You are on page 1of 10

Sumbangan

Tokoh
Adam Smith
&
CHARLES LOUIS
MONTESQUIEU

CHARLES LOUIS MONTESQUIEU


Seorang aristokrat, seignuer @
Lord Manor di selatan Perancis.
The Spirit of The
Laws(penulisanya yang
termasyur) yang diterbitkan pada
tahun 1748. Beliau telah
memajukan 2 idea utama.
Idea pertama, membentuk
kerajaan yang berbeza-beza
mengikut iklim dan keadaan.
Contohnya, pemerintahan
mutlak sesuai untuk empayar
yang besar, manakala demol
hanya berfungsi dalam negara
kota kecil.
Doktrinya yang terkenal ialah
doktrin pembahagian dan
imbangan kuasa.

Telah dikemukakan ketika


menentang pemerintahan mutlak
Perancis.
Beliau percaya kuasa harus
dibahagikan antara raja dan
badan-badan perantaraan seperti
parlimen, estet-estet provinsi,
golongan bangsawan, bandar dan
gereja.
Pendapat beliau, harus ada
pemisahan antara pembentuk
undang-undang, perundangan,
pelaksanaan keputusan
perwakilan rakyat@ kabinet &
kehakiman.
Ketiga-tiga badan ini akan
menjalankan tugas sevara
berasingan, maka rakyat akan
memiliki kebebasan.
Doktrinnya mempunyai pengaruh
dalam penggubalan
Perlembagaan A.S pada tahun
1787.

ADAM SMITH
Pelopor idea perdagangan
bebas melalui bukunya, iaitu The
Wealth of Nations.
Melalui buku ini, beliau
memajukan kes yang
komprehensif untuk kebebasan
perdagangan berasaskan
kritikanya terhadap system
merkantilisme.
Laissez-faire ialah istilah
Perancis yang membawa
pengertian biarkan keadaan
seperti sedia ada.
Laisses- faire berasal daripada
kehendak sekumpulan pedagang
Perancis yang mahukan urusan

perdagangan mereka tidak


diganggu oleh kerajaan.

Doktrin Laissez-faire
dikembangkan oleh Adam Smith
di England dengan menubuhkan
institusi yang dikenali sebagai
School of Political Economy.
Ideanya mempengaruhi Ricardo
dan Thomas Malthus.
Ketiga-tiga tokoh berpendapat,
kerajaan tidak harus campur
tangan dalam urusan ekonomi &
sebaliknya membiarkan ia
berfungsi seperti biasa.

Dengan cara ini, ekonomi akan


berfungsi dengan lebih cekap &
memaksimukan kebajikan umum.
Doktrin Laisse-faire yang
digalakkan selepas revolusi
perindustrian meminta negara
menjadi penonton & membiarkan
ekonomi kepada kuasa
permintaan & penawaran.

Antara kritikan yang dimajukan


oleh beliau terhadap dasar
merkantilisme ialah tindakan
kerajaan mengawal koloni.
Menurut beliau, koloni hangya
berkembang pesat jika diberi
kebebasan untuk menjalankan
aktiviti mengikut pilihan sendiri.

Tindakan mengawal koloni secara


politik akan membebankan
negaea induk daripada segi
kewangan.
Kritikan juga ditujukan kepada
monopoli Syarikat Hindia Timyr
Inggeris (SHTI).
Hujah Smith adalah berasaskan
teori faedah mutlak.

Teori ini menegaskan adalah tidak


praktikal bagi sesebuah negara
menghasilkan sesuatu barangan
@ komoditi apabila ia boleh
didapati dengan murah di tempat
lain.

Oleh itu, adalah lebih berfaedah


bagi sesebuah negara membuat
pengkhususan dalam
pengeluaran barangan yang
mempunyai faedah mutlak.
Faedah mutlak bermaksud
sebagai suatu situasi dimana
sebuah negara dengan suatu
jumlah punca pengeluaran yang
tertentu boleh mengeluarkan
jumlah barangan yang lebih
daripada negara lain yang juga
menggunakan punca pengeluaran
yang sama.

Adakalanya faedah mutlak juga


boleh disebabkan oleh faktor iklim
struktur tanah.

Beliau menggangap perdagangan


akan meluaskan asaran dan
pembahagian kerja. Ini
membolehkan hasil lebihan
dipasarkan keluar negara.
Hujah beliau juga membawa erti
pengkhususan antarabangsa
tidak dapat dielakkan& menjadi
sebahagian daripada proses
kemajuan.
Menurut beliau, perdagangan
bebas akan menambahkan
pendapatan, mengurangkan kos
pengeluaran & membolehkan
modal mengalir ke sektor
produktif.
Perkembangan ini meningkatkan
permintaan tenaga buruh.

Idea beliau menjadi realiti


apabila lebihan barangan kapas
Manchester dipasarkan ke India
menjelang awal abad ke 19.
Selain faedah untuk
perbincangan, Smith juga
menyentuh dengan nilai dan
pengelasan masyarakat.
Nilai bagi beliau ialah kuasa untuk
membeli barangan lain.
Beliau berpendapat nilai sesuatu
barangan boleh diketahui
daripada jumlah tenaga buruh
yang digunakan.
Pengelasan masyarakat pula
dibahagikan kepada 3:
Mereka yang hidup dengan
memperoleh sewa.
Upah .
Untung.

You might also like