You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN MAJLIS BACAAN YASIN PELAJAR TAHAP 2 BERSAMA IBU BAPA

ANJURAN PUSAT PERMATApintar NEGARA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


PADA 12 OKTOBER 2012
DI DEWAN SERBAGUNA PERMATApintar NEGARA, UKM

Terima Kasih saudara Pengacara Majlis


Para Instruktor Program Pendidikan PERMATApintar
Yang dialu-alukan kedatangan para ibu bapa/ penjaga/ waris kepada
pelajar-pelajar tahap 2 Program Pendidikan PERMATApintar, UKM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terlebih dahulu bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana telah


diberi kesempatan untuk bersama-sama menghadiri Majlis Bacaan
Yasin untuk pelajar-pelajar yang bakal mengambil peperiksaan SPM
pada november ini. Terima kasih kepada ibu bapa/ penjaga/ waris
pelajar-pelajar yang hadir pada hari ini kerana kesudian pihak tuantuan dan puan-puan bersama-sama di majlis ini bagi memohon ke
hadrat Allah S.W.T agar anak-anak tuan-tuan dan puan puan berjaya
dalam peperiksaan yang akan datang.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Majlis bacaan Yasin ini akan dijadikan sebagai program setiap tahun
bagi pelajar-pelajar tahap dua yang bakal mengambil peperiksaan
SPM. Saya berharap majlis seperti ini akan mendapat sokongan
sepenuhnya daripada tuan-tuan dan puan-puan. Hal ini kerana majlis
ini bukan sahaja bertujuan untuk kita sama-sama memanjatkan doa ke
hadarat Ilahi malah pada masa yang sama kita dapat merapatkan
hubungan silaturahim dan persaudaraan sesama kita.

Tuan-tuan dan puan-puan


Kami di pihak PERMATApintar bukan sahaja mendoakan pelajarpelajar berjaya dalam SPM malah berjaya di masa hadapan. Pelajarpelajar PERMATApintar telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti
dan program sepanjang dua tahun pembelajaran mereka di sini.
Segala ilmu yang telah dipelajari diharapkan dapat menjadi panduan
yang berguna kepada para pelajar nanti.

You might also like