You are on page 1of 16

EDISI: 2/2013

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Masjid Kampung Laut

SEGMEN LPG

Masjid Kampung Laut dipercayai sebagai masjid


tertua di Asia Tenggara. Tapak asal masjid ini
terletak di Kampung Laut, Tumpat Kelantan
sebelum dipindahkan ke lokasi sekarang di Pusat
Pengajian Islam Nilam Puri. Masjid ini dibina tanpa
menggunakan sebarang paku pada sekitar kurun
Ke-18. Masjid ini mempunyai persamaan dari segi
bumbung perabung lima dengan Masjid Demak di
Jawa, Masjid Kono di Champa, Masjid Nad Tanjung
dan Masjid Wadi Hussein di Thailand.
(Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia)

Negara kita telah menggarap banyak pencapaian dan juga perlu terus mengharungi
pelbagai cabaran besar di masa hadapan.
Dato Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak,
(Sumber : Menjulang Transformasi Negara ke Arah 2020, Dr. Badriyah Mohd Salleh, 2012, halaman 59)

SIDANG

REDAKSI

PENAUNG
YBhg. Tan Sri Abdul Ghafar b. Mahmud
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
PENASIHAT
YBhg. Datuk Dr. Amin b. Senin
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan)
PENGERUSI
En. Abdul Ghani b. Mohamad Niza PMP, AMP
Pengarah
Bahagian Buku Teks
TIMBALAN PENGERUSI
Hj. Paridin b. Jais
KETUA EDITOR
Hj. Che Noh b. Muda K.M.W

YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merasmikan
Pelancaran Buletin Sejarah pada 14 Mei 2013 di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban

KETUA TEKNIKAL PENERBITAN


Harizan b. Hamzah

2
BULETIN SEJARAH - EDISI 2/2013

EDITORIAL
Noriza bt. Hj. Asmuni
Yusri Amir b. Hj. Bahasa
Muhamad Zuraidi b. Abdul Jalal
Painoh b. Othman
Zul Hisham b. Razali
Abdul Razak b. Husin
Md Som b. Jelon
Rofiah bt. Abdul Talib
Shaharizan b. Shamsuddin
Siti Rukiah bt. Jaafar
Hasnida bt. Hashim
Mohd Fadzil b. Ibrahim
SIDANG TEKNIKAL PENERBITAN
Azhar b. Mohd Shariff
Ali Hanafiah b. Kassim
Hj. Ab. Rashid b. Md. Yasin
PENULIS
Masariah bt. Mispari
Nor Mastura bt. Bahrum Sakmor
Mat Zaid b. Man
Lim Chin Guan
Ridzuan b. Hassan
Mohd Rozi b. Ibrahim
Azalan b. Daud
Ishak b. Saidoo
Roslani b. Maskan
Mohd Saleh b. Ibrahim
Abdul Rahim b. Ali
Abdul Halim b. Pendek
Norhayati bt. Mat Zain
Sohaidie b. Mohd Zain
Muhammad b. Abduhu
Edwin Apok
Nor Azan b. Alias
Abang Kussaini b. Abang Masaed
Harvinder Kaur a/p Ranjit Singh

Bantu Pelajar
Pengarah Bahagian Buku Teks (BBT) Kementerian Pendidikan Malaysia, Abdul Ghani Mohamad Niza (tiga kanan)
serta kakitangan BBT menunjukkan majalah Buletin Sejarah yang baru diterbitkan buat pertama kali oleh BBT
sebagai bahan sokongan kepada murid-murid yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini
berikutan mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus SPM sempena perasmian Festival Hari
Guru 2013 dan Pameran Pendidikan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi Seremban hari ini- Foto Bernama
(Sumber: Sinar Online, 14 Jun 2013)

PENGHARGAAN
BBT merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada panel
penulis, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Lembaga Peperiksaan, Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Bahagian
Teknologi Pendidikan, Bahagian Pengurusan Maklumat serta kepada semua
pihak yang terlibat dalam pelbagai aspek sehingga Buletin Sejarah ini dapat
diterbitkan.

HAK CIPTA
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buletin ini dalam apa juga bentuk dan dengan
cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
bagi tujuan komersial.

MAKLUM BALAS
Sebarang cadangan, komen dan lain-lain boleh dihantar melalui e-mel di alamat
noh.muda@moe.gov.my atau yusriamir.bahasa@moe.gov.my

SEGMEN
LPG

BAB
4

Kemunculan Tamadun Islam dan


Perkembangannya di Makkah

Mat Zaid b. Man


Guru Cemerlang

SMK TENGKU BARIAH, KUALA TERENGGANU

TINGKATAN 4

Kemunculan tamadun Islam telah mengubah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah kepada kehidupan yang
lebih teratur secara beransur-ansur. Tamadun Islam seterusnya memberi rahmat kepada manusia di seluruh
dunia termasuk Malaysia. Dalam kalangan negara Islam, Malaysia dianggap sebagai negara contoh.

Tahukah anda, apakah kejayaan yang dicapai oleh negara kita sehingga diiktiraf sedemikian ?
MENILAI

n
salura n
Wujudn televisye
da
radio rcorak Islam
be

Mew
perpa ujudkan
duan k
aum

Penub
uha
UIAM n

an an
iak ik
ed id
ny end
Me m p slam
te I
sis

an
Penubuh
aji
Tabung H

ke Mem
du a
du rta
ka ba
n w tk
an an
ita

flik
aikan kon
Menyelesgara Islam
di ne

BULETIN SEJARAH - EDISI 2/2013

Penga
Al-Qu njuran tila
ra
w
antarn peringkaah
abang t
sa

M
ma eny
e
pe salah lesai
run m ka
din ela n
ga lui
n

istem
an s m
ajuk n Isla
Memrbanka
pe

ri
po
elo lal
mp ha
Me hab

Menghormati
kepelbagaian
agama

MENJANA IDEA/MENGAPLIKASI/MENGHAYATI NILAI

Pengamalan sifat-sifat
terpuji Nabi Muhammad
SAW dapat membentuk
individu cemerlang ke arah
kegemilangan negara.
Jelaskan penyataan di atas.

Info Sejarah
Kelahiran
Nabi Muhammad SAW
20 April 570M
(12 Rabiulawal
Tahun Gajah)

Nabi Muhammad
SAW dilahirkan

Perjalanan Hidup

Dipercayai
Diyakini
Dihormati
Integriti
Berwibawa

Iltizam
Bersungguh-sungguh
Elak rasuah
Tepati masa
Tanggungjawab

BULETIN SEJARAH - EDISI 2/2013

Siddiq
(Bercakap benar)

Terbuka
Perkembangan ilmu
Telus
Hubungan baik
Sabar
Hikmah

Dipelihara dan
disusukan oleh
Halimatul Sadiyah

6 tahun

Ibunya Aminah
meninggal dunia

8 tahun

Datuknya Abdul Mutalib


meninggal dunia dan
dipelihara oleh Abu Talib
(bapa saudara)

8 - 12
tahun

Mengembala kambing
dan berniaga di Syam

25 tahun

Berkahwin dengan
Khadijah bt. Khuwailid

35 tahun

Menyelesaikan
persengketaan Kabilah
Quraisy dalam peletakan
semula Hajar Aswad

Amanah
(Jujur)

Sifat-sifat terpuji
Nabi Muhammad SAW
Tabligh
(Menyampaikan)

Sejak lahir
hingga berusia
4 tahun

Fatonah
(Bijaksana)
Mencipta
Inovatif
Kreatif
Berilmu
Berwawasan
Menyelesaikan
masalah

40 tahun

Kerasulan Nabi
Muhammad SAW

53 tahun

Peristiwa hijrah dan


pembentukan negara
Islam di Madinah

61 tahun
(630 M)

Pembukaan Kota
Makkah

Wafat
Tahun (632 M)
12 Rabiulawal
berusia 63 tahun

Nabi Muhammad SAW


wafat

OH,
SENANGNYA !

Kerajaan Islam Di Madinah

BAB
5

Roslani b. Maskan
Guru Cemerlang

SMK TELOK MAS, MERLIMAU MELAKA

TINGKATAN 4

Pembentukan kerajaan Islam di Madinah yang kukuh dan mengambil kira perpaduan serta keharmonian
hidup pelbagai bangsa perlu dicontohi. Prinsip dan nilai murni yang ditunjukkan menjadi pedoman kepada
generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Bincangkan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW
yang menjadi asas pembentukan kerajaan Islam di Madinah dan kaitannya dengan Malaysia hari ini.

Murid perlu menceritakan


latar belakang dan konsep
hijrah.
Rujuk buku teks Sejarah
Tingkatan 4 halaman 119

2. MEMAHAMI (30 markah)


Terangkan tentang perkara
berikut :

Sebab-sebab dan tujuan hijrah


Nabi Muhammad SAW (15 markah)
Kepentingan peristiwa hijrah (15 markah)

Murid perlu menerangkan tentang


sebab, tujuan dan kepentingan
hijrah.
Rujuk buku teks Sejarah
Tingkatan 4 halaman 119 - 124

3. MENGANALISIS (15 markah)


Terangkan penubuhan kerajaan Islam
di Madinah melalui pembentukan
Piagam Madinah
Murid perlu menerangkan tentang
pembentukan Piagam Madinah
daripada aspek kandungan dan
kepentingan.
Rujuk buku teks Sejarah
Tingkatan 4 halaman 124 - 129

4. MENGAPLIKASI (15 markah)


Bagaimanakah semangat hijrah boleh diaplikasikan untuk memajukan masyarakat
Malaysia hari ini ?

Mengerjakan solat

Memajukan ekonomi

Semangat hijrah boleh mendorong kemajuan masyarakat di Malaysia pada hari ini
melalui nilai sanggup berkorban seperti orang Islam Makkah yang berkorban meninggalkan
kehidupan mereka di Makkah. Murid misalnya perlu berkorban masa dan tenaga demi mengejar
masa depan lebih baik.
Selain itu , hijrah juga menunjukkan kepada kita pentingnya menyusun strategi yang betul
untuk mencapai kejayaan. Seorang murid misalnya, perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar
dan merancang demi masa depan yang gemilang.
Peristiwa hijrah juga mendidik kita supaya sentiasa
berusaha untuk berubah sentiasa
bersiap-sedia dan bersikap terbuka menerima perubahan supaya kita tidak ketinggalan dan sesuai
dengan perkembangan semasa seperti dalam bidang teknikal dan teknologi maklumat.
Seterusnya, peristiwa hijrah juga mengajar kita perlu sentiasa bekerjasama dan bantu
membantu antara satu sama lain. Bagi memajukan ekonomi misalnya, seluruh masyarakat perlu
berganding bahu bagi memastikan kemajuan Malaysia dapat dicapai.
Kita juga mesti berani menghadapi cabaran. Nilai ini dapat dilihat melalui peristiwa hijrah
yang mana Nabi Muhammad SAW dan umat Islam menghadapi pelbagai cabaran. Masyarakat Malaysia
perlu berani menghadapi cabaran ke arah menjayakan Wawasan 2020.
Kita juga mesti sentiasa
berpegang kepada ajaran agama. Ini membolehkan kita
hidup aman damai walaupun mempunyai kepercayaan yang berbeza. Masyarakat Malaysia yang
mengamalkan nilai-nilai murni mampu membentuk keharmonian negara.
Peristiwa hijrah juga memberi pengajaran kepada kita pentingnya aspek perpaduan. Dalam
negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, aspek perpaduan amat penting kerana
tanpa
perpaduan, kesejahteraan negara akan hancur. Seterusnya memberi impak kepada kemajuan negara.
Peristiwa hijrah juga membuktikan
kebijaksanaan pemimpin memainkan peranan
penting ke arah kegemilangan negara. Kewibawaan tokoh-tokoh pemimpin terdahulu seperti Tunku
Abdul Rahman dan Tun Dr. Mahathir bin Mohammad terbukti telah membawa Malaysia ke mercu
kejayaan dan meningkatkan imej negara di persada dunia.

Penerokaan angkasa lepas

5. MENILAI (10 markah)


Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara menjadi agenda penting pemimpin
negara. Buktikan.
Antara nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam pentadbiran negara ialah
Amanah Tanggungjawab Ikhlas Dedikasi Sederhana Tekun Bersih
Bekerjasama Berbudi Mulia Bersyukur

Bekerjasama

Bukti
Nilai-nilai Islam tersebut diterapkan dalam agensi dan slogan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Piagam Pelanggan jabatan kerajaan Mahkamah Syariah Perbankan Islam
Kepimpinan Melalui Teladan Bersih, Cekap dan Amanah Wawasan 2020
Dasar Pembangunan Modal Insan Dasar Pandang ke Timur

Berdisiplin

5
BULETIN SEJARAH - EDISI 2/2013

1. PENGENALAN (5 markah)
Ceritakan latar belakang
dan konsep hijrah
Nabi Muhammad SAW

6. MENJANA IDEA (10 markah)


Perpaduan merupakan cabaran yang perlu ditangani bagi merealisasikan Wawasan 2020.
Cadangkan langkah-langkah bagi memantapkan perpaduan di Malaysia.

Perbarisan KRS

Acara Balapan

Antara langkah bagi memantapkan perpaduan di Malaysia ialah melalui


aktiviti
kokurikulum. Sukan contohnya dapat memantapkan perpaduan melalui penglibatan semua
kaum dalam acara-acara yang dipertandingkan seperti dalam Kejohanan Peringkat MSSM
atau pun
Sukan Malaysia (SUKMA).
Selain itu,
pendidikan juga berperanan sebagai medium memantapkan perpaduan.
sekolah kebangsaan dan Sekolah Wawasan perlu diperkasakan kerana sekolahsekolah ini
menjadi tumpuan semua kaum.
Penggunaan kurikulum yang sama di peringkat sekolah dapat
menyatukan pelbagai kaum di negara kita.
Masyarakat juga berperanan dalam mengukuhkan perpaduan negara. Aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan perlu dirancang dan dilaksanakan dengan jaya. Program-program seperti
gotong-royong perdana, ziarah-menziarahi, rumah terbuka dan rukun tetangga akan
dapat meningkatkan rasa saling memerlukan dan hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat.
Kerajaan juga perlu melaksanakan pelbagai dasar yang menjurus ke arah memantapkan
perpaduan rakyat. Kempen-kempen melalui media massa, pelaksanaan konsep 1Malaysia dan
pengamalan prinsip Rukun Negara yang mantap perlu dilaksanakan demi mengukuhkan perpaduan.

7. IKTIBAR (10 markah)


Pembentukan kerajaan Islam di Madinah penuh dengan nilai-nilai murni, iktibar dan
unsur patriotismenya. Nyatakan unsur-unsur tersebut yang dapat membawa
masyarakat dan negara kita ke mercu kegemilangan.
6
Pemimpin negara

BULETIN SEJARAH - EDISI 2/2013

Perpaduan
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 3
Baca soalan dengan teliti
Kenal pasti kata tugas dan
kehendak soalan
Lihat jumlah markah sebagai
panduan
Dapatkan maklumat
tambahan dari
sumber-sumber lain
Jawapan dalam bentuk esei
Sediakan kerangka jawapan
Jawapan dibuat berasingan
mengikut bahagian
Kuasai kemahiran menjawab
soalan KBKKI / KBAT (HOTS)
Ketahui isu-isu semasa
Semua bahan bercetak boleh
dibawa masuk ke bilik/dewan
peperiksaan
Jawab mengikut ceraian dan
berperenggan
Tuliskan nombor soalan /
ceraian / pecahan

ULASAN SOALAN
Soalan ini meminta calon
membincangkan
pembentukan kerajaan Islam
di Madinah bermula dengan
peristiwa hijrah dan
pembentukan Piagam
Madinah serta signifikannya
peristiwa tersebut terhadap
perkembangan dan kemajuan
negara Malaysia hari ini.
Jawapan calon perlu
disesuaikan dan
dihubungkaitkan dengan
keadaan semasa negara kita.

Antara nilai yang boleh dicontohi ialah


Semangat setia kawan Kepatuhan kepada pemimpin Sedia berkorban Sikap tidak
putus asa Bersikap terbuka/rasional Kebijaksanaan pemimpin/pemimpin berwibawa
Mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara Bersatu padu Berusaha dan
bertawakal kepada Allah SWT.

8. MERUMUS (5 markah)
Rumuskan tentang pembentukan kerajaan Islam di Madinah daripada aspek pengetahuan
yang diperoleh, iktibar kepada diri, bangsa dan negara serta harapan untuk masa depan
Malaysia yang lebih cemerlang.
Antara rumusan yang boleh dibuat ialah pembentukan kerajaan Islam di Madinah
membuktikan bahawa corak pentadbiran berlandaskan Islam mampu membawa negara
ke mercu kegemilangan.
Peristiwa hijrah mengajar kita bahawa tiada sesuatu yang boleh diperoleh dengan
mudah. Setiap kejayaan memerlukan kesungguhan dan pengorbanan. Kecemerlangan
dalam pendidikan misalnya memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti
putus asa.
Masyarakat perlu menunjukkan
komitmen dan meningkatkan perpaduan
untuk menjamin kejayaan Malaysia. Adalah menjadi harapan,
kemajuan negara dapat
terus dipacu terutamanya untuk merealisasikan Wawasan 2020. Kejayaan negara juga
memerlukan
pemimpin-pemimpin yang bijaksana dan berwibawa.

Prospek
Kerjaya
Menurut Persatuan Sejarah Amerika: "Sebagai sebuah seni liberal utama dunia, anda boleh
mempertimbangkan pelbagai kerjaya. Ini termasuk: eksekutif pengiklanan, penganalisis, arkib, penyiar, pekerja
kempen, perunding, pembantu kongres, editor, pegawai perkhidmatan asing, pakar maklumat, ejen perisikan,
wartawan, pembantu undang-undang, pelobi, pengurus kakitangan awam, penyelidik dan guru.
Di negara kita, pemegang graduan sejarah berpotensi dipertimbangkan pelbagai kerjaya seperti guru, pensyarah,
ahli arkib, kurator, penjaga rekod, pustakawan, pegawai kerajaan, peguam, juru perunding, penyelidik/pembantu
penyelidik dan penulis.
Jadi, tidak ada kekurangan perkembangan kerjaya bagi graduan dalam bidang ini. Walau bagaimanapun, bersaing
rapat dengan gergasi ekonomi seperti kewangan dan kejuruteraan, sejarah menjadi agak terpencil dalam prospek
kerjaya yang ditawarkan. Dalam kemelesetan ekonomi, bidang ini kurang terjejas berbanding jurusan sains sosial
dan seni.
Tetapi jangan jadikan ia sebagai tembok penghalang. Sejarah dan jurusan seni lebih diperlukan di dunia, kerana
seni dan keindahan sejarah memberi lebih banyak ilmu berbanding statistik dan nombor. Untuk penerangan yang
lebih terperinci tentang pasaran kerja untuk major Sejarah, anda boleh membaca artikel Robert B. Townsend. of
History's Babel: Scholarship, Professionalization and the Historical Enterprise, 18801940 (University of Chicago
Press, 2013).

WOW,
HEBATNYA !

BAB
6

Pembentukan Kerajaan Islam


dan Sumbangannya

Ridzuan b. Hasan
Guru Cemerlang

SEK. SERI PUTERI CYBERJAYA, SELANGOR

Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan sebuah empayar Islam yang unggul dan bertahan selama
hampir 600 tahun. Keunggulan kerajaan ini amat dikagumi kerana sumbangannya kepada
ketamadunan manusia sejagat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Keunggulan kerajaan
Turki Uthmaniyah masih relevan untuk membina kecemerlangan tamadun sesebuah negara pada
masa kini.

Apakah aspek kecemerlangan kerajaan Turki Uthmaniyah yang


boleh dimanfaatkan untuk kemajuan bangsa dan negara Malaysia?

Kepimpinan Cemerlang Negara Gemilang

Kejayaan negara kita didokong oleh kepimpinan cemerlang sejak merdeka hingga kini. Kepimpinan negara telah
membawa pelbagai kejayaan dan kemajuan sehingga meletakkan negara kita terkenal di persada antarabangsa.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj digelar sebagai


Bapa Kemerdekaan. Sumbangan terbesar beliau ialah
mendapatkan kemerdekaan negara dan merealisasikan
pembentukan Malaysia.

KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH


Kegemilangan kerajaan Turki Uthmaniyah ditunjangi
oleh kepimpinan yang bijaksana, antaranya:
Uthman Ertughrul berjaya menumpaskan
tentera Byzantine dan mengasaskan kerajaan
Turki Uthmaniyah.
Orhan I membentuk Janassari iaitu pasukan
tentera elit.
Mehmed II digelar Al- Fateh kerana berjaya
menakluk Constantinople, ibu negeri Byzantine.
Selim 1 digelar sebagai Pelindung Dua Bandar
Suci: Makkah dan Madinah.
Suleiman 1 digelar Al-Qanuni (penggubal
undang-undang) kerana memperkenalkan Kanun
Suleiman. Baginda juga di gelar sebagai yang
hebat kerana keluasan empayar pemerintahanya.

Perdana Menteri Pertama (1957-1970)

Tun Abdul Razak bin Dato Hussein, mendapat gelaran


Bapa Pembangunan kerana sumbangannya
melaksanakan pembangunan negara melalui rancangan
Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Perdana Menteri Kedua (1970-1976)

Tun Hussein bin Dato Onn, digelar Bapa Perpaduan


kerana berjaya memupuk semangat perpaduan dalam
masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Perdana Menteri Ketiga (1976-1981)

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, dikenali sebagai


Bapa Pemodenan kerana kejayaan membangunkan
Malaysia menjadi sebuah negara industri baru yang
disegani dalam kalangan negara-negara membangun.
Perdana Menteri Keempat (1981-2003)

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, digelar Bapa


Pembangunan Modal Insan kerana mengutamakan
agenda pembangunan modal insan sebagai aset
terpenting untuk memacu negara ke hadapan.
Perdana Menteri Kelima (2003-2009)

Dato Seri Mohd Najib b. Tun Abdul Razak, dianugerahkan gelaran Bapa Transformasi Malaysia.
Beliau memperkenalkan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Perdana Menteri Keenam (mulai 2009)

Sultan Mehmed
Al-Fateh
menjayakan misi
menakluk kota
Constantinople
seawal usia
21 tahun

BULETIN SEJARAH - EDISI 2/2013

MENGAPLIKASI

TINGKATAN 4

Keunggulan kerajaan Turki Uthmaniyah membuktikan bahawa pemerintahan dan kepimpinan berwibawa
amat penting untuk kegemilangan sesebuah tamadun.
Apakah ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada pada generasi muda hari ini untuk memastikan pencapaian
cemerlang negara Malaysia dapat diteruskan pada masa hadapan?

Memajukan ekonomi negara

Memelihara perpaduan kaum

Bersikap kreatif dan inovatif

Memupuk semangat
patriotik / jati diri

Berwawasan

Menjamin kestabilan politik

Mengamalkan sikap terbuka

Memajukan pendidikan

Meningkatkan kemahiran

Berpegang teguh kepada


ajaran agama

Sentiasa patuh kepada


undang-undang

Bertoleransi dan berdiplomasi

8
BULETIN SEJARAH - EDISI 2/2013

WOW,
HEBATNYA !

BAB
4

Pembinaan Negara
dan Bangsa Malaysia

Sohaidie b. Mohd Zain


Guru Cemerlang
SMK TAMAN MALURI,KUALA LUMPUR

TINGKATAN 5

MENGAPLIKASI/MENJANA IDEA
Pembinaan negara dan bangsa Malaysia mengambil masa yang lama serta terpaksa menghadapi banyak cabaran.
Pengenalan Malayan Union telah menyedarkan orang tempatan tentang perpaduan antara mereka.
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya mengembalikan maruah bangsa yang dibentuk
dengan mengambil kira sistem politik tempatan sebagai teras pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang
merdeka.

4:08 PM

3G

Murid

Chats

Chats

online

Tahukah anda, banyak cabaran dihadapi


untuk membina negara dan bangsa Malaysia?
Apakah cabaran itu?
Pengenalan Malayan Union oleh British
hampir-hampir menjadikan negara kita
dijajah dalam erti sebenarnya.
Adakah selama ini Tanah Melayu belum dijajah?
Selama ini British menjalankan dasar
menerima Negeri Melayu dan orang Melayu
sebagai pemilik Tanah Melayu. British juga
menerima adat istiadat Melayu, agama Islam
dan bahasa Melayu ialah budaya Tanah Melayu.
Ooo Apakah Malayan Union itu?
Dasar British dalam usahanya untuk menghapuskan
negara dan bangsa kita yang telah dibina sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka.
Adakah penduduk Tanah Melayu menerima
begitu sahaja?

4:12 PM
Murid
online

Ada yang menerima dan ada yang menentang.


Penentangan yang dilakukan pula secara
besar-besaran oleh orang Melayu dan akhirnya
Malayan Union terpaksa dibatalkan oleh British.
Wah, bagusnya! Berkat perpaduan semua
negara kita terselamat daripada penjajahan
yang sebenarnya Apakah yang berlaku
seterusnya?
Setelah Malayan Union digagalkan, Persekutuan
Tanah Melayu 1948 dibentuk dan sejak itu negara
kita peroleh banyak kejayaan hasil perpaduan dan
kerjasama semua.
Wow, hebatnya! Maksudnya, penubuhan
Persekutuan Tanah Melayu 1948 itu bukti
kejayaan mereka menentang British.
Ya, betul tu! Berkat kebijaksanaan mereka, kita
sekarang menikmati kejayaan dan kini menjadi
tanggungjawab kita pula untuk menjaga negara
kita dengan baik.
Tepat sekali. Bagaimanakah kita nak
kekalkan kedaulatan negara kita?
Saya lampirkan fakta yang bersesuaian
dengan soalan.

Send

Send

BULETIN SEJARAH - EDISI 2/2013

3G

3G

Lampiran jawapan

Bagaimanakah un
tuk mengekalkan
kedaulatan negara
kita?

Chats

3G
Chats

angat cintakan nega

ra

Mengamalkan perp
aduan
Menjalinkan hubu
ngan diplomatik
Mengukuhkan jati
diri
Berwaspada deng
an kuasa asing

10

Murid
online

Ooo ya...rupanya banyak cara untuk kita


kekalkan kedaulatan negara kita. Cuma
kita saja yang tidak mengamalkannya!

Menjadi warganeg
ara berilmu
Menghormati pem
impin
Mematuhi undang
-undang
Mengamalkan prins
ip Rukun Negara
Mengamalkan sem

4:20 PM

Kita sebagai generasi muda hari ini sepatutnya


ada semangat patriotisme yang kental. Sekiranya
kita tidak mampu menangani cabaran nescaya
negara kita akan tergadai

4:15 PM
Murid
online

Semangat ci
ntakan nega
ra
boleh diam
alkan melal
ui:
Menghayat
i sejarah ne
gara
Mencontoh
i tokoh nega
ra
Berilmu peng
etahuan

Apakah manfaat mengekalkan


kedaulatan negara?

Sentiasa be
rsyu
Sedia berkor kur
ban
Mengutam
akan kepent
ingan
negara
Mengamalka
n nilai murni
Send

BULETIN SEJARAH - EDISI 2/2013

Kemajuan ekonomi
Kestabilan politik
Kemakmuran dan keamanan negara
Keyakinan pelabur asing
Peningkatan taraf hidup rakyat
Pembangunan infrastruktur
Negara berdaya saing
Negara dihormati dunia
Tumpuan pelancong

Konsep aur dengan tebing patut menjadi


pegangan bersama. Baguslah maklumat ini....
Banyak yang boleh digunakan ketika menjawab
soalan peperiksaan SPM nanti. Terima kasih.
Baguslah begitu, tetapi jangan lupa membaca
buku teks keseluruhan tajuk ini ya. Rujuk buku
teks Sejarah Tingkatan 5 halaman 95 hingga
110. Selamat berjaya.

Send

m
i Dala
n
I
i
r
a
H
h
Sejara
Tarikh Peristiwa: 13.5.1969

TRAGEDI 13HB MEI,1969

Rujuk buku teks Sejarah


Tingkatan 5 halaman 210

Pada hari ini dalam tahun 1969, telah berlaku satu peristiwa yang hampir-hampir menghancurkan keutuhan
Negara yang dikenali sebagai Tragedi 13 Mei. Tragedi yang menggugat keutuhan Negara ini adalah ekoran daripada pilihan
raya kebangsaan yang telah berlangsung pada 10 Mei 1969 di mana emosi dan sentimen perkauman telah disuarakan
dengan begitu lantang. Keadaan ini telah digunakan sepenuhnya oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuantujuan politik
mereka. Hasil daripada pilihan raya ini Parti Perikatan telah berjaya menubuhkan kerajaan sekali lagi tetapi dengan kelebihan
undi yang kurang daripada kemenangan-kemenangan yang lampau dan tanpa perwakilan daripada MCA.
Akibat daripada tragedi ini, banyak nyawa yang tidak berdosa telah terkorban dan harta benda musnah.
Bagaimanapun, peristiwa malang ini adalah merupakan satu rahmat yang tersembunyi. Ia adalah merupakan titik perubahan
corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi Negara, juga menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan sosial dan
ekonomi adalah merupakan masalah asas masyarakat Malaysia.
Untuk mengawal keadaan tindakan segera telah diambil oleh kerajaan dengan mengisytiharkan darurat di
seluruh Negara oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau
ringkasnya MAGERAN ditubuhkan untuk bertindak dengan badan pemerintah.
Pada 16 Mei, serentak dengan pengisytiharan Darurat, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik
sebagai Pengarah MAGERAN. Dengan pembubaran parlimen oleh DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, MAGERAN menubuhkan MAJLIS PERUNDANGAN NEGARA pada bulan Januari, 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan
masyarakat berbagai kaum. Majlis Perundingan Negara ini mengadakan dialog yang serius di kalangan anggota-anggotanya
bagi mencari jalan bagi untuk menguatkan perpaduan Negara dan menyediakan satu asas yang kukuh dan kekal untuk
kembali kepada demokrasi berparlimen, dan mendapatkan satu panduan yang positif dan praktikal dalam usaha mencapai
kerjasama antara kaum dan identiti masyarakat Malaysia yang tulen. Daripada perbincangan kesemua wakil dari semua
kaum dan golongan ini lahirlah konsep RUKUNEGARA sebagai manifestasi ideologi kebangsaan.
Berdasarkan kepada semangat RUKUN NEGARA, Jawatankuasa Ekonomi Majlis Perundingan Negara telah melahirkan
DASAR EKONOMI BARU yang bertujuan untuk menyusun semula masyarakat dan menghapuskan kemiskinan, serta
memelihara keselamatan Negara. Dasar Ekonomi Baru inilah yang menjadi asas dan dasar pembangunan Negara dalam
semua bidang.
Sumber : Hari Ini Dalam Sejarah, Jilid 2, Percetakan Negara, Kuala Lumpur, 1981, hal.165

OH,
SENANGNYA!

BAB
5

Pembinaan Negara dan Bangsa


yang Merdeka

Roslani b. Maskan/
Lim Chin Guan/
Muhammad b. Abduhu

Guru Cemerlang

SMK TELUK MAS MERLIMAU, MELAKA/


SMK PULAU SEBANG, MELAKA/
MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH

TINGKATAN 5

Perpaduan telah diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu melalui pakatan murni demi mendapatkan
kemerdekaan. Bincangkan kepentingan perpaduan dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju.

Murid perlu menyatakan konsep


pakatan murni yang berlaku
di Tanah Melayu
Rujuk buku teks Sejarah
Tingkatan 5 halaman 119

2. MEMAHAMI (30 markah)


Terangkan usaha-usaha yang
dilakukan bagi mengadakan
pakatan murni sebelum
pentubuhan Parti Perikatan.
Murid dikehendaki menerangkan
langkah-langkah Parti Perikatan
dalam membentuk pakatan murni
bagi mencapai perpaduan dalam
kalangan penduduk.
Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5
halaman 119-121

3. MENGANALISIS (15 markah)


Terangkan kerjasama melalui Parti
Perikatan bagi menghadapi
pilihan raya dari 1952 hingga 1955.
Murid perlu menerangkan usaha-usaha
Parti Perikatan bagi memenangi
Pilihan raya Majlis Perbandaran 1952,
Pilihan raya Negeri 1954 dan Pilihan raya
Umum 1955.
Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5
halaman 121-122.

4. MENGAPLIKASI (15 markah)

11

Sebagai pemimpin masyarakat, bagaimanakah anda mengukuhkan semangat


perpaduan dalam kalangan penduduk?
Semangat perpaduan dapat dikukuhkan melalui aktiviti gotong-royong seperti
dalam kenduri-kendara atau membersihkan kawasan kampung. Amalan kunjung
mengunjung perlu disemarakkan terutamanya pada musim perayaan. Rumah terbuka
peringkat kampung boleh dilaksanakan bagi memberi ruang semua penduduk berjumpa.

Dato Onn Jaafar

Selain itu, kempen-kempen yang dapat menyemarakkan perpaduan perlu


dijalankan seperti ceramah, pertandingan sukan rakyat, menganjurkan pesta jualan
dan sebagainya.
Amalan lain ialah seperti rukun tetangga, membina penempatan yang
membawa kepada percampuran kaum, menyambut perayaan secara bersama, dan
menubuhkan persatuan peringkat kampung seperti koperasi nelayan.
Sebagai pemimpin, saya juga akan menggalakkan masyarakat setempat bertutur
menggunakan bahasa Melayu, hidup saling menghormati dan memahami perbezaan
budaya, kepercayaan dan agama setiap kaum.

15
Tun Tan Cheng Lock

isi

5. MENILAI (10 markah)


Buktikan kejayaan yang dicapai hasil daripada kemantapan perpaduan .
Antara kejayaan yang dicapai oleh negara hasil kekukuhan perpaduan ialah
wujudnya kestabilan politik dan dapat meningkatkan imej negara di mata dunia. Dunia
mengiktiraf kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang.
Perpaduan juga membolehkan rakyat hidup dengan penuh harmoni dan aman
damai. Masyarakat dapat menjalinkan hubungan akrab sesama mereka dan
mengamalkan kebebasan beragama dan bersuara.

Dato E.E.C Thuraisingam

Perpaduan juga mendorong kepada kejayaan dalam bidang ekonomi. Pelaburan


sentiasa meningkat dan nilai matawang (RM) sentiasa berada dalam keadaan kukuh.
Keadaan ini juga menarik pelancong dari negara luar mengunjungi Malaysia seterusnya
membantu perkembangan industri lain seperti perhotelan.

13

isi

BULETIN SEJARAH - EDISI 2/2013

1. PENGENALAN (5 markah)
Jelaskan konsep pakatan murni

6. MENJANA IDEA (10 markah)


Mengapakah perpaduan sukar dikecapi dalam masyarakat berbilang kaum?

Menghayati lambang negara

Perpaduan menjadi agenda utama negara kerana masyarakatnya yang berbilang


kaum. Ini kerana setiap kaum mempunyai latar belakang sosioekonomi dan pengalaman
sejarah yang berbeza. Mereka juga mengamalkan adat dan kepercayaan yang berbeza
malah menuturkan bahasa yang berlainan.
Selain itu, perpaduan sukar dicapai berdasarkan pola penempatan yang
berbeza. Keadaan bertambah sukar apabila setiap kaum mempunyai ideologi politik yang
berbeza berdasarkan penubuhan parti-parti politik berdasarkan kaum, mempunyai
persepsi negatif terhadap bangsa lain , kurang sikap saling menghormati sebaliknya
taksub kepada kaum sendiri.
Ditambah dengan kegagalan media massa menyampaikan mesej perpaduan
malah sering menimbulkan isi-isu sensitif.

12

isi

Pemimpin Malaysia

7. MENGHAYATI NILAI MURNI (10 markah)


Apakah nilai-nilai murni yang perlu dimiliki oleh warganegara Malaysia dalam
menyuburkan semangat perpaduan?
12
BULETIN SEJARAH - EDISI 2/2013

Pilihan raya

Bagi menyuburkan semangat perpaduan, kita perlulah memiliki sikap


hormat-menghormati antara satu sama lain. Jangan sesekali mempertikaikan atau
menyentuh isu-isu sensitif yang boleh membawa kepada kemarahan kaum lain. Sebarang
masalah yang boleh memudaratkan keharmonian dan perpaduan perlu ditangani dengan
bijak dan berhati-hati.
Selain itu, kita perlu menghormati pemimpin negara dan bersama-sama
dengan mereka dalam memastikan perpaduan dapat dikekalkan. Rakyat juga perlu
menghormati dan menghayati lambang-lambang negara. Ketaatan kepada raja dan
negara perlu ada dalam setiap jiwa rakyat Malaysia.
Sebagai warganegara, kita seharusnya berbangga dengan pencapaian dan
kejayaan Negara pada hari ini hasil eratnya perpaduan antara kaum. Kita perlu terus
memantapkan kerjasama antara kaum dalam pelbagai bidang malah sedia berkorban
demi mempertahankan kedaulatan negara.

11
Perpaduan kaum

isi

8. RUMUSAN (5 markah)
Rumuskan tentang pentingnya perpaduan dalam aspek pengetahuan yang
diperoleh, iktibar kepada diri, bangsa dan negara serta harapan untuk masa
depan Malaysia yang gemilang.

Kegemilangan Malaysia

Antara pengetahuan yang diperoleh ialah pentingnya perpaduan bagi


menjamin kemakmuran dan kemajuan negara. Kita juga dapat mengetahui proses ke
arah pembentukan pakatan murni sebelum kemerdekaan. Generasi hari ini perlu
menghargai usaha pemimpin terdahulu dalam menyatupadukan penduduk berbilang
kaum di negara kita melalui konsep musyawarah. Semua kaum di Malaysia perlu berusaha
mengekalkan perpaduan demi mengekalkan keamanan negara. Pemimpin negara masa
kini harus berusaha lebih gigih dalam mengukuhkan perpaduan agar rakyat dapat
menikmati kehidupan yang lebih sempurna. Saya berharap perpaduan dalam kalangan
masyarakat dapat disuburkan lagi bagi memastikan Malaysia mampu menjadi sebuah
negara maju menjelang 2020. Selain itu, diharapkan semangat perpaduan yang sedia ada
tidak diganggu gugat dengan isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian dan
kemajuan negara.

9
Peningkatan ekonomi

isi

1 isi
= 1m
Oleh itu 5 isi sudah memadai

WOW,
HEBATNYA !

BAB
6

Pengukuhan Negara dan Bangsa


Malaysia

Edwin Apok

Guru Cemerlang
SMK SUNGAI MAONG, SARAWAK

TINGKATAN 5

GAGASAN MALAYSIA : APA KATA MEREKA?


MENGAPLIKASI

Ada banyak manfaat sekiranya SemenanjungTanah Melayu,


Sabah dan Sarawak bergabung dalam Malaysia, antaranya...
(Tunku Abdul Rahman Putra)

Dari aspek politik, kita mesti memastikan kerajaan yang kukuh


dapat dibentuk, negara semakin membangun dan maju. Usaha ini akan
dapat dilaksanakan kepada pengamalan sistem demokrasi dan rakyat
mendapat kebebasan serta hak asasi. Sistem pertahanan negara perlu
dimantapkan bagi menjamin keamanan negara.
Dari segi ekonomi, negara akan lebih maju, jika sekiranya ilmu sains dan
teknologi berkembang. Malaysia akan menjadi destinasi pelabur asing yang terkenal dan
akan mewujudkan peluang pekerjaan.
Dari aspek sosial, pembentukan Malaysia, hubungan perlu dieratkan antara rakyat dalam
pelbagai kaum bagi merapatkan integrasi nasional. Dengan itu, rakyat berpeluang menyambut
pelbagai perayaan kaum, rakyat bebas mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing dan
rakyat dapat mengamalkan budaya yang pelbagai. Oleh itu, akan wujud banyak bahasa yang
dipertuturkan dan pelbagai jenis makanan mengikut kaum dapat dinikmati. Pembentukan Malaysia
juga akan memperkembangkan sistem pendidikan dan terdapat pelbagai aliran persekolahan.

13

Tunku Abdul
Rahman Putra
(Perdana Menteri Pertama)

MENILAI

Betul kata Tunku itu, kita lihat sejak pembentukan Malaysia,


negara kita sudah mencapai banyak kejayaan contohnya...
(Tun Temenggung Jugah Anak Barieng)
Contoh jawapan murid

Tun Temenggung
Jugah Anak Barieng
(Presiden Majlis Adat Istiadat
Sarawak)

Kita telah mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi, contohnya sistem


kewangan serta kemasukan pelaburan asing serta kemajuan dalam bidang
pertanian, industri petroleum dan gas.
Dalam bidang pendidikan, negara kita telah menjadi hab pendidikan
antarabangsa. Kita juga maju dalam bidang sains dan teknologi seperti
penerokaan angkasa lepas.

Dari segi sistem pengangkutan, kita sudah ada jalinan jalan raya yang baik, serta sistem komunikasi
yang canggih. Atlet kita juga berjaya dalam bidang sukan di peringkat antarabangsa.
Paling penting, para pemimpin kita dapat mengekalkan keamanan serta kestabilan politik,
menghapuskan ancaman komunis, bahkan banyak lagi kejayaan lain yang boleh kita banggakan.

BULETIN SEJARAH - EDISI 2/2013

Contoh jawapan murid

MENJANA IDEA
Bagi saya, banyak cabaran yang mungkin kita akan hadapi
jika Gagasan Malaysia dibentuk...
(Tun Muhammad Fuad Stephen)
Contoh jawapan murid
Kita akan berhadapan dengan cabaran berkaitan isu perpaduan kaum,
kestabilan politik dan ekonomi. Kita juga berhadapan untuk melahirkan pemimpin
negara yang mempunyai visi dan menggunakan sumber negara secara efisyen.

Tun Muhammad Fuad Stephen

Selain itu, kita menghadapi cabaran untuk melahirkan rakyat yang berilmu
bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir.

(Ketua Menteri Sabah Pertama)

Kita juga sentiasa menghadapi persaingan daripada negara maju iaitu pencapaian teknologi negara kita yang
masih rendah. Mungkin juga kita akan berhadapan dengan bantahan daripada negara-negara jiran serta wujudnya
masalah sosial dan pencemaran.
Kita akan dapat mengatasi masalah-masalah tersebut jika langkah-langkah tertentu diambil, seperti melaksanakan
program integrasi nasional untuk mengukuhkan perpaduan rakyat dan kestabilan politik.
14
BULETIN SEJARAH - EDISI 2/2013

Kita juga perlu meningkatkan mutu pendidikan di negara kita untuk melahirkan masyarakat berfikiran kelas
pertama dengan memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan serta meneroka teknologi baru.
Kita juga perlu meningkatkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain. Sekiranya semua ini dapat kita
lakukan, maka Malaysia akan menjadi sebuah negara yang cemerlang.

MENGHAYATI NILAI-NILAI MURNI/IKTIBAR/PATRIOTISME


Sebagai pemimpin, saya berpendapat banyak iktibar dan pengajaran yang
kita peroleh daripada peristiwa pembentukan Malaysia ini, antaranya...
Contoh jawapan murid

(Tun Datu Mustapha Datu Harun)

Sebagai pemimpin, kepentingan memelihara perpaduan dan kepentingan


mengekalkan keamanan. Kita juga perlu bersedia menerima perubahan serta
berdikari untuk mentadbir negara sendiri.
Kita juga merupakan orang yang bertanggungjawab memelihara kedaulatan
negara.
Kita akan menjadi rakyat yang berani menghadapi cabaran, tidak mudah putus
asa, rajin berusaha untuk memajukan negara serta berwawasan.
Kita juga akan lebih memikirkan kepentingan mengekalkan tradisi dan budaya
masing-masing serta mengamalkan sikap toleransi kaum, mematuhi undang-undang
dan menerima pandangan orang lain .

Tun Datu Mustapha Datu Harun


(Yang Di-Pertua Negeri Sabah Pertama)

WOW,
HEBATNYA !

BAB
7

Sistem Pemerintahan dan


Pentadbiran Negara Malaysia

Nor Azan b. Alias


Guru Cemerlang
SMK SEREMBAN 2, NEGERI SEMBILAN

TINGKATAN 5

Negara demokrasi
mengamalkan sistem
Raja Berperlembagaan
atau sistem Republik.

Rujuk buku teks Sejarah


Tingkatan 5 halaman 161

Negara kita memilih dan


mengamalkan sistem pemerintahan
Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan.

Raja kekal sebagai pemerintah


tertinggi. Perdana Menteri mengetuai
pentadbiran negara.

Ciri-ciri Sistem
Pemerintahan
Demokrasi Berparlimen
1. Perlembagaan
2. Raja Berperlembagaan
3. Parlimen
4. Kuasa pemerintah
5. Pilihan raya
6. Parti politik
7. Kebebasan asasi

MENILAI

Mengekalkan
kerajaan yang
adil
Melahirkan
rakyat yang
taat dan setia

Membentuk
identiti negara

Kestabilan
negara

KEJAYAAN NEGARA
MELALUI PENGAMALAN
SISTEM DEMOKRASI
BERPARLIMEN DAN
RAJA BERPERLEMBAGAAN

Kemakmuran
ekonomi
Ke arah
sebuah
negara yang
maju

Kesejahteraan
negara

Perpaduan
kaum dapat
dikekalkan

BULETIN SEJARAH - EDISI 2/2013

15

Negara kita amalkan konsep pengasingan kuasa iaitu kuasa pemerintahan dibahagi kepada
Badan Perundangan, Badan Pelaksana, dan Badan Kehakiman

Badan Perundangan
(Legislatif)

Badan Pelaksana
(Eksekutif)

Badan Perundangan Terdiri daripada Yang


di-Pertuan Agong,
Dewan Rakyat (DR)
dan Dewan Negara (DN).
Menggubal
undang-undang untuk
menjamin keadilan dan
kesejahteraan rakyat.

Badan Pelaksana Jemaah Menteri atau


Kabinet merupakan
badan Pelaksana
dasar-dasar kerajaan.
Ada 24 kementerian.
Setiap satu diketuai oleh
menteri dan timbalan
menteri (2013).
Mengubal dasar-dasar
kerajaan.

Rujuk buku teks Sejarah


Tingkatan 5 halaman 172

Rujuk buku teks Sejarah


Tingkatan 5 halaman 173

Badan Kehakiman
(Judisiari)

Badan Kehakiman Berkuasa mendengar


dan menentukan
perkara sivil dan
jenayah.
Terdiri daripada
Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Tinggi Malaya
dan Mahkamah Tinggi
Sabah dan Sarawak.
Mahkamah Rendah pula
terdiri daripada
Mahkamah Sesyen
dan Mahkamah Majistret.
Rujuk buku teks Sejarah
Tingkatan 5 halaman 174

Mematuhi undang-undang
Meningkatkan ilmu
Menghormati pemimpin

Bagaimanakah kita
dapat memantapkan
sistem pemerintahan
negara?

Mengutamakan rundingan
Menyokong usaha kerajaan
Meningkatkan perpaduan kaum
Menyemarakkan semangat patriotisme
Meningkatkan semangat jati diri
Mengamalkan toleransi
Meningkatkan taraf hidup

Format Instrumen Pentaksiran Mata Pelajaran Sejarah SPM Kertas 3


Kertas 3
(1249/3)

Bentuk Instrumen
Mulai 2013

Jenis Instrumen

Tugasan

Bilangan Tugasan

Satu (1)
Nota:- Tema
- Tajuk umum dimaklumkan kepada calon 6 minggu sebelum tarikh
peperiksaan bagi Kertas 3
- Soalan serta panduan menjawab diberi pada hari peperiksaan

Markah

100

Wajaran

20%

Tempoh Ujian

3 jam

Konstruk Yang Diukur

Kefahaman
Menilai

Cakupan

Mengaplikasi

Menjana idea

Menganalisis
Menghayati nilai

Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 4 dan 5

INFOINI
TERK

You might also like