You are on page 1of 1

Pencemaran Air di Malaysia

Punca utama pencemaran air di Malaysia adalah seperti pembuangan sampah dari kawasan
perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang bahan pembuangan
daripada badan manusia dan binatang ternakan seperti ayam, khinzir, lembu dan lain-lain ke
dalam sungai. Sebagai contoh, Sungai Semenyih pernah dicemari dengan puluhan ladang
khinzir pada tahun 1980-an.
Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran
air sepanjang sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit,
terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan dari udara yang bertempat di Sungai
Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang telah menunjukkan warna air yang
berwarna hitam pekat apabila sampai ke laut.
Para petani yang bekerja di Tanah Tinggi Cameron telah mengamalkan penggunaan baja
kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel
dan rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna sehingga
menyebabkan najis manusia tidak dapat dirawat dengan betul. Kes ini juga telah didedahkan
kepada wartawan dan dipertontonkan di televisyen. Selepas itu, barulah Majlis Daerah
Cameron Highlands mengambil peranan dengan turut sama mengambil tindakan bagi
memperbetulkan keadaan.
Pengilang dari Taiwan telah dilaporkan mengeksport sisa kimia ke Malaysia dan ditanam di
kawasan terpencil di Johor, Malaysia. Beberapa negara maju juga membuang sisa radioaktif
dengan memasukkan sisa ini ke dalam tong-tong dram sebelum membuangnya ke dalam laut.
Tindakan ini boleh merosakkan hidupan laut. Longgokan tayar buruk di dasar laut
terutamanya di Laut China Selatan telah digunakan sebagai tempat ikan berlindung dan
membiak di dasar laut. Sesetengah pulau tidak mempunyai sistem pelupusan sampah. Oleh
itu, telah wujud istilah pulau sampah secara terancang atau tidak terancang

You might also like