You are on page 1of 5

-Husnun Nasyr li Nasabi Khairil Basyar-

Oleh :

Ustaz Adlan Abd Aziz

*Tajuk ini adalah cadangan daripada sahabat saya,


Ustaz Muhammad Anwaruddin bin Abd Wahab.

*Tajuk ini cadangan daripada sahabat saya,

-Husnun Nasyr li Nasabi Khairil Basyar-

Kenali nasab keturunan Nabi Muhammad SAW


Mari kita kenali dan hafaz nasab keturunan Rasulullah SAW daripada Muhammad
Bin Abdullah.....hingga Adnan. Nasab di bawah ini yang telah disepakati oleh para
ulama Sirah.
Nasab keturunan Rasulullah SAW.:

Muhammad Bin Abdullah Bin Abd. Muttolib Bin Hashim Bin Abd.
Manaf Bin Qusay Bin Kilab Bin Murrah Bin Ka'ab Bin Lu'ay Bin Ghalib
Bin Fihr Bin Malik Bin an-Nadhr Bin Kinanah Bin Khuzaimah Bin
Mudrikah Bin Ilyas/Liyas Bin Mudhor Bin Nizar Bin Ma'add Bin
Adnan...

-Husnun Nasyr li Nasabi Khairil Basyar-

Info ringkas setiap Nasab Nabi Muhammad SAW :


-

Abdullah

ayahnya,

anak

bongsu

Abd

Muttolib

dan

anak

kesayangannya. Wafat ketika Nabi SAW dalam kandungan ibunya.


-Datuknya Abd Muttolib,nama sebenar beliau ialah 'Syaibatul Hamd'.
Digelar Abd (hamba) Muttolib (bapa saudaranya). Salah seorang
Pemimpin Arab.
- Hashim, ayah Abd Muttolib, namanya : 'Amr, hartawan, digelar Hashim
(yang patahkan) iaitu patahkan roti untuk bubur jamuan.
- Abd Manaf, ayah kepada Hasyim, datuk kepada Abd Muttolib, nama
sebenar: 'al-Mughirah', seorang pemimpin Quraisy.
- Qusay, ayah kpd Abd Manaf. Nama sebenar: Zaid. Digelar Qusay
kerana dibesarkan

jauh

dari

Mekah.

Seorang

Pemimpin

yang

berpengaruh.
- Kilab, ayah kepada Qusay. Nama sebenar: Hakim/'Urwah. Digelar
Kilab kerana banyak berburu dengan anjing buruan.
- Murrah, ayah kepada Kilab. Padanya bertemu nasab kesemua datuk
nenek Rasulullah SAW sebelah ayah dan ibunya.(Abdullah dan
Aminah).

-Husnun Nasyr li Nasabi Khairil Basyar-

Ka'ab,

ayah

kepada

Murrah.

Seorang

yang

petah

dalam

percakapannya. Dikatakan dialah yang menukarkan nama hari Arubah


kepada hari Jumaat.
- Lu'ay, bapa kepada Ka'ab. Dinamakan Lu'ay kerana ketenangan dan
kebijaksanaan yang terserlah sejak kecil.
- Ghalib, bapa kepada Luay. Seorang yang berjiwa pemimpin sejak
kecil. Kesayangan ayahnya (Fihr).
- Fihr. Bapa kepada Ghalib. Dinamakan Fihr kerana ketinggiannya.
Padanya dinisbahkan kabilah Quraisy.
- Malik. Bapa kepada Fihr. Digelar Quraisy Akbar. Pemimpin utama
seluruh Arab.
- An-Nadhr. Bapa kepada Malik. Dinamakan an-Nadhr kerana
keindahan wajahnya. Yang pertama digelar Quraisy.
- Kinanah, bapa kepada an-Nadhr. Pemimpin disegani, memiliki akhlak
terpuji.
- Khuzaimah,bapa kepada Kinanah. Dianggap sebagai cerdik pandai
Arab di zamannya.
- Mudrikah, ayah kepada Khuzaimah. Nama sebenar: Amir. Digelar
Mudrikah kerana kepantasannya menangkap buruan.
- Ilyas atau Liyas, bapa kepada Mudrikah. Di zamannya ditemui
kembali Hajar Aswad. Pemimpin berhati mulia.

-Husnun Nasyr li Nasabi Khairil Basyar-

- Mudhor, bapa kepada Ilyas. Digelar Mudhor kerana keindahan


wajahnya. Suaranya merdu. Hikmah bicaranya.
- Nizar, bapa kepada Mudhor. Indah wajahnya hingga menjadi sebutan.
- Ma'add, bapa kepada Nizar. Dikatakan orang pertama meletakkan
pelana di atas unta. Seorang Pemimpin terkenal.
- Adnan, ayah kepada Ma'add, orang pertama yang meletakkan kain
hiasan menutupi Kaabah. Seorang Pemimpin Mekah.

Alhamdulillah, selesai info ringkas tentang nasab Rasulullah daripada


ayahnya Abdullah hingga Adnan. Inilah yang disepakati oleh ulama
Sirah berdasarkan kitab Mukhtasar Sirah karya Imam Abd Ghaniy Al
Maqdisi.
Semoga kita semua dapat mengenali Rasulullah SAW dengan lebih
dekat dan sentiasa berusaha untuk belajar, beramal dan menyampaikan
ilmu.
Wallahualam.

Disunting oleh : muzani anh


20/12/2015
Sila like dan follow page facebook :
Ustaz Adlan Abd Aziz

You might also like