You are on page 1of 18

Topik9 Penulisan

Laporan
KajianII

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Membina dan meletakkan jadual dan rajah mengikut American


Psychological Association (APA);

2.

Menulis rujukan mengikut sistem APA dengan cara yang betul; dan

3.

Menulis rujukan dalam teks mengikut stail APA dengan cara yang
betul.

PENGENALAN

Penulisan laporan kajian perlulah mengikut format penulisan yang ditentukan


oleh pihak universiti. Laporan penyelidikan atau kajian merupakan laporan
lengkap seluruh kajian yang telah dilaksanakan. Setiap universiti mempunyai
format penulisan laporan penyelidikan tertentu, yang dikenali sebagai house
style. Oleh itu, bentuk penulisan laporan kajian untuk penyelidikan amat
penting bagi menggambarkan imej yang baik sesebuah institusi.
Topik 8, 9 dan 10 dalam modul ini akan memberi panduan kepada anda tentang
gaya penulisan laporan kajian yang ditetapkan oleh pihak Open University
Malaysia. Laporan kajian yang baik juga akan menggambarkan ciri-ciri
penyelidikan yang baik dan berkesan. Laporan kajian yang baik dan tersusun
juga akan memudahkan pembaca memahami maksud yang hendak disampaikan
oleh pengkaji.
Dalam topik ini, anda akan dipandukan dengan cara meletakkan rajah, jadual,
menulis rujukan dan meletakkan rujukan dalam teks. Dengan kata lain, dalam
topik ini, anda akan ditunjukkan cara menyusun jadual, rajah dan rujukan
mengikut sistem American Psychological Association.

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

143

AKTIVITI 9.1
Bincangkan dengan rakan-rakan cara menulis laporan mengikut gaya
yang ditetapkan oleh pihak Open University Malaysia. Seterusnya,
bandingkan dengan cara menulis yang ditetapkan oleh universitiuniversiti lain.

9.1

JADUAL

Data kuantitatif biasanya dikemukakan dalam bentuk jadual. Sifat jadual adalah
untuk memberi maklumat dalam bentuk sokongan bagi menambah kefahaman
pembaca terhadap laporan yang ditulis. Jadual yang baik dapat menyampaikan
maklumat dengan sekali imbas saja. Tajuk yang diberi bagi jadual perlulah
ringkas dan menggambarkan kandungan jadual. Tajuk jadual perlu diletakan di
bahagian atas jadual seperti contoh (Rajah 9.1 dan Rajah 9.2) berikut:
Jadual 3.2: Definisi Min Daripada Dapatan Soal Selidik.
Min

Definisi

5.00 - 4.21

Sangat Setuju

4.20 - 3.41

Setuju

3.40 - 2.61

Tidak Pasti

2.60 - 1.81

Tidak Setuju

1.80 - 1.00

Sangat Tidak Setuju

Rajah 9.1: Jadual membantu pembaca memahami definisi sesuatu


maksud had atau angka
Jadual 4.2: Perbezaan Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan
dalam Ujian Pra
Subskala Sikap

Subjek

Min

S.Piawai Nilai t

UJIAN PRA

Kump 1

19

71.79

12.09

Kump 2

20

67.25

9.29

1.32
(ns)

Nota:
Nilai t kritikal 95% (df = 37) = 2.021
df = Darjah kebebasan, ns = Tidak Signifikan, s = Signifikan pada aras p < 0.05, df = 37.
Rajah 9.2 : Jadual memudahkan pemahaman terhadap keputusan analisis

144

9.2

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

RAJAH

Berdasarkan peraturan APA (American Psychological Association), semua bahan


ilustrasi dalam laporan kajian selain daripada jadual dinamakan rajah. Oleh itu,
bahan-bahan persembahan seperti carta, graf, lukisan dan gambar foto
ditakrifkan sebagai rajah. Keterangan mengenai rajah perlulah ringkas serta
menggambarkan sifat rajah yang hendak ditonjolkan. Keterangan mengenai
rajah perlulah ditulis di bahagian bawah rajah.
Rajah perlu berfungsi untuk memberi penerangan yang lebih ringkas terhadap
fakta yang ingin disampaikan oleh penulis. Seperti juga jadual, rajah yang
digunakan dalam laporan perlu bersifat membantu pemahaman pembaca. Oleh
itu, penyelidik perlu memastikan rajah yang digunakan membantu proses
memberi kefahaman atau penghayatan kepada pembaca. Contoh pelbagai jenis
rajah dapat kita lihat dalam Rajah 9.3, Rajah 9.4 dan Rajah 9.5 yang seterusnya.

Rajah 9.3: Rajah dalam bentuk carta yang terdapat dalam laporan kajian

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

Rajah 9.4: Skrin pertolongan

Rajah 9.5: Rajah dalam bentuk carta pai pada laporan kajian

145

146

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

SEMAK KENDIRI 9.1


Penulisan laporan kajian adalah agak teknikal. Bincangkan perbezaan
cara meletakkan rajah dan jadual dalam sesuatu laporan kajian.

9.3

RUJUKAN

Satu artikel dan laporan kajian yang mempunyai kredibiliti mesti mempunyai
senarai rujukan. Rujukan perlu diletakkan selepas teks laporan kajian atau
selepas Bab 5. Senarai rujukan menyenaraikan bahan bacaan yang digunakan
dalam kajian dan disebutkan dalam laporan teks kajian. Rujukan biasanya terdiri
daripada bahan-bahan seperti buku, artikel, jurnal, atau laman web. Rujukan
hendaklah dinomborkan mengikut format IEEE, ACM atau American
Psychological Association (APA) (http://www.apa.org). Cara menulis jenis
rujukan hendaklah tekal (consistent) dan mengikut amalan-amalan penulisan
berikut:
(a)

Senarai bahan rujukan hendaklah disusun ikut abjad nama keluarga


pengarang bagi nama-nama Barat, tetapi ikut nama penuh bagi nama
Melayu (akan dibincang dalam subtopik seterusnya).

(b)

Jika pengarangnya tidak diketahui, sesuatu senarai rujukan itu perlu


disusun mengikut abjad perkataan pertama tajuk makalah (tidak termasuk
artikel "The", "A" dan lain-lain).

(c)

Gunakan simbol & apabila menyenaraikan beberapa orang pengarang


untuk sesuatu karya.

9.3.1
(a)

Panduan Menulis Nama dan Pengarang Buku


dan Jurnal yang Diterbitkan

Penulisan Judul
Dalam menulis judul bagi bahan rujukan, penulis hendaklah menggunakan
huruf besar pada huruf pertama judul karya tersebut dan pada huruf
pertama kata nama khas. Huruf lain hendaklah ditulis dengan huruf kecil,
kecuali perkataan itu singkatan dan menggunakan huruf kecil.
(i)

Menulis Judul
Ketika menulis judul bagi bahan-bahan yang diterbitkan (dicetak
untuk pengedaran) judul buku dan judul jurnal hendaklah ditulis
dengan huruf condong.

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

147

Contoh:
Buku:
............. 1996. Pengajaran dalam bilik darjah: Kaedah dan strategi.
Kajang: Masa Enterprise.
............. 1993. Pengajian Matematik untuk kursus perguruan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman.
Jurnal:
............2004. Navigating in hyperspace: Designing a structure-based
toolbox. Communication of the ACM 37(2): 87-96.
............ 2002. Keberkesanan program penyediaan Guru-Guru KBSR satu
tinjauan literature. Jurnal Pendidikan Guru 4(3):248-259.
(b)

Penulisan Nama Pengarang


Nama pengarang hendaklah ditulis dengan lengkap seperti yang dicetak
pada halaman judul sebuah karya. Selain daripada itu, nama pengarang
boleh didapati pada halaman maklumat hak cipta yang mengandungi
Data-Pengkatalogan-dalam-penerbitan atau Cataloging-in-PublicationData. Nama pengarang perlu ditulis tanpa pangkat atau gelaran.
Nama pengarang Barat atau pengarang yang menggunakan nama keluarga
hendaklah diringkaskan kepada nama keluarga sahaja. Nama selainnya
hendaklah menggunakan nama parap (huruf-huruf pertama).
Contoh:
John Alan Kennedy jadi J.A.Kennedy.
Robeto Christano Ronaldo jadi R.K.Ronaldo.
Dalam menulis rujukan, pada senarai bibliografi, nama keluarga perlu
didahulukan.
Contoh:
J.A.Kennedy jadi Kennedy, J.A.
R.K.Ronaldo jadi Ronaldo, R.K.
Nama pengarang Arab hendaklah ditulis mengikut nama keluarga.

148

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

Contoh:
Abu Bakar ibn Mansor al-Tabrani ditulis sebagai al-Tarbani, Abu Bakar
ibn Mansor dan disenaraikan di bawah abjad T.

Nama pengarang Melayu dan Cina yang ditulis dengan lengkap hendaklah
dikekalkan. Nama yang menggunakan parap hendak ditulis seperti
berikut.
Contoh:
Mohamad J.S. ditulis sebagai Mohamad J.S.
Choong K.F. ditulis sebagai Choong K.F.
D.K. Jamal ditulis sebagai Jamal, D.K
M.C.Koh ditulis Koh, M.C

9.3.2
(a)

Cara Menulis Rujukan Lengkap untuk Bahan


Bercetak

Pengarang Tunggal
Contoh:
Shaifol Bahary Sulaiman. (2004). Teknologi Maklumat untuk Institusi
Perguruan. Kuala Lumpur: Federal Publication.
Ismail Zain. (2002). Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

(b)

Pengarang Bersama
Contoh:
Hasnul Faizal & Nor Azahan. (2003). Pengurusan Pendidikan Khas.
Shah Alam: Kiambang Publication.
Ambok Salleh, Hasir Munir & Abu Bakar Salleh. (2008) Pengurusan
sumber manusia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Publication.

TOPIK 9

(c)

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

149

Edisi Ulang Cetak


Contoh:
Othman Mohamad (2008) Penulisan tesis dalam bidang Sains Sosial
Terapan. Ed.ke-4. Serdang: Penerbitan Universiti Putera Malaysia.
Vaughan, T. 2001. Multimedia making it work. 5th edition. New York:
Mc Graw-Hill.

(c)

Karya Yang Dikenali Menurut Judul


Contoh:

Kamus Dewan Bahasa. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan


Pustaka.

Merriam-Webster's collegiate dictionary. 10th edition. (1993). Springfield,


MA: Merriam-Webster.
(d)

Karya Susunan (pnys = penyusun)


Contoh:
Hasnul Faizal.(pnys). (2002). Etika dan displin dalam sukan. Kumpulan
Kertas Kerja 3. Shah Alam: Penerbitan Universiti Teknologi Mara.

(e)

Karya Suntingan (pnyt = penyunting)


Contoh:
Farhana Embi & Rahimah Sahar. (pnyt) .(2003). Teknologi maklumat dan
komunikasi. Kumpulan Kertas Kerja Seminar Aliran Terkini. Bangi:
Fakulti Pendidikan UKM.

(f)

Selangaraan (pngr = penyelenggara)


Contoh:
Nor Azahan Mustafar. (pngr). (2007). Peristilahan sukan dan PJK.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

150

(g)

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

Berbilangan Jilid (jld = Jilid)


Contoh:
Abdulah Abo Baka. (2006). Matematik Algebra. jil. 2. Kuala Lumpur:
Penerbitan Sinar Bakti.

(h)

Terjemahan (terj.=terjemahan)
Contoh:
Thomas, D. (2007). Renang meniti tangga kejayaan. Terj.. Asma Saad.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

(i)

Bab dalam Buku


Contoh:
Roslina Ismail & Mohd Sofian Omar Fauzee (2002). Faedah yang
diperolehi dari menceburkan diri dalam aktiviti sukan. Dlm Mohd Sofian
Omar Fauzee (pnyt) Psikologi sukan. hlm 55-64. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.

9.3.3
(a)

Dokumen Awam

Parlimen dan Dewan Undangan Negeri


Contoh:
Dewan Rakyat Malaysia. 2003. Perbahasan rang undang-undang
multimedia. Penyata Rasmi Dewan Rakyat. 3(09): 1932-2314 Parlimen
Keempat belas Penggal Kedua.

(b)

Laporan dan Dokumen


Contoh:
Dewan Rakyat Malaysia. 2006. Memelihara keselamatan negara. Kertas
Perintah 35, tahun 2006.

(c)

Penerbitan Kerajaan
Contoh:
Malaysia. 1996. Akta Tanah (Rezab Melayu) (pindaan) 1996. Warta

Kerajaan 25(8).

TOPIK 9

(d)

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

151

Warta Kerajaan Negeri


Contoh:
Johor. 1990. Akta Perbandaran 1988: Peraturan tempat letak kereta. Warta

Kerajaan Negeri Johor 45(1).


(e)

Laporan Kerajaan Persekutuan


Contoh:
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. Huraian Sukatan Pelajaran Tahun
4: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

(f)

Laporan Jawatankuasa
Contoh:
Jawatankuasa Pengistilahan Sains. 2005. Ed. Ke-7. Istilah Sains mengikut
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(g)

Dokumen Pertubuhan Antarabangsa


Contoh
UNESCO. 2004. Education trend. Report. Bangkok: UNESCO.

9.3.4
(a)

Jurnal

Pengarang Tunggal
Contoh:
Iskandar Zakaria. (2005). Keberkesanan Perisian Multimedia Bestari
kepada pelajar Pendidikan Khas. Jurnal Pendidikan 12(2): 152-163.

(b)

Pengarang Bersama
Contoh:
Asiah Abu Kassim, & Razak Selamat (2003). Impak pencemaran udara
di Parit Raja, Batu Pahat. Sains Sekitar 2 (3) :1-32.

152

(c)

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

Makalah dalam Pasca Sidang


Contoh:
Azlin Norhani Mansor. (2004). Amalan pengurusan pengetua: Satu
kajian kes. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan ke-1, hlm 255-265.

(d)

Makalah dalam Majalah


Contoh:
Rusdina Abdul Rahim.1993. Ke arah pengkomputeran pengajaran
bahasa: Cereka atau fakta. Majalah Dewan, Jan :16-30.

9.3.5
(a)

Makalah dalam Akhbar

Pengarang
Contoh:
Mohd Razalan Salleh. (2008). Anak yatim terokai Dunia Sains. Harian
Metro, 3 Jun: V8.

(b)

Tanpa Pengarang
Contoh:
Umat Islam perlu mempunyai ciri mulia kekuatan iman. 2008. Berita

Harian, 20 Mac:13.
(c)

Berita dalam Akhbar


Contoh:
Ahmad Tajul Ansar Ibrahim. (2008) Ancaman terbaru pengguna
komputer Virus Neraka. Harian Metro, 3 Jun: 1.

(d)

Tanpa Pengarang
Contoh:
Venergy Capsul 300mg dikesan mengandungi racun. Harian Metro, 3
Jun: 10.

TOPIK 9

(e)

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

153

Surat kepada Editor


Contoh:
Penjual Ayam. (2008). Jangan salahkan penjual sahaja lihat sekali apa
pemborong buat. Berita Harian, 4 Jun: 10.

(f)

Filem
Contoh:
Anak Ku Shazali. (1965). Filem cereka. Singapura: Shaw Brother.

9.3.6
(a)

Bahan tidak Terbit

Tesis atau Latihan Ilmiah


Contoh:
Mohd Dzulkifli A. Jalil. (2002). Keberkesanan persekitaran pembelajaran
multimedia interaktif dalam mata pelajaran Biologi. Tesis Sarjana.
Universiti Teknologi Malaysia.

(b)

Kertas Kerja Abstrak dan Sebagainya


Contoh:
Sim Ah Hock, Siti Ropiah Abu Bakar, Mohammad Saat dan Md Din
Hassan. (2000). Kemahiran teknologi maklumat dan sikap terhadap
komputer selepas Kursus Latihan Guru Sekolah Bestari. Kertas Kerja
Seminar Teknologi Pendidikan, Alor Star Kedah, 25 -28 Jun.
Lee Lai Guan, Abdul Shukur, A Shaghir, Jusni Nasiron, Ku Bahrum Ku
Hussin & Zubier Hassan. (2000). Pengendalian pengajaran dan
pembelajaran di sekolah bestari perintis negeri Kedah dan Perlis. Kertas
Kerja Seminar Teknologi Pendidikan, Alor Star Kedah, 25 -28 Jun.

(c)

Abstrak
Contoh:
Mohd Haikal Sazuwan, Mohd Amirul Abdullah & Siti Nor Amira
Ahmad. (2007). Kesan kenaikan harga minyak di Pulau Pinang. Abstrak
Kertas Kerja, Persidangan Sains Sosial UiTM.

154

(d)

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

Minit Mesyuarat
Contoh:
Minit Mesyuarat Pengetua-Pengetua Negeri Johor Kali Kelapan. (2007).
Rompin, Pahang 4-7 Jun.

(f)

Kertas Kerja
Contoh:
Jabatan Pendidikan Negeri Johor. (2007). Cabaran dan tanggungjawab
Pengetua dalam zaman globalisasi. Kertas Kerja Mesyuarat PengetuaPengetua Negeri Johor Kali Kelapan. Rompin, Pahang 4-7 Jun.

(g)

Laporan
Contoh:
Laporan Belanjawan Mengurus Sekolah. (2007). Mesyuarat PengetuaPengetua Negeri Johor Kali Kelapan. Rompin, Pahang 4-7 Jun.

(h)

Temu bual
Contoh:
Mohamad Kasim Basir. (2004). Penilaian perisian multimedia. Maktab
Perguruan Batu Pahat. Temu bual. 9 Julai.

9.3.7

Bahan Rujukan Elektronik

Contoh:
Badrul Hisham Hj Alang Osman. 1999. Kesediaan guru dalam pengajaran
dan pembelajaran matematik berbantukan komputer di sekolah menengah.
(atas talian) http://www.motivasiutusan.4mg.com/kerja.1.html
(12
November 2003).
Supyan Hussin. 2000. Pembangunan perisian pembelajaran bahasa
Jurnal
Bahasa.
Mac.
(atas
talian):
berbantukan
komputer.
www.dbp.gov.my/dbp98/majalah/bahasa20/mac/j03ajar1.htm

(16 November2003)

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

155

SEMAK KENDIRI 9.2


Penulisan laporan kajian adalah agak teknikal. Bezakan gaya
penulisan di antara bahan yang diterbitkan dan yang tidak
diterbitkan.

9.4

RUJUKAN

Dalam teks pengkaji perlu menulis rujukan untuk pembaca mengetahui sumber
dapatan maklumat dalam laporan kajian. Rujukan dalam teks ini akan
disenaraikan dalam bibliografi pada bahagian akhir laporan kajian.
Contoh:
Shaifol (2004) menyatakan proses literasi akan membolehkan pengamalnya
memperolehi maklumat yang tersusun dan seterusnya menguasai sesuatu
tajuk.
Animasi adalah aplikasi media yang terdiri daripada gerakan objek dalam
bentuk 3-D atau 2-D yang dapat menarik minat pengguna (Szuprowicz 1992).
(a)

Pengarang (seorang)
Nama pengarang boleh disingkatkan kepada nama diri untuk pengarang
Melayu dan nama keluarga bagi pengarang Cina dan Barat.
Contoh:
Chua (2002), ciri-ciri mesra pengguna termasuklah keterangan yang
ditulis dalam bahasa yang mudah difahami ...
Muhamad (2000), audio merupakan alat komunikasi yang digunakan ...
Jensen (1996), mendapati pencapaian pelajar yang ...

(b)

Pengarang bersama (dua orang)


Untuk rujukan yang mempunyai dua orang pengarangnya nyatakan
kedua-dua pengarang apabila dirujuk.

156

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

Contoh:
Menurut Alessi dan Trollip (1991),
mempersembahkan bahan pengajaran.

tutorial

dibina

untuk

Grafik terdiri daripada pelbagai bentuk tulisan, lukisan, lakaran dan


gambar. Media grafik digunakan sebagai alat untuk memberi arahan
dan penerangan (Wittich dan Schuller 1979).
(c)

Pengarang bersama (tiga orang atau lebih)


Untuk rujukan tiga orang pengarang atau lebih nama pengarang pertama
diikuti dengan et al.
Contoh:
Menurut Merrill et al. (1996), dalam kaedah tutorial, perisian boleh
menggantikan peranan guru sebagai tutor.
Perisian multimedia yang sempurna dan sesuai digunakan sebagai alat
untuk mendidik hendaklah dilaksanakan mengikut landasan teori-teori
pembelajaran (Wan Salihin et al.1998).

(d)

Tanpa Pengarang
Bagi rujukan tanpa pengarang hendak ditulis seperti berikut:
Contoh:
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), secara umumnya
setiap perisian pendidikan (tutorial) mengandungi satu atau ...

(e)

Multi Rujukan
Dalam menulis berbagai rujukan teks yang memberi pengertian maksud
yang sama, semua rujukan itu ditulis bersama dan dipisahkan bersama
tanda semi kolon;
Contoh:
Hiperteks mempunyai keistimewaan, iaitu memberi peluang kepada
pelajar untuk membuat penjelajahan serta mencari dan menggabungkan
maklumat yang diperolehi [Reader dan Hammond (1994); Jones dan
Berger (1995); Rivlin et al. (1994); Kirsh (1997)].

TOPIK 9

(f)

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

157

Rujukan Laman Web


Dalam menulis rujukan teks yang diambil dari laman web, alamat laman
web dan tarikh mencapainya perlu dinyatakan.
Contoh:
Teori kognitif membawa maksud perkaitan dengan sesuatu perkara.
Manusia menggunakan fikiran dan otak setiap kali manusia belajar
serta
mengumpulkan
struktur
kognitif
dalam
ingatan
(www.dbp.gov.my/dbp08/majalah/bahasa20/ 16 November2008).

SEMAK KENDIRI 9.3


1.

Nyatakan cara menulis sumber rujukan dalam teks yang


mempunyai bahan rujukan yang lebih daripada dua orang
pengarang dan tiga orang pengarang.

2.

Nyatakan cara menulis sumber rujukan dalam teks yang


mempunyai pendapat yang sama daripada tiga orang pengarang.

Setiap universiti mempunyai format penulisan laporan penyelidikan yang


tertentu, yang dikenali sebagai house style.

Sifat jadual adalah untuk memberi maklumat dalam bentuk sokongan bagi
menambah kefahaman pembaca terhadap laporan kajian.

Tajuk yang diberi bagi jadual perlulah ringkas dan menggambarkan


kandungan jadual.

Berdasarkan peraturan APA (American Psychological Association), semua


bahan ilustrasi dalam laporan kajian selain daripada jadual dinamakan rajah.

Keterangan mengenai rajah perlulah ringkas serta menggambarkan sifat


rajah yang hendak ditonjolkan.

Rajah perlu berfungsi untuk memberi penerangan yang lebih ringkas


terhadap fakta yang ingin disampaikan oleh penulis.

Senarai rujukan menyenaraikan bahan bacaan yang digunakan dalam kajian


dan disebut dalam laporan teks kajian.

158

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

Rujukan hendaklah dinomborkan mengikut format IEEE, ACM atau


American Psychological Association (APA) (apa.org.com).

Dalam menulis judul bagi bahan rujukan, penulis hendaklah menggunakan


huruf besar pada huruf pertama judul karya tersebut dan pada huruf
pertama kata nama khas.

Ketika menulis judul bagi bahan-bahan yang diterbitkan (dicetak untuk


pengedaran), judul buku dan judul jurnal hendaklah ditulis dengan huruf
condong.

Nama pengarang hendaklah ditulis dengan lengkap seperti yang tercetak


pada halaman judul sebuah karya.

Nama pengarang Barat atau pengarang yang menggunakan nama keluarga


hendaklah diringkaskan kepada nama keluarga sahaja. Nama selainnya
hendaklah menggunakan nama parap (huruf-huruf pertama).

Dalam teks, pengkaji perlu menulis rujukan untuk pembaca mengetahui


sumber dapatan maklumat dalam laporan kajian.

APA (American Psychological Association)

House Style
Ilustrasi
Judul

Laman Web
Laporan Kajian
Parap
Pengkatalogan

Babbuem, E. (1990). Survey research methods (2nd ed.). Belmont, California:


Wadsworth Pub. Co.
Baker, T.L. (1994). Doing social research (2nd ed.). New York: McGraw-Hill, Inc.
Chua

Piaw. (2006). Kaedah dan statistik


penyelidikan). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
Yan

penyelidikan

(kaedah

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

159

Clarke, A., & Erickson. (2003). Teacher inquiry: Living the research in everyday
pratice. London: Routledge Falmer.
deMarrais, K.B. (2002). The inquiry and pedagogy across diverse contexts series.
New Jersey: Lawrence Eralbaum Associates, Inc.
Hammersley, M. (1993). Educational research-current issues. Liverpool: Paul
Chapman Pub.
Johnson, B., & Christensen, L. (2000). Education reasearch: Quantitative and
qualitative approaches. Boston: Ally and Becon.
Joyce, B., Weil, M., & Calhoun, E. (2000) Models of teaching (6th ed.). Boston:
Ally and Becon.
Mason, J. (2001). Researching your own practice. London: Routledege Falmer.
Mc Niff, J. (2003). You and your action research project. London: Routledege
Falmer.
Osnow, R.L., & Rosenthal, R. (1984). Understanding behavioral science-research
methods for research consumers. New York: McGraw-Hill, Inc.
Othman Mohamad. (2001). Penulisan tesis dalam bidang sains sosial terapan.
Serdang: Penerbitan Universiti Putera Malaysia.
Rashidi Azizan & Abd Razak Habib. (1995) Pengajaran dalam bilik darjah:
Kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.
Walker, R. (1985). Doing research- handbook for teachers. London: Routledge.

You might also like