You are on page 1of 6

Puspakom

Pemeriksaan Awalan
Sebelum kenderaan perdagangan yang baharu boleh didaftarkan dengan Jabatan
Pengangkutan Jalan, atau sebelum pemilikan kenderaan dipindahkan kepada orang
lain,PUSPAKOM perlu mengesahkan bahawa ia mematuhi piawaian undang-undang
yang dinyatakan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987, Peraturan Kenderaan Bermotor
(Pembinaan dan Penggunaan) 1959.

Pemeriksaan Berkala
Ia merupakan keperluan mandatori bagi semua kenderaan perdagangan untuk
menjalani Pemeriksaan berkala di PUSPAKOM setiap 6 bulan, untuk memperakui
pematuhan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987. Semasa pemeriksaan ini, kami akan
memeriksa kesahihan dan kenderaan yang boleh menyebabkan kemalangan.

Pemeriksaan Semula
Jika kenderaan anda tidak memenuhi keperluan dan standard Pemeriksaan Awalan,
Khas atau Berkala, dan gagal, anda dikehendaki membetulkan masalah tersebut dan
datang semula untuk pemeriksaan semula. Kami akan memeriksa semula perkara yang
sebelum ini gagal.

Pemeriksaan Khas
Jika kenderaan perdagangan atau persendirian mengalami perubahan spesifikasi enjin,
casis atau badan, atau naik taraf berat muatan, ia perlu menjalani pemeriksaan khusus
diPUSPAKOM. Ini merupakan keperluan undang-undang untuk mengesahkan keadaan
fizikal dan identiti kenderaan selepas pengubahsuaian dibuat.

Pemeriksaan Tukar Milik


Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan
mandatori. Pada akhir pemeriksaan, kami akan mengeluarkan laporan B5, yang
diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan.

Pemeriksaan Penilaian

PUSPAKOM akan menjalankan pemeriksaan kesahihan dan fizikal terhadap kenderaan


untuk melindungi pembeli, penjual dan pemberi pinjaman. Pemeriksaan merangkumi
penilaian terhadap nilai pasaran semasa kenderaan tersebut.
Anda boleh memilih untuk menghantar kenderaan anda untuk Penilaian Pemeriksaan 3Peringkat, yang terdiri daripada pemeriksaan visual, atau pemeriksaan yang lebih
menyeluruh iaitu Pemeriksaan Penilaian 8-Peringkat yang melibatkan 5 pemeriksaan
tambahan terhadap ciri-ciri teknikal kenderaan.
Apabila kenderaan diwariskan, Amanah Raya Berhad memerlukan laporan Pemeriksaan
Penilaian 8-Peringkat daripada PUSPAKOM untuk menentukan nilai kenderaan. Dalam
kes ini, sila patuhi proses yang dinasihatkan oleh Amanah Raya.

Pemeriksaan Kenderaan Secara


Sukarela
Kami menggalakkan pemilik kenderaan persendirian supaya kenderaan mereka
diperiksa di PUSPAKOM untuk memastikan ia selamat digunakan dan mematuhi Akta
Pengangkutan Jalan 1987.

Pemeriksaan Kenderaan Import


untuk Kastam (IVIC)
PUSPAKOM kini mempunyai pasukan di semua pelabuhan utama Malaysia untuk
memeriksa kenderaan diimport apabila ia tiba di Malaysia, bagi pihak Kastam Diraja
Malaysia. Pemeriksaan IVIC yang juga dikenali sebagai pemeriksaan B6, merangkumi
semua kategori kenderaan yang diimport, termasuk kenderaan baharu, kenderaan yang
telah digunakan dan telah dibaik pulih.
Pada masa ini, pemeriksaan ini dijalankan di semua pintu masuk ke Malaysia,
khususnya Northport dan Westport di Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kota Kinabalu di
Sabah dan Pelabuhan Kuching di Sarawak. Kami juga menawarkan pemeriksaan B2
bersama-sama dengan pemeriksaan B6 sekiranya diminta oleh pengimport dan ejen
kenderaan.

Pemeriksaan Sewa Beli (HPI)


HPI diperkenalkan pada bulan Jun 2011 dan telah diwajibkan di bawah undang-undang
dalam usaha melindungi pembeli kenderaan terpakai daripada membeli kenderaan
yang tidak sah dari segi undang-undang atau tidak selamat digunakan di jalan raya.
Mana-mana individu atau organisasi yang memohon pinjaman untuk membeli
kenderaan terpakai perlu mengesahkan bahawa kenderaan itu telah menjalani
Pemeriksaan Sewa Beli dengan mengemukakan laporan B7 yang dikeluarkan

oleh PUSPAKOM. Pemeriksaan ini termasuk 18 pemeriksaan khusus, iaitu gabungan


pemeriksaan identiti dan pemeriksaan fizikal.
Peringkat pemeriksaan

You might also like