You are on page 1of 1

KERTAS CADANGAN BAGI PEMOHONAN PINJAMAN MARA

1.0 PENGENALAN
TEIN GARAGE & AUTOPARTS telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada
25 Mac 2010 dan merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal bumiputera.
Perniagaan ini telah lama beroperasi di sebuah premis sewa di Shah Alam Selangor.
Penglibatan TEIN GARAGE & AUTOPARTS secara terus dalam bidang automotif
adalah merangkumi semua aspek perkhidmatan membaik pulih kenderaan dan
menjual alat ganti kenderaan terpakai. Pengalaman dan kemahiran yang dimiliki
oleh pemilik sejak penubuhan selama hampir 6 tahun telah membawa TEIN GARAGE
& AUTOPARTS sebagai salah sebuah premis perniagaan yang maju dan berdaya
saing.

2.0 TUJUAN PENYEDIAAN


Kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan tambahan
perniagaan TEIN GARAGE & AUTOPARTS yang meliputi aspek pengurusan,
pemasaran, perkhidmatan dan kewangan syarikat kepada pihak MARA dan
seterusnya memohon pembiayaan berjumlah RM250,000.00 (Ringgit Malaysia
Seratu Ribu Sahaja). Tempoh pembiayaan adalah selama 5 tahun.
Disamping itu, kertas kerja ini disediakan bagi memenuhi syarat wajib bagi
permohonan pinjaman MARA perniagaan.
Pembiayaan ini akan digunakan untuk beberapa tujuan sebagaimana berikut:i. membeli lebih banyak alat ganti kenderaan
ii. membeli aset tetap dan ubahsuai kelengkapan pejabat
anggaran pengiraan pembiayaan;
Nilai pembiayaan
: RM250,000.00
Kadar keuntungan
: 5% setahun
Keuntungan pembiayaan : RM250,000.00 x 5% x 5 tahun
= RM62,500.00
Jumlah pembiayaan
: RM312,500.00
Bayaran balik bulanan pokok
: RM5,208.33
Bayaran Keuntungan
: RM1,041.67

You might also like