You are on page 1of 14

LUKISAN TEKNIK

ALATAN LUKISAN TEKNIK

PENSEL
KEGUNAAN:
Digunakan untuk menulis dan melukis

GRED PENSEL:
Ditentukan mengikut kelembutan matanya.
Antara gred pensel adalah 2H, H dan HB.

MENGASAH PENSEL:
Pensel diasah supaya sentiasa tajam dan dapat menghasilkan
kerja yang tepat, kemas dan bersih.
Pensel diasah menggunakan pengasah, pisau atau kertas
las.

KEGUNAAN
Digunakan untuk mengukur dan memindahkan ukuran pada
kertas lukisan.

UKURAN PEMBARIS
Ditandakan dalam ukuran:
Sentimeter ( cm)
Milimeter ( mm)

PEMBARIS

KEGUNAAN
Memadam garisan yag tidak dikehendaki atau tersalah lukis.

PEMILIHAN PEMADAM YANG TEPAT


Gunakan pemadam jenis lembut.
Pemadam keras
Merosakkan kertas lukisan
Mengotorkan kertas lukisan

PEMADAM

KEGUNAAN
Menetapkan kertas lukisan semasa melukis.

UKURAN
58 cm x 41 cm

JENIS
Kayu lembut
plastik

PAPAN LUKISAN

CARA MELETAKKAN PAPAN LUKISAN

PAPAN LUKISAN

KEGUNAAN:
Melukis garisan mendatar.
Menyangga sesiku set semasa melukis garisan menegak dan
garisan bersudut.

Sentiasa berada di sebelah kiri papan lukisan

SESIKU T

SESIKU T

KEGUNAAN
Melukis garisan tegak
Melukis garisan bersudut 30, 60, 45 atau gabungan sudut-sudut.

JENIS
(a) Sesiku set 45

(b) Sesiku set 30/60

SESIKU SET

CARA PENGGUNAAN
Sesiku set diletakkan rapat pada lengan sesiku T.
Boleh digelangsarkan di sepanjang lengan sesiku T.
Apabila digabungkan, boleh membentuk garisan berlainan sudut
seperti 15, 75, 105, 120, 135.

SESIKU SET

KEGUNAAN

Melukis bulatan
Melukis garisan lengkuk
Membina pelbagai sudut
Membahagi dua garisan lurus
Membentuk garisan bulatan.

JANGKA LUKIS

KEGUNAAN
Menguji jarak yang sama.
Menandakan jarak yang sama di atas garisan.
Memindahkan jarak serta ukuran.

JANGKA TOLOK

CIRI-CIRI
Mempunyai petak segi empat sama

KEGUNAAN
Memandu semasa kerja melakar garisan mendatar, garisan tegak
dan garisan condong 45.

KERTAS GRID

CIRI-CIRI
Mempunyai petak bersudut 30

KEGUNAAN
Melakar garisan tegak dan garisan lurus bersudut 30.

KERTAS ISOGRID

You might also like