You are on page 1of 5

Panduan menukar cakap ajuk kepada cakap pindah.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Pelajar mesti mengenal pasti jenis petikan yang diberi.


Fahami kehendak dan arahan soalan.
Baca petikan yang diberi dengan teliti.
Pelajar tidak dibenarkan menambah atau meninggalkan isi serta
mengubah maksud keseluruhan petikan.
Pengolahan isi mesti mengikut susunan teks asal.
Penggunaan kata singkatan mesti ditukarkan kepada perkataan yang
lengkap seperti nak (hendak), mak (emak).
Kata ganti diri, tempat , masa, dan sebagainya mesti ditukar dengan
tepat.
Struktur ayat perlu betul, pengolahan mesti baik dan lancar. Elakkan
kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata.

Tatabahasa : Cakap Ajuk & Cakap Pindah


1
.
2
.

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula
secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya.
Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak
mengubah maksud asalnya.
Contoh:
Tutup pintu bilik itu, kata Helmi kepada adiknya.
3 Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk.
.
4 Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan
. menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya.
5 Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.
.
Contoh:
Helmi menyuruh adiknya menutup pintu bilik itu.
Contoh:
Cakap Ajuk
``Saya harap awak dapat datang
ke sekolah esok, kata Cikgu
Halimah kepada Musa.
``Di bilik makmal sekolah, saya
dapati terdapat enam buah kerusi.
Saya juga melihat ada satu unit
televisyen dan lima unit komputer
yang diletakkan di atas meja di
sebelah pintu masuk, kata Ah
Ling.
``Datang ke kantin segera!, jerit
Cikgu Linggam kepada muridmurid Tahun Enam Melur.
``Saya hendak ke kedai, kata
Mahani sambil mengayuh
basikalnya.
``Selamat Hari Guru, kata muridmurid sekolah itu secara serentak

Cakap Pindah
Cikgu Halimah berharap agar Musa
dapat datang ke sekolah esok.
Kata Ah Ling, di bilik makmal
sekolahnya terdapat enam buah
kerusi serta satu unit televisyen dan
lima unit komputer yang diletakkan
di meja bersebelahan dengan pintu
masuk.
Cikgu Linggam berteriak
mengarahkan murid-murid Tahun
Enam Melur datang ke kantin segera.
Sambil mengayuh basikalnya,
Mahani memberitahu dia hendak ke
kedai.
Murid-murid sekolah itu
mengucapkan Selamat Hari Guru

semasa perhimpunan pagi.

secara serentak semasa


perhimpunan pagi.

ASPEK TUKAR AYAT


A. Tukar cakap ajuk kepada cakap pindah
1. Kata Yusri,saya akan membaiki paip yang rosak itu sebentar lagi
2. Bagaimanakah kejadian ini boleh berlaku,tentu kamu tidak berhatihati,kata Mak Cik Zainab kepada anaknya.
3. Irfan,saya tidak suka awak mencampuri urusan peribadi saya,kata
hazimah dengan perasaan marah.
4. Bila kamu akan berpindah ke rumah baharu?tanya Kumar kepada John.
5. Mengapa semua pelajar 5 Jarir tidak ke makmal? tanya Cikgu Mokhtar
kepada Cikgu Ramli.
6. Kereta mama kotor sangat,tolong mama cuci ya,pinta Yuhaini kepada
anaknya.
7. Sekarang musim panas,buah-buahan banyak tidak menjadi,beritahu
Muhaimin kepada pelanggan tetapnya.
8. Selepas bermain bola sepak kita mandi di sungai,ajak Muazzim kepada
kawan-kawannya.
9. Atap rumah itu telah rosak akibat angin kuat malam semalam,kata
Maisarah kepada Marsilla.
B. Tukar dialog kepada cakap pindah
Aini ; Awak ke pekan semalam?
Nas : Tidak,mengapa?
Aini : Saya lihat banyak penunggang motosikal kena tahan
Nas : siapa yang tahan mereka?
Aini : Pihak polis kerana mereka terlibat dalam lumba haram
Nas : Betullah,mereka tidak sayang akan nyawa sendiri
Aini
: Aku berharap
mengulanginya
lagitindakan itu akan menyedarkan mereka dan tidak

Fatimah: Eh,apa yang kaubaca tu?


Meor
: Ni hah,berita hangat tentang keracunan makanan yang berlaku
di sekolah
Akhir-akhir ini.
Fatimah: Aku pun pernah terbaca.Tapi,apakah puncanya?
Meor : Daripada petikan ini,aku rasa pengusaha kantin sekolah
mengabaikan factor
kebersihan.
Fatimah: Betul pendapat kau tu.Mereka sepatutnya mementingkan
kebersihan,bukan
keuntungan semata-mata.
Meor : Aku setuju,pandai pun kau.

Jawapan
1. Yusri berkata bahawa dia akan membaiki paip yang rosak itu selepas
itu.
2. Mak Cik Zainab ingin tahu cara kejadian itu boleh berlaku dan
berpendapat bahawa anaknya tidak berhati-hati.
3. Hazimah memarahi Irfan kerana dia tidak suka Irfan mencampuri
urusan peribadinya.
4. Kumar menanyakan John masa dia akan berpindah ke rumah
baharunya.
5. Cikgu Mokhtar bertanya sebab pelajar tingkatan 5Jarir tidak ke makmal
kepada Cikgu Ramli.
6. Yuhaini memberitahu anaknya bahawa keretanya sangat kotor dan dia
meminta anaknya menolongnya mencuci kereta itu.
7. Muhaimin memberitahu pelanggan tetapnya bahawa pada masa
sekarang musim panas dan buah-buahan banyak yang tidak menjadi.
8. Muazzim mengajak kawan-kawannya pergi mandi di sungai selepas
mereka bermain bola sepak.
9. Maisarah memberitahu Marsilla bahawa atap rumah tersebut telah
rosak akibat angin kuat pada malam semalam.
Dialog kepada cakap pindah
Aini bertanya kepada Nas sama ada dia ke pekan atau tidak
kelmarin.Nas berkata bahawa dia tidah ke pekan,sambil bertanya
semula kepada Aini tentang pertanyaannya itu.Aini menjelaskan
bahawa dia melihat banyak penunggang motosikal yang
ditahan.Aini.Nas ingin tahu pihak manakah yang menahan mereka.Aini
menjelaskan bahawa mereka ditahan oleh pihak polis kerana terlibat
dalam perlumbaan haram.Nas berkata bahawa mereka tidak saying
akan nyawa sendiri.Aini menyatakan harapannya,dengan tindakan itu
mudah-mudahan mereka akan sedar dan tidak melakukan perbuatan
itu lagi.Nas juga menyatakan harapan yang sama selain mengharapkan
mereka itu akan melakukan perkara yang lebih
berfaedah pada masa depan.
i.
ii.

iii.

iv.

Dengan perasaan ingin tahu,Fatimah bertanya kepada Meor


tentang bahan yang sedang dibacanya.
Dengan tegas,Meor menjelaskan kepada Fatimah,berita hangat
tentang keracunan makanan yang berlaku di sekolah-sekolah
sejak akhir-akhir ini.
Fatimah memberitahui Meor bahawa dia juga telah
membacanya.Namun,Fatimah menyatakan bahawa dia belum
mengetahui punca-punca berlakunya kejadian tersebut.
Berdasarkan berita terkini,dia berpendapat bahawa pengusaha
kantin sekolah yang mengabaikan kebersihan adalah antara
faktornya.

v.

vi.

Fatimah bersetuju dengan pendapat Meor.Menurut


Fatimah,mereka sepatutnya mengutamakan kebersihan dan
bukannya mengejar keuntungan semata-mata.
Meor bersetuju dengan pendapat Fatimah lantas memuji Fatimah
yang dianggap sebagai seorang yang bijak.

MENUKAR CAKAP PINDAH KEPADA CAKAP AJUK


Cakap ajuk boleh ditulis dalam dua cara:
(a) Ayat bentuk dialog dengan pengunaan tanda pengikat kata ("...").
(b) Ayat bentuk dialog yang tersusun mengikut turutan penutur. Nama penutur
ditulis pada sebelah kiri sahaja.Tidak perlu tanda pengikat kata.
1 Anda perlu menukarkan kata ganti diri, masa dan tempat kepada bentuk kata
diri ganti yang sesuai dalam ayat. Kata ganti diti "dia" ditukar menjadi "saya",
"aku" menjadi nama seseorang, "mereka" menjadi "kami", "disana,disitu"
menjadi "disini", "masa itu" menjadi "masa ini".
2 Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika
menukarkan dialog.
3 Anda perlu menulis tanda soal (?), dan tanda seru (!) dalam ayat yang ditukar.
Frasa kata seru hendaklah ditukar dengan kata seru yang sesuai seperti "wah",
"memuji ", "Aduh", "menyatakan sakit atau mengaduh" dan sebagainya.
4 Pengunaan kata singkatan boleh digunakan seperti "nak" untuk "hendak",
"mak" untuk "emak", "dah" untuk "sudah", "mau" untuk "mahu".
5 Perkataan bahasa Arab seperti alhamdulillah, astaufirrullah, lahaulawala
kuwataila dan sebagainya boleh digunakan.Sebagai contoh, "alhamdulillah" bagi
"mengucap syukur", lahaulawala kuwatailla" bagi "mengucap panjang".
6 Unsur-unsur slanga dan dialek boleh digunakan. Sebagai contoh "jom" untuk
"mengajak", "satsat" untuk "sebentar", "bergebang" untuk "berbual kosong".
7 Anda boleh menambah imbuhan pada kata-kata yang sesuai agar menjadi ayat
yang lengkap.
8 Jangan mencampuradukkan bentuk cakap pindah dan cakap ajuk sekali gus.
Elakkan kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata.
9 Jangan mengubah maksud dan struktur ayat asal.
Soalan Latihan
Tukarkan cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk dengan mengekalkan
maksud asalnya.Gunakan bahasa yang gramatis.
Amir menerangkan kepada Hazmi bahawa giginya sakit sejak semalamnya.
Hazmi menyuruh Amir bersegera ke klinik gigi. Amir memberitahu bahawa dia

takut sekira giginya dicabut. Hazmi menjelaskan kepada Amir agar tidak takut
giginya akan dicabut kerana sekiranya kerosakan giginya besar sahaja barulah
akan dicabut. Amir bertanya kepada Hazmi jika ada cara lain. Amir memberitahu
sekiranya akar gigi Amir masih kuat doktor hanya menampal lubang pada gigi
Amir. Amir berseruju untuk ke klinik gigi pada masa itu juga.

Jawapan
"Gigi aku sakit sejak semalam," terang Amir kepada Hazmi.
"Baik kamu cepat ke klinik gigi," beritahu Hazmi.
"Aku takutlah, nanti gigi aku kena cabut," balas Amir.
"Alah jangan kamu jangan takut, kalau rosak banyak barulah dicabut," jelas
Hazmi.
"Selain kena cabut, ada tak cara lain?" tanya Amir.
"Kalau akar gigi kamu masih kuat doktor tidak cabut tetapi dia hanya tampal
lubang pada gigi kamu sahaja," beritahu Hazmi,
"Jika begitu, biarlah aku ke klinik gigi sekarang," jawab Amir.

You might also like