You are on page 1of 1

ANUGERAH CENDEKIA TOKOH MURID 2017

Penerima Anugerah
Chaw Hui Jun

Biodata Tokoh Cendekia Murid


SMK Methodist, Tanjong Malim 2017

23 November 2000 melakar satu lagi sejarah buat pasangan Chaw Yuen Keong dan Leong Wan Chin
atas kelahiran anak ketiga mereka yang juga seorang puteri. Kehadiran puteri ketiga pasangan ini disambut
dengan penuh gembira dan ceria oleh seisi keluarga. Puteri ini dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan
perhatian yang tidak berbelah bahagi dalam sebuah keluarga yang cukup harmoni.

Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, jatuh ke tanah menjadi pohon nan rendang. Demikianlah
diibaratkan dengan anak kepada pasangan yang bahagia ini. Kejayaan akademiknya bermula sejak beliau berada
di sekolah rendah lagi. Pencapaiannya dalam UPSR mencatatkan keputusan 6A dan 1B dan berbekalkan
keputusan tersebut, beliau melangkah ke sekolah menengah di SMK Methodist pada tahun 2013. Kecemerlangan
beliau terus dapat dilihat apabila beliau mendapat 9A dan 1B dalam Pentaksiran Tingkatan 3 pada tahun 2015.

Seorang yang gemar membaca dan mengulangkaji pelajaran pada waktu lapang, beliau merupakan
seorang yang amat disenangi oleh rakan-rakan sepanjang beliau di sekolah. Beliau sering menerima kepercayaan
rakan-rakan dan para guru untuk memikul pelbagai amanah untuk memegang pelbagai jawatan seperti bendahari
dan pengerusi dalam persatuan dan kelab sejak tahun 2016 lagi. Beliau pernah menjawat jawatan pengawas
selama empat tahun iaitu dari tahun 2014 hingga 2017.

Beliau yang amat meminati mata pelajaran Matematik, sentiasa menunjukkan kesungguhannya dalam
mengejar impian yang diidamkan. Walaupun sentiasa sibuk dengan melibatkan diri dalam berbagai-bagai aktiviti
di sekolah, beliau telah membuktikan bahawa dengan usaha gigih dan tidak mengenal penat dan jemu, tiada apa-
apa yang mustahil dalam kehidupan ini. Dengan pencapaian cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia, iaitu
semua A dalam 10 mata pelajaran yang diambil, beliau kini berada di landasan yang amat bertepatan dengan cita-
citanya sebagai seorang akauntan. Beliau kini sedang meneruskan pelajaran di Tunku Abdul Rahman Universiti,
Kolej Kampus Induk Kuala Lumpur dalam Diploma in Business, khususnya jurusan Akaun, amat berharap beliau
akan berjaya mencapai impiannya satu hari nanti. Berbekalkan moto yang menjadi pegangan beliau selama ini,
iaitu Live Once, No Regret, beliau amat mengharapkan masa depannya akan lebih gemilang dengan kegigihan
beliau berjuang menuntut ilmu pada hari ini.

Dengan kecemerlangan yang telah dilakar itu, maka layaklah Chaw Hui Jun, puteri kepada Encik Chaw
Yuen Keong dan Puan Leong Wan Chin ini dinobatkan sebagai Tokoh Cendekia Murid SMK Methodist
Tanjong Malim bagi tahun 2017. Tahniah kami ucapkan.

You might also like