You are on page 1of 2

PENDAHULUAN

Apakah itu perayaan????

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun
kaum.kebiasanya, sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah
bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada suatu masa
dahulu.Selain itu,perayaan juga akan disambut berdasarkan agama yang dianuti

Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat pelbagai


jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun.Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga
kaum majoriti iaitu kaum Melayu,Cina dan India pastinya berpeluang untuk menyambut
perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban, Tahun Baru Cina, Deepavali dan
sebagainya.Di samping itu,masyarakat negara ini mengamalkan amalan berkongsi "perayaan"
dan menghormati perayaan kaum lain.

Tambahan pula,melalui perkongsian perayaan, perpaduan dan kesepakatan masyarakat di negara


kita sedikit sebanyak dapat diutuhkan.Langkah ini juga menyumbang kepada Malaysia untuk
terus membangun dan menuju kearah maju dan makmur.Sememangnya, Malaysia merupakan
negara yang unik dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan bangsa.Malaysia bukan
setakat sahaja terdiri daripada kaum utama seperti Melayu,Cina dan India,malahan Malaysia juga
diduduki oleh kaum-kaum minoriti seperti Kadazan, Iban dan sebagainya.

Kami akan mengecilkan skop kami dan memokus kepada tiga kaum utama di negara ini iaitu
kaum Melayu, Cina dan India.Setiap daripada kaum ini mempunyai pelbagai keunikan dalam
menyambut perayaan masing-masing.Untuk memberi penjelasan secara lebih terperinci,khasnya
kepada pengunjung blog kami,pihak kami telah menyediakan huraian yang lebih mendalam bagi
setiap perayaan yang disambut oleh ketiga-tiga kaum tersebut.

You might also like