keutamaan negara


di samping memastikan ia diutamakan dari segi perhatian
kepimpinan, pembiayaan dan sokongan.
Program Transformasi Ekonomi-Hala Tuju untuk Malaysia dilancarkan YAB Perdana
Menteri, Dato'Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pada 25 Oktober 2010. Program ini
adalah hasil daripada acara 'bengkel 1,000 orang'dan makmal Aktiviti Ekonomi Utama
Nasional (NKEA) yang dikendalikan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan
(PEMANDU).
Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan berkembang kerana inisiatif-inisiatif yang
dikenal pasti hanya sebagai titik permulaan dan bukan bertujuan menjadi satu pelan induk
tetap bagi aktiviti ekonomi Malaysia untuk 10 tahun akan datang.
Hasil laporan ETP, banyak inisiatif dan aktiviti baru yang belum lagi difikirkan akan
muncul apabila pembaharuan bermula, kemunculan peluang baru dan pembangunan
pasaran. Beberapa projek akan berkembang, sesetengahnya bakal berubah secara radikal
manakala sesetengah yang lain akan ditamatkan.
ETP yang dipacu oleh sektor swasta, akan mentransformasikan ekonomi Malaysia untuk
menjadi negara berpendapatan tinggi dengan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita
sekurang-kurangnya RM48,000 menjelang 2020, di mana 74 peratus daripada
pertumbuhan ini akan disumbangkan oleh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).
Selain itu, ETP akan mencipta lebih tiga juta pekerjaan dengan sebahagian besar
daripadanya merupakan yang berpendapatan sederhana atau tinggi.
Inisiatif
Dalam penilaian impak kepada PNK, setiap makmal NKEA telah mengenal
pasti inisiatif yang diklasifikasikan sama ada sebagai projek permulaan (EPP)

atau peluang perniagaan. EPP adalah projek yang akan menjana pencapaian
berimpak besar dengan pantas dan ia merupakan inisiatif yang menentukan
dengan jelas di mana para pelabur telah dikenal pasti, pelan perlaksanaan
yang

terperinci

telah

diwujudkan

serta

keperluan

pembiayaan

telah

dinyatakan.
Hasil daripada

ETP, ia mampu menyumbangkan sehingga 31 peratus

daripada pertumbuhan PNK tambahan yang dikehendaki dan tambahan 10


peratus melalui kesan penggandaan. Selain itu, peluang perniagaan boleh
menyumbang tambahan 33 peratus lagi sementara baki 26 peratus
pertumbuhan PNK tambahan dijangka akan datang dari sektor lain (bukan
NKEA).
Empat NKEA iaitu minyak, gas dan tenaga, perkhidmatan kewangan, minyak
sawit serta pemborongan dan peruncitan, diunjurkan menyumbang 60
peratus pertumbuhan tambahan antara 11 sektor NKEA , tidak termasuk
Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang.
Kebanyakan inisiatif yang dirancang berasaskan kepada liberalisasi pasaran
dan peningkatan persaingan. Faktor ini amat penting untuk menarik syarikat
multinasional ke Kuala Lumpur, membangunkan paksi kewangan serantau
dalam usaha merangsang pertumbuhan dalam perkhidmatan kewangan
Islam. Liberalisasi harga gas dan pengurangan subsidi juga akan mewujudkan
disiplin pasaran yang lebih kukuh.
Ekonomi
Pertumbuhan ekonomi akan didorong oleh inovasi dan anjakan kepada
aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dengan tumpuan diberikan kepada
kualiti dan pembaikan standard. Dalam NKEA, pertumbuhan akan ditumpukan
pada sub-sektor di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya saing yang
mampan.

Sebagai

contoh,

bagi

perkhidmatan

kewangan,

bidang

pertumbuhan utama adalah dalam perkhidmatan kewangan Islam di mana


Malaysia mempunyai rekod prestasi cemerlang.
Bagi sektor minyak, gas dan tenaga pula, Malaysia berada dalam kedudukan
yang amat mantap untuk membangunkan pusat perkhidmatan medan
minyak serantau disebabkan ketersediaan industri minyak dan gas tempatan

serta kedudukan negara yang berdekatan dengan kawasan medan minyak di


rantau ini.
Menjelang 2020, struktur ekonomi Malaysia akan berubah dengan ketara, di
mana sektor perkhidmatan akan mempunyai bahagian yang lebih besar
dalam ekonomi dengan menyumbang sebanyak 65 peratus kepada Keluaran
dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 58 peratus pada 2010.
Penggunaan domestik akan menjadi pemacu utama pertumbuhan, dengan
menyumbang 59 peratus kepada KDNK menjelang 2020 berbanding 54
peratus

pada

2010.

Ini

bermakna

Malaysia

akan

mengurangkan

pengantungannya kepada eksport sebagai pemacu permintaan dan akan


setanding dengan ekonomi maju seperti Taiwan dan New Zealand dari segi
pertumbuhan permintaan domestik.
Sumber: Bernama

You might also like