You are on page 1of 4

PEMBAHAGIAN GENRE DI DALAM KESUSASTERAAN MELAYU

Sub-topik ini akan membincangkan pembahagian genre di dalam Kesusasteran


Melayu dengan lebih mendalam. Anda akan mempelajarai Kesusasteraan Melayu
Tradisional dan Kesusasteraan Melayu Moden.

1. Kesusasteraan Melayu Tradisional


Rajah di bawah menghuraikan bahagian-bahagian dalam Kesusasteraan Melayu
Tradisional dengan lebih jelas.

Kesusasteraan Melayu Tradisional

Kesusasteraan Melayu Tradisional terbahagi kepada dua kategori, iaitu:


-Prosa
-Puisi
Prosa Melayu Tradisional terbahagi kepada dua cabang utama, iaitu:
-Naratif
-Bukan Naratif
Prosa tradisional berbentuk naratif terbahagi pula kepada dua jenis, iaitu:
-Naratif Lisan
-Naratif Tulisan
Naratif Lisan di dalam Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada tiga genre, iaitu:
-Mitos

-Legenda
-Cerita Rakyat
Cerita Rakyat terbahagi kepada tiga subgenre, iaitu:
-Cerita Jenaka
-Cerita Binatang
-Cerita Dongeng
Cerita Dongeng ialah:
-Lipur Lara
-Cerita Teladan
Ada dua pengaruh di dalam Naratif Tulisan, iaitu:
-Pengaruh Hindu
-Pengaruh Islam
Pengaruh Hindu terdapat di dalam genre:
-Sastera Panji
Pengaruh Hindu-Islam terdapat di dalam genre:
-Sastera Transisi
Pengaruh Islam mempengaruhi genre-genre yang berikut:
-Sastera Hikayat
-Sastera Sejarah dan
-Sastera Epik.
Sastera Epik ada dua subgenre, iaitu:
-Epik Kebangsaan
-Epik Melayu-Islam

Genre-genre yang tergolong di dalam kategori Prosa Tulisan Bukan Naratif ialah:
-Sastera Kitab
-Sastera Ketatanegaraan
-Sastera Undang-Undang
-Sastera Sufi
Puisi Melayu Tradisional terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
-Puisi Narati
-Puisi Bukan Naratif
Di samping itu, genre-genre Puisi Melayu Tradisional dapat pula dikategorikan
kepada tiga kumpulan yang berasingan jika dilihat dari sudut asal usulnya, iaitu:
-Puisi Tradisional Warisan Melayu
-Puisi Tradisional Warisan Islam
-Puisi Tumpangan
Puisi Tumpangan juga terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
-Puisi Tumpangan Warisan Melayu
-Puisi Tumpangan Warisan Islam
Rajah 1.10 menyatakan dua kategori puisi tumpangan dan contoh-contohnya.

Puisi tumpangan

Teka-teki dan rejang menumpang pada bentuk syair dan pantun. Endoi pula
menumpang pada bentuk syair, nazam dan pantun. Puisi Tumpangan Warisan Islam
semuanya menumpang pada bentuk syair atau nazam yang biasanya berbahasa
Arab.

Satu lagi genre puisi di dalam bahasa Melayu ialah puisi sufi. Puisi jenis ini
memaparkan idea-idea tasauf. Salah seorang penulis puisi jenis ini yang paling
terkenal ialah Hamzah Fansuri.

You might also like