You are on page 1of 7

SEJARAH PERMAINAN

Rajah 1: Pertandingan rampanau



Permainan tradisional rampanau merupakan sejenis permainan tradisional yang
terkenal dalam kalangan masyarakat Dusun di Sabah. Pada zaman yang dahulu
permainan yang memerlukan keseimbangan badan ini digunakan sebagai kaedah
untuk menyeberangi sungai atau parit serta kawasan yang becak. Permainan ini
biasanya hanya digemari oleh kanak-kanak lelaki. Perkataan rampanau berasal
daripada perkataan mamanau dalam bahasa Dusun yang bermaksud berjalan.
Rampanau pula merujuk kepada batang kayu yang digunakan dalam permainan ini.
Oleh itu, rampanau merupakan satu cara berjalan menaiki batang kayu yang direka
khas sebagai kasut tinggi. Batang kayu yang digunakan biasanya adalah bambu dan
ianya direka dengan berbagai-bagai ketinggian mengikut kehendak pemainnya.





PERALATAN PERMAINAN
Peralatan utama bagi permainan ini adalah dua batang bambu dengan tempat
meletakkan kaki. Batang bambu ini biasanya mempunyai ketinggian 1.5 cm hingga 2
cm mengikut kategori peserta. Tempat meletakkan kaki pula biasanya mempunyai
kelebaran kira-kira 8 cm dan diperbuat daripada bambu atau kayu keras.

Rajah 2: Rampanau yang diperbuat daripada bambu

Rajah 3: Rampanau yang diperbuat daripada bambu dan kayu keras
PERATURAN-PERATURAN SUKAN RAMPANAU
1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada lelaki dan perempuan dan dijalankan
mengikut kategori.

2. Jarak larian adalah bergantung kepada keluasan gelanggang pertandingan dan
penganjur.

3. Semua peserta mestilah berada di atas kayu semasa bergerak dari garis
permulaan hingga akhir.

4. Peserta yang jatuh dari kayu semasa berlari mestilah berhenti dan menaiki kaki
kayu semula sebelum meneruskan larian.

5. Peserta yang jatuh sebanyak 3 kali dalam 1 larian akan dikira kalah.

6. Sukatan ketinggian kaki kayu adalah seragam mengikut kategori peserta.













CARA PELAKSANAAN
(i) Tradisional
Permainan rampanau ini biasanya dilaksanakan di atas kawasan rata seperti
kawasan berumput dan simen. Permainan ini dipertandingkan secara beramai-ramai
di mana setiap orang akan bersaing antara satu sama lain untuk menjadi juara.
Permainan ini biasanya tiada kiraan mata dan peserta akan bersaing untuk
mendapatkan tempat pertama, kedua dan ketiga.


Rajah 4: Pertandingan rampanau di atas permukaan simen

Rajah 5: Pertandingan rampanau di atas permukaan berumput
(ii) Semasa Pertandingan
(a) Pertandingan ini akan dilaksanakan di padang (permukaan berumput).
(b) Setiap kelas dikehendaki menghantar peserta seramai 4 orang yang terdiri
daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan.
(c) Pertandingan akan dijalankan dalam tiga pusingan. Pemenang, tempat kedua
dan ketiga akan ditentukan dengan penambahan kiraan masa yang diambil di
setiap pusingan. Kumpulan dengan kiraan masa paling singkat akan menjadi
pemenang.
(d) Tiga pusingan pertandingan ini adalah seperti berikut:

Pusingan 1: Dua orang peserta lelaki dari setiap kelas akan bertanding
bersama-sama. Peserta 1 akan berjalan dari garis permulaan sehingga ke
garisan tengah dan menyentuh tangan peserta 2. Kemudian peserta 2 akan
berjalan sehingga ke penamat.

Laluan :














Rajah 6: Laluan pusingan pertama


Garisan permulaan
(Peserta1)
Garisan tengah
(Peserta 2)
Garisan penamat
Peringkat 2: Dua orang peserta perempuan dari setiap kelas akan bertanding
bersama-sama. Peserta 1 akan berjalan dari garis permulaan sehingga ke
garisan tengah dan menyentuh tangan peserta 2. Kemudian peserta 2 akan
berjalan sehingga ke penamat.

Laluan : Laluan dalam pusingan pertama (rajah 6)


Peringkat 3: Setiap kumpulan dari setiap kelas akan bertanding secara
bergilir-gilir. Setiap peserta akan menunggu di stesen yang berlainan.

Laluan :

















Rajah 7: Laluan pusingan ketiga


Garisan permulaan
(Peserta 1)
Stesen 2
(Peserta 2)
Stesen 3
(Peserta 3)
Stesen 4
(Peserta 4)
Garisan penamat
(e) Peraturan semasa pertandingan adalah seperti berikut:

Setiap kelas dikehendaki menghantar satu kumpulan yang terdiri daripada
empat orang peserta (2 lelaki dan 2 perempuan).
Semua peserta mesti berpakaian sukan.
Pusingan pertama hanya boleh disertai oleh peserta lelaki sahaja.
Pusingan kedua hanya boleh disertai oleh peserta perempuan sahaja.
Pusingan ketiga mesti disertai semua ahli kumpulan dan setiap kumpulan
diberikan kebenaran untuk memilih sendiri ahli kumpulan yang akan
ditempatkan di setiap stesen.
Ahli di dalam kumpulan tidak boleh ditukar kecuali berlaku kecemasan seperti
kecederaan.
Semasa pertandingan, semua peserta mestilah berada di atas kayu semasa
bergerak dari garis permulaan hingga akhir.
Peserta yang jatuh dari kayu semasa berjalan mestilah berhenti dan menaiki
kayu semula sebelum meneruskan perjalanan.
Sukatan ketinggian bambu yang digunakan adalah seragam mengikut
kategori peserta.

You might also like