You are on page 1of 1

ANUGERAH TOKOH MURID 2014

Bagi memilih Tokoh murid 2014 , Jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang 2014
telah melantik beberapa orang guru sebagai Panel Pemilihan Tokoh Murid 2014.
Penel Jawatankuasa pemilihan Tokoh Murid telah membuat saringan daripada 22
orang murid Tahun 6 Gemilang 2014. Hasilnya penel Jawatankuasa mendapati 3
orang murid telah layak untuk dicalonkan sebagai Tokoh Murid 2014. Ketiga-tiga
murid yang dicalonkan untuk pemilihan tokoh murid ini ketiga-tiganya adalah
murid perempuan.
Tuan2/puan2/ para ibu bapa, guru dan Tetamu yang dihormati,
Panel Jawatankuasa Pemilihan mendapati ketiga-tiga murid yang dicalonkan ini
mempunyai kelebihan, dan keistimewaan masing-masing. Namun dalam
kesukaran untuk menentukan siapakah satu-satunya yang selayaknya dipilih
sebagai Tokoh Murid 2014, keputusan yang muktamad tetap perlu dibuat.
Seorang murid sahaja yang mesti dipilih ini bermakna 2 orang murid lagi
walaupun juga mempunyai kriteria cemerlang, namun tokoh murid hanya
seorang sahaja.
Maka supaya lebih adil kepada calon2 ini pihak panel Jawatankuasa
pemilihan memutuskan untuk dibuat undi dalam kalangan ahli panel
Jawatankuasa Pemilihan dan mendapati Tokoh Murid 2014 jatuh kepada seorang
seorang puteri sebuah keluarga bahagia yang lahir pada suatu pagi dalam tahun
2002. Cahaya mata kedua kepada pasangan suami isteri ini adalah anak yang
menyejukkan pandangan mata mereka dan menambah ikatan kasih sayang
dalam keluarganya. Dalam kalangan adik beradiknya beliau sangat dihormati
dan disayangi. Di sekolah selain daripada termasuk dalam kalanagan murid yang
cemerlang akademik beliau juga murid yang peramah dan disenangi oleh guruguru, staf dan semua pihak. Memegang jawatan Sebagai Ketua Pengawas
Sekolah sesi persekolahan 2014, beliau telah menjalankan tugasnya dengan
penuh tanggungjawab. Maka dengan ini diumumkan Tokoh murid 2014 yang
diplih oleh Panel Jawatankuasa Pemilihan Tokoh Murid 2014 ialah A.diiiiiik
NUSYAQIRAH NATASHA BIN MOHD RAZALI .. TAHNIAH ADIK NURSYAQIRAH
NATASHA BIN MOHD RAZALI..

You might also like