You are on page 1of 15

AYAT/PERKATAN BERIKUT BOLEH DIGUNAKAN DI DALAM PENULISAN UNTUK

MERANGSANG ATAU MENARIKA PERHATIAN PEMERIKSA KERTAS/PEMBACA


A
1. Andaikan perkara ini berlanjutan,
2. Apa yang membimbangkan kita ialah
3. Abad yang mementingkan material ini mengajar kita ...
4. Abar (penghalang) utama fenomena ini ialah...
5. Abet (tingkah laku) ini jelas membuktikan bahawa...
6. Adalah absurb (mustahil) jika kita mengatakan bahawa
7. Acap kali (sering kali) kita terbaca di dada akhbar tentang gejala ini,
8. Ada pihak yang beranggapan bahawa
9. Ada desas-desus (khabar angin) yang menyatakan dengan jelas bahawa
10. Acuhan (sesuatu yang menarik perhatian) ini menyebabkan
11. Adalah dipercayai bahawa...
12. Adalah lebih Afdal (baik) jika...
13. Adalah memalukan kita kerana
14. Adanya perkara ini kerana
15. Adalat (keadilan) akan terpancar jika....
16. Adaptasi (penyesuaian dengan keadaan yang baru) ini menyebabkan
17. Adat di dunia memang begitu,
18. Adicita (idealogi) memang bercanggah kerana...
19. Adiwarna (memang bagus) jika kita......
20. Adpertensi (iklan dalam surat khabar) pernah memaparkan...
21. Advis (nasihat) saya ialah ...
22. Aduan yang kita sering terima ialah...
23. Afal (kelakuan) yang negatif ini menyebabkan
24. Afidavit (bukti bertulis) ini jelas memberitahu kita bahawa...
25. Agak membimbangkan kita kerana...
26. Aforisme (ungkapan) yang selalu kita dengar ialah...
27. Agen pemusnah dalam kehidupan ini menyebabkan....
28. Aib (malu) sekali manusia zaman ini kerana..
29. Akhirulkalam, (penutupnya, akhirnya,
30. Aktivis (orang yang sesuatu kegiatan) pernah memberikan pendapat bahawa
31. Alam terbentang menjadi saksi,
32. Alimiat (zaman peradaban) ini banyak memberitahu kita bahawa
33. Almalun (terkutuk) sekali jika kita....
34. Amnya, (Umumnya)
35. Anjakan Paradigme ( Perubahan untuk kebaikan) ini berlaku kerana....
36. Angkara perbuatan ini,
37. Arbitrari (analisis) yang dilakukan mendapati bahawa....
38. Aspirasi (cita-cita) negara ialah ...
39. Atas dasar perikemanusiaan,
40. Ayuhai manusia,....
B
41. Bagaimana pun,

42.
43.
44.
45.
46.
47.
48.
49.
50.
51.
52.
53.
54.
55.
C
56.
57.
58.
59.
60.
D
61.
62.
63.
64.
65.
66.
67.
68.
69.
70.
71.
72.
73.
74.
75.
76.
77.
78.
79.
80.
81.
82.
83.
84.
85.

Bahang masalah in semakin terasa kerana


Bagunlah wahai rakyatku,
Barangkali kita terlupa bahawa...
Baru-baru ini,
Belakangan ini,
Bayangkan suatu hari nanti,
Bedilan (tembakan) kata-kata yang tidak berasas menyebabkan...
Bedooh (melampau) sekali jika mereka...
Belukar kehidupan ini mengajar kita....
Benarlah jika saya mengatakan bahawa
Bernas sekali anggapan bahawa...
Biasanya,
Bobroknya (rosaknya) masyarakat hari ini kerana...
Bulan dan bintang menjadi saksi bahawa

Cangkaliwang ( keadaan huru-hara) ini bersangkut paut dengan faktor...


Cetusnya kegelisahan ini adalah kerana
Cocok sekali hal ini dikaitkan dengan..
Cukuplah sekadar ini,
Cukup malu kerana...
Dada manusia yang kejam ini..
Dada insan yang rakus (tamak) ini...
Daifnya (hina) kita jika dikatakan...
Dakwaan yang mengatakan bahawa...
Dakwaan ini memang tepat kerana
Dakwaan ini tidak berasas kerana
Dalam mengharungi arus globalisasi,
Dalam lautan kehidupan yang bergelora ini,
Dalam meniti (melalui) hari demi hari,
Dalam hal ini,
Dalam ajaran agama dan moral,
Dalam mengaplikasikan nilai ini,
Dalam pada itu,
Dalih (alasan) yang selaku kita dengar ialah
Dalil (keterangan) ini menjelaskan bahawa...
Dangkal (cetek pengetahuan) sekali anggapan bahawa....
Dapat kita simpulkan bahawa...
Daripada membiarkan masalah ini kronik,
Deklarasi (pernyataan jelas) ini membuktikan bahawa...
Dalam hal sedemikian,
Dengan berbuat demikian,
Desakan hidup kadangkala menyebabkan kita..
Destinasi perjalanan yang tidak tentu ini mengakibatkan...
Digniti (kemuliaan) manusia semakin terhakis kerana
Diskriminasi kaum menyebabkan...

E
86. Ekspedisi kehidupan ini mengajar kita
87. Evolusi (perubahan) ini menyebabkan.
88. Ekoran daripada peristiwa ini,
89. Eloklah jika kita menerima hakikat bahawa..
90. Entah mengapa,
F
91. Fahaman ini jelas menunjukkan bahawa...
92. Faktor utama ialah..
93. Faraq (perbezaan) hal ini ialah
94. Fasal (berkenaan) itu,
95. Fitrah (sifat semula jadi) sang manusia kini ialah...
96. Fokus utama topik kita ialah...
97. Fungsi utama ialah..
G
98. Galakan ini datangnya daripada...
99. Gamatlah suasana kerana ...
100. Gandingan ajaran agama dan moral memang baik kerana...
101. Gaya hidup yang serba mewah ini menunjukkan bahawa
102. Gejala ini ada kaitan dengan....
103. Gelisah ibu bapa bertambah berat apabila...
104. Gelora hati ini menolak mereka ke lembah hina dan menyebabkan....
105. Generasi dotkom ini mementingkan..
106. Gerabak (laluan) perjalanan hidup ini akan tergelincir apabila...
107. Gundah sekali apabila....
108. Guru di sekolah mengajar kita bahawa,,,
H
109. Habis (jadi),
110. Hala tuju kerajaan ialah...
111. Hal ini demikian kerana
112. Hal ini berlaku kerana...
113. Hal in memang memeranjatkan kita kerana...
114. Hal ini tidaklah menghairankan kerana...

115.
116.
117.
118.
119.
120.
121.
122.
123.
124.
125.
I

Hal ini berpunca daripada...


Hal ini menyebabkan...
Hal ini menghalang usaha kita...
Hampanya ibu bapa apabila...
Harapan kita ialah...
Harapan negara ialah...
Hipokrit (sifat berpura-pura) manusia menyebabkan
Hipotesisnya ialah...
Hujah (pendapat) ini bercanggah kerana...
Hujah yang dikatakan...
Hujah itu memang tepat kerana...

126.
127.
128.
129.
130.
131.
132.
133.
134.
135.
136.
137.
138.
139.
140.
141.

Ifrit (golongan yang jahat) ini menyebabkan...


Idea ini menyebabkan
Ideologi ini memang benar kerana...
Ijtihad (pendapat) ini benar kerana
Ijtihad pelbagai pihak ialah...
Iklim budaya ketimuran menyebabkan...
Iman manusia semakin menipis kerana..
Ilustrasi kehidupan ini memang cantik,
Impaknya(kesannya) ialah
Impak daripaha hal ini menyebabkan...
Ingatlah bahawa...
Ingat,
Insaflah wahai manusia,
Inisiatif (usaha)kerajaan ini tidak dipandang berat kerana...
Istilah malas memang bahaya kerana...
Izinkan saya katakan bahawa....

J
142.
143.
144.
145.
146.
147.
148.
149.
150.
151.
152.
153.
154.
155.
156.
157.
158.
159.
160.

Jika ditinjau dari sudut agama,


Jauhari berpendapat bahawa,
Jabatan narkotik membuktikan bahawa
Jadi,
Berjaga-jagalah kita,
Jagat (dunia) ini amat luas,
Jagatraya (seluruh dunia) ini,
Jago (juara) politik beranggapan,
Jah (kemuliaan) manusia terhakis kerana
Jahar (nyaring) sekali suara pemimpin
Jak ( semenjak / dari)
Jalan hidup yang lurus ini
Jauh di sudut hati,
Jauh berbeza daripada orang lain,
Jelmaan sikap ini bersangkut paut dengan
Jentera kerajaan mestilah
Jihad (perjuangan) manusia
Justifikasinya, (alasannya)
Jurang pemisah in menyebabkan

K
161.
162.
163.
164.
165.
166.
167.
168.

Kaca (cerita) ini jelas membuktikan bahawa


Kaca mata ini sentiasa melihat
Kadangkala,
Kekagetan (ketakutan / kebimbangan) ini menyebabkan
Kala manusia bermain dengan kezaliman,
Kalakian, ( ketika itu)
Kaliber (kebolehan) manusia tergugat apabila
Kalimah (kata-kata) ini menyebabkan

169.
170.
171.
172.
173.
174.
175.
176.
177.
178.
179.
180.
181.
182.
183.
184.
185.
186.
187.
188.
189.
190.
191.
192.
193.
194.
195.
196.
197.
198.
199.
200.
201.
202.
203.
204.
205.
206.
207.
208.
209.

Kancah politik menyebabkan


Kancah jenayah ini semakin serius sehingga
Kandil (pelita) hidup yang bernyala-nyala menyebabkan
Kanun (undang-undang) jenayah tidak dapat berfungsi dengan baik kerana
Karma kehidupan ini akan jelas kelihatan apabila
Kata Perdana Menteri,
Kata golongan intelek,
Kaum hawa (wanita) berpendapat bahawa
Kaum adam (lelaki) berpendapat bahawa
Kayu pengukur tahap keimanan seseorang ialah
Kecainya (hancurnya) harapan ibu bapa apabila
Kekecamukan ( ketidaktenteraman) ini menyebabkan
Kedaluwarsa (sudah tiba masanya)
Kebobrokan (kemusnahan) manusia semakin memuncak kerana
Kelak,
Kemudiannya,
Kekeliruan (kekusutan) ini semakin jelas menunjukkan
Kekhilafan (kesilapan) ini menyebabkan
Kekentalan hidup mengajar kita
Kerenah manusia pada zaman moden ini,
Ketuaan dunia kelihatan jelas apabila
Khususnya,
Kiamat nanti jika hal in menjadi ketahuan umum kerana
Kini,
Kira-kira sedekad lalu,
Kitab suci al-Quran menjelaskan bahawa
Klasiknya pemikiran seseorang apabila
Kombinasi ini menyebabkan
Kompetitif (persaingan) ini menyebabkan
Kompleksnya kehidupan manusia kerana
Komuniti Malaysia tidak beranggapan bahawa
Konklusinya,
Konsep ini sesuai kerana
Kontradiksinya, (sebaliknya)
Kekosongan jiwa menyebabkan
Kotornya sanubari seseorang jika
Kreativiti ini menyebabkan
Kredit (hutang / wang) harus diberikan kepada mereka kerana
Kritikalnya masalah ini kerana
Kubu pertahanan negara semakin terancam apabila
Kurangnya pendidikan menyebabkan

L
210.
211.
212.
213.

Lagipun,
Lagi pula,
Langkah yang sesuai ialah
Langsung tidak kita ramalkan bahawa

214.
215.
216.
217.
218.
219.
220.
221.
222.
223.
224.
225.
M
226.
227.
228.
229.
230.
231.
232.
S
233.
T
234.

Lebih-lebih lagi,
Lahirnya perasaan tersebut adalah kerana
Lahiriahnya ( pada awalnya)
Lakonan manusia kini semakin baik kerana
Lanjutan daripada peristiwa itu,
Lantangnya suara manusia menyebabkan
Lapangan (bidang) ini berkisar tentang
Lebih-lebih lagi,
Leganya kita jika
Lillahi, (demi Tuhan)
Lumrahnya, (lazimnya)
Lumpur hidup ini memang begitu,

Maknanya,
Maka,
Masa sekarang
Malangnya,
Malang tidak berbau,
Masihkah anda ingat,
Misalnya,
Sementelahan,
Tempiasnya (kesannya)

Pengenalan
Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia ini tentang
isu .
Fenomena yang terjadi ini pasti ada sebab-sebab munasabahnya kerana kalau angin
tidak bertiup, masakan pokok bergoyong?
Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang
2020.Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang
bakal menghambat
PENANDA WACANA : MEMULAKAN KARANGAN

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia ini tentang isu
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda
kita telah .
Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020.
Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal
menghambat.
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita
acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronak yang dicetuskan
oleh rakyat kita sendiri.
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini
Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan
PENANDA WACANA :
UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN
Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan
dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi
masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik
dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita
ini. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan
pendapat yang menyatakan .

Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik
dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi
hingga ke akar umbi.
PENANDA WACANA :
UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

Kita dapat menyaksikan betapa


Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana
Lazimnya, dalam keadaan
Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah
Pada hemat saya
Pada pandangan saya
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa
Sebagaimana yang kita ketahui
Sebagaimana yang kita maklumi
Sejak awal lagi
Sejak kebelakangan ini
Selain itu, pada masa ini juga
Seperti yang telah dinyatakan
Umum mengetahui bahawa
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA :
UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

Bagi sesetengah orang


Begitu juga dengan
Begitu juga halnya dengan
Bertitik tolak daripada itu
Bukan itu sahaja
Dalam hal ini
Dalam konteks ini ..
Dalam zaman yang serba canggih ini
Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa
Dengan adanya
Dengan berbuat demikian
Dengan perkataan lain ..
Disebabkan hal itu
Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
Hal ini berlaku disebabkan...
Hal ini penting dalam...
Hal ini serupa dengan...
Hal yang serupa berlaku apabila...
Ini disebabkan Ini membuktikan bahawa ...
Ini menggambarkan bahawa...
Ini secara tidak langsung akan...

Ini semua meninggalkan kesan kerana...


Ini tentu sekali membuatkan...
Jadi kita perlu...
Jadi kita hendaklah...
Keadaan ini tentunya...
Lantaran itu sehingga kini...
Kesemua ini menyumbang kepada...
Kita mengakui hakikat bahawa...
Kita sering menonton di kaca televisyen...
Kita sering membaca di dada-dada akhbar...
Memandangkan keadaan yang sedemikian...
Namun sejak kebelakangan ini...
Oleh itu, bolehlah dikatakan...
Secara logiknya masa yang...
Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita...
Keadaan ini seharusnya boleh...
Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini...
Kendatipun demikian, kita masih...
Yang paling nyata ialah...
Yang perlu kita pastikan ialah...

PENANDA WACANA :
UNTUK MENYATAKAN STATISTIK
Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak..
Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan...
Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian pada tahun ...
menunjukkan bahawa sebanyak ...
PENANDA WACANA:
UNTUK MENYATAKAN CONTOH

Sebagai contohnya
Biar kita lihat
Biar kita ambil contoh
Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
Sebagai analoginya,
Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA :
UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

Intihanya,
Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
Konklusinya,
Dengan ini diharapkan
Bukan itu sahaja

Mudah-mudahan perkara ini


Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni, insyallah perkara ini akan
Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntur kerana


banyak pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang
dianjurkan.Jelaskan langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk
menyuburkan semangat patriotisme.
_______________________________________________________

Pelbagai projek pembangunan negara kita,Malaysia kini berada di landasan yang


kukuh sejak kemerdekaan yang dicapai sejak 52 tahun dahulu.Kemerdekaan yang
dicapai ini haruslah dijadi sesuatu yang dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia
kerana kita telah bebas daripada jajahan kuasa asing.Dewasa ini, negara kita sedang
mengorak langkah ke arah menuju taraf sebagai negara yang maju seperti negara
England dan Jepun yang kian maju.Hal ini selaras dengan hasrat dan visi kudsi negara
kita untuk mencapai Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh mantan Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir. Kita sayugialah berasa bangga dengan negera kita
dalam pembinaan bangunan yang bertaraf antarabangsa seperti Lapangan Terbang
Antarabangsa Kula Lumpur(KLIA) dan Menra Kula Lumpur. Namun semua ini tidak
membawa erti sekiranya kemelut semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat
yang semakin luntur tidak diatasi.

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia ini tentang isu semangat patriotisme dalam kalangan
masyarakat.Statistik yang sahih lagi tepat yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kemanusiaan pada tahun 2008 jelas menunjukkan kepada kita bahawa semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntar.Hal ini berlaku demikian
kerana banyak pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang
dianjurkan.Fenomena ini sering menghiasi dada akhbar-akhbar tempatan.Sekarang,
bukanlah masa untuk kita menuding jari dan menyalahkan sesiapa.Agenda kita

sekarang ialah bertindak.Sebagai Khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran dan
bergelar insan kamil, kita haruslah menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah
ini yang sudah lama bernanah dalam negara kita.Jikalau diri kita tidak berusaha dan
hanya menyalahkan orang lain, diri kita yang akan mendapat malu seperti yang
diungkapkan dalam pantun yang berbunyi :

Burung merbuk terbang melayang,


Hinggap setenggak di dahan mati,
Kalau menepuk air di dulang
Nanti memercik ke muka sendiri.

Persoalannya, apakah langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan


semangat patriotisme di kalangan masyarakat?

Langkah yang paling mujarab adalah bermula daripada diri kita.Marcus Aurelis
pernah mengatakan bahawa jangan membuang masa memikirkan cara hendak
menjadi orang yang baik, tetapi mulakan daripada diri sendiri.Oleh itu, kita
berperanan signnifikan untuk menyuburkan semangat patriotisme dalam negara
kita.Kita haruslah giat melibatkan diri dalam program-program patriotisme yang
dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu tidak kira sama ada pihak kerajaan ataupun
pihak bukan kerajaan.Rententan itu,kita juga haruslah menonton lebih banyak filemfilem atau siaran televisyen yang berunsur patriotisme.Hal ini secara tidak
langsungnya dapat menyemai semagat patriotisme dalam diri kita.Selain filem-filem
dan siaran televisyen, kita juga sayugialah acap kali mendengar lagu-lagu yang
berunsurkan patriotisme seperti Keranamu Malaysia

Sementara itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha
menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.Ibu bapa merupakan
orang yang paling rapat dan mesra dengan anak-anak.Anak-anak menghabiskan
kebanyakan masa bersama-sama dengan mereka.Oleh itu, telah menjadi obligasi ibu
bapa untuk mendidik anak-anak mereka supaya mempunyai semangat
patriotisme.Mereka perlulah sentiasa membeli bahan bacaan seperti Majalah Bulan
Melayu yang menerapkan banyak unsur patriotisme untuk anak-anak mereka sebagai
hadiah.Anak-anak yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang ini
mudah diajar dan disuntikan dengan semangat patriotisme.Bak kata pepatah,
'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Ibu bapa juga patut menjadikan diri mereka
teladan dengan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.Hal ini kerana menurut
teori Polvo, usia anak-anak ialah usia meniru.Mereka akan meniru tingkah laku ibu
bapa mereka.

Langkah yang seterusnya ialah pihak masyarakat haruslah sering


mengadakan kempen-kempen seperti 'Cintailah Negara Kita'. Hal ini adalah untuk
menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.Kempen sebegini
mampu mendedahkan kepada golongan rakyat tentang peri pentingnya mempunyai
semangat patriotisme dalam jiwa mereka. Kempen-kempen tersebut haruslah
diadakan secara berterusan dan bukannya seperti 'hangat-hangat tahi ayam' Mereka
juga tidak sepatutnya menjalankan kempen-kempen tersebut bagai 'melepaskan
batuk di tangga'. Selain itu, masyarakat juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang
mampu menyuburkan semangat patriotisme.Contohnya, masyarakat boleh
mengadakan aktiviti seperti sambutan Hari Kemerdekaan Negara kita melalui
pertubuhan seperti Rukun Tetangga.Bertitik tolak daripada aktiviti rersebut, semangat
patriotisme dalam jiwa rakyat Malaysia dapat dipupuk atau disuburkan.

Di samping itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang amat besar
dalam usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat
Malaysia,Pihak kerajaan dapat memainkan peranan mereka melalui media massa
seperti televisyen dan radio.Mereka harusnya menyarankan agar pihak media
senantiasa menyiarkan program-program yang dapat menyuburkan semangat
patriotisme.Iklan-iklan dalam televisyen harulah dapat menyemai atau menyuntik
semangat patriotisme ke dalam sanubari rakyat.Sehubungan dengan itu,pihak
kerajaan juga harus menampalkan poster-poster berkaitan dengan pejuang-pejuang
kemerdekaan pada masa silam pada dinding premis-premis di sepanjang jalan raya.
Dengan ini, rakyat dapat selalu diingatkan agar menghargai sumbangan pejuang
silam dan ini secara tidak langsungnya akan melahirkan perasaan cinta akan negara
yang membawa kepada kewujudan semangat patriotisme yang tinggi.

Pernahkah terlintas dalam benak fikiran anda bahawa pihak sekolah juga
berupaya dalam usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat?
Sememangnya pihak sekolah mampu memainkan peranan tersebut.Menurut kata Tun
Abdullah b.Ahmad Badawi, sekolah atau alma mater merupakan kilang yang
menghasilkan produk modal insan yang cemerlang dan mempunyai semangat
patriotisme yang tinggi. Guru diibarat sebagai lilin yang mebakar dirinya, tidak pernah
mengenal rasa jemu dan letih memberi ajaran kepada anak bangsanya.Tanpa guru,
siapalah kita. Maka, guru memainkan peranan yang penting dalam memberi didikan
seperti menceritakan sejarah negara kita agar pelajar dapat mengetahui betapa
susahnya pejuang masa dahulu bertungkus lumus untuk mendapat kemerdekaan
negara.Dengan ini, pelajar-pelajar dapat mempunyai semangat untuk
mempertahankan negara daripada ancaman atau pencerobohan luar. Pihak sekolah
pula harus mengadakan sambutan kemerdekaan setiap tahun untuk menyegarkan
dan mengelakkan kehilangan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

Secara konlusinya, semua pihak haruslah menjangkau sehabis tangan dalam


menjalankan usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
Prinsip 'bagai aur dengan tebing' dan ' ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni'
haruslah dijadikan pegangan dan prinsip mereka.Janganlah meranapkan impiam
negara kita untuk mencapai Wawasan 2020.Marilah kita bersama-sama menyuburkan
semula semangat patriotisme untuk menzahirkan iltizam Malaysia untuk 'duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi' dengan negara gergasi di persada antarabangsa.
Ingatlah, semangat patriotisme penting supaya negara kita tidak dijajah sekali lagi.
Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia
menjadi sebiji bintang yang terang di dunia!

You might also like