You are on page 1of 14

TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TOKOH-TOKOH TAMADUN INDIA

MAHATMA GANDHI

SIDHARTA GAUTAMA BUDDHA


TOKOH TAMADUN INDIA

MAHATMA GANDHI
LATAR BELAKANG AFRIKA SELATAN DAN DASAR APARTEID KEMERDEKAAN INDIA PERANAN DAN SUMBANGAN

RUMUSAN

LATAR BELAKANG

Nama sebenar beliau ialah Mohandas Karamchand Gandhi atau lebih dikenali sebagai Mahatma Gandhi yang bermaksud berjiwa hebat . Beliau dilahirkan pada 2 Oktober 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat. Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Beliau seorang yang pemalu dan pelajar yang sederhana. Beliau telah dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13 tahun dengan Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya. Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang. Lulus dengan cemerlang dalam bidang guaman dan balik ke India tetapi gagal mendapat kerja. Seterusnya Gandhi melancarkan pergerakan memperjuangkan kemerdekaan India dengan konsep tanpa kekerasaan dan perdamaian sebagai senjata untuk melakukan pergerakan terhadap Inggeris.

AFRIKA SELATAN DAN DASAR APARTEID

Tawaran yang mengubah kehidupan Gandhi ialah apabila beliau bekerja di Afrika Selatan pada tahun 1891.

Di sana, beliau menyaksikan diskriminasi yang sangat teruk dimana bangsa India dianggap sebagai golongan kelas kedua dan dipanggil kuli atau sami.

Pengalaman yang menikam kalbu apabila dikeluarkan dari keretapi oleh orang kulit putih kerana membeli tiket yang hanya diduduki oleh orang kulit putih akibat dari dasar Apartied iaitu perbezaan warna kulit.

Beliau kemudian memutuskan untuk menjadi seorang aktivis politik agar dapat mengubah undang-undang diskriminasi tersebut. Gandhi kemudiannya membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan disana. Walaupun dengan cara ini beliau bersama ribuan warga India lainnya dimasukkan ke penjara.

KEMERDEKAAN INDIA
1917 - Gandhi mengamalkan prinsip satyagraha yang bermaksud perjuangan ke arah kebenaran untuk mendapatkan ruang yang besar dalam aktiviti ekonomi, politik dan sosial.

1915 Gandhi pulang semula ke India untuk membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British.

Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.

30 Januari 1948 Gandhi telah dibunuh oleh Nathuram Godse, seorang penganut Hindu yang marah dengan tindakan beliau.

1947 - India mencapai kemerdekaan dan berpisah menjadi dua negara, India dan Pakistan. Hal ini tidak dipersetujui oleh Gandhi.

1920-an hingga 1940 berlaku pertempuran masyarakat Hindu dan Islam. Gandhi bertindak sebagai penyelamat. Dia akan berpuasa sampai mati selagi pertempuran tidak dihentikan .

1. Beliau berupaya menarik rakyat jelata untuk terlibat dalam politik. Kesedaran politik meningkat 1920-an hingga 1940-an. Kesannya politik India berkembang pesat.

PERANAN DAN SUMBANGAN

2. Beliau membawa method perjuangan yang bukan berunsurkan kekerasan. Konsep Sathyagraha- Kartel 1919. British mempunyai kekuatan untuk kekerasan namun British akur untuk menentang golongan yang tidak bersenjata. Kekuatan Gandhi terletak pada ideanya.

3. Menjalin hubungan orang Islam dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat.

4. Memimpin Kongres Kebangsaan India dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm.

Kesimpulannya, perbincangan ini jelas menunjukkan bahawa peranan dan sumbangan Mahatma Gandhi dalam nasionalisme di India tidak dapat disangkal lagi. Melalui pendekatan tanpa kekerasan beliau berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat India terutama yang beragama Hindu dan Islam. Tidak dilupakan juga peranan beliau mengetuai INC yang berjaya menarik sokongan golongan bawahan, pengenalan konsep Swedasi juga berjaya menyedarkan masyarakat India untuk menghasilkan produk buatan tempatan dan membelinya. Dalam pada masa yang sama memboikot barangan buatan British. Begitu juga peranan beliau dalam menyatukan masyarakat Muslim dan India dengan menyokong gerakan Khilafat sebagai contoh. Namun, sehingga ke tahun-tahun akhir sebelum India merdeka, pertikaian antara orang Hindu dan Islam tidak mampu diselesaikan oleh pihak British. Perbincangan demi perbincangan akhirnya India dibahagi kepada dua iaitu negara India dan Pakistan walaupun ditentang oleh Mahatma Gandhi. Namun, ia tetap diteruskan. Ogos 1947 menjadi tarikh keramat bagi negara India dan Pakistan dan menjadi penanda berakhirnya kuasa penjajahan British di India. Namun, pengunduran pihak British telah memakan korban yang besar dan kehilangan yang paling besar apabila Mahatma Gandhi telah dibunuh pada bulan 30 Januari 1948 oleh seorang ekstremis Hindu iaitu Nathurum Godse ketika berusia 79 tahun. Pembunuh tersebut berpendapat bahawa Gandhi telah menyebabkan perpecahan dan kelemahan terhadap orang Hindu di India serta sokongan terbuka yang diberi oleh Gandhi terhadap orang Islam. Berakhirlah perjuangan Mahatma Gandhi selepas beliau dibunuh namun peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh beliau sangatlah besar dan tidak mampu dipadam dalam lipatan sejarah India.

SIDDHARTA GAUTAMA BUDDHA


Siddharta dilahirkan pada tahun 623 SM di Taman Lumbini.

Dia kemudian menjadi sang Buddha (orang yang telah mencapai Penerangan Sempurna) Dia juga dikenali sebagai Shakyamuni (orang bijak dari kaum Sakya) dan sebagai sang Tathagata. Siddharta Gautama adalah guru spiritual dari wilayah timur laut India yang juga merupakan pendiri Agama Buddha. Menyebarkan Dharma selama 45 tahun kepada manusia dengan penuh kasih sayang. Ia dianggap oleh pemeluk Agama Buddha sebagai Buddha Agung (sammasambuddha) di masa sekarang.

Kehidupan penuh dengan kepahitan

Kepahitan dan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan nafsu

4 KEBENARAN MULIA

Untuk mengatasi kepahitan hidup mesti mengatasi nafsu

Cara menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan cara Jalan Lapan Lapis

Jalan Lapan Lapis


Kepercayaan dan pengetahuan yang baik * Bebas daripada kepercayaan karut * Memahami diri sendiri dan 4 kebenaran yang mulia

Makna kehidupan yang baik * Perlu mendapatkan kehidupan dengan tidak memusnahkan kehidupan lain Kelakuan yang baik * Bertindak secara aman, jujur dan sejati dan tidak membunuh, mencuri dan keterlaluan dalam tuntutan arak dan perlakuan seks

Usaha yang baik


* Perlu mengawal diri sendiri dan berdisiplin * Mengekang kepercayaan syaitan dan menjaga kebaikan

Pemikiran yang baik * Perlu berhati-hati dengan kata-kata dan pelakuan orang lain

* Membangunkan wawasan kehidupan yang jelas

Pertapaan yang baik Keinginan yang baik * Perlu mengambil keputusan yang tegas untuk
mencapai jalan kehidupan yang berjaya

Pengucapan yang baik

*tidak boleh melakukan gosip menipu atau mengenakan seseorang

* Perlu menumpukan pada satu perkara untuk mendapatkan kesedaran yang mendalam dan istimewa

KITAB SUCI AGAMA BUDDHA


Kitab suci agama Buddha yang paling tua yang diketahui hingga sekarang tertulis dalam bahasa Pli dan Sansekerta terbahagi dalam tiga kelompok besar yang dikenal sebagai 'pitaka' atau 'keranjang iaitu : a. Vinaya Pitaka b. Sutta Pitaka c. Abhidhamma Pitaka Kitab Suci agama Buddha dinamakan Tipitaka (Pli) atau Tripitaka (Sansekerta).

Pemutaran Roda Dharma

Ajaran Buddha pertama kali diterima olah 5 orang bhiksu iaitu Kondanna, Bhaddiya, Mahanama, Assaji dan Vappa. Hari pemutaran roda Dharma yang pertama tersebut diperingati oleh umat Buddha sebagai hari suci Asadha. Buddha Gautama berkelana menyebarkan Dharma selama empat puluh lima tahun lamanya kepada umat manusia dengan penuh cinta kasih dan kasih sayang. Setelah saat itu, makin lama makin banyak pengikut beliau.

Dalam tradisi Hindu, Buddha tidak mempunyai kedudukan istimewa dalam Veda. Menurut kepercayaan umat Hindu, pada masa Kali Yuga, orang-orang mulai melupakan ajaran agama dan tindakan mereka tidak sesuai dengan Veda. Maka dari itu, Buddha muncul untuk menyempurnakan kembali tindakan yang melencong dari Veda dan menolak untuk melaksanakan pengorbanan haiwan. Beberapa tokoh Hindu menganggap Buddha merupakan seorang tokoh yang memperbaharui ajaran Veda. Dalam beberapa falsafah Hinduisme, Rama dan Krishna yang merupakan awatara juga dipuja sebagai Dewa, namun Sang Buddha yang juga merupakan awatara tidak dipuja dalam Hindu selayaknya awatara yang lain. Pokok ajaran Buddha bolah diringkaskan di dalam apa yang menurut istilah penganutnya "Empat kebajikan kebenaran:" i) kehidupan manusia itu pada dasarnya tidak bahagia ii) sebab-musabab ketidakbahagiaan ini adalah memikirkan kepentingan diri sendiri serta terbelenggu oleh nafsu iii) pemikiran kepentingan diri sendiri dan nafsu dapat ditekan habis bilamana segala nafsu dan hasrat dapat ditiadakan, dalam ajaran Buddha disebut nirvana iv) menimbang benar, berfikir benar, berbicara benar, berbuat benar, cari nafkah benar, berusaha benar, mengingat benar, meditasi benar.

You might also like