You are on page 1of 26

Digunakan untuk melukis garisan Ditandai dengan huruf pengenalan seperti 3H, HB,2B dan sebagainya untuk menentukan

grednya. Ada tiga gred pensel iaitu keras, sederhana dan lembut. Gred keras seperti 3H dan 2H sesuai untuk membuat garisan ringan, misalnya garisan binaan, garisan panduan dan penghurufan. Gred sederhana seperti H dan HB sesuai untuk membuat garisan objek, garisan tengah, tanda anak panah dan lakaran.

Digunakan untuk mengukur dan menanda jarak. Pembaris dibuat daripada plastik atau keluli.

Digunakan untuk menghilangkan tanda goresan pensel di atas kertas. Diperbuat daripada getah. Getah pemadam yang berkualiti dapat memadam tanpa meninggalkan sebarang kesan comot.

Digunakan sebagai pengalas dan pemegang kertas lukisan. Biasanya diperbuat daripada kayu lembut. Saiz yang biasa digunakan ialah 60 cm x 80 cm.

Digunakan bersama dengan papan lukisan untuk membuat garisan mengufuk atau garisan mendatar dia atas permukaan kertas lukisan. Diperbuat daripada kayu atau plastik lutsinar.

Digunakan bersama dengan sesiku T untuk membuat garisan menegak dan garisan condong. Garisan yang dibina bersudut 90, 60, 45, dan 30 darjah. Gabungan dua sesiku set boleh melukis garisan condong bersudut 15, 75, 105, 135, dan 150 darjah.

Digunakan untuk membina garisan bulatan atau lengkok. Pensel perlu dipasang pada jangka lukis, tetapi ada juga menggunakan mata pensel grafik khas. Dibuat daripada keluli atau palstik.

Digunakan untuk memindahkan ukuran jarak dari pembaris kepada garisan yang dilukis. Dibuat daripada keluli atau plastik. Mempunyai sepasang kaki berjarum tajam.

Digunakan untuk membuat lakaran Boleh didapati dalam beberapa saiz. - A0 (1189 mm x 841 mm) A1 (841 mm x 594 mm) A2 (594 mm x 420 mm) A3 (420 mm x 297 mm) A4 (297 mm x 210 mm)

Digunakan untuk membuat garisan lintang, garisan tegak, dan condong 45 dalam lukisan objek.

Digunakan untuk membuat garisan condong bersudut 30 dan lukisan isometrik.

Langkah-langkah melukis bulatan.

Senaraikan peralatan yang digunakan untuk menghasilkan lukisan teknik?

Lakarkan bentuk-bentuk asas yang dihasilkan dalam lukisan teknik?

Lakarkan garisan tegak?

lakarkan garisan condong

Lakarkan unjuran ortografik

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like