You are on page 1of 32

PRINSIP-PRINSIP TERJEMAHAN (BBM 422)

NURIN SYAZWANI BINTI AHMAD FARID QOURESHMI (2014202908)


NURUL SYAHMINA BINTI SHAARI (2014600478)
FARHANI BINTI SULAIMAN (2014826226)
ALYAA NASIRA BINTI NASARUDIN (2014648016)
MC 248S2A (B)
HARRY POTTER AND THE ORDER OF PHOENIX/ HARRY POTTER DALAM
KUMPULAN PHOENIX
29TH JUNE 2015

ISI KANDUNGAN

NO.

KANDUNGAN

1. OBJEKTIF

2. TEKS SUMBER

3. TEKS TERJEMAHAN

4. ANALISIS TEKS

MUKA SURAT

4-5

7-28

5. KESIMPULAN

29

6. RUJUKAN

30

7. LAMPIRAN

31

OBJEKTIF
Kami telah menetapkan beberapa objektif yang sesuai dan tepat dalam proses menganalisis
teks sumber dan teks asal.
1. Untuk menganalisis keseluruhan teks sumber yang dipilih di dalam Bahasa Inggeris
dan teks terjemahan di dalam Bahasa Melayu.
2. Untuk melakukan pemerhatian terhadap cara penulisan teks sumber dan teks
terjemahan.
3. Untuk mengenalpasti kaedah-kaedah terjemahan yang digunakan dan terdapat di
dalam kedua-dua teks.
4. Untuk menganalisis kesesuaian bentuk dan genre yang terkandung di dalam teks asal
dan teks terjemahan.
5. Untuk menentukan ketepatan pemilihan perkataan yang diproleh dalam menjalankan
proses analisa kedua-dua teks sumber dan teks terjemahan.
6. Untuk memperlihat kesukaran dalam proses menterjemah teks sumber kepada teks
terjemahan.

A. TEKS SUMBER
Kami memilih A Peck Of Owls iaitu Bab 2 daripada novel bertajuk Harry Potter
and The Order Of The Phoenix yang ditulis oleh J.K. Rowling dan diterbitkan pada 21 Jun
2003 oleh Bloomsbury di United Kingdom, Scholastic di Amerika Syarikat, dan Raincoast di
Kanada.
Bab ini mengisahkan tentang Harry dan sepupunya, Dudley, telah diserang oleh dua
ekor Dementors, penjaga penjara di Azkaban, dan menyebabkan Harry terpaksa
menggunakan ilmu sihirnya di luar kawasan sekolah sihir Hogwarts. Apabila sampai di
rumah Dudley, Makcik Petunia dan Pakcik Vernon iaitu ibu dan ayah kepada Dudley
bertanya tentang apa yang terjadi kepada mereka. Ketika Harry hendak menerangkan kepada
mereka, seekor burung hantu telah masuk ke dalam rumah tersebut dan membawa sepucuk
surat daripada sekolah sihir Hogwarts, menyatakan bahawa Harry telah dibuang daripada
menuntut pengajiannya tentang sihir di situ kerana telah melanggar peraturan sekolah
tersebut dan tongkat saktinya akan dimusnahkan. Arthur Weasley, pekerja Kementerian Sihir
dan juga merupakan bapa kepada sahabat karibnya, Ron, telah menghantar sepucuk surat
kepada Harry pada masa itu juga menyatakan bahawa Dumbledore, pengetua sekolah sihir
Hogwarts, sedang cuba untuk berunding dengan pihak Kementerian Sihir tentang masalah
ini. Harry telah diarahkan agar tidak meninggalkan rumah tersebut dan menjaga tongkat
saktinya. Kementerian Sihir sekali lagi menghantar sepucuk surat kepada Harry dan
memberitahu bahawa Harry dibenarkan untuk menyimpan tongkat saksinya sehingga
perbicaraan disiplin dijalankan kelak. Seekor burung hantu masuk lagi ke dalam rumah
tersebut menghantar sepucuk surat kepada Harry dan kali ini ianya daripada bapa angkat
Harry sendiri iaitu Sirius Black. Sirius memberi amaran kepada Harry untuk tidak
meninggalkan rumah tersebut. Harry memberitahu tentang kemunculan Lord Voldermort,
iaitu ahli sihir yang paling kejam yang telah membunuh kedua ibu bapa Harry, kepada
4

Makcik Petunia dan Pakcik Vernon. Pakcik Vernon berasa takut dan terancam di atas
tindakan yang telah dilakukan oleh dua ekor Dementors terhadap Harry dan anaknya. Dia
juga berasa tidak selamat jika Harry tinggal di rumah tersebut. Oleh itu, Pakcik Vernon telah
memaksa Harry untuk meninggalkan rumah itu dengan segera. Tidak lama kemudian, seekor
burung hantu datang membawa sejenis surat sihir yang dinamakan sebagai Howler,
melimpasi Harry dan melepaskan surat tersebut di atas kepala Makcik Petunia. Surat sihir itu
terbakar dan mengeluarkan suatu suara dasyat, Remember my last, Petunia. Namun begitu,
tidak ada seorang pun yang tahu siapakah pemilik suara itu. Makcik Petunia mengarahkan
Harry agar tidak meninggalkan rumah itu tanpa menghiraukan permintaan suaminya untuk
menghalau Harry keluar. Dia juga tidak mahu membicarakan tentang maksud disebalik surat
sihir itu dan tetap meminta Harry untuk tinggal di rumahnnya.
Dalam bab ini, pembaca tertanya-tanya mengapakah dua ekor Dementors itu
menyerang Harry dan apakah maksud di sebalik surat sihir Howler yang ditujukan kepada
Makcik Petunia itu. Taktik yang digunakan oleh J.K. Rowling adalah untuk memastikan
pembaca sentiasa mempunyai rasa ingin tahu tentang apakah yang akan terjadi dan segala
persoalan-persoalan mereka ini hanya akan dijawab jika mereka membaca keseluruhan novel.

B. TEKS TERJEMAHAN
Tajuk terjemahan teks yang telah kami pilih adalah dari novel terkenal karya J.K
Rowling iaitu Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix. Kami telah sepakat untuk memilih
bab kedua di dalam novel ini iaitu Kawanan Burung Hantu sebagai bahan analisis. Teks
terjemahan ini telah diterjemah dari Bahasa Inggeris (English) ke Bahasa Melayu. Untuk
pengetahuan umum, novel ini merupakan novel kelima dalam sekuel popular Harry Potter.
Selain itu, kami dapati tiada sebarang penterjemah yang khusus bagi teks terjemahan di
dalam novel ini. Novel ini telah diterbitkan oleh Syarikat Pelangi Sdn.Bhd pada tahun 2005,
dua tahun selepas novel di dalam teks asal diterbitkan.

C. ANALISIS TEKS
1. Kaedah Menganalisis/ perbincangan

1.1 Kaedah terjemahan yang digunakan

Berdasarkan buku Asas dan Kemahiran Menterjemah, langkah pertama untuk


menterjemah sesuatu teks ialah menganalisis teks untuk mengenal pasti dan
memahami isi kandungan teks sumber. Selepas menganalisis teks sumber, kaedahkaedah terjemahan yang digunakan oleh penterjemah dapat dikenal pasti. Menurut
Munday (2001), terdapat banyak pendekatan atau kaedah yang digunakan untuk
menterjemah dan menganalisis terjemahan sejak tahun 1950-an lagi. Tujuan
menterjemah ialah menghasilkan terjemahan yang difahami pembaca di samping
untuk mengekalkan bentuk dan mesej asal teks sumber. Terdapat dua kaedah
penterjemahan, iaitu kaedah lama dan kaedah baru. Kaedah lama merupakan
penterjemahan yang ditumpukan pada persamaan bentuk teks terjemahan dengan
teks asal dan menitikberatkan persamaan formal (formal equivalence) yang
dinamakan Kaedah Terjemahan Formal atau Kaedah Terjemahan Harfiah atau Literal
, manakala kaedah baru pula mengutamakan reaksi pembaca atau kesan terhadap
pembaca yang menitikberatkan persamaan dinamik (dynamic equivalence) dan
disebut sebagai kaedah terjemahan dinamik. Dalam kaedah formal, terdapat tiga
kaedah iaitu, kaedah pinjaman, peniruan, penggantian atau harfiah manakala dalam
kaedah dinamik, terdapat empat kaedah iaitu kaedah transposisi, modulasi,
persamaan dan penyesuaian.

Berdasarkan bahasa sumber yang telah dianalisis iaitu, Harry Potter and the Order of
Phoenix oleh J.K Rowling dan bahasa sasaran iaitu, Harry Potter and the Order of
Phoenix: dalam Kumpulan Phoenix, terdapat tujuh kaedah terjemahan yang
digunanakan dalam bab dua, A Peck of Owls / Kawanan Burung Hantu iaitu kaedah
pinjaman, peniruan, penggantian atau harfiah, transposisi, modulasi, persamaan dan
penyusuaian.
Kaedah yang pertama digunakan dalam bab dua ialah Kaedah Pinjaman. Kaedah
pinjaman atau borrowing boleh dianggap sebagai kaedah yang membenarkan kata
atau perkataan daripada bahasa sumber digunakan dalam bahasa sasaran
terutamanya apabila sesuatu perkataan itu tidak wujud atau tiada padanan yang
sesuai dalam bahasa sasaran. Unsur-unsur dari bahasa sumber tersebut dipinjam
secara terus tanpa sebarang perubahan contohnya ejaan. Kaedah ini juga merupakan
terjemahan terus atau terjemahan langsung. Dalam kajian ini, contoh kaedah
pinjaman dapat dilihat pada perenggan tiga, baris satu dan dua.

Bahasa Sumber: Im a Squib, as Mundungus knows full well, so how on earth was
I supposed to help you fight off Dementors? (Muka surat 3,
baris 1 dan 2)
Bahasa Sasaran: Aku Squib, Mundungus tahu betul tu, jadi macam mana aku nak
tolong kamu lawan Dementor tadi? (Perenggan 3, baris 1 dan 2)

Perkataan Squib dan Dementor dalam bahasa sasaran merupakan perkataan


pinjaman daripada bahasa sumber. Perkataan tersebut tidak wujud dan tiada padanan
yang sesuai yang boleh diterjemahkan, jadi perkataan tersebut dikekalkan dalam
bahasa sasaran. Berdasarkan buku Harry Potter, Squib merupakan seorang
8

berketurunan sihir dalam dunia Harry Potter namun dia tidak mempunyai kuasa sihir
kerana mempunyai darah manusia (Muggle) dan separuh lagi berdarah sihir kerana
salah seorang ibu bapa kepada Squib merupakan ahli sihir dan seorang lagi
merupakan manusia biasa (half muggle, half wizard). Selain itu, Dementor pula
merupakan sejenis makhluk jahat dalam dunia sihir yang mencabut roh manusia

Contoh seterusnya,
Bahasa Sumber: Keep your wand out, she told Harry, as they entered Wisteria
Walk. (Perenggan 10, baris 1)

Bahasa Sasaran: Keluarkan tongkat kamu, arahnya kepada Harry ketika mereka
tiba di Wisteria Walk. (Perenggan 11, baris 1 dan 2)

Wisteria Walk merupakan nama tempat dalam dunia Harry Potter dan penterjemah
mengekalkan nama tempat tersebut kerana tiada padanan yang sesuai.

Kaedah seterusnya ialah Kaedah Transposisi. Kaedah transposisi merupakan


kaedah terjemahan yang menukar golongan kata atau kedudukan frasa atau klausa
dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat teks asal selain
untuk menyampaikan warta dalam bahasa sasaran secara paling bersahaja dan
digunakan untuk memperjelas kandungan warta yang mungkin boleh mengelirukan
sekiranya kaedah transposisi tidak digunakan. Di samping itu, kaedah transposisi
merupakan kaedah yang menggantikan kelas sesuatu kata dalam bahasa sumber
dengan kelas kata lain dalam bahasa sasaran yang mempunyai makna yang sama
tetapi tidak mengubah mesej secara keseluruhan ayat atau dari segi struktur, kaedah
9

transposisi melibatkan kaedah yang menukar struktur tatabahasa bahasa sumber


dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta.

Bahasa Sumber: Im going straight home, said Mrs Figg, staring around the dark
street and shuddering. (Perenggan 30, baris 2)

Bahasa Sasaran: Aku akan terus balik, jawab Puan Figg terketar sambil
merenung jalan yang gelap. (Perenggan 32, baris 4)

Ayat di atas menunjukkan susunan struktur ayatnya berbeza namun maknanya tetap
sama. Penterjemah menterjemahkan dengan bersahaja dan tidau berbau terjemahan.

Kaedah seterusnya ialah Kaedah Persamaan (Equivalence). Nida (1964) berkata,


kaedah persamaan biasanya makna dan mesej bahasa sumber disampaikan dengan
cara lain dan pembaca akan memahaminya setelah membaca keseluruhan teks.
Terdapat dua jenis persamaan dalam kaedah persamaan iaitu persamaan terdekat dan
persamaan sejadi atau bersahaja. Kaedah persamaan terdekat merupakan persamaan
yang paling hampir dari segi maknanya dan boleh diperolehi melalui makna yang
terdapat dalam kamus tanpa perlu melibatkan konteks penggunaan. Selain itu, Puteri
Roslina Abdul Wahid (2007) berkata tidak ada dua perkataan yang benar-benar sama
makna dalam dua bahasa yang berlainan. Manakala kaedah persamaan sejadi atau
padanan fungsian merupakan kaedah yang menterjemah fungsi warta supaya dapat
memberi reaksi yang sama kepada pembaca terjemahan seperti reaksi yang diterima
oleh pembaca teks sumber selain menggantikan elemen-elemen seperti peribahasa

10

dan simpulan bahasa dalam bahasa sumber. Kaedah ini dapat dilihat pada perenggan
1 baris 1,

Bahasa Sumber: What? said Harry blankly. (Perenggan 1, baris 1)

Bahasa Sasaran: Hah? Harry terpinga-pinga. (Perenggan 1, baris 1)

Berdasarkan ayat di atas, bahasa sumber what diterjemahkan kepada hah dalam
bahasa sasaran. Ini merupakan kaedah persamaan sejadi atau padanan fungsian. Ini
kerana kaedah persamaan sejadi merupakan kaedah yang dapat memberikan reaksi
yang sama dan Hah dalam bahasa sasaran merupakan reaksi tindak balas seseorang
yang sama dengan reaksi tindak balas what dalam bahasa sumber.

Bahasa Sumber: Dont put your wand away, boy, dont I keep telling you Im no
use? (Perenggan 12, baris 6)
Bahasa Sasaran: Jangan simpan tongkat kamu, budak. (Perenggan 1, baris 1)

Ayat diatas merupakan kaedah persamaan terdekat. Seperti yang kita ketahui,
terjemahan bahasa sasaran boy merupakan budak lelaki atau budak. Ianya
mempunyai maksud yang paling hampir sama dan makna yang terdapat dalam
kamus tanpa perlu melibatkan konteks penggunaan.
Bahasa Sumber: Oh, my dear, I wish it were so, but Im afraid. (Perenggan 15,
baris 1)

11

Bahasa Sasaran: Oh, sayang, aku pun harap begitu, tapi bimbang aku katakan
(Perenggan 13, baris 1 )

Kaedah diatas merupakan kaedah persamaan terdekat kerana dalam bahasa sumber
dear telah diterjemah menjadi sayang dalam bahasa sasaran. Di dalam kamus
dwibahasa, dear bermaksud yang disayangi atau orang yang disayangi.

Bahasa Sumber: Ouch - gerroff - gerroff, you mad old bat! Someones gotta tell
Dumbledore! (Perenggan 21, baris 1)

Bahasa Sasaran: Auh.. adui.. auw, perempuan tua gila! Seseorang perlu beritahu
Dumbledore! (Perenggan 20, baris 1)

Ini merupakan persamaan sejadi/ bersahaja. Ouch- geroff- geroff merupakan tindak
balas reaksi bagi Bahasa Inggeris dalam bahasa sumber dan diterjemah menjadi
auh..adui..auw, ia merupakan reaksi tindak balas bagi Bahasa Melayu dalam bahasa
sasaran.

Bahasa Sumber: Blimey, said Mundungus weakly, looking from Mrs Figg to
Harry, and back again. Blimey, I(paragraph 19, line 1)
Bahasa Sasaran: Alamak, seru Mundungus lemah ketika memandang Puan Figg
kemudian memandang Harry, kemudian memandang semula
Puan Figg. Alamak (Perenggan 18 , baris 1)

12

Ayat diatas ialah kaedah bersejadi/ bersahaja. Blimey dalam bahasa sumber
merupakan sejenis perkataan reaksi tindak balas terkejut bagi dialek British dan ia
telah diterjemah menjadi reaksi tindak balas terkejut Bahasa Melayu iaitu alamak
dalam bahasa sasaran.

Di samping itu, terdapat juga Kaedah Penambahan (Extension). Kaedah


penambahan merupakan kaedah yang membenarkan perkataan ditambah untuk
menjadikan sesuatu ayat betul dari segi tatabahasa dan tidak mengubah maksudnya
selain penambahan dari segi maklumat untuk menerangkan terjemahan yang
dilakukan sekiranya tidak dapat memberi atau menyampaikan maklumat dalam
bahasa sumber.

Bahasa Sumber: Left to see someone about a batch of cauldrons that fell off the
back of a broom! (Perenggan 1, baris 2)

Bahasa Sasaran: Dia pergi jumpa seseorang untuk bincangkan tentang bungkusan
kawah yang jatuh dari belakang sebatang penyapu terbang!
(Perenggan 1, baris 4)
Berdasarkan ayat di atas, terdapat kaedah penambahan dalam bahasa sasaran yang dilakukan
oleh penterjemah. Dalam bahasa sumber, ayatnya bermula dengan left to see someone
manakala dalam bahasa sumber dia ditambah pada permulaan ayat untuk menerangkan siapa
yang pergi untuk berjumpa orang lain. Selain itu, dalam dunia sihir Harry Potter, broom
merupakan sebuah kenderaan yang boleh terbang dan berbentuk penyapu dan seperti yang
13

dilihat.dalam bahasa sasaran, broom telah diterjemah menjadi penyapu terbang kerana
sekiranya penterjemah menterjemah dengan hanya menulis penyapu, pembaca tidak akan
memahami maksud tersebut dan hanya akan memahaminya sebagai penyapu biasa.

Bahasa Sumber: Dumbledore was trying to sort it all out What did he mean?
(Perenggan 50, baris 1)

Bahasa Sasaran: Profesor Dumbledore sedang berusaha menyelesaikan masalah


ini.. apa maksudnya? (Perenggan 45, baris 1)
Ayat di atas menunjukkan kaedah penambahan. Seperti yang kita ketahui, budaya
melayu begitu mengutamakan panggilan atau status seseorang agar kedengaran
sopan dan menghormati pangkat seseorang manakala budaya Inggeris pula berbeza
kerana mereka lebih gemar memanggil seseorang dengan panggilan nama tanpa
status atau pangkat sesorang. Oleh sebab itu, dalam bahasa sumber, nama
Dumbledore telah diterjemahkan kepada Profesor Dumbledore dalam bahasa
sasaran.

Kaedah yang berikutnya ialah Kaedah Penggantian / Harfiah (Literal


Translation). Kaedah ini ialah kaedah ideal yang digunakan dengan menggantikan
frasa atau perkataan dalam ayat tanpa perlu melakukan perubahan besar terhadap
kedudukan struktur ayat atau susunan dan bahasa sumber dapat digantikan dengan
persamaannya dalam bahasa sasaran selain struktur ayat bahasa sumber dipindahkan
ke dalam bahasa sasaran tanpa perubahan besar.

14

Bahasa Sumber: I will kill him! (Perenggan 2 , baris 7)


Bahasa Sasaran: Aku akan bunuh dia! (Perenggan 1, baris 8)

will

kill

him!

Aku

akan

bunuh

dia!

Bahasa sumber telah diterjemahkan perkataan demi perkataan dalam bahasa sasaran.

Bahasa Sumber: Tell us, darling, whispered Aunt Petunia. (paragraph 55 , line 6
Bahasa Sasaran: Beritahu kami, sayang, bisik Mak Cik Petunia. (perenggan 50,
baris 8)

Tell

us

darling

Beritahu

kami,

sayang

Kaedah yang di gunakan dalam ayat berikut ialah Kaedah Modulasi (Modulation). Kaedah
modulasi ialahdigunakan untuk menyampaikan sesuatu ayat atau frasa kata dengan gaya
bahasa yang paling bersahaja dan mudah difahami. Kaedah ini penterjemah mengubah
padanan satu perkataandi dalam frasa atau ayat tetapi kekalkan maksud ayat dan konsep
asalnya. Seterusnya, modulasi menunjukkan perbezaan antara dua bahasa dalam satu situasi

15

yang sama tetapi cara pemikiran yang berbeza. Modulasi juga boleh digunakan apabila
hasilnya terjemahan secara literal ataupun transposisi telah digunakan:
Bahasa Sumber: He left! Said Mrs. Figg, wringing her hands. (Perenggan 1,
baris 2)
Bahasa Sasaran: Dia dah tak ada!Puan Figg meramas-ramas tangannya.
(Perenggan 1, baris 2)
Ayat di atas menerangkan pengunaan kaedah modulasi, kerana penterjemah menggunakan
kaedah modulasi untuk mengelakkan janggal apabila terjemahan secara literal ataupun
transposisi yang telah digunakan. (He left) jika literal bermaksud (Dia kiri)
penterjemah menggunakan kaedah modulasi untuk meyampaikan warta gaya bahasa yang
paling bersahaja dan mudah difahami seperti bahasa sasaran Dia dah tak ada!. Tambahan
lagi, penterjemah mengubah padanan satu lawan satu (He left!) tetapi mengekalkan
maksud atau konsep asal (Dia dah tak ada!). Kaedah transposisi dapat lihat pada
perenggan ke 1 dan baris ke 2.

Contoh seterusnya,
Bahasa Sumber: Im a Squib, as Mundungus knows full well, so how on earth was
I supposed to help you fight off Dementors? (Perenggan 3,
baris 1)
Bahasa Sasaran: Aku Squib, Mundungus tahu betul tu, jadi macam mana aku nak
tolong kamu lawan Dementor tadi? (Perenggan 5, baris2)

Contoh kaedah modulasi dapat dilihat pada perenggan ke 3 dan beris ke 8. Kaedah modulasi
ayat diatas penterjemah ingin mengatakan bahawa modulasi bahasa sumber menunjukkan
perbezaan antara dua bahasa dalam situasi yang sama tetapi cara pemikiran yang berbeza.
16

Sekiranya diterjemahkan secara literalnya, terjemahan akan menjadi janggal. How on


earth kepada Bagaimana atas bumi. Tetapi melalui kaedah modulasi ayatnya berubah
namun maknanya sama.

Contoh seterusya,
Bahasa Sumber: This Mundungus has been following me? Hang on- it was him!
(Perenggan 4, baris 1)
Bahasa Sasaran: Si Mundungus tu mengekori saya? Tunggu dulu... jadi dia
rupa-rupanya!
Hang on jika diterjemahkan secara literal menjadi gantung pada disebabkan tidak boleh
diterjemahkan secara literal, penterjemah menggunakan kaedah modulasi supaya tidak ada
janggal atau menyimpang maknya Hang on yang sebenarnya bermaksud tunggu dulu.
Penterjemah ingin menyampaikan maknaya dengan gaya bahasa yang paling bersahajadan
mudah untuk difahami oleh pembaca.

Kaedah seterusnya, Kaedah Penyesuaian (Adaptation)


Kaedah penyesuaian bermaksud penggantian yang dilakukan terhadap perbezaan budaya
yang ada pada ayat atau di dalam dua bahasa. Kaedah ini dianggap kaedah terjemahan paling
bebas. Melalui kaedah penyesuaian penterjemah menterjemah kan ayat secara bebas untuk
mudah difahami walaupun mesejnya mungkin sedikit berbeza kerana situasi yang terhasil
mungkin telah diolah dan dirombak berdasarkan budaya dan citarasa pembaca. Contohnya
seperti berikut:

17

Bahasa Sumber: Never mind the Statue of Socrecy now, theres going to be hell to
pay anyway, we might as well be hanged for a dragon as an egg.
(Perenggan 11, baris 2)
Bahasa Sasaran: Jangan pedulikan tentang Peraturan Kerahsiaan sekarang, lagipun
banyak yang perlu ditanggung, lebih baik kita dihukum atas
kesalahan besar daripada kesalahan kecil. (Perenggan 15, baris 3)

Penterjemah menterjemahkan bahasa sumber hell mengikut kaedah penyesuaian, ini


kerana kaedah ini digunakan untuk tujuan kesopanan, pantang larang agama yang
dititberatkan dalam masyarakat melayu. Budaya melayu tidak menggunakan hell atau
terjemahan secara literalnya neraka. Jadi, dalam situasi ini penterjemah mengolah bahasa
sumber hell menjadi kepada banyak dalam bahasa sasaran yang boleh difahami dan di
guna pakai oleh masyarat melayu. Dalam hal ini, peterjemah mencipta situasi baru yang
mempunyai maksud sama yang tidak menyalahi budaya bahasa sasaran.
Kaedah seterusnya adalah Kaedah Peniruan (Loan Translation/ Calque)
Kaedah peniruan terbahagi kepada dua, iaitu pertama peniruan penyampaian dan kedua
peniruan struktur. Pertamanya, peniruan penyampaian adalah sesuatu konsep melalui
pemindahan bahasa tanpa mengubah struktur bahasa sasaran. Peniruan penyampaian ini
mengikut peraturan tatabahasa dalama bahasa sasaran. Keduanya, peniruan struktur yang
bermaksud terjemahan yang dibuat dengan meniru konsep bahasa sumber dengan
menggunakan perkataan dalam bahasa sasaran, tetapi struktunya masih mengikut struktur
bahasa sumber dan menyebabkan kemasukan struktur baru dalam bahasa sasaran. Kaedah
peniruan struktur dan penyampaian dapat dilihat contoh seperti dibawah:

Kaedah penyampaian:

18

Bahasa Sumber: He was also clutching a silvery bundle that Harry recognized at
once as an Invisibility Cloak. (Perenggan 24, baris 2)
Bahasa Sasaran: Dia sedang memegang bungkusan keperakan yang Harry kenal
benar sebagai Jubah Halimunan. (Perenggan 28, baris 5)

Invisibility

Cloak

Jubah

Halimun

Invisibility Cloak penterjemah menterjemahkan ayat tersebut mengikut kaedah


penyampaian. Penterjemah meniru cara penyampaian konsep melalui pemindahan bahasa
tanpa mengubah struktur bahasa sasaran. Selain itu, penterjemah menterjemah tidak
mengkekalkan struktur bahasa sumber sebaliknya penterjemah mengikut peraturan tatabahasa
dalam bahasa sasaran.
Contoh seterusnya,
Bahasa Sumber: Good Lord, boy, they told me you were intelligent...right...get
inside and stay there, she said, as they reached number four.
(Perenggan 56, baris 6)
Bahasa Sasaran: Mereka kata kamu sungguh bijak...baiklah...masuk sekarang dan
jangan keluar lagi, arah perempuan tua itu sebaik sahaja mereka
tiba di rumah Nombor Empat. (Perenggan 67, baris 4)

Number
Nombor

Four
Empat

19

Penterjemah menggunakan kaedah peniruan struktur, terjemahan yang dibuat meniru konsep
bahasa sumber dan menggunakan perkataan dalam bahasa sasaran. Tetapi, strukturnya masih
lagi mengikut struktur bahasa sumber. Penterjemah menterjemahkan struktur baru dalam
bahasa sasaran. Penterjemah memasukkan struktur baru dalam bahasa sasaran.

Selepas itu, Kaedah Pengguguran (Omission). Kaedah ini bertujuan mengelakkan teks atau
ayat terjemahan yang melampau terikat dengan teks sumber. Dengan menggugurkan sesuatu
perkataan yang memadai untuk memberikan makna yang sebenarnya. Di samping itu, kaedah
ini juga menggugurkan maklumat khususya maklumat yang melibatkan isu-isu keagamaan
atau kebuyaan dalam sesebuah masyarakat. Kaedah pengguguran ini contohnya dapat dilihat
seperti berikut:
Bahasa Sumber: Good Lord, boy, they told me you were intelligent... (Perenggan
43, baris 2)
Bahasa Sasaran: Mereka kata kamu sungguh bijak... (Perenggan 49, baris 4)

Contoh seperti di atas menunjukkan aplikasi kaedah penguguran, bahasa sumber Good
Lord kerana melibatkan isu-isu keagamaan. Penterjemah menggugurkan ayat tersebut untuk
mengelakkan sensitiviti masyarakat melayu Malaysia dan agama lain. Di samping itu juga,
penterjemah menggunakan kaedah pengguguran ini salah satunya bertujuan untuk
mengelakkan teks terjemahan terlampau terikat dengan teks sumber.

2. Ketepatan Pemilihan Perkataan


Hasil perbincangan kami, kami mendapati bahawa terdapat beberapa kesalahan ketepatan
perkataan dalam teks pilihan kami. Kami telah mengkaji terjemahan daripada Bab 2 :
Kawanan Burung Hantu iaitu daripada novel edisi Bahasa Melayu bertajuk Harry Potter
20

Dalam Kumpulan Phoenix, dan A Peck Of Owls iaitu daripada novel edisi Bahasa
Inggeris bertajuk Harry Potter and the Order of the Phoenix. Contohnya :
Contoh 1
Bahasa Inggeris: Hurry up! said Mrs Figg hysterically. (Muka surat 20, baris 14)
Bahasa Melayu: Cepat! sergah Puan Figgs panik. (Muka surat 24, baris 17)
Berdasarkan contoh satu, perkataan hysterically di dalam teks sumber diterjemah ke dalam
teks terjemahan menjadi panik adalah tidak tepat. Hal ini kerana menurut Kamus Dwibahasa
Oxford Fajar Edisi Kelima, pada muka surat 218, hysterically bermaksud kerasukan;
dengan cara seperti diserang histeria. Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
perkataan panik pula bermaksud cemas, takut, bimbang disebabkan yang tiba-tiba hingga
tidak dapat berfikir dengan tenang. Keadaan ini menunjukkan pemilihan perkataan yang
tidak tepat oleh penterjemah.
Contoh 2
Bahasa Inggeris: Mrs. Figg tottered along in front of them, peering anxiously around
the corner. (Muka surat 20, baris 17)
Bahasa Melayu: Puan Figgs berlari-lari anak di depan mereka sambil terhendaphendap ketika tiba di selekoh. (Muka surat 24, baris 20)
Berdasarkan contoh dua, perkataan tottered di dalam teks sumber diterjemah ke dalam teks
terjemahan menjadi berlari-lari anak adalah tidak tepat. Hal ini kerana menurut Kamus
Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Kelima, pada muka surat 477, totter bermaksud berjalan atau
berdiri terhuyung-hayang; bertatih. Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
perkataan berlari-lari anak pula bermaksud berlari dengan tidak berapa pantas; berlari

21

perlahan-lahan. Keadaan ini menunjukkan pemilihan perkataan yang tidak tepat oleh
penterjemah.

3. Kesesuaian bentuk dan genre


Dalam menganalisis sumber daripada teks sumber dan teks terjemahan, kesesuaian
bentuk dan genre perlu diambil kira bagi memahami keseluruhan mesej yang ingin
disampaikan oleh penulis dan penterjemah. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
Genre ialah istilah yang digunakan bagi menyatakan jenis-jenis hasil sesuatu kesusasteraan.
22

Istilah genre ini sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bererti ' jenis' atau
'macam'. Secara umum pembahagian genre ini dibuat mengikut bentuk, teknik dan persoalan
dalam sesuatu hasil kesusasteraan itu. Terdapat pelbagai konsep genre yang diketengahkan di
dalam penulisan samada Bahasa Melayu mahupun bahasa-bahasa lain. Genre turut digunakan
untuk menggambarkan pengaruh konteks budaya dalam bahasa. Ini bermaksud, teks haruslah
diteliti dari segi latar belakang sosial dan interaksinya terhadap konteks (Imtihani.N, 2010).

Di dalam novel Harry Potter ini, kami melihat bentuk tulisan novel dan kulit buku adalah
seakan-akan di mana kedua-dua teks sumber dan teks asal mengekalkan muka depan berupa
seorang pelajar lelaki sekolah sihir bernama Harry Potter yang diperlihatkan mempunyai
kuasa magis. Hasil perbincangan mendapati novel ini berbentuk fiksyen sihir bermakna
elemen-elemen magis dan sihir diterapkan sebagai gaya penulisan. Walaubagaimanapun,
terdapat perbezaan dari segi saiz serta ketebalan muka surat novel bagi teks sumber dan teks
asal di mana teks sumber mempunyai saiz novel yang lebih besar dan muka surat yang lebih
banyak berbanding teks terjemahan. Kedua-dua teks ini turut mengekalkan bentuk magis dan
kehidupan ahli sihir dan organisasi sihir menjadi asas pembelajaran di dalam penulisan serta
turut menyelitkan nilai-nilai murni seperti kepentingan persahabatan dan kerjasama.

Seterusnya, dari segi genre jenis teks yang diperlihatkan oleh penulis adalah teks
ekspresif. Teks ekpresif memberikan fokus kepada penyampaian teks dan berfungsi untuk
menyampaikan sikap penulis, Reiss (dalam Munday, 2012). Teks ekspresif memberi fokus
kepada bentuk estetik yang membawa maksud kajian deria atau nilai deria dan emosi,

23

ataupun timbangan sentimen dan citarasa. Keseluruhan genre bagi novel Harry Potter untuk
kedua-dua teks sumber dan teks asal ini adalah berbentuk dunia sihir dan magis. Contohnya:
Contoh 1
Bahasa Inggeris: and now look! Dementors! (Muka surat 19, perenggan 2, baris 11)
Bahasa Melayu: sekarang tengok! Dementors! (Muka surat 23, perenggan 1,
baris 6)
Dementors di sini merupakan sejenis makhluk yang digambarkan setinggi manusia dewasa,
tanpa mata, berwajah mengerikan, memakai sarung dan kedua belah tangannya berwarna
hijau. Tugas beliau adalah menyedut segala kegembiraan dan meninggalkan kesedihan dalam
diri manusia. Perkataan Dementors hanya wujud dan direka oleh penulis novel ini untuk
melambangkan genre sihir tersebut.

Contoh seterusnya:
Contoh 2
Bahasa Inggeris: Youre-youre a witch? (Muka surat 19, perenggan 2, baris 10)
Bahasa Melayu: Puanpuan perempuan sihir juga? (Muka surat 23, perenggan 2,
baris 14)
Witch di dalam teks sumber diterjemahkan kepada perempuan sihir merujuk kepada jantina
ahli sihir tersebut. Di dalam konteks sihir, perempuan sihir dan lelaki sihir tidak
menggunakan gelaran yang sama bagi penggunaa kata Bahasa Inggeris.

24

Walaubagaimanapun, terdapat contoh-contoh perkataan yang digunakan mempunyai bentuk


dan genre yang berbeza serta makna yang berlainan. Contohnya:

Contoh 3
Bahasa Inggeris: Im Squib as Mundungus knows full well (Muka surat 19,
perenggan 2, baris kesebelas)
Bahasa Melayu: Aku Squib dan Mundungus tahu betul tu (Muka surat 23,
perenggan 3, baris15)
Squib di sini bukanlah bermaksud mercun atau petasan tetapi merupakan gelaran bagi
seseorang yang dilahirkan dalam keluarga ahli sihir tetapi tidak mempunyai sebarang kuasa
magis. Di dalam novel ini, Puan Figg digambarkan sebagai seorang Squib di dalam dunia
sihir.

Contoh yang sama turut terdapat pada:


Contoh 4
Bahasa Inggeris: Keep your wand out! (Muka surat 20, perenggan 6, baris 19)

25

Bahasa Melayu: Keluarkan tongkat kamu! (Muka surta 24, perenggan 6, baris 23)
Wand merupakan istilah bagi tongkat sakti di dalam ilmu magis. Tongkat di sini tidak dilihat
sebagai tongkat yang digunakan untuk membantu perjalanan bagi orang yang kurang
berkemampuan menampung fizikal.

Contoh 5
Bahasa Inggeris: performed the Patronus Charm (Muka surat 25, perenggan
2, baris 11)
Bahasa Melayu: menggunakan Sihir Patronus (Muka surat 30, perenggan 2,
baris 10)
Istilah Patronus Charm merujuk kepada penggunaan sihir khas yang diperlihatkan di dalam
novel ini. Perkataan charm dalam teks sumber tidak merujuk kepada daya penarik atau sifat
menawan tetapi membawa maksud kuasa magis.

Contoh 6

26

Bahasa Inggeris: Improper Use of Magic Office, Ministry of Magic (Muka surat
25, perenggan 6, baris 28 dan 29)
Bahasa Melayu: Pejabat Penyalahgunaan Kuasa Ajaib, Kementerian Sihir (Muka
surat 30, perenggan 5, baris 27-28)
Di sini, istilah Magic Office dan Ministry of Magic ditukar terjemahan kepada Kuasa Ajaib
dan Kementerian Sihir bagi mengekalkan genre teks sumber berkenaan kuasa sihir dan ilmu
magis. Keseluruhan organisasi dilambangkan sebagai organisasi sihir bagi menguatkan lagi
nilai estetik yang disampaikan oleh penulis.

27

4. Kesukaran Menterjemah
Berdasarkan terjemahan daripada Bab 2 : Kawanan Burung Hantu iaitu daripada novel
edisi Bahasa Melayu bertajuk Harry Potter Dalam Kumpulan Phoenix, dan A Peck Of
Owls iaitu daripada novel edisi Bahasa Inggeris bertajuk Harry Potter and the Order of
the Phoenix, kami mendapati bahawa terdapat beberapa kesukaran untuk menterjemah teks
sumber tersebut.
Novel ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan remaja yang mempelajari ilmu sihir
di sekolah sihir Hogwarts. Oleh itu, beberapa perkataan sihir di dalam novel ini perlu
dikekalkan dalam Bahasa Inggeris kerana ianya dicipta sendiri oleh penulis asal novel ini.
Contoh 1
Bahasa Inggeris: Im a Squib, as Mundungus knows full well, so how on earth was
I supposed to help you fight off Dementors? He left you
completely without cover when Id warned him... (Muka surat 19,
perenggan ketiga)
Bahasa Melayu: Aku Squib, Mundungus tahu betul tu, jadi macam mana aku nak
tolong kamu lawan Dementor tadi? Dia tinggalkan kamu begitu
sahaja tanpa perlindungan sedangkan aku dah beri amaran
(Muka surat 23, Pperenggan ketiga)
Contoh 2
Bahasa Inggeris: Dear Mr Potter, we have received intelligence that you performed
the Patronus Charm at twenty-three minutes past nine this evening
in a Muggle-inhabited area and in the presence of a Muggle.
(Muka surat 25, baris 9 13)
28

Bahasa Melayu: Ke hadapan Encik Potter, kami telah mendapat maklumat bahawa
kamu telah menggunakan Sihir Patronus pada pukul sembilan dua
puluh tiga minit malam tadi di kawasan kediaman Muggle dan di
depan seorang Muggle... (Muka surat 30, baris 7 11)
Selain daripada itu, kesukaran menterjemah dapat dikesan apabila penterjemah tidak faham
akan jalan cerita yang sebenar dan secara tidak langsung ianya akan menimbulkan kekeliruan
kepada pembaca. Sebagai contoh :
Contoh 3
Bahasa Inggeris: What did he do to you, Diddy? Aunt Petunia said in a quavering
voice, now sponging sick from the front of Dudleys leather jacket.
Was it was it you-know-what, darling? Did he use his
thing? (Muka surat 24, baris 24)
Bahasa Melayu: Apa yang dah kamu buat pada Diddy, suara Mak Cik Petunianya
bergetar ketika perempuan itu membersihkan muntah dari jaket kulit
anaknya. Kamu.. kamu guna apa benda tu, sayang? Kamu
guna benda tu, kan? (Muka surat 29, baris 21)

29

D. KESIMPULAN

Berdasarkan pengalaman kami membuat perbincangan, analisis dan rujukan terhadap


kedua-dua teks sumber dan teks asal, kami dapati sememangnya tugas sebagai seorang
penterjemah merupakan tugas yang amat berat dan sukar. Ini kerana, mesej, genre, bentuk
dan pemilihan perkataan perlu diambil kira dalam setiap proses terjemahan. Penterjemah
perlu fokus dalam melakukan terjemahan kebahasa sasaran agar tidak lari dari konteks
sebenar teks sumber serta perlu melakukan penyesuaian menurut adat dan budaya.
Seterusnya, kami juga menilai dan melihat dari sudut kaedah, perkataan, genre,
bentuk dan kesukaran dalam melaksanakan analisis serta perlu berpandukan rujukan yang
kukuh dan juga khidmat nasihat pensyarah kami. Kami berasa cukup bertuah dapat
mendalami sesebuah karya penulis dan keupayaan penterjemah yang amat mengagumkan.
Walaupun terdapat sedikit kesukaran serta salah faham terhadap makna terjemahan yang
ingin disampaikan, kami melihat ini sebagai batu loncatan untuk terus bersedia dan berusaha
untuk melakukan analisa-analisa yang lebih padu dan jitu.
Akhir sekali, kami berharap supaya tugasan menganalisis teks sumber dan teks
terjemahan ini dapat memberikan kami inspirasi dalam menilai penulisan seseorang kerana ia
bukanlah suatu kerja yang boleh dipandang enteng dan dibuat secara sambil lewa. Terima
kasih kepada pensyarah serta rakan-rakan yang terus memberikan tunjuk ajar. Kami turut

30

berharap analisa kami ini dapat dijadikan rujukan ramai untuk lebih memahami teks sumber
dan teks terjemahan novel Harry Potter ini.

E. RUJUKAN
1. Hawkins, Joyce. M. (2008). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Kelima. Shah
Alam, SELANGOR: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
2. Imtihani, N. (2010, Februari 1). Genre Analysis in the Frame of Systemic Functional
Linguistic. Humaniora. Universitas Gajah Mada, Yogyakarta. Vol.22, pp 86.
3. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (2005). Kawanan Burung Hantu. Dalam Harry Potter
dalam Kumpulan Phoenix. Johor Bahru, JOHOR: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. pp.
23-33.
4. Rowling, J. K. (2003). A Peck of Owls. In Harry Potter and the Order of the Phoenix.
Great Britain, LONDON: Bloomsbury Publishing. pp. 19-28.

31

F. LAMPIRAN

32

You might also like