You are on page 1of 5

Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

Latar Belakang
Selepas Perang Dunia Kedua, wujudlah dua blok di dunia iaitu Blok Barat
yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan Blok Timur yang diketuai oleh bekas Soviet
Union. Oleh kerana perbezaan dan persaingan ideologi antara kedua-dua blok
tersebut, mereka mencetuskan Perang Dingin (Cold War) pada lewat tahun 1940-an
sehingga awal tahun 1990-an.
Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) telah ditubuhkan pada
bulan September 1961 sebaik sahaja 25 buah Negara-negara berkecuali berserta 3
buah negara pemerhati menghairi persidangan pertama iaitu Persidangan Ketua-ketua
Negara atau Kerajaan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Belgrade, Yugoslavia
semasa kemuncak Perang Dingin.
Pada masa tersebut, terdapat beberapa negara yang baru merdeka seperti di
Afrika, Asia, dan Amerika latin ingin mengelak daripada berpihak kepada mana-mana
blok. Oleh itu, negara-negara tersebut menagamalkan dasar berkecuali untuk
mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan poitik masing-masing.

Maksud Dasar

Berkecuali ialah negara-negara tersebut tidak menyertai mana-mana blok


ketenteraan, politik, persekutuan ,ataupun kumpulan.
Pada tahun 1955, 25 buah negara merdeka afro-asia menagakan persidangan
di Bandung, Indonesia yang membawa kepada penubuhan NAM. Anggota Pergerakan
Negara-negara Berkecuali (NAM) diasaskan oleh Presiden Tito (Yugoslavian),
Presiden Nasser (Egypt) dan Perdana Menteri Nehru (India) dan disokong sepenuhnya
oleh Presiden Indonesia (Soekarno) dan Presiden Ghana (Nkrumah). NAM

merupakan gabungan negara-negara yang tidak memihak kepada mana-mana kuasa


Perang Dingin. Pada awal penubuhan NAM, ia disertai oleh 4 buah negara sahaja
iaitu India, Mesir, Brazil dan Republik Rakyat China. Kini, NAM mempunyai 120
negara menyertainya di seluruh dunia (April 2015).
Persidangan ke-tiga belas berada di Kuala Lumpur pada 20-24 Febuari 2003
dan Malaysia diberi kepercayaan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Kemuncak
Negara-negara Berkecuali (NAM) ke-13 (2003-2006) di Pusat Konvensyen Putrajaya.

Tujuan
NAM mengamalkan 5 prisip utama (Dasa sila Bandung). Pertamanya, menghormati
kedaulatan wilayah iaitu rakyat-rakyat dalam negara-negara berkecuali yang
mementukan nasib negara mereka sendiri dan negara bawah NAM harus
menghormati hak asasi manusia. Keduanya, negara-negara yang menyertai NAM
tidak menceroboh negara masing-masing dan menentang penjajahan sesebuah
negara terhadap negara lain. Selepas itu,

negara-negara berkecuali tidak

mencampur tangan dalam hal ehwal dalaman iaitu rakyat menentukan nasib
negaranya dan negara-negara tersebut mengamalkan pendirian berkecuali dalam
perikatan politik dalaman sesebuah negara. Seterusnya, anggota NAM melaksanakan
hak sama rata dan manfaat bersama iaitu negara-negara bawah NAM
menghapuskan diskriminasi antara kaum dan memperjuangkan peramaan ras ataupun
bangsa. Akhirnya, anggota-anggota negara yang menyertai NAM mewujudkan
keamanan bersama negara lain seperti tidak melibatkan diri dalam konfrantasi politik
atau ideologi (Perang Dingin) antara Amerika Syarikat dan bekas Soviet Union
(Russia) pada tahun 1970-an dan 1980-an, menyelesaikan pertikaian antara negara

secara aman, dan menghormati keadilan dan tanggungjawab dengan semua negara
anggota dan kuasa besar yang bukan negara anggota.

Faedah dan Pejuangan Malaysia Menyertai NAM


Malaysia menyertai NAM pada tahun 1970 dan Malaysia terdapat pelbagai
faedah dan pejuangan dalam menyertai NAM. Matlamat utama NAM ditubuhkan
adalah untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok Komunis atau
blok Barat. Malaysia telah menganggotai pertubuhan ini pada tahun 1970, selepas
berlakunya Dasar Luar Malaysia daripada dasar antikomunis dan dasar pro-Barat
kepada dasar berbaik-baik dengan semua negara.
Pada tahun 1987, dalam Sidangan Kemuncak Ketujuh NAM di New Delhi,
Malaysia telah melaksanakan beberapa usul untuk membela kepentingan negaranegara sedang membangun. Termaksuklah isu Palestin, isu Benua Antartika dan
kerjasama ekonomi. Selepas itu, dalam Sidangan Kemuncak Kelapan yang diadakan
di Harare (Zimbabwe) pada tahun 1986, Malaysia telah mengemukakan cadangan
untuk menghapuskan Dasar Aparteid di Afrika Selatan.
Pada tahun 1989, Malaysia telah dipilih sebagai Naib Presiden dalam Sidang
Kemuncak NAM ke-9 di Belgrade, Yugoslavia dan Malaysia mendapat penghormatan
dari negara-negara lain. Di samping itu, Malaysia juga dilantik sebagai ahli Kumpulan
16 yang membingcangkan tentang isu kerjasama politik negara anggota.
Pada tahun 2003, Malaysia telah berjaya menjadi tuan rumah kepada Sidang
Kemuncak NAM ke-13 yang berlaku di Kuala Lumpur. Sidang kemuncak ini
mencatatkan penyertaan tertinggi dengan kehadiran 63 negara ahli. Di samping itu,
sidang kemuncak ini telah berjaya mendaftarkan 2 negara anggota yang baru, iaitu
Timur Leste dan Pulau Catalina. Deklarasi Kuala Lumpur menekankan lebih pada

usaha menghidupkan kembali NAM dan pertanyaan tentang kedudukan Palestin dan
serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.

Negara-negara Anggota

Rujukan
http://www.nti.org/treaties-and-regimes/non-aligned-movement-nam/
http://news.bbc.co.uk/2/hi/2798187.stm
http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/2013/07/pergerakan-negara-negara-berkecualinam.html
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/antara/1204-nam.html
https://books.google.com.my/books?
id=c2CUN0HSZWIC&pg=PA284&lpg=PA284&dq=Anggota+Pergerakan+Negaranegara+Berkecuali+Sejarah&source=bl&ots=5fnWD4A0wb&sig=oFyrPJVLuW2ndATs0b3E7VnQlI&hl=en&sa=X&ei=UQB0VbSFG6POmwWHvYCIAQ&redir_es
c=y#v=onepage&q=Anggota%20Pergerakan%20Negara-negara%20Berkecuali
%20Sejarah&f=false
http://mea.gov.in/in-focus-article.htm?
20349/History+and+Evolution+of+NonAligned+Movement
http://mbsskl.edu.my/panitia_sivik/kenegaraan/sumbangan-malaysia-kepadakeamanan-dunia/pergerakan-negara-negara-berkecuali-nam/
http://ayusaudah.blogspot.com/2010/08/pergerakan-negara-negara-berkecuali.html
http://maribelajarsejarah.blogspot.com/2010/10/bab-9-ting-5-malaysia-dalampertubuhan.html
http://cikgushahir.tripod.com/sejarah/nsmbab9.pdf

You might also like