You are on page 1of 3

Fungsi Peralatan Jahitan

Alatan Mengukur
PITA UKUR DAN PEMBARIS IALAH ALATAN MENGUKUR YANG
DIGUNAKAN DALAM KERJA MENJAHIT.

Pita Ukur diperbuat daripada gentian kaca, sintetik, dan plastik,


mempunyai penahan logam di kedua-dua hujungnya, tidak memberi teguh
dan tahan.
Mengukur dengan tepat ukuran badan dan fabrik
Gulung setelah digunakan dengan nombor yang besar di sebelah dalam
dan nombor yang kecil di sebelah luar.
Simpan di dalam kotak jahitan.

Pembaris lurus diperbuat daripada kayu atau plastik,


tepinya licin, rata dan lurus dan mempunyai ukuran yang tepat dalam unit
metrik.
Mengukur dan menanda garisan lurus di kertas pola dan mengukur fabrik.
Gantung atau simpan di tempat yang sesuai.
Alatan Mendraf
PEMBARIS SESIKU DAN PEMBARIS MELENGKUNG ADALAH
ANTARA ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MENDRAF.

Pembaris sesiku diperbuat daripada kayu atau plastik


dan mempunyai ukuran yang terang dan tepat di kedua-dua bahagian
dalam unit metrik.
Membuat garisan bersudut tepat dan garisan lurus pada pola atau fabrik
dan bahagian melengkung digunakan untuk membentuk garis leher dan
lubang lengen.

Pembaris melengkung diperbuat daripada kayu atau plastik dan ukuran


metrik yang terang dan jelas.
Membentuk garis melengkung seperti garis leher, keruk lengan, rusuk
blaus, rusuk skirt, dan kaki seluar semasa mendraf pola.
Gantung atau simpan di tempat yang sesuai.
Alatan Menanda
Alatan menanda yang asas ialah roda surih yang digunakan bersama Karbon
tukang jahit. Kapur tukang jahit boleh juga digunakan untuk memindahkan
tanda pola pada fabrik.

Roda surih dan karbon tukang jahit diperbuat


daripada keluli berkilat supaya tidak berkarat, pilih roda surih mengikut
jenis fabrik dan mudah bergerak apabila ditolak.
Memindahkan tanda dan garisan pola pada fabrik.
Simpan di dalam kotak jahitan dan jangan lipat kertas karbon.
Kapur tukang jahit adalah kapur yang tidak
mudah pecah, pilih warna yang sesuai dengan fabrik dan kapur yang
dibuat daripada lilin tidak sesuai untuk fabrik sintetik.
Menanda garis pemadam pada fabrik dan memindahkan garisan tanda pola
pada fabrik.
Simpan di dalam bekas supaya tidak pecah.

You might also like