You are on page 1of 9

KEBERSIHAN RUMAH

NUR SYAZWANI NORALBIANIAH FARIZA EZLIN NURUL AMIRAH MOHAMAD EHSAN

PENCEGAHAN SERANGGA BERBAHAYA DARI MEMBIAK


Menggunakan tumbuhan tertentu untuk menghapuskan serangga.
Pokok NILAM atau dari segi botani dikenali sebagai Pogostemon cablin yang dikatakan sesuai untuk menghapuskan serangga perosak Pokok ini bagi manusia mempunyai bau yang wangi semerbak Serangga membiak tidak suka akan bau wangi

Mengesan kewujudan serangga


Mengesan dengan memeriksa di seluruh kawasan yang lembab seperti di beberapa bahagian di kawasan berhampiran dengan tandas. Anda juga boleh mengesan melalui pendengaran. Biasanya kaedah ini boleh dilakukan pada waktu malam sahaja.

Tanya Pakar
Berjumpa dengan pakar-pakar kawalan serangga untuk menyelesaikan masalah pembiakan serangga di rumah .

Penggunaan Kapus Insektisida


Kapur insektisida boleh diguna pakai bagi pencegahan semut Cara penggunaan kapur insektisida ini dilakukan dengan cara meletakkan bahan tersebut pada jalan-jalan semut di sudutsudut rumah atau tempat makanan umpan.

Penggunaan Sabun Cuci


Cara penggunaannya ialah satu teh sabun cuci dilarutkan dalam air. Air bekas cucian pakaian juga boleh digunakan. Cairan tersebut dimasukkan ke dalam penyembur dan disemburkan ke arah semutsemut.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk


Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya. Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu. Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu. Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air. Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup

PEMBUANGAN SAMPAH DENGAN CARA YANG BETUL


Sampah Domestik/Perniagaan Masukkan sampah rumah dan perniagaan ke dalam karung plastik dan ikatkannya dengan kukuh. Kemudiannya masukkan ke dalam tong sampah yang sempurna. Bagi penghuni rumah pangsa, buangkan karung plastik yang berisi sampah ke dalam tong sampah berpusat yang disediakan. Sampah Kebun Sampah kebun yang kecil dan sedikit seperti rumput, daun-daun dan ranting hendaklah dimasukkan ke dalam karung plastik. Pastikan anda mengikatnya dengan kukuh sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Untuk membuang sampah kebun yang banyak dan berat seperti dahan-dahan kayu, MPKS menyediakan tapak pembunagan sampah seluas lebih kurang 40 ekar. Sampah Binaan Setiap kontraktor yang terlibat dengan kerja pembinaan hendaklah membuang sampah mereka sendiri. Sekiranya kontraktor gagal berbuat demikian, penghuni atau pemilik bangunan akan bertanggungjawab.

KEBERSIHAN DI DALAM RUMAH


Meletakkan barangan berbahaya si tempat yang selamat Membersihkan rumah secara rutin dan teratur contoh: menyapu lantai, mop jubin dan membersihkan kipas Menguruskan baju dengan sempurna Pastikan perabot dikemas dan disusun dengan teratur. Perkakas dapur hendaklah dibersihkan dan disusun selepas digunakan. Ruangan bilik air hendaklah dicuci bagi mencegah lumut membiak dan boleh mengakibatkan kecederaan. Bilik hendaklah dalam keadaan kemas dan teratur agar kelihatan bersih Sampah sarap perlulah dibuang ke dalam tempat yang sepatutnya.

You might also like