You are on page 1of 6

LAPORAN KURSUS BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, IPG KAMPUS KENINGAU DENGAN

KERJASAMA UNIT KO KOKURIKULUM

TEMPAT : BSMM CAWANGAN KOTA KINABALU


TARIKH : 12-14 OKTOBER 2015

Pada hari Isnin

yang lalu, unit BSMM dengan kerjasama unit ko-kurikum IPG

Kampus Keningau telah mengadakan kursus kejurulatihan bagi pelajar PISMP


Pengajian Agama semester 4 bagi melengkapi keperluan proforma bagi semester
ini.

Seramai 16 orang guru pelatih yang terdiri daripada pelajar PISMP Pengajian
Agama dan 4 orang pensyarah turut menyertai kursus ini bagi mendapat sijil
kejurulatihan sebagai pegawai BSMM. Manakala, 2 orang pensyarah pengiring kami
hanya menjadi pengiring dan pemantau kerana mereka telah pun mempunyai sijil
asas kejurulatihan.

Tujuan kursus ini dijalankan adalah bagi memberi sedikit pengalaman,


gambaran dan ilmu kepada para peserta tentang selok belok undang- undang asas
BSMM, penjagaan kesihatan serta pertolongan cemas.

Kursus ini telah berjalan selama 3 hari 2 malam yang mana didalamnya
dimuatkan pelbagai pengisian yang berbentuk teori, amali dan praktikal tentang
ilmu-ilmu asas yang perlu diketahui dan difahami sebagai seorang ahli BSMM.

Pada hari pertama iaitu sekitar jam 8.00 hingga 10.00 malam kami telah
diberikan input maklumat berkenaan sejarah BSMM dunia dan Malaysia serta

undang-undang asas kemanusiaan oleh Mr. Chin yang merupakan jurulatih yang
dikhaskan untuk memberikan maklumat sepanjang kursus ini berjalan.
Pengisian yang diberikan adalah berkenaan dengan pengasas pertama
Palang Merah, prinsip-prinsip asas BSMM, Perjanjian Geneva 1 hingga 4, Protokol
tambahan 1,2 dan 3 dan sebagainya.

Teknik yang telah digunakan oleh penceramah bukan hanya sekadar chalk
and talk semata-mata tetapi beliau memberikan sedikit gambaran mahupun
maklumat yang bakal keluar di dalam perperiksaan yang bakal kami jawab nanti.

Pada hari kedua pula, kursus diteruskan dengan slot kesihatan. Pada ketika
ini, fokus peserta sangat baik kerana ianya berkaitan dengan amalan penjagaan
kebersihan dan kesihatan. Tambahan pula, tips-tips untuk menjaga kesihatan telah
banyak dikongsi oleh penceramah bagi memastikan kesihatan terjaga.

Tambahan pula, slot pada kali ini banyak mendedahkan maklumat tentang
nutrisi- nutrisi yang terkandung dalam makanan yang perlu diambil banyak dan
dikurangkan dalam sesuatu hidangan makanan.

Saranan penyeramah adalah mengambil makanan yang banyak pada waktu


pagi kerana ianya membekalkan sumber tenaga dan oksigen disamping 70% zat
makanan tersebut akan diproses didalam badan bagi mengelakkan pertumbuhan
lemak tepu di dalam badan.

Manakala, pada jam 2 hingga 4 petang pula, kami telah menduduki 2 kertas
peperiksaan yang berbeza mengenai undang-undang asas kemanusiaan dan
pendidikan kesihatan.

Selepas selesai menduduki peperiksaan, tepat jam 4 hingga 5.30 petang


kami telah mengikuti slot yang ketiga iaitu slot pertolongan cemas. Di dalam slot
ini, kami telah didedahkan tentang objektif utama pertolongan cemas yang
merangkumi 3

aspek iaitu untuk menyelamatkan nyawa manusia, kedua

mengurangkan kecederaan dan ketiga mengelakan infeksi yang boleh melambatkan


proses penyembuhan.

Disamping itu juga, di dalam slot ini juga, kami didedahkan tentang rangkarangak yang terdapat dalam badan manusia disamping proses-proses yang terlibat
dalam pernafasan. Memandangkan CPR merupakan perkara penting yang wajib
diketahui oleh kami, maka kami telah dimaklumkan tentang proses-proses yang
perlu diikuti bagi memberikan CPR kepada mangsa apabila berlaku sebarang
kecemasan.

Antara tips-tips yang dikongsi adalah berkaitan dengan DRCBA dan DRABC
serta SAMPLE yang perlu dikuti kronologinya apabil berhadapan dengan mangsa.
DHABC membawa maksud pertama sekali, kita hendaklah memastikan kawasan
sekeliling selamat. Seterusnya, memeriksa mangsa untuk mendapatan respon, jika
tiada respon minta tolong dengan orang sekeliling untuk menghubungi Ambulans
dan membawa alat AED. Setelah itu, lakukan hebusan 2 kali kepada mangsa
dewasa melalui mulut kemudian lakukan CPR dengan menekan bahagian tulang
stenum mangsa sebanyak 30 tekanan sebanyak 5 kali. Akhir sekali, cek nadi
mangsa dan pernafasannya bagi mengetahui kesan CPR tersebut dan jika mangsa
bernafas dan mempunyai nadi sila ubahkan kedudukan mangsa agar mangsa dapat
bernafas dengan baik dan selesa. Jika sebaliknya, teruskan melakukan CPR
sehingga ambulans sampai ketempat kejadian.

Pada hari terakhir, kami telah menduduki peperiksaan amali berkenaan


pertolongan cemas. Peperiksaan amali tersebut telah dijalankan pada jam 10.30

pagi sehingga 12.30 tengah hari. Amali pada kali ini telah dikendalikan oleh En.
Bee yang merupakan petugas yang dikhaskan untuk menilai amali tentang CPR
dalam pertolongan cemas.

Bagi amali kali ini, setiap peserta hendaklah melakonkan aktiviti CPR secara
individu. Didalam peperiksaan ini, kami dikehendaki untuk menjawab soalan lisan
berkenaan dengan CPR dan kronologi-kronologi yang harus dilakukan apabila
berdepan dengan mangsa yang memerlukan pertolongan.
Akhir sekali adalah majlis perasmian penutupan kurusus kejurulatihan yang
telah dirasmikan oleh Pengerusi BSMM cawangan sabah iaitu Tuan Hj Abd Kadir.
Turut hadir dalam perasmian tersebut adalah pengarah BSMM cawangan sabah iaitu
En Philip Lay.

REFLEKSI KURSUS KEJURULATIHAN BSMM IPG KAMPUS KENINGAU DI BSMM


CAWANGAN KOTA KINABALU

Dalam kursus ini, pelbagai kelebihan dan kebaikan yang kami perolehi sepanjang
berlangsungnya kursus ini.
Kekuatan
Dalam memastikan keberkesanan kurusus ini dijalankan, terdapat pelbagai ilmu
yang

kami

perolehi.

Antaranya

ialah

ilmu

tentang

undang-undang

asas

kemanusiaan, prinsip-prinsip serta pertolongan cemas CPR yang mempunyai


kronologi yang perlu diikuti sebagai landasan bagi menyelematkan nyawa
seseorang.
Disamping ilmu berkaitan teori, kami juga didedahkan dengan ilmu secara
praktikal seperti CPR yang memerlukan perlakuan secara terus dan nyata agar
memberi gambaran kepada kami situasi sebenar apabila berlaku sebarang
kecemasan.
Kelemahan
Kelemahan yang dapat kami kesan sepanjang kursus ini berjalan ialah berkaitan
dengan pengurusan masa. Apa yang kami dapat perhatikan ialah peruntukan masa
yang tidak mencukupi

semasa taklimat dan peperiksaan.

Keadaan sedemikian

telah menyebabkan para peserta terpaksa bergegas untuk menjalani program yang
telah dirancang.
Disamping itu juga, input tentang pertolongan cemas yang telah disampaikan
tidak meliputi skop yang perlu kami ketahui. Oleh hal yang demikian ianya telah
menyebabkan pemeriksa ataupun penjaga yang menjaga kami bagi peperiksaan
pertolongan cemas terpaksa memberikan input yang belum lagi disampaikan.
Penambahbaikan
Segala kelemahan yang timbul perlu kepada penambaikan. Oleh hal yang demikian,
masalah tentang pengurusan masa perlu diurus

dengan sebaiknya.Oleh itu,

diharapkan pihak pengelola bertanggungjawab bagi pengurusan masa bagi peserta


kursus agar tiada masa yang terbuang.

You might also like