You are on page 1of 2

KEPENTINGAN MENGUASAI BAHASA INGGERIS

Sebelum ini, mutu pencapaian bahasa Inggeris di negara kita menampakkan kemerosotan
yang ketara. Sejak pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsan yang menghapuskan aliran
bahasa Inggeris, penguasaan para pelajar dalam bahasa Inggeris amat rendah. Hal ini dapat
dibuktikan melalui keputusan-keputusan peperiksaan pada tahun-tahun yang lepas. Oleh hal
yang demikian,mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat
keputusan untuk mewajibkan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dalam bidang
Sains dan Matematik Tahun Satu dan Tingkatan Satu mulai tahun 2003. Dalam pada itu, ada
pihak yang mengangguk kepala bahawa bahasa Inggeris banyak mempunyai kelebihan tetapi
ada pihak yang menggeleng kepala bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa penjajah. Walau
bagaimanapun, bahasa Inggeris haruslah dijadikan sebagai bahasa kedua penting tidak kira
sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah demi kebaikan semua. Jadi,
bahasa Inggeris memainkan peranan yang penting dalam kehidupan rakyat jelata.
Antara kepentingan bahasa Inggeris termasuklah bahasa Inggeris merupakan bahasa utama
dalam komunikasi antarabangsa. Hal ini dapat dibuktikan apabila jumlah penutur bahasa
Inggeris di seantero dunia mengatasi jumlah penutur bahasa utama lain seperti bahasa
Perancis, Sepanyol, Arab, dan Rusia. Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa utama yang
digunakan semasa seseorang berkomunikasi dengan bangsa negara lain ialah bahasa Inggeris.
Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja memudahkan kita berhubung dengan dunia luar
malah bahasa ini menjamin kelancaran urusan yang melibatkan bangsa negara lain. Misalnya,
urusan seseorang dengan bangsa lain akan berjalan dengan lancar sekiranya seseorang itu
menguasai bahasa Inggeris dengan sepenuhnya. Sebaliknya, urusan seseorang akan
menempuh pelbagai dugaan sekiranya seseorang itu tidak petah dalam bahasa Inggeris. Hal
ini
jelas
menampilkan
kepentingan
bahasa
Inggeris.
Selain itu, bahasa Inggeris juga merupakan bahasa utama dalam bidang perniagaan.
Walaupun bahasa rasmi negara ialah bahasa Malaysia namun dalam bidang perniagaan
bahasa yang kerap digunakan ialah bahasa Inggeris. Contohnya, bahasa Inggeris digunakan
semasa sesuatu perniagaan sedang dijalankan. Menurut kajian, bahasa Malaysia jarang-jarang
digunakan semasa urusan perniagaan dijalankan. Hal ini berlaku demikian kerana bahasa
Malaysia kekurangan istilah yang tepat untuk mengungkapkan maksud dalam perniagaan.
Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja penting untuk menjamin peluang kejayaan kerjaya
malah juga penting untuk menjamin hubungan yang mantap dalam bidang perniagaan.
Jikalau bahasa Inggeris tidak dikuasai, maka perniagaan individu, syarikat, dan negara akan
terbatas. Apabila peluang perniagaan terbatas, hal ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi
negara malah juga menjejaskan hubungan diplomatik dan nama baik negara. Oleh itu, bahasa
Inggeris
amat
penting
dalam
bidang
perniagaan.
Di samping itu, kepentingan bahasa Inggeris yang lain ialah bahasa Inggeris merupakan
bahasa ilmu pengetahuan. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam era globalisasi dan
modenisasi ini, bahasa Inggeris merupakan bahasa sumber yang penting. Misalnya,
kebanyakan buku ensiklopedia, buku rujukan, maklumat, penyelidikan dan khazanah ilmu

yang lain terungkap dalam bahasa Inggeris. Hal ini tidak menjadi masalah bagi golongan
yang dapat menguasai bahasa Inggeris untuk memahami isi-isi yang tercatat dalam bahan
bacaan tersebut. Persoalannya, adakah anda faham akan isi-isi yang ingin disampaikan
sedangkan tahap penguasaan bahasa Ingeris berada pada paras yang menyedihkan?
Jawapannya semestinya tidak. Hal ini dikatakan demikian kerana ilmu yang terdapat dalam
bahan bacaan itu memerlukan tahap penguasaan bahasa Inggeris yang optimum. Dengan ini,
tampaklah bahawa penguasaan bahasa Inggeris amat penting dalam menimba ilmu yang tidak
terhingga.
Bukan itu sahaja, bahasa Inggeris penting kerana bahasa ini merupakan bahasa
telekomunikasi ataupun bahasa internet. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat dapat
memperoleh maklumat-maklumat yang terkini supaya masyarakat tidak menjadi katak di
bawah tempurung dengan syarat masyarakat dapat menguasai bahasa Inggeris. Malahan,
mereka juga dapat memahami isi-isi tersurat yang dipaparkan dalam maklumat antarabangsa
yang disalurkan melalui satelit ataupun media massa seperti radio, televisyen, dan surat
khabar. Lebih-lebih lagi pada zaman teknologi maklumat ini, banyak alat teknologi yang
canggih telah dicipta untuk memudahkan perhubungan masyarakat dengan dunia luar seperti
internet tambahan pula, bahasa Inggerislah yang terungkap dalam laman web. Jadi, bahasa
Inggeris haruslah dipandang berat kerana bahasa ini ialah bahasa telekomunikasi ataupun
bahasa
internet.
Kesimpulannya, bahasa Inggeris ialah bahasa antarabnagsa yang sangat mustahak untuk
berhubung dengan bangsa lain, baik dengan masyarakat tempatan mahupun dengan
masyarakat dunia luar. Walaupun bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan
negara namun bahasa Inggeris amat penting untuk kemajuan negara. Penggunaan bahasa
Inggeris membolehkan masyarakat dan negara mempunyai hubungan yang lebih luas dan
mudah menerima maklumat antarabangsa. Hal ini secara tidak langsungnya mempercepat
pembangunan negara. Di samping itu, kemajuan hanya dicapai dengan lebih cepat sekiranya
komunikasi dalam bahasa Inggeris berjalan dengan lancar dengan negara-negara maju.
Dengan ini, kecemerlangan seseorang individu bergantung pada tahap penguasaan bahasa
Inggeris. Oleh itu, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat penting dalam menimba
ilmu pengetahuan, komunikasi antarabangsa, bidang teknologi, dan bidang perniagaan.

You might also like