You are on page 1of 1

IKLAN JAWATAN KOSONG

Pengurus & Penolong Pengurus


Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
Maklumat Mengenai PI1M
Projek Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) merupakan projek Kerajaan dengan inisiatif
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan melalui
Celcom di bawah Program Pemberian Sejagat dengan fokus untuk merapatkan jurang
digital di kalangan penduduk kawasan bandar. Objektif utama adalah untuk memberi
penyediaan perkhidmatan ICT di kawasan bandar dan juga kawasan sekitar. Oleh demikian,
kami ingin mendapatkan calon bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan di atas. Maklumat
mengenai jawatan-jawatan tersebut adalah seperti di bawah:
Tanggungjawab dan skop kerja:
Mengendali dan menyelenggara PI1M dan alatan-alatan komputer agar berfungsi
dengan sempurna.
Mengadakan kursus-kursus komputer untuk golongan sasaran bagi meningkatkan
jumlah pengguna di setiap kawasan.
Mengadakan sesi temu dengan Jawantankuasa PPR, Persatuan Penduduk dan ADUN
dari masa ke semasa.
Merekodkan aktiviti kewangan yang berkaitan dengan pengurusan PI1M.
Menjalankan kempen promosi PI1M kepada orang ramai.
Membantu orang ramai mempelajari penggunaan Internet dan Jalur Lebar.
Melaksanakan kursus-kursus usahawan dan lanjutan komputer kepada remaja dan
orang dewasa.
Menyediakan dan mengemukakan laporan kepada pihak SKMM dan Celcom.
Kelayakan:
Pengurus: minima Ijazah Sarjana Muda (kelebihan kepada calon program
Pentadbiran & Pengurusan, dan Teknologi Maklumat/Komputer)
Penolong Pengurus: minima Diploma/Sijil (kelebihan kepada calon program
Pentadbiran & Pengurusan, dan Teknologi Maklumat/Komputer)
Berumur di antara 20 28 tahun
Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima
Boleh bekerja lebih masa apabila diperlukan
Mempunyai kemahiran berdikari dan inisiatif sendiri
Keutamaan akan diberikan kepada warga setempat di kawasan di atas.
Hantar Resume anda ke email berikut:
recruitment@nusuara.com
Atau pos ke ibu pejabat kami:
NuSuara Technologies Sdn Bhd
Unit No. 2-19-01, VSQ@PJ City Centre
Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Sebarang pertanyaaan boleh dikemukan ke talian 03 - 7451 8080 ext: 18061/18060.

You might also like