You are on page 1of 4

Tempat Kediaman

Pengertian Tempat Kediaman


Tempat kediaman ialah tempat tinggal yang boleh memberi perlindungan dan keselamatan.
Contoh tempat kediaman ialah rumah ataupun asrama.
Jenis Ruang Tempat Kediaman
Setiap tempat kediaman mempunyai ruang-ruang tertentu supaya dapat memberi keselesaan
kepada ahli keluarga. Tempat kediaman terbahagi kepada tiga jenis ruang iaitu:
(a) Ruang sosial
(b)Ruang kerja
(c) Ruang persendirian
Fungsi Ruang
Setiap ruang tempat kediaman mempunyai fungsi yang berbeza. Fungsi ruang-ruang tersebut
adalah seperti berikut:
Ruang
Sosial

Kerja

Persendirian

Fungsi
Berehat dan berinteraksi antara ahli
keluarga
Melayan tetamu
Menjamu selera
Melakukan aktiviti penyediaan dan
penyimpanan makanan
Menyimpan barang-barang
Melakukan kerja-kerj a pembersihan
dan penyenggaraan
Melakukan kerja-kerja mendobi
Tempat berehat dan menyimpan
wardrobe
Membersih dan mengemas diri

Contoh
Bilik istirahat
Ruang tamu
Bilik makan

Dapur
Stor
Garaj
Tempat mendobi

Bilik tidur
Bilik mandi dan tandas

Keselesaan Tempat Kediaman


Faktor Keselesaan Tempat Kediaman
Faktor-faktor yang mempengaruhi keselesaan sesebuah tempat kediaman adalah seperti
berikut:
1. Pengudaraan
Kedudukan tingkap, pintu dan kekisi membantu pengudaraan di tempat kediaman. Teknologi
seperti alat penghaw dingin dan kipas membantu pengudaraan.
2. Pencahayaan
Pencahayaan untuk ruang di tempat kediaman boleh diperoleh daripada sumber cahaya
matahari dan cahaya lampu. Tingkap, pintu, dan kekisi yang mencukupi membenarkan seberapa
banyak cahaya untuk menerangi setiap ruang.Terdapat tiga jenis pencahayaan lampu iaitu:
1.1. Pencahayaan am -Menerangi seluruh ruang tanpa sebarang halangan, seperti lampu
pendarfluor dan mentol.
1.2. Pencahayaan tidak langsung - Dihasilkan apabila cahaya yang menghala ke siling dibalikkan
ke ruang sekitarnya seperti lampu hiasan dinding dan lampu hiasan siling.
1.3. Pencahayaan terus (langsung) - Dihasilkan daripada cahay lampu yang memancar ke satu
arah tertentu sahaja seperti lampu meja.
3. Lantai dan penutup lantai
Lantai akan kelihatan lebih menarik jika diberi kemasan yang sesuai. Lantai perlu dibersihkan
mengikut jenis dan kemasannya. Ciri lantai yang baik ialah tahan lasak, tidak licin, rata, cantik, dan
mudah dibersihkan.

Pemilihan penutup lantai dilakukan mengikut jenis ruang dan fungsinya supaya lebih selesa
dan mudah penjagaannya. Pelbagai jenis penutup lantai boleh digunakan untuk menjadikan ruang
kelihatan lebih menarik.
4. Skema warna
Pemilihan warna yang sesuai akan menambahkan keceriaan ruang sesebuah tempat
kediaman. Skema warna boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu warna lembut,
warna terang, dan warna gelap.
Warna
Kesan
Warna lembut:
Ruang kecil kelihatan lebih besar.
Biru muda
Siling yang rendah kelihatan tinggi.
Hijau muda
Suasana lebih sejuk, tenang, dan harmonis.
Ungu muda
Warna terang:
Ruang kecil kelihatan besar.
Merah
Siling yang rendah kelihatan tinggi.
Kuning
Suasana ruang ceria.
Jingga
Warna gelap:
Ruang besar kelihatan kecil.
Biru tua
Siling yang tinggi kelihatan rendah.
Perang tua
Suasana ruang tenang dan redup.
Hijau tua
5. Alatan dan kelengkapan
Pilihan alatan dan kelengkapan mestilah sesuai dengan fungsi dan saiz ruang berkenaan.
Alatan dan kelengkapan terdiri daripada perabot, peralatan elektrik, dan hiasan tambahan.
Alatan kelengkapan rumah hendaklah disusun dengan rapi agar tidak mengganggu laluan
atau menghalang peredaran udara. Hiasan tambahan seperti kusyen, langsir, gubahan bunga, dan
hamparan akan menambahkan lagi keceriaan ruang.
6. Keselamatan
Keselamatan merupakan faktor yang sangat penting dalam pengurusan tempat kediaman.
Perkara yang perlu dipertimbangkan ialah:
Susun atur alatan dan kelengkapan tidak menghalang laluan.
Peralatan elektrik dan peralatan yang tajam digunakan dengan cara yang betul dan
disimpan di tempat selamat.
Pastikan jenis lantai sesuai dengan fungsi ruang supaya dapat mengelakkan kemalangan.
Sediakan alat pemadam api yang perlu diperiksa setiap tahun.
Penjagaan Tempat Kediaman
Pembersihan Tempat Kediaman
Kerja-kerja pembersihan tempat kediaman boleh dilaksanakan sama ada secara harian,
mingguan ataupun berkala.
Alatan
(a) Penyapu
Penyapu rami
Penyapu lidi
Penyapu buluh
(b) Berus
Berus dawai
Berus sabut
Berus plastik
Berus tandas
Berus siling

Agen Pencuci
(a) Sabun
(b) Detergen
(c) Bahan peluntur
(d) Pembasmi kuman

(c) Mop
(d) Vakum
(e) Penadah sampah
Penjagaan Tempat Kediaman
a) Membersih Ruang Tempat Kediaman
1
Pastikan suis kipas dimatikan.
2
Tutup atau simpan makanan.
3
Gunakan alat dan agen pencuci yang sesuai.
4
Pembersihan ruang bahagian atas dilakukan dahulu seperti membersihkan sawang,
kipas, dan hiasan dinding.
5
Kemudian lakukan pembersihan ruang bahagian bawah seperti menyapu lantai,
memvakum permaidani, mengelap tingkap, dan mengemop lantai.
6
Lap alatan dan kelengkapan dengan air suam bersabun.
b) Mengemas Ruang Tempat Kediaman
1
Buka semua tingkap dan pintu.
2
Susun dengan kemas buku, surat khabar, majalah, dan alatan mengikut kesesuaian.
3
Mengelap dan menggilap alatan dan kelengkapan tempat kediaman.
4
Jemur permaidani yang telah divakum.
c) Menghias Ruang Tempat Kediaman
1 Pilih hiasan yang sesuai dengan keperluan, kegunaan, dan saiz ruang.
2
Susun atur perabot mengikut kreativiti agar suasana lebih ceria.
3
Hiasan tambahan seperti gubahan bunga, hiasan dinding, cermin dinding, dan
bingkai gambar hendaklah sesuai dengan saiz dan fungsi ruang.
4
Jenis dan bentuk lampu serta pencahayaan akan mempengaruhi seni hiasan dalam
sesebuah ruang.
5
Warna hiasan mestilah sesuai dengan skema warna ruang.
d) Membuang Sampah
Untuk mengekalkan kebersihan tempat kediaman, sistem pembuangan sampah yang betul
perlu dilaksanakan. Antara langkah yang boleh diambil adalah:
1
Sisa makanan berbentuk cecair dibuang ke dalam longkang.
2
Sampah berbentuk pepejal hendaklah dibungkus dengan plastik dan dibuang ke
dalam tong sampah bertutup.
3
Tin-tin kosong dan kaca yang pecah hendaklah ditanam atau dikitar semula.
4
Tong sampah dicuci dengan ubat pembasmi kuman dan dijemur di bawah sinaran
cahaya matahari.
e) Mencegah Serangga dan Haiwan Perosak
1
Pastikan setiap ruang dan kawasan persekitaran rumah sentiasa bersih dan kemas.
2
Makanan hendaklah disimpan di dalam bekas yang bertutup rapat.
3
Alatan memasak dan pinggan mangkuk hendaklah dicuci segera untuk mengelakkan
kehadiran serangga dan haiwan perosak.
4
Semua almari dan laci makanan mestilah selalu dibersihkan.
5
Semua sampah sarap dibuang segera untuk mengelakkan pembiakan serangga dan
haiwan perosak.
Susun Atur Alatan dan Kelengkapan

Faktor yang Perlu Diambil Klra Semasa Menyusun Atur Alatan dan Kelengkapan
Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa menyusun atur alatan dan
kelengkapan. Antara faktor yang perlu diambil kira adalah seperti berikut:
a. Saiz ruang
Pastikan alat dan kelengkapan berpadanan dengan saiz ruang. Susun atur alatan dan
kelengkapan yang sesuai akan menjadikan ruang kecil kelihatan lebih luas.
b. Saiz Perabot
Pemilihan saiz perabot perlu bersesuaian dengan saiz ruang. Pastikan perabot yang
diletakkan di sesebuah ruang sesuai mengikut keperluan dan tidak mengganggu pergerakan.
c.

Skema warna
Pemilihan warna alatan dan kelengkapan perlu sesuai dengan saiz dan warna sesebuah
ruang. Contohnya jika ruang dapur kecil, kabinet yang dipilih harus berwarna lembut supaya
ruang dapur kelihatan luas.

d. Keceriaan
Keceriaan sesebuah ruang dapat diwujudkan dengan pemilihan alatan, kelengkapan, hiasan
tambahan, dan skema warna yang sesuai. Warna sofa, langsir, dan kusyen tabur mestilah sesuai
dengan warna ruang untuk menceriakan sesebuah ruang.
e. Keselamatan
Susun atur alatan dan kelengkapan yang betul atau teliti tidak menghalang laluan dan dapat
mengelakkan kemalangan.
f.

Kumpulan ahli keluarga


Pastikan susun atur alatan dan kelengkapan sesuai dengan kumpulan ahli keluarga seperti
bayi, kanak-kanak, dan orang tua. Susun atur alatan dan kelengkapan hendaklah memberi ruang
yang selesa dan selamat untuk pergerakan kanak-kanak dan orang tua.

Menyusun Atur Alatan dan Kelengkapan di Ruang Dapur


Penyusunan alatan dan kelengkapan yang betul dapat menjimatkan masa dan tenaga,
memudahkan pergerakan, serta melancarkan kerja di dapur, bagi mengelakkan kemalangan. Oleh itu,
kelengkapan serta susun atur alatan perlu sesuai agar keselamatan terjamin.
Antara alatan dan kelengkapan yang terdapat di ruang dapur ialah meja kerja, peti sejuk, sink,
dan dapur.
Alatan dan KelengkapanKedudukanMeja

kerja
Diletakkan berhampiran
dengan sink, peti sejuk, dan dapur untuk mengurangkan pergerakan.

Diletakkan pada ketinggian yang sesuai supaya memberi keselesaan


semasa bekerja.Sink
Diletakkan berhampiran tingkap untuk
mendapatkan pencahayaan dan pengudaraan yang baik.

Diletakkan berhampiran dengan meja kerja supaya memudahkan kerja


penyediaan makanan.

Diletakkan jauh daripada dapur untuk mengelakkan percikan air.Peti


sejuk Diletakkan berhampiran dengan meja kerja supaya menj imatkan masa
dan tenaga semasa proses penyediaan makanan.

Diletakkan jauh dari dapur memasak untuk mengelakkan haba


daripada dapur merosakkan peti sejuk.Dapur Diletakkan berhampiran
dengan meja kerja untuk mengurangkan pergerakan semasa memasak.

Diletakkan jauh dari tingkap dan pintu untuk mengelakkan tiupan angin.

Diletakkan pada ketinggian yang sesuai untuk memudahkan kerja.

You might also like