You are on page 1of 2

Sumbangan Adam Smith kepada pemikiran ekonomi di Eropah.

- Tiada siapa yang menjalankan perdagangan jika mereka menjangkakan akan


mengalami kerugian. Faedah perdagangan perlu dinikmati oleh kedua-dua pihak.
Kekayaan sesebuah negara bukan dalam kuantiti emas dan perak dalam bilik kebal,
tetapi bergantung kepada jumlah pengeluaran dan perdagangan.

- Mempunyai pemahaman dan pandangan yang radikal tentang cara masyarakat manusia
bekerja. Beliau menyedari bahawa keharmonian sosial akan muncul secara semula jadi apabila
manusia berusaha mencari jalan untuk tinggal dan bekerja bersama.

- Menerbitkan buku yang bertajuk The Theory of Moral Sentiments atau Teori Sentimen
Moral. Antara yang dibincangkan dalam karyanya tentang kesedaran terhasil daripada
perhubungan sosial. Beliau mengemukakan Teori Simpati yang menerangkan bagaimana
pemerhatian terhadap orang lain yang menyebabkan seseorang menyedari tentang diri dan
kelakuan sendiri.

- Menulis buku Wealth of Nations yang mempengaruhi ahli-ahli politik pada zamannya
dan menjadi asas intelektual pada zaman kegemilangan abad ke 19. Buku ini juga
telah membuka dimensi baru dalam displin ekonomi moden.

- Memperkenalkan teori ekonomi yang sistematik yang menentang teori lama


ekonomi perdagangan yang menekankan perlunya negara memiliki jongkong emas.
Beliau juga menolak pandangan golongan physiokrat yang menyatakan tanah adalah
sumber utama. Beliau juga berpendapat bahawa pasaran bebas bergerak menurut
mekanisme secara automatik, di mana pengeluar akan mengeluarkan barangan yang
diperlukan oleh masyarakat dan permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat.
Beliau juga menyatakan bahawa campur tangan pemerintah akan menjejaskan kecekapan
ekonomi dan akhirnya akan menaikkan harga. Konsep ini kemudiannya dikenali dengan istilah
laissez faire.

- Adam Smith menekankan pentingnya meritokrasi. Meritokrasi mendorong masyarakat agar


selalu memperbaiki dirinya sendiri dan mewujudkan pengkhususan dan kecekapan
dalam ekonomi.

- Beliau percaya bahawa pembahagian kerja adalah titik permulaan dari teori
pertumbuhan ekonomi. Dengan adanya pembahagian kerja, maka berlaku peningkatan
produktiviti tenaga kerja, yang akhirnya meningkatkan keterampilan pekerja, menjimatkan
waktu dalam pengeluaran barang dan penemuanyang menjimatkan tenaga kerja.

- Adam Smith menekankan bahawa proses pengumpulan modal harus dilakukan lebih dahulu
daripada pembahagian kerja. Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya
proses pembangunan ekonomi. Modal diperolehi daripada tuan tanah atau bangsawan. Para
pengusaha atau kapitalis akan mengembangkan modal daripada tuan tanah atau
bangsawan. Modal akan digunakan untuk perdagangan.

- Menyatakan prose pertumbuhan ekonomi bersifat kumulatif. Ini bermakna apabila


wujud kemakmuran kesan dari kemajuan dalam bidang pertanian, industri pengeluaran
dan perniagaan akan menarik pelaburan modal, kemajuan teknologi, meningkatkan
jumlah penduduk, perluasan pasaran, pembahagian kerja dan peningkatan keuntungan
secara berterusan.

Kesimpulan

- Adam Smith percaya bahawa kerajaan cuma mempunyai tiga fungsi utama iaitu melindungi
rakyat daripada penaklukan tentera, melindungi warganegara dsaripada ketidakadilan dan
menyediakan kemudahan seperti jalanraya dan sebagainya yang tidak boleh disediakan oleh
individu.

You might also like