You are on page 1of 11

Kupasan Kes-kes Perundangan Dalam Pendidikan.

Kes 1 - Hew Wan Hoong (pelajar sekolah berusia 9 tahun) menyaman pemilik bas
sekolah dan pemandu bas sekolah serta pihak disaman pula menyaman pengetua
sekolah dan kerajaan Malaysia. (23 Februari 1994)
Intipati kes
Hew Wan Hoong iaitu seorang pelajar berusia sembilan tahun, telah dilanggar oleh
sebuah bas sekolah yang sedang berundur ketika berjalan pulang dari sekolah. Kejadian ini
berlaku di dalam kawasan sekolah dan telah menyebabkannya mendapat kecederaan yang
agak parah. Beliau telah diarah dibayar gantirugi oleh pihak mahkhamah sebanyak
RM20,000 sebagai bayaran gantirugi am dan RM794 sebagai bayaran khas kerosakan.
Isu timbul apabila pihak pemilik bas sekolah telah menyaman pihak sekolah yang
juga dianggap bertanggungjawab terhadap kes tersebut kerana cuai dalam menjalankan
kewajipan berjaga-jaga terhadap keselamatan pelajar dalam kawasan sekolah. Mereka telah
menfailkan rayuan terhadap keputusan pihak mahkhamah yang telah menolak dengan kos
pendakwaan kali pertama terhadap pihak sekolah dan kerajaan Malaysia. Alasannya kerana
pihak sekolah telah membenarkan 2 buah bas sekolah masuk ke kawasan sekolah untuk
menghantar dan menjemput pelajar. Oleh yang demikian pihak sekolah harus dilibatkan
kerana bas tersebut masuk ke kawasan sekolah dengan kebenaran dan menunggu pelajar di
dalam kawasan sekolah. Hanya setelah kejadian kemalangan, baru pihak sekolah meletakkan
papan tanda yang melarang kenderaan masuk ke kawasan sekolah.
Keputusan Mahkhamah
Setelah kes ini diteliti oleh hakim mahkhamah rayuan yang diketuai oleh Yang Arif
Salleh Abas dan juga berdasarkan gambarajah lakaran kedudukan bangunan serta bas pada
1

masa kejadian. Panel hakim telah mendapati bahawa pihak sekolah juga cuai kerana laluan
untuk bas berundur dan berpusing adalah sempit. Di laluan tersebut juga terdapat palang besi
yang menyebabkan pelajar tersebut tidak dapat mengelakkan diri dari dilanggar oleh bas
tersebut. Saksi kejadian iaitu guru juga mengatakan bahawa pada masa kejadian, pelajar yang
tercedera tersebut telah terhimpit di antara bas dan juga palang besi di laluan tersebut.
Oleh yang demikian, pihak sekolah iaitu pentadbiran sekolah sebagai pihak yang
berautoriti terhadap premis tersebut tahu bahawa jalan dalam kawasan sekolah tersebut
adalah sempit dan adalah merupakan kewajipan pihak sekolah memastikan keselamatan para
pelajarnya semasa dalam kawasan sekolah. Para hakim mendapati bahawa pihak sekolah
melakukan tindakan yang tepat apabila melarang kenderaan ibu bapa daripada masuk ke
kawasan sekolah. Namun timbul persoalan kenapa 2 buah bas sekolah tersebut telah
dikecualikan dari peraturan tersebut kerana bas sudah pasti boleh membawa bahaya lebih
besar terhadap pelajar berbanding kereta ibu bapa.
Keputusan yang telah dibuat oleh panel hakim juga adalah tepat kerana mengikut
Akta Pendidikan, adalah menjadi kewajipan pihak sekolah bagi memastikan para pelajar
terhindar dari sebarang bahaya semasa berada di sekolah iaitu dalam seliaan mereka iaitu
kewajpan berjaga-jaga. Oleh itu, pihak sekolah tidak terlepas dari tanggungjawabnya. Maka
hakim telah mengarahkan pihak sekolah juga bertanggungjawab dan harus bersama-sama
mengambil tanggungjawab membayar 30% dan pihak pemilik serta pemandu bas sekolah
membayar sebanyak 70% kepada pelajar tersebut. Hakim juga membenarkan rayuan dengan
kos dan mahkhamah juga harus memulangkan deposit rayuan yang dibuat oleh pihak pemilik
serta pemandu bas sekolah tersebut.

Kes 2 Kes rayuan Silvadurai Kunnary dan lain-lain lawan guru besar SRJK Cina
Chung Hwa dan lain-lain. (22 Julai 1996)
Intipati kes
Plaintif dalam kes ini adalah ibu bapa kepada Silva Prakash a/l Silvadurai yang
merupakan pelajar darjah 2 di SRJK Chung Hwa yang telah meninggal dunia kerana
dikatakan telah terjatuh di sekolah akibat kecuaian pihak sekolah dalam menjalankan
kewajipan berjaga-jaga.
Pada 18 September 1989 iaitu lebih kurang jam 9.45 pagi iaitu pada waktu rehat, telah
dibuktikan bahawa simati telah bermain jongkang-jongkit di belakang kelas dengan
kawannya dan terjatuh. Kemudian, semasa bangun dan berjalan, simati telah tergelincir lalu
terjatuh dan kepalanya telah terhantuk pada seketul batu yang digunakan untuk tujuan
pembinaan dan pengindahan kawasan sekolah. Sebagai akibatnya, 3 hari kemudian iaitu pada
21 september 1989 simati telah jatuh dan meninggal dunia.
Oleh yang demikian, ibu bapa simati telah menyaman guru besar sekolah berkaitan,
Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga kerajaan Malaysia dengan tuduhan kecuaian yang
telah mengakibatkan kematian anak mereka. Pada11 september 1995 selepas pendengaran
kes tersebut, majistret telah menggugurkan saman tersebut dengan kos. Tidak berpuas hati
dengan keputusan majistret, pada 15 julai 1996 plaintif telah menfailkan rayuan yang
didengari oleh Hakim Mahkhamah rayuan iaitu Yang Arif Datuk Suriyadi Halim Omar.
Yang Arif Hakim Suriyadi Halim Omar telah mengambil kes Mohamed Raihan Bin
Ibrahim dan lain-lain lawan Kerajaan Malaysia dan lain-lain sebagai kes contoh. Iaitu adalah
satu peraturan bahawa guru sekolah mempunyai tanggungjawab penyeliaan terhadap
pelajarnya apabila mereka berada di premis sekolah sama ada di dalam kelas atau di kawasan

permainan sekolah. Tahap penyeliaan itu pula bergantung kepada keadaan semasa seperti
berapa umur pelajar dan apa yang sedang mereka lakukan pada masa itu. Jika guru tahu
bahawa pelajar sedang melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kecederaan kepada
kepada pelajar lain, maka guru dengan kewajipannya hendaklah mengambil langkah
keselamatan yang bersesuaian.
Hakim mengatakan bahawa adalah suatu kebiasaan pelajar yang malang itu
mengambil peluang bermain dengan jongkang-jongkit dan tidak menyedari bahaya yang
meyebabkan tragedi. Juga didapati bahawa tidak ada penafian secara serius oleh defenden
terhadap kejadian di mana simati telah terjatuh di atas batu seperti yang dinyatakan oleh saksi
iaitu Saranan a/l Sanasy yang merupakan rakan yang bermain dengan simati pada masa
kejadian. Dia mengatakan bahawa di kawasan mereka bermain dipenuhi dengan simen.
Terdapat juga batu-batu bewarna putih yang dikumpulkan untuk tujuan pembinaan
berhampiran pokok bunga. Dia melihat Siva (simati) telah jatuh dan kepalanya terkena pada
batu besar dan badannya terkena pada batu kecil.
Manakala saksi lain, iaitu Letchumy a/p Selliah iaitu rakan sekelas simati mengatakan
bahawa simati ada memberitahunya mengenai insiden yang berlaku tersebut. Namun hal ini
bukanlah permasalahan utama kes. Perkara yang dicabar ialah mengenai apa yang telah
berlaku di dalam kelas iaitu bahawa simati dikatakan telah muntah darah di dalam kelas
seperti apa yang dimaklumkan oleh Saravanan iaitu rakan sekelas simati. Dia memaklumkan
pada masa itu terdapat seorang guru perempuan dan guru tersebut telah menyuruhnya
mencuci muntah tersebut.
Bukti menunjukkan bahawa guru yang bertugas pada masa itu, iaitu Chan Chai Teng
mengatakan bahawa simati telah datang berjumpanya dan pada masa itu hanya mengalami
lebam di lutut dan di bahagian siku, manakala bahagian badannya yang lain tidak

menunjukkan sebarang tanda kecederaan. Beliau kemudian telah menyapu iodin pada
kecederaan tersebut. Beliau juga menafikan bahawa simati ada muntah di dalam kelas. Beliau
juga tidak mengesan sebarang kecederaan pada muka simati, malah beliau mengatakan
bahawa simati berkelakuan seperti biasa iaitu tidak mengikut arahannya semasa berada di
dalam kelas.
Guru besar sekolah tersebut juga mengatakan bahawa guru kelas pada kejadian telah
memaklumkan kepadanya apa yang telah berlaku pada simati dan langkah-langkah yang telah
diambil. Beliau mengatakan bahawa beliau tidak tahu mengenai kejadian muntah di dalam
kelas kerana tidak dimaklumkan oleh sesiapa. Beliau juga mendapati tidak perlu membawa
simati berjumpa dengan doktor kerana simati hanya mengalami cedera ringan di kaki dan
telah dirawat oleh guru
Pada jam 1.00 petang, ibu angkat simati telah menjemput simati. Dan oleh yang
demikian, tanggungjawab pihak sekolah telah tamat dalam menjaga simati dan
tanggungjawab tersebut telah bertukar kepada ibu simati. Ibu simati telah membawa simati ke
klinik estet, namun klinik tersebut telah tutup pada masa itu. Dia pulang kerumah dan
kemudian membawa simati ke klinik di Jasin. Doktor telah merawat simati dan memberi
simati glukos dan menyuruh simati pulang ke rumah.
Semasa dalam perjalanan pulang, melihatkan simati semakin lemah, ibunya sekali lagi
telah membawa simati ke klinik di estet. Pembantu perubatan di klinik tersebut juga telah
mempreskripsi simati dengan glukos. Dia kemudian pulang ke rumah. Tetapi kemudian, dia
telah membawa simati dengan teksi ke hospital di Tangkak untuk pemeriksaan lanjut. Pada
hari yang berikutnya, simati telah dibawa ke hospital awam di Melaka. Kemudian pada 21
september 1989 simati telah mengalami gangguan kesihatan dan meninggal dunia.

Keputusan Mahkhamah
Setelah meneliti fakta kes, hakim telah mendapati guru dan sekolah telah menjalankan
kewajipan yang sepatutnya iaitu telah menjalankan kewajipan berjaga-jaga dengan
memastikan pelajar mematuhi arahan sekolah dari masa ke semasa dan sentiasa
memaklumkan para pelajar supaya berhati-hati ketika berada di dalam kawasan sekolah.
Hakim juga mendapati bahawa simati meninggal dunia di bawah jagaan ibunya dan pihak
hospital. Oleh yang demikian, pihak guru, sekolah dan kerajaan Malaysia tidak harus di
persalahkan kerana tanggungjawab menjaga simati telah berpindah kepada ibu simati dan
hospital. Hakim telah menolak kes tersebut dengan kos.

Kes 3 Kes Rayuan Loot Ting Yee lawan Tan Sri Sheikh Hussein Sheikh Mohamed dan
lain-lain (19 Februari 1982)
Intipati kes
Kes ini merujuk kepada perayu iaitu Loot Ting Yee yang telah disabitkan dengan
kesalahan engkar arahan. Beliau telah diarahkan bertukar mengajar dari SRJK Naam Kheung,
Batu 3, Jalan Cheras, Kuala Lumpur ke SRJK Chung Hwa, Jerteh, Terengganu. Beliau telah
menolak arahan pertukaran tersebut, malah telah menulis surat rayuan kepada pihak berkuasa
pendidikan supaya arahan tersebut dibatalkan, tetapi telah gagal. Kemudian pada 11 april
1980, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan telah mengarahkannya supaya melapor diri
kepada Guru Besar SRJK Chung Hwa, Jerteh, Terengganu, namun beliau sekali lagi enggan
melakukan demikian.
Beliau kemudian telah menfailkan tindakan undang-undang di Mahkhamah Tinggi,
Kuala Lumpur meminta beberapa deklarasi di atas beberapa alasan bahawa arahan
6

pertukarannya adalah tidak sah dan batal. Semasa tindakannya sedang dalam proses, beliau
menerima surat tunjuk sebab kenapa beliau tidak harus ditamatkan dari perkhidmatan
perguruan dengan beberapa tuduhan terhadapnya yang berkaitan dengan pelanggaran syarat
sebagai pegawai perkhidmatan awam (kelakuan dan tatatertib) yang juga dikenali sebagai
Perintah Am, Bab D kerana kelakuan engkar arahannya itu.
Kemudian pada 28 September 1980, dia membuat satu permohonan bahawa lapan
orang ahli Jawatankuasa Perkhidmatan Pelajaran telah menghina mahkhamah kerana
permohonannya sedang dalam proses tetapi pada masa yang sama, pihak Jawatankuasa
Perkhidmatan Pelajaran telah menghantar surat tunjuk sebab kepadanya. Tetapi telah ditolak
setelah 3 orang hakim melakukan penelitian terhadap bebrapa kes contoh dan telah mendapati
bahawa dia telah cuba merendahkan dan membelakangkan Perintah-Perintah Am dan
Arahan Pentadbiran dengan menggunakan mahkhamah.
Keputusan Mahkhamah
Ketiga-tiga hakim telah membuat keputusan untuk menolak permohonanya dengan
kos. Hal demikian, kerana beliau telah melanggar Perintah-Perintah Am dan Arahan
Pentadbiran Bab D (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Bahagian IA Kewajipan Mematuhi
Peraturan-Peraturan.
Dalam sub peraturan 3A. Kewajipan mematuhi Peraturan-Peraturan dengan jelas
menyatakan (1) Seseorang hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan peraturan ini. (2)
Pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini oleh seseorang pegawai
boleh menyebabkannya dikenakan tindakan tatatertib menurut Peraturan-Peraturan ini.
Oleh yang demikian adalah sah bagi Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan Pelajaran
menjatuhkan hukuman yang sdemikian terhadapnya.

Kes 4 Kes Rayuan Fadzil Bin Mohamed Noor lawan Universiti Teknologi Malaysia
(22 Mei & 16 Jun 1981)
Intipati kes
Fadzil Bin Mohamed Noor merupakan kakitangan Universiti Teknologi Malaysia
yang bertugas sebagai pembantu pensyarah. Pada 21 hingga 24 Jun 1978 beliau telah
mengambil cuti bagi melibatkan diri dalam Pilihan Raya Umum. Oleh kerana cuti yang
dipohonnya tidak mencukupi, maka beliau telah menghantar satu telegram untuk meminta
penambahan cuti. Tetapi permohonannya telah ditolak oleh pihak universiti. Malangnya surat
makluman bahawa cuti tambahan yang dimintanya tidak diluluskan tidak pernah diterima
oleh beliau. Manakala beliau pula walaupun tanpa mengetahui status permohonannya itu
tetap meneruskan cutinya.
Kemudian pada 13 julai 1978, beliau telah menerima sepucuk surat dari jawatankuasa
disiplin universiti yang meminta alasan bertulis, kenapa tindakan disiplin tidak harus
dikenakan terhadapnya. Pada 25

julai 1978, beliau telah membalas surat tunjuk sebab

tersebut dengan memberikan penerangannya. Selepas jangka masa lapan bulan, beliau
menerima sepucuk surat bertarikh 13 februari 1979, menyatakan bahawa Majlis Universiti
telah mengadakan satu mesyuarat pada 22 januari 1979 telah mengambil keputusan
berdasarkan aduan Jawatankuasa Disiplin bahawa beliau telah ponteng kerja tanpa kebenaran
dan telah menjatuhkan hukuman buang kerja terhadapnya yang berkuatkuasa mulai dari 15
februari 1979.
Kemudian pada 17 julai 1979 beliau membuat writ bagi mendapatkan pengesahan
secara khas iaitu beliau meminta satu deklarasi bagi surat pembuangan yang telah dihantar
kepadanya. Berikutan kegagalannya mendapatkan deklarasi tersebut, pada 8 ogos 1979 beliau
telah menyaman pihak Universiti Teknologi Malaysia atas alasan pihak Jawatankuasa
8

Disiplin Universiti telah bertindak secara ultra vires ia melampaui had atau bidang kuasa
yang dibenarkan. Persoalan yang telah ditimbulkan ialah, adakah pemberhentiannya sah di
sisi undang-undang.
Keputusan Mahkhamah
Para hakim telah bersidang dan meneliti kes tersebut. Mereka sedar bahawa
persoalan timbul berkaitan Jawatankuasa Disiplin Universiti sama ada telah bertindak
mengikut bidang kuasa yang telah diberikan oleh Majlis Universiti atau tidak. Oleh yang
demikian persoalan timbul sama ada proses penurunan kuasa telah berlaku iaitu sama ada
Majlis Universiti telah menurunkan kuasa kepada Jawatankuasa Disiplin Universiti untuk
mengenakan tindakan terhadap perayu.
Para hakim tahu bahawa jawatankuasa disiplin memang wujud dalam Jawatankuasa
Majlis Universiti dan Majlis Unversiti juga mempunyai kuasa untuk menurunkan kuasa
kepada jawatankuasa disiplin universiti mengikut virtue of s. 16A melalui Akta Universit dan
Kolej 1971, (Act 30 of 1971). Para hakim juga tahu bahawa di bawah akta ini, tidak ada
sesiapa yang boleh melebihi kuasa Majlis Universiti yang boleh memecat mana-mana
pegawai atau kakitangan universiti. Seksyen 4(1)(m) dan s. 16 akta penubuhan universiti juga
telah dirujuk dan digunakan. Masalahnya, tidak ada perkataan yang boleh menyokong
tindakan yang telah diambil oleh Majlis Universiti terdapat sama ada dalam akta universiti
atau akta pertubuhan universiti.
Merujuk kepada ss. 7, 16A Akta 30 dari 1971 dan s. 4(1)(m) dan s. 16 dan juga
seksyen 7(1) sebagai badan korporat, universiti diberi kuasa penuh mengikut (e) mempunyai
kuasa penuh, namun masih terikat di bawah Akta Universiti. Kuasa itu pula dijalankan oleh
Majlis Universiti. Di bawah seksyen 16A(1) merujuk kepada sub seksyen (4), pihak berkuasa
disiplin universiti haruslah terdiri daripada (a) naib censelor dan (b) dua orang ahli majlis
9

universiti. Mereka dilantik menjalankan kuasa yang dibuat oleh majlis universiti di bawah s.
16C. Juga dinyatakan bahawa mana-mana staf, pegawai atau pekerja universiti yang tidak
berpuas hati dengan keputusan majlis universiti berkaitan keputusan jawatankuasa disiplin
boleh membuat rayuan di bawah sub seksyen (3) kepada Majlis Universiti. Manakala
mengikut seksyen 16C (1), majlis universiti haruslah menerbit dan menggezetkan hukuman
tersebut.
Pihak mahkhamah mendapati bahawa majlis universiti hanya menggezetkan kes ini
pada 15 februari 1979, (PU(A)22/79) iaitu pada hari yang sama hukuman dijatuhkan. Oleh
yang demikian, jika pada masa itu, maka tidak ada undang-undang disiplin dan tidak
diketahui keslahan disiplin apa yang telah berlaku dan tidak diketahui hukuman disiplin jenis
apa yang telah dilaksanakan. Mengikut pandangan hakim jika dilihat di bawah Akta 30 dari
1971 dan perlembagaan universiti, universiti sebenarnya tidak mempunyai kes langsung
terhadap perayu. Fungsi mahkhamah dalam kes ini hanyalah jus dicere iaitu untuk
menyampaikan undang-undang yang telah termaktub di Parlimen. Oleh itu tidak ada apa
yang harus dibicarakan. Para hakim pada akhirnya telah membenarkan rayuan Encik Fadzil
Bin Mohamed Noor.

10

Rujukan:

Headmistress, Methodist Girls Schools & Ors v. The Headmaster, Anglo Chinese Primary
School, Lahat Road, Ipoh & Anor
http://www.cljlaw.com.eserv.uum.edu.my/membersentry/casesearchfrm.asp. Dicapai pada 31
Mei 2011.

Koleksi Kes Azman (Silvadurai Kunnary & Anor v. Headmaster, SRJK Cina, Chung Hwa &
Ors)
http://smkbp.com/index.php/laman-pengetua/212-laporan-kes-kes-mahkamah-berkaitanpendidikan. Dicapai pada 31 Mei 2011.

Loot Ting Yee v. Tan Sri Sheikh Hussein Sheikh Mohamed & Ors.
http://www.cljlaw.com.eserv.uum.edu.my/membersentry/casesearchfrm.asp. Dicapai pada 31
Mei 2011.

Fadzil Bin Mohamed Noor v. Universiti Teknologi Malaysia


http://www.cljlaw.com.eserv.uum.edu.my/membersentry/casesearchfrm.asp. Dicapai pada 31
Mei 2011.

11

You might also like